Ibra Jaringkan Gol Kemenangan Manchester United

Penyerang berprofil tinggi Zlatan Ibramovic berjaya mencuri tumpuan apabila jaringkan gol kemenangan Manchester United. Manchester United memenangi Community Shield selepas mengalahkan Leicester City 2-1.

Perlawanan yang agak menarik iaitu pertemuan dua jaguh taktikal iaitu Jose Mourinho dan Claudio Ranieri.

Continue reading “Ibra Jaringkan Gol Kemenangan Manchester United”

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Yes, Arsenal memang lagi, Arsenal masih lagi kekal
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Awal pagi nanti akan berlangsung satu perlawanan epik
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Selepas kekalahan kepada Chelsea 2-1 pada hari Ahad
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Perlawanan bola sepak English Premier League pada minggu

Tahniah Harimau Malaya

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Tahniah Harimau Malaya kerana mempamerkan persembahan yang menarik dan menghiburkan semua penyokong di perlawanan akhir AFF 2014 di Stadium Bukit Jalil semalam. Satu persembahan yang mantap dan hebat menyaksikan Malaysia menang ke atas Thailand 3-2 tapi kalah dari segi agreggat 3-4.

Tahniah Harimau Malaya
Tahniah Harimau Malaya

Malaysia mendahului 2-0 pada separuh masa pertama dengan jaringan penalti Safiq Rahim dan tandukan dari Indra Putra sebelum tamat separuh masa pertama. Safiq Rahim menambah satu lagi gol di separuh masa ke dua melalui sepakan percuma sekaligus menjadikan beliau penjaring terbanyak kejohanan. Namun Thailand bangkit saat akhir di 10 minit terakhir dengan dua jaringan.

Semalam memang satu persembahan terbaik dari Harimau Malaya. Pujian secara individu buat Farizal, Afif, Zubir, Kunalan, Indra Putra, Mat Yo, Piya, Amri, Safiq Rahim dan Shukor Adan. Memang satu persembahan permainan berpasukan yang hebat dari mereka.

Tahniah juga buat pemain ke-12 Malaysia, kalian memang hebat.

Terima kasih juga buat Shukor Adan di atas perlawanan terakhir beliau untuk pasukan Malaysia. Beliau mengumumkan persaraan dari pentas antarabangsa.

Tahniah Harimau Malaya. Selamanya Harimau Malaya.

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Malam ini pasukan Harimau Malaya akan turun menentang
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua saudaraku... Tahniah, Tahniah, Tahniah. Tahniah buat pasukan Harimau Malaya.
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku. .... Perlawanan akhir Pestabola Merdeka antara Malaysia lawan
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku...... 31 Ogos sudah berlalu, sambutan Hari Merdeka Malaysia

Harimau Baham Gajah Putih Malam Ini… Semoga Berjaya Harimau Malaya

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Malam ini pasukan Harimau Malaya akan turun menentang Thailand pada perlawanan akhir pertama AFF 2014 di Bangkok. Selaku penyokong Malaysia Tanah Tumpah Darahku saya berharap Harimau baham Gajah Putih pada malam ini.

Harimau Baham Gajah
Harimau Baham Gajah

Saya impikan persembahan terbaik dari pasukan Harimau Malaya seperti kemenangan ke atas pasukan Vietnam tempoh hari. Harapnya pemain Malaysia dapat memberikan persembahan terbaik pada malam ini.

Buat Dollah Salih harapnya malam ini dapat memilih pemain terbaik dan menurunkan mereka malam ini. Saya mengharapkan pemain yang sama seperti menang dengan Vietnam tempoh hari:

Harimau Baham Gajah
Harimau Malaya

Semoga malam ini Harimau baham Gajah, dan pasukan Malaysia berjaya membawa pulang piala AFF.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua saudaraku... Tahniah, Tahniah, Tahniah. Tahniah buat pasukan Harimau Malaya.
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Demam bola, demam bola Piala Dunia 2014, masih
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Yes, Arsenal memang lagi, Arsenal masih lagi kekal

Thierry Henry Kembali Ke London

Assalamulaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Thierry Henry salah satu lagenda bola sepak dan juga lagenda Arsenal mengumumkan akan bersara sebagai pemain bola sepak pada usia 37 tahun.

Henry Bersara
Henry Bersara

Thierry Henry yang pernah beraksi bersama AS Monaco, Juventus, Arsenal, Barcelona FC dan New York Red Bull serta beraksi pasukan Perancis.

Thierry Henry Kembali Ke London

Berita yang agak mengembirakan apabila membaca tentang Thierry Henry kembali ke London. Ya sebagai penyokong Arsenal memang saya gembira jika Henry kembali ke Emirates Stadium untuk membantu pasukan Arsenal menjuarai piala.

Tapi sebaliknya berlaku, Thierry Henry kembali ke London bukan untuk bersama Arsenal tapi bersama SkySport sebagai pengulas sukan. Sepertimana dinyatakan dalam akaun Twitter Henry:
henrySelepas ini, kita akan menyaksikan Thierry Henry menjadi pengulas Sukan Bola Sepak bukan jurulatih.

Sebagai peminat saya tetap berharap Arsenal akan memenangi sesuatu musim ini, walaupun tanpa bantuan Henry, Arsene Wenger mungkin perlu berundur demi kelainan untuk Arsenal.

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Arsenal tiga mata penuh pada malam ini hasil
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Yes, Arsenal memang lagi, Arsenal masih lagi kekal
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Awal pagi nanti akan berlangsung satu perlawanan epik
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku.... Mesut Ozil yang baru dibeli oleh Arsenal pada

Arsenal Tiga Mata Penuh, Wenger Selamat Tinggal

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Arsenal tiga mata penuh pada malam ini hasil dari jaringan Danny Welbeck pada minit ke 60 menewaskan Ben Foster dari West Brom. Hanya satu jaringan yang cukup bermakna buat Arsenal untuk tiga mata penuh.

Namun, kemenangan itu masih tidak cukup buat penyokong tegar Arsenal yang mahukan Arsene Wenger mengucapkan selamat tinggal. Mungkin sudah jemu dan tidak dapat lagi bersabar menyebabkan penyokong Arsenal mengangkat sepanduk ‘Arsene, thanks for memories but it’s times to say goodbye’.

Arsenal Tiga Mata Penuh
Arsenal Tiga Mata Penuh

Tidak dinafikan Arsene Wenger adalah pengurus yang cukup hebat tapi mungkin peminat Arsenal mula bosan dengan cara Arsene Wenger. Agak sukar untuk mengembalikan zaman kegemilangan Arsenal semasa zaman Henry, Pires, Ljunberg dan Bergkamp.

Dan mungkin lebih mengecewakan apabila ramai tonggak utama mula meninggalkan pasukan dan pemain baru yang diambil dilihat tidak mempamerkan permainan yang diharapkan oleh peminat.

Tiga mata penuh dalam dua perlawanan dengan Dortmund dan West Brom belum cukup mengubat kemarahan penyokong. Apapun harapnya yang terbaik buat Arsenal selepas ini.

Setakat sekarang Arsenal berada di tangga ke 6 dalam liga.

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku.... Mesut Ozil yang baru dibeli oleh Arsenal pada
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku...... Perlawanan Akhir Pestabola Merdeka Malaysia lawan Myanmar Malam
Asalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Pintu perpindahan bagi pemain bola sepak liga Inggeris
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Arsenal Juara Liga 2013? Kemungkinan sentiasa ada, apa