Ahmadfaizal.com – supercomel tidak terkalah

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Ahmadfaizal.com pasti ramai yang kurang arif dan kenal dengar brader otai ini, tapi kalau disebut Tuan Titan atau earncent pasti ramai yang mengenalinya. Seorang blogger yang salama ini cukup terkenal dengan cendol tidak terkalah. Tapi ini lain pula ceritanya sebab ini adalah mengenai blog sisi lain beliau iaitu ahmadfaizal.com.

Contest Review Tak Terkalah

Contest Review Tak Terkalah

Saya sebenarnya tidak tahu apa nak diampu, nak dibodek, nak dikipas atau diaircond dengan Tuan punya blog Ahmadfaizal.com ini agar saya jadi pemenang Contest Review Tak Terkalah beliau. Saya tidak pandai mereview blog orang lain sebab blog sendiri pun saya masih tidak khatam untuk mereviewnya.

Tapi sebab syaratnya memerlukan saya membuat entri ini maka saya buatkan juga lah untuk memenuhi peraturan Contest Review Tak Terkalah ini. Jap saya bacakan mentera jampi serapah sekepundek scrapers sekejap agar tuan rumah nampak saya sebagai pemenang.

Blog ahmadfaizal.com yang supercomel

Blog ahmadfaizal.com yang supercomel

Blog ahmadfaizal.com ini lebih kurang saja dengan blog earncent bagi sayalah, cuma masih ada bezanya. Gaya bahasa dan pendekatan yang tuan tanah kedua-dua blog ini gunakan adalah sama. Gaya bahasa pasar stail rocker jambu ala-ala Rimba Bara dalam Rock beli ikan termenung di pasar tani Gua Musang. Kekadang gaya gothic rock pun ada saya tengok. Hahaha. Gaya bahasa yang bersahaja yang pasti mesra di mata pembaca.

Pedas, ya kekadang ada juga pedas blog ahmadfaizal.com ini. Biasalah pedas sesekali, lepas pedas pekena sejuk pula, ais cendol. Pasti layan. Kekadang boleh buat pembaca kena penyakit semput sebab gelak sorang-sorang.

Layout blog rasanya saya tak perlu nak komen. Blogger otai macam beliau memang biasa menggunakan layout yang simple tapi menggoda bagai Megan Fox baru keluar dari mulut Megatron. Memang ayu habis dan tangkap leleh.

Bab ranking alexa, saya rasa tak payah saya ulas panjang sangat. Blogger hebat macam Tuan Titan yang sudah hustler dalam bab SEO ni pastinya mempunyai ranking alexa yang padu. Rankin dunia #89,426 dan Ranking Malaysia #326 ketika entri blog ini di taip. Sifu Titan kasi perturun ilmu sikit, boleh ke?

Saya sudah tidak tahu apa lagi nak dikipas Tuan Ahmadfaizal.com yang supercomel lagi. Jadi saya stop di sini dulu buat hari ini. Cukup sampai sini.

Contest Review Tak Terkalah ini dianjurkan oleh Ahmad Faizal dan Earncent.com dan ditaja bersama oleh RahsiaDuitFreeIlaZainalBlackrosehunter, dan Nuristimewa

10 Blogger Terbaik Malaysia

Featured

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku….

Menjadi 10 bloger terbaik Malaysia adalah merupakan salah satu impian saya dalam berblog. Impian saya berblog adalah untuk menjadikan daddydee.net salah satu branding dalam dunia blog ini. Banyak lagi usaha yang perlu saya lakukan.

10 blogger terbaik Malaysia

Untuk 10 blogger terbaik Malaysia yang sentiasa menjadi idola saya adalah :

Idola Pertama Denaihati : Blog Denaihati.com memang menjadi inspirasi kepada saya untuk lebih serius dalam berblogging. Penulisan denaihati memang memberikan inspirasi, tips-tips berblog yang dikongsikan memang amat berguna. Blogger yang terkenal dengan tagline ‘Hidup Untuk Memberi’ sememangnya banyak membantu blogger lain. Contest yang dianjurkan juga sememangnya cukup menarik. Setiap hari, blog denaihati adalah blog yang wajib saya intai.

