Bilakah Masa Yang Sesuai Untuk Merancang Persaraan Kita

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku…

Apa khabar semua saudaraku? Masih dalam keadaan sihat sejahtera bahagia gembira bersama keluarga tercinta saya harapkan.

Mearancang Persaraan - Untuk Apa? Bagaimana?

Mearancang Persaraan – Untuk Apa? Bagaimana?

Merancang Persaraan, itu satu soalan yang amat sensitif bagi sesetengah orang, ramai yang sensitif dengan soalan ini sebenarnya. Ramai yang saya bertanya akan membalas dengan satu renungan tajam dan air muka yang berubah serta merta. Mungkin mereka fikir saya memerli mereka dan mungkin ini jawapan yang ingin mereka utarakan pada saya:  ’Aku masih muda, belum lagi hendak bersara.’ ataupun ‘Aku masih kuat untuk berkerja. Lambat lagi mahu pencen’.

Jom Niaga – Berniaga dan Berseronok

Buat Duit Dari Rumah

Peringkat umur manakah yang sesuai untuk merancang