Category Archives: jutawan

Saya Mahu Jadi Jutawan

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Saya mahu jadi jutawan, ya saya menyimpan cita-cita untuk jadi jutawan. Saya akan berusaha kearah itu, saya akan berikhtiar, berusaha untuk mencapai matlamat saya. Anda bagaimana?

Saya mahu jadi jutawan

Saya mahu jadi jutawan

Saya Mahu Jadi Jutawan

‘Saya mahu jadi jutawan, saya mahu kaya’  itu yang diterapkan dalam minda dan hati. Bagi saya duit adalah segalanya.

Dari hobi bermain permainan dalam talian, saya kemudian membuat duit dengan menjual senjata dan armor permainan online, membuatkan saya mampu membeli sebuah kereta. Walaupun dihalang oleh kedua ibu bapan tetap tekad untuk meneruskan kegiatan kerana minat dalam perniagaan. Ibu bapa mana pun akan lebih menggalakkan anaknya untuk belajar terlebih dahulu.

Selepas akaun pemainan online di ban kerana melakukan kegiatan salah, saya nekad untuk menjual buah berangan pula. Saya membeli sebuah mesin penggoreng. Kemudian saya mengunjungi setiap kedai yang menjual buah berangan dan saya pelajari setiap rahsia dari mereka. Saya mulakan dengan sebuah kedai di sebuah pasaraya.

Saya Mahu Jadi Jutawan : Tao Kae Noi

Saya Mahu Jadi Jutawan : Tao Kae Noi

‘Belajarlah apa itu tanggungjawab dan amanah’ itu pesan satu pengawal keselamatan kepada saya pada ketika saya ingin merasuah beliau. Dari situ saya terpukul, duit bukan segalanya tapi ia tetap tidak mengubah matlamat saya untuk kaya.

Saya mula berkira untuk kaya, saya mahu jadi jutawan. Saya kembangkan lagi cawangan buah berangan saya. Pelajaran mula saya tinggalkan, perniagaan lebih penting bagi saya.

Kemudian saya dikenalkan dengan rumpai goreng. Dari situ timbul idea untuk mencipta keropok rumpai goreng, saya mula melakukan eksperimen berkotak-kotak rumpai laut saya gunakan. Gagal, gagal dan gagal, di saat saya mulai merasakan putus asa saya, akhirnya takdir menyebelahi saya. Saya temui rahsia yang saya cari. Saya mula belajar cara untuk melakukan pakaging yang menarik untuk pasaran meluas.

Saya adalah Itthipat Kulapongvanich, billioniar muda dari Thailand yang melahirkan produk Tao Kae Noi yang sudah menjelajah ke seluruh dunia. Untuk lebih lanjut boleh menonton movie box office Thailand, The Billionaire, tentang kisah kejayaan billionair muda ini.

Pengajaran dari The Billionaire

  • Pasti boleh berjaya jika kita mempunyai keinginan
  • Kajian terperinci tentang sesuatu produk perlu dibuat sebelum memulakannya. Kaji kelemahan dan kelebihan
  • Kajian pasaran tentang bagaimana permintaan pasaran bagi produk yang ingin kita pasarkan
  • Kata penarik yang akan kita gunakan bagi menarik pembeli. Ayat promosi yang power.
  • Usaha yang tidak terkalah.

Saya mahu jadi kaya saya juga mahu jadi jutawan. Untuk sahabat penulis blog yang mahu jadi jutawan boleh dapatkan Ebook Teknik SEO Merah Jambu dan Tips Atasi Kekeringan Idea, inshallah pelaburan untuk dua ebook tidak terkalah ini berbaloi.

Kombinasi Hebat Untuk Buat Duit Dari Rumah

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Siapa tidak mahu duit angkat tangan? Saya rasa rata-rata pembaca blog ini mahu duit dan perlukan duit. Perlukan duit untuk menampung keperluan harian  dan simpanan masa depan.