Idola Kedua Eizil:Blogger Mohd Hadihaizil Din yang merupakan anak kelahiran Maran, Pahang yang kini menetap di Pengkalan Chepa adalah merupakan salah satu blogger yang banyak menjadi rujukan saya. Banyak tips yang dikongsikan nya membantu saya dalam dunia blogging.

Idola Ketiga Earcent :Blogger Titan ini merupakan salah satu blogger yang hebat dalam bab penghasilan duit melalui blog. Tips yang dikongsikan juga amat berguna bagi blogger yang baru seperti saya. Gaya bahasa yang bersahaja yang digunakan sememangnya menjadi identiti beliau. Trademark beliau yang saya kenal pasti adalah Ain Maisarah, cendol dan mikel. Betul ke Tuan Titan?

Idola Keempat Ariffshah :Seorang jurutera aeronautic dan juga blogger yang hebat. Bukan senang nak jadi jurutera aeronautic yang saya tahu, dan bukan senang juga untuk menjadi seorang blogger hebat. Pada pandangan saya ilmu teknikal beliau tentang blog memang hebat. Tak silap saya beliau pernah masuh akhbar.

Idola Kelima Abangensem : Blogger yang memang hensem dek kerana ilmu dan pengalaman beliau dalam bidang hartanah. Banyak tips hartanah yang saya pelajari dari blog AE ni. Saya salute dengan beliau ni. E-book Hartanah AE juga merupakan e-book pertama yang saya beli dan miliki.

Idola Keenam JebengOtai : Blogger dan juga tokey butik M7 yang cukup memberikan inspirasi. Bagi yang ingin menjalankan bisnes online banyak JO kongsikan di blog beliau. Bagi yang mahu kelihatan seperti Aaron Aziz ataupun Zizan Raja Lawak dengan memakai baju M7 boleh buat tempahan dengan Tuan JO ni. Blog JO juga kaya dengan tips blogging. Dan lagi satu, JO cukup rajin membuat analisa.

Idola Ketujuh Sohoque :Blogger dan juga sifu saya. Orang yang bertanggungjawab memperkenalkan saya kepada dunia pengurusan kewangan. Banyak tips yang telah beliau kongsikan kepada saya secara online dan offline. Merupakan salah seorang blogger yang pernah saya bersua.

Idola Kelapan Ciktom : Blogger wanita yang saya salute dengan pendapatan yang beliau jana melalui blog. Memang cukup hebat blogger anak Ganu ni. Lagi satu susah nak tengok beliau tayang muka, rasanya tak pernah saya lihat lagi. Tiada posing ‘duckface’ di blog beliau. Jangan marah ciktom.

Idola Kesembilan beautifulnara : Walaupun saya bukan peminat dan pembaca blog gossip tapi kejayaan dan kisah beliau sememangnya memberikan saya inspirasi. Kisah perjalanan hidup beliau sebagai seorang blogger memang mengaggumkan bagi saya sehingga beliau berjaya menjadikan beautifulnara sebagai satu branding.

Idola Kesepuluh AkmaOmar : Seorang lagi blogger wanita yang menjadi idola saya. Seorang blogger dan juga businesswomen yang berjaya.

sasaran blogging

Sasaran untuk jadi 10 blogger terbaik Malaysia

Kalau di ikutkan hati saya, ramai lagi blogger yang hebat di luar sana. Ramai blogger yang telah berjaya membina empayar dan jenama mereka melalui blog. Perjalanan mereka semuanya pasti tidak mudah kerana tiada kejayaan tanpa usaha. 

Contest SEO 10 Blogger Terbaik Malaysia dianjurkan oleh Ohcikgu.com. Penaja bersama adalah Fivio.com, Nadot.my, Effortlab Cik Laili, Halim RDF, LadfeAmir, AmiRini, Myadyna, My Adam, Ranggi Lifestyle, Minda Emas Network, Miecyber’s Blog, Hamdan’s Blog, Kain Cotton Murah, Cheese Maz, Kakimedia.MY, ContengConteng.com dan Blog Hati Putera

2012 Tahunku Yang Kacak

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

2012 akan berlalu meninggalkan daku. Sungguh cepat sekali masa berlalu. 12 bulan dalam tahun 2012 bagaikan tidak terasa lamanya. Alhamdulillah tahun ini menjadi 2012 tahunku yang kacak. Walaupun pencapaian daku tidak seperti insan lain yang lebih berjaya daku tetap berusaha ke arah itu.

2012 tahunku yang kacak, telah menjadi satu titik noktah permulaan baru dalam hobi ku dalam berblogging. Pada Mei 2012 tahunku yang kacak daku, telah memulakan blog daddydee.net, dan buat pertama kali daku menggunakan hosting dan domain sendiri, juga menggunakan wordpress. Jika sebelum ini, daku hanya menggunakan domain sendiri dan hosting percuma dari blogspot. Dalam tahun 2012 tahunku yang kacak daku memulakan blog daddydee.net dan blog heykawan.com telah terkubur. Insyallah tagline ‘Biar Kejam Jangan Keji’ akan daku kekalkan untuk blog daddydee.net. Insyallah.

Kenapa daku kuburkan blog heykawan.com adalah daku ingin memulakan satu blog yang lebih berinfomasi dan memberi manafaat kepada orang lain dan diri ku. Dan sebolehnya biarlah blog ini mampu membantu orang lain, bukan sekadar omongan kosong semata. Daku ingin berblog yang mampu memberikan saham positif untuk diriku di akhirat kelak. Bukan saham negetif.

2012 tahunku yang kacak

Amacam? Kacak tak saya?

2012 tahunku yang kacak, daku juga telah membuat satu keputusan yang berat dalam hidupku iaitu dalam memilih antara kerjaya atau keluarga? Alhamdulillah, daku rasakan daku telah membuat satu keputusan yang tepat sekali, iaitu memilih keluarga. Kekal tinggal di Kuala Lumpur di samping keluarga yang tercinta dan meneruskan kerjaya sedia ada yang memberi lebih masa dengan keluarga. Walaupun, kerjaya satu lagi menjanjikan gaji yang lebih lumayan dan laluan kerjaya, tapi daku terpaksa membuat satu pengorbanan yang besar iaitu berjauhan dari keluarga. Meninggalkan Tuan Kecik dan isteri tersayang tidak sanggup daku.

2012 tahunku yang kacak, kerana dapat melihat tuan kecik membesar depan mata ku. Dan Alhamdulillah genap hujung tahun ini tuan kecik akan berumur 1 tahun 2 bulan. Melihat anak membesar di depan mata memang suatu nikmat yang tidak terkata dan tahun 2012 tahunku yang kacak. Berkeluarga adalah satu nikmat. Serius. Bagi saudara yang telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2012, kalian semua sungguh kacak dan cantik kerna memilih 2012 tahunku yang kacak untuk melakarakan suatu sejarah hidup. Tahniah buat anda.

2012 tahunku yang kacak, tetap kacak walaupun akan berlalu pergi. Penuh nostalgia dan kenangan. Apa yang aku harapkan tahun 2013 yang akan menjelma akan menjadi lebih kacak dari 2012 tahunku yang kacak.

Sekian.

Contest ini Ditaja khas oleh : Ciktom, mksyahir, FauziBlues, eizil network, lepakk[dot]com, LadFeamir , My Arazzipenmerah[dot]com , nurmisnan dan puanbee[dot]com

Contest Bersama Cik Tom dan Exabytes

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Ini adalah kali kedua saya join kontest anjuran Cik Tom. Dulu dah ada join sekali. Dan ini adalah kali pertama saya nak join balik kontest setelah beberapa lama saya mendiamkan diri dari menyertai sebarang kontest. Dan insyallah akan saya sertai kontest yang lain-lain pula nanti.

Kontest kali ini, Cik Tom mengarahkan semua peserta untuk komen di tentang blog Cik Tom, ciktom.com. Apa yang ingin saya komen? Rasanya tiada apa sangat yang ingin saya komenkan di sini. Tapi dah disuruh komen saya komen lah juga kan.