Buat Duit Dari Rumah

Buat Duit Dari Rumah

Buat duit dari rumah kalau dahulu pasti kita memikirkan hal nak buat karipap, cekodok, bahulu, buah melaka, putu bambu dan sebagainya untuk dipasarkan dan mulakan satu bisnes sendiri. Memang satu langkah yang bagus, tak percaya boleh cuba dapatkan rahsia bisnes putu bambu hebat.

Tutup dulu cerita bisnes dan balik pada maksud asal tajuk hari ini iaitu tentang buat duit dari rumah dengan menggunakan internet. Sambil duduk lepak dirumah atau cafe sambil mengadap blog, facebook dan candy crush saga dalam masa yang sama menjana wang secara pasif? Ini suatu yang hebat. Dan ia bukan dongengan.

Jana wang sehingga RM3000 sebulan dengan hanya mengadap internet selama beberapa jam sehari. Pasti suatu yang amat marvellous.

Apa yang anda lakukan hanya dapatkan dua kombinasi hebat ini yang pasti membantu anda menjana wang dari internet iaitu Job di rumah dan Ebook Teknik SEO Merah Jambu. Dua kombinasi ini akan membantu anda menjana wang dari internet.

Jangan tunggu orang lain mendahului kita mulakan langkah pertama kita dengan melanggan dua produk terhangat di Malaysia. Mungkin dengan Job di rumah dan Ebook SEO Merah Jambu menjadi loncatan untuk empayar duit internet anda. Ayuh.

Biaya Keluarga Dengan Menjahit

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Biaya keluarga dengan menjahit adalah bukan suatu yang mustahil. Ia adalah perkara biasa yang terjadi. Ramai saja yang dibesarkan oleh orang tua mereka dengan jasa menjahit, saya adalah salah seorang dari mereka.

Mesin Jahit

Mesin Jahit

Menjahit sememangnya boleh dijadikan pendapatan utama. Malah dengan menjahit juga mampu membuatkan seseorang itu jadi kaya boleh mengalahkan pendapatan seorang jurutera, tiada yang mustahil asal mahu. Malah ada yang sudah jadi jutawan dengan menjahit. Tak percaya datang lihat di Medan MARA dan Wisma Yakin tengok berapa ramai tukang jahit yang berjaya.

Teknik SEO Merah Jambu

Tika musim perayaan begini memang satu rezeki kepada tukang jahit. Tempahan pasti tak menang tangan terlalu banyak tempahan yang diterima. Sampaikan kena limitkan jumlah tempahan pun ada. Kalau tengah Ramadahan sebegini jangan harap ada yang terima tempahan kalau ada pun mesti harga upah berganda.

Biaya keluarga dengan menjahit

Biaya keluarga dengan menjahit

Emak saya dulu pun kalau musim perayaan ini pasti akan sibuk dengan tempahan baju kurung dan hanya menjahit dari rumah. Orang tua biasalah mana tahu baju fesyen, baju kurung merekalah sifu. Kesian juga melihat emak menyiapkan baju kurung dahulu sampai tidak cukup tidur. Kekadang ada juga saya menolong, menolong tolong sembat baju dan jahit ‘mata lalat’. Kalau sekarang jangan suruh memang mata gajah jadi sebab memang lama saya tinggalkan alam menjahit setakat jahit seluar koyak masih lagi boleh.

Panduan Menjahit Baju Kurung

Dengan rezeki menjahit baju kurung jugalah digunakan untuk perbelanjaan perayaan. Senang itu tidaklah zaman saya kecil dulu semua sekolah. Memang tak merasa lah nak beli Robot Transformer Hasbro atau iPhone4S. Tapi cukup untuk makan pakai kami. Boleh dikatakan dengan rezeki menjahit jugalah saya berada di sini sekarang.