Bagi saya blog Cik Tom ada gayanya yang tersendiri. Setelah seberapa lama saya mengikuti perkembangan Cik Tom ni. Saya lihat Cik Tom ada gaya penulisan yang tersendiri, berbeza dengan orang lain. Dan berani saya katakan blog Cik Tom juga berbeza dari blog kebanyakan blogger cewek yang lain, yang banyak menonjolkan muka mereka pada blog dengan posing yang bermacam-macam gaya rasa dan perisa.Bahasa mudahnya menggedik.

Blog Cik Tom kalau biasa saudara sekalian baca beliau banyak mengenegahkan tutorial-tutorial yang amat bagus bagi blogger-blogger baru. Dan tak kurang juga dengan perkongsian resipi yang bermacam-macam dari Cik Tom, cewek Terengganu ini.

tomato

Tomato – Cantik luar cantik juga dalamnya. Jika diperah banyak khasiatnya. Begitulah blog Cik Tom, banyak manafaat yang berguna dalamnya.

Yang lebih saya salute Cik Tom ini adalah kehebatan beliau dalam menjana pendapatan online yang sama hebat nya dengan blogger kacak se-Malaya, Tuan Titan. Saya pula, masih belum mencapai tahap mereka berdua ini. Pandangan saya Cik Tom pasti akan menjadi blogger yang berjaya.

Interface blog CIk Tom bagi saya tiada apa yang kurang. Sudah cukup menarik dan mudah untuk dilayari.

Tentang Exabytes, saya bukanlah pelanggan Exabytes. Pendapat saya tentang Exabytes, adalah servis nya sememangnya mahal. Dan saya yakin bayaran yang mahal itu adalah setanding dengan servisnya yang cekap dan mantap. Semestinya bukan?

Itu sajalah untuk kali ini. Sekian dulu.

“Contest ini dianjurkan oleh ciktom.com dan ditaja oleh Exabytes.”

 

Hala Tuju Daddydee.net

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Puncak jaya

Seperti yang dibicarakan dalam entri saya sebelum ini, saya menulis adalah untuk berkongsi. Walaupun masih cetek ilmu dalam kehidupan dan juga blogging, nafsu untuk menulis dan berkongsi dengan semua pembaca sungguh membuak-buak dalam diri saya. Sungguh seronok apabila dapat berkongsi dan bertukar pandangan dengan saudara sekalian.

Apakah yang ingin saya capai dalam masa 3 tahun mendatang?

Dalam interview saya pernah ditanya soalan sebegini, dan jawapan saya sudah pasti berkait dengan ‘career path’ yang ingin saya capai dan kejayaan. Dan apabila Tuan Eizil bertanyakan apakah yang akan terjadi kepada blog daddydee.net dalam masa 3 tahun yang akan datang memang sukar untuk saya menjawabnya. Berikut adalah yang ingin saya capai dalam masa 3 tahun yang mendatang:

Kejayaan yang saya inginkan.

  1. Seorang Blogger – tetap menulis untuk berkongsi pengalaman hidup saya dan juga sedikit ilmu yang saya miliki. Dan berharap blog ini akan terus mendapat sokongan dari semua saudara dan sahabat. Harapnya blog ini tidak akan terkubur.
  2. Ranking Blog – Sudah pasti ingin sekali saya melihat blog ini mencapai PR3 dan juga Alexa Rank bawah 100000 dan bawah 1000 bagi Malaysia. Impian awal semasa menulis blog.
  3. Jaringan Maya dan Nyata – Saya berharap melalui blog ini saya akan mengenali lebih ramai blogger ataupun tidak yang mampu menjadi sahabat dan saudara saya. Saya suka berkawan. Berkawan membuatkan saya berasa lebih besar dan yakin. Hidup didunia ini pasti lebih indah jika kita bersatu dan bermasyarakat. Bukan begitu?
  4. Menjadi Penulis – Impian saya untuk memiliki sebuah hasil karya bercetak sendiri. Sebelum ini sudah ada karya saya yang dicetak hasil kolobrasi dengan blogger lain. Dan selepas ini saya berharap saya mampu memiliki sebuah karya bercetak sendiri. Insyallah. Blog adalah medan saya menajamkan seni menulis saya.
  5. Menjadi Jenama – Saya mengharapkan Daddydee.net akan menjadi suatu jenama yang akan membanggakan diri saya suatu hari nanti. Insyallah, itu akan saya usahakan.
  6. Membantu – membantu seramai boleh sahabat dan saudara saya melalui blog saya yang tidak seberapa ini.

Itu adalah antara impian yang ingin saya capai dalam masa 3 tahun yang akan datang sebagai seorang blogger.

Secara kesimpulannya, apa yang saya mahu dalam hidup saya adalah KEJAYAAN. Menjadi seorang blogger yang berjaya, seorang bapa yang berjaya, seorang anak yang berjaya dan menjadi seorang yang berjaya dalam kerjaya saya.

Menulis Untuk Berkongsi

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Saya mula membuat blog pada tahun 2007 dengan menggunakan blogspot, dan mula aktif berblog setahun kemudian dengan menggunakan domain blogspot juga. Namun saya akui tulisan saya dahulu memang rojak, karut, hentam keromo dan merapu. Memang boleh dikatakan 89% bahasa pasar saya gunakan.

Pada tahun 2011 saya telah tukarkan blog saya kepada domain berbayar dan masih menggunakan hosting blogspot. Cadangnya cuba untuk melakukan penjenamaan semula namun saya akui saya gagal melakukannya. Lagipun penwujudan blog dulu sememangnya tanpa perancangan yang terperinci dan akibatnya rojak dan pasar di sana. Dan kini sudah terabai beberapa lama tanpa kemaskini kerana buntu idea.

Kewujudan Daddydee.net

Belajar dari pengalaman lalu, saya cuba mewujudkan satu blog yang lebih tersusun dan didorong oleh nafsu cemburu apabila melihat ramai blogger professional seperti denaihati dan ariffshah menggunakan self-hosting wordpress, saya ikuti langkah ini walaupun ilmu wordpress saya adalah kosong.

Pada Mei 2012, saya telah mendaftarkan daddydee.net. Setapak demi setapak saya pelajari selok belok wordpress. Memang sukar pada mulanya dan kini saya rasakan masih kurang ilmu saya tentang wordpress. Banyak lagi yang perlu saya pelajari.

Pada mulanya, saya juga tercari-cari apakah yang sebenarnya ingin saya tulis dalam blog ini. Dalam masa tercari-cari akan identiti untuk menulis dalam blog ini saya telah menerima tawaran untuk berkursus. Dan sifu saya yang mengajar kursus tersebut iaitu Tuan Shamsudin Kadir telah membuka minda saya. Pesan beliau pada saya adalah ‘Baca buku untuk tambahkan ilmu, Kemudian cuba menulis kongsikan ia. Insyallah akan lebih berkat dan bermanafaat ilmu itu’.

Tulis Untuk Berkongsi

Dari situ, saya mengorak langkah mulakan menulis untuk berkongsi ilmu saya yang tidak seberapa ini dan secara tidak langsung menambahkan ilmu saya sendiri.

Sebenarnya, Bahasa Melayu dan English saya adalah amat teruk. Tidak kiralah dalam menulis ataupun pertuturan. Dan kini saya cuba meningkatkan ilmu saya dalam Bahasa. Melalui blog ini juga saya cuba sebaiknya untuk menggunakan Bahasa Melayu dan sesekali saya menulis dalam English, tujuannya tiada lain melainkan untuk menajamkan lagi gaya penulisan saya yang tidak seberapa ini.

Gaya bahasa yang formal yang saya gunakan dalam blog ini, insyallah akan saya kekalkan dan jadikan ia sebagai identiti blog daddydee.net yang tidak seberapa ini. Diharapkan saya akan kekal bersemangat untuk memperjuangkan blog ini dan tuan-tuan/cik puan-cik puan akan selesa membaca blog kecil saya ini.

Saya ucapkan ribuan terima kasih pada tuan/cikpuan semua yang sudi menyokong blog ini. Terima kasih banyak-banyak. Saya amat suka.

Terima kasih pada tuan Eizil kerana menganjurkan satu kontest yang amat menarik ini.

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...