Memang tidak mustahil untuk menjana pendapatan dengan menjahit. Bagi suri rumah yang tiada apa yang ingin lakukan mungkin boleh cuba untuk belajar menjahit. Boleh dapatkan panduan menjahit baju kurung. Belajar dahulu sikit sikit. Mana tahu dari sekadar hobi saja-saja, boleh biaya keluarga dengan menjahit. Rezeki bumi Allah swt tiada siapa yang tahu.

Modal untuk beli mesin jahit dan peralatan lain jangan risau banyak tempat yang boleh membantu seperti GiatMARA dan Tekun. Yang penting kita harus berusaha.

Pada yang berminat untuk melakukan bisnes dari rumah mungkin juga boleh cuba bisnes putu dan dapatkan Rahsia Putu atau boleh juga cuba kerjaya dari rumah. Terus berusaha.

Perancangan Kewangan : Kirakan Setiap Sen Yang Keluar

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Kirakan setiap sen yang keluar dari poket anda

Kirakan setiap sen yang keluar dari poket anda

Hari ini saya ingin sambung lagi soal Perancangan Kewangan yang pernah saya tulis dulu. Tips pertama telah saya berikan kini saya ingin kongsikan Tips Kedua iaitu Kirakan Setiap Sen Yang Keluar.

Memang kalau kita lihat tips ini seperti orang kedekut atau tahi hidung masing atau tangkai jering. Tapi sebenarnya tidak, ini adalah langkah paling penting dan mujarab iaitu dengan mengira setiap sen yang keluar. Kerana walaupun 1 sen yang keluar tetap duit.

Dengan merekodkan setiap perbelanjaan kita, kita akan dapat mengenalpasti yang manakah perbelanjaan yang tidak perlu dan yang manakah yang perlu. Dengan langkah ini, kita dapat mengeluarkan atau mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu dalam hidup kita.

Saya sendiri ada perbelanjaan yang tidak perlu dalam hidup dahulu seperti membeli komik-komik kegemaran seperti Pendekar Laut, Juara Wira, Alam Perwira, Senjata Misteri dan lain-lain. Saya dulu adalah kaki komik juga, dan hampir kesemua koleksi komik diatas ada dalam simpanan saya dulu tapi kesemuanya saya sudah bakar. Kenapa saya bakar? Sebab saya nak tamankan zaman komik beralih kepada buku dan ebook.

Kirakan setiap sen yang keluar dari poket - 2

Jangan biarkan duit keluar tanpa dihitung

Untuk komik, saya berbelanja lebih kurang RM 3.00 seminggu untuk satu komik. Komik terbit seminggu sekali maknanya lebih kurang RM 12.00 sebulan untuk komik yang dibaca selama 5 minit, untuk setahun pula saya berbelanja RM 144.00 setahun. RM 144.00 mungkin satu nilai kecil bagi sesetengah orang tapi kalau lima buah komik saya beli serentak adalah RM 720.00 setahun duit saya habiskan untuk beli komik.

Bayangkan kalau RM 720.00 saya laburkan untuk penambahan unit amanah saya. Kalau untuk 10 tahun saya buat penambahan unit amanah dengan nilai kosisten sebanyak RM 720.00, bermakna saya sudah laburkan RM 7,200.00. Itu nilai yang belum di kira dengan pulangan. Katakan pulangan minimanya adalah 10% setahun? Kirakanlah nilai pulangannya.

Laburkan duit untuk SEO dengan Kitab SEO Merah Jambu
Laburkan duit untuk Ilmu Pelaburan Saham

Sekurangnya duit untuk anak saya daftar masuk universiti telah ada nanti. Bukan begitu? Cuba kirakan untuk kos-kos perbelanjaan yang tidak perlu dalam hidup anda pula seperti rokok.

Jika anda tidak ingin melabur, mungkin dengan mengeluarkan perbelanjaan yang tidak perlu anda akan mampu membeli barangan impian seperti:

  • Anda boleh membeli laptop seperti Imac, Alienware secara tunai
  • Anda boleh membeli beg tangan PRADA, LV atau Gucci
  • Anda boleh melancong ke Paris, London, New York
  • Anda boleh tunaikan haji dan umrah
  • Anda boleh membeli theme wordpress yang hebat untuk blog anda
  • Lain-lain lagi anda senaraikan barang impian anda….
Quote hebat dari Warren Buffet

Quote hebat dari Warren Buffet

Caranya mudah saja sebenarnya, gunakan buku atau excell. Sediakan kolumn meingukut bulan, dan senaraikan perbelanjaan tetap. Sediakan ruang untuk perbelanjaan yang diluar jangkaan seperti kereta rosak, baiki rumah dan lain-lain. Senaraikan setiap perbelanjaan dan kos nya. Atau anda boleh gunakan apa kaedah sekalipun yang penting anda harus mengira setiap sen yang keluar dari poket anda.

Ini bukan untuk menilai anda perbelanjaan tapi untuk menjejaki perbelanjaan harian, mingguan, bulanan dan tahunan anda.

PS: Kita perlu berusaha untuk membebaskan diri kita dari masalah kewangan serta yang berminat untuk tahu berkenaan unit trust boleh hubungi saya daddydee at gmail dot com

Jobdirumah : siapa pun boleh buat duit dari rumah

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua…

Buat duit dari rumah dengan laptop saja

Buat duit dari rumah dengan laptop saja

Sekarang semua orang adalah pengguna internet baik dilayar dari smartphone mahupun laptop atau komputer. Tidak kira umur baik tua muda atau dewasa pasti menggunakan internet.

Berita baik untuk pengguna internet, jobdirumah.com menawarkan satu skim kerja amat mudah dengan modal kecil tapi menjamin pulangan yang lumayan.

Dengan bayaran RM50 kita akan dapat sertai jobdirumah.com. Bayaran ini adalah untuk yuran proses.

Selepas mendaftar kita akan dibenarkan login dan memilih kerja yang sesuai dengan kita. Setiap kerja pasti ada komitmen nya sama juga dengan jobdirumah.com. Kerja yang diambil perlu disiapkan dalam jangka masa yang ditetapkan dan untuk dapatkan kerja ini kita perlu menang bid. Kalau rajin pasti akan boleh.

Buat duit dari rumah mulakan sekarang

Buat duit dari rumah mulakan sekarang

Jadi tiada lagi yang mustahil, pelajar sekolah, pelajar ipt, cikgu, pensyarah, penganggur, tukang cuci dan sebagainya semua boleh buat duit dari rumah dengan jobdirumah.com asalkan kita ada akses internet dan komputer.

Setakat RM 50 apa lah sangat, digunakan untuk melabur untuk dapatkan wang tambahan poket untuk kita juga belanja awek-awek comel. Tak akan nak orang perempuan belanja orang lelaki kot malu.

Jom buat duit dari rumah boleh dapat duit lebih untuk kita buat belanja pergi SPA.

Masa untuk berubah

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Sering kali kita menyatakan nanti lah dulu, biarlah, nanti aku buat lah. Itu yang sering kita jadikan alasan kita, dan membuatkan kita sering kali terlambat.

Perubahan

Perubahan

Sebenarnya dalam melakukan sesuatu biarlah kita jadi yang pertama. Jangan pernah terlambat. Jika kita sudah merancang mulakan sekarang.

Mulakan setiap perancang kita dengan kadar yang segera. Walaupun dengan satu langkah yang kecil pasti akan besar maknanya. Langkah kecil kecilan lama lama besar jadinya besar maknanya.

Setiap insan yang berjaya hari ini juga memulakan dengan langkah yang kecil. Dari langkah kecil yang membawa kepada satu perubahan besar mencapai puncak jaya.

Jika anda sudah ada perancangan mulakan segera jangan tunggu tunggu. Jangan biarkan orang lain mendahului kita. Biar kita jadi yang pertama dan kekal yang pertama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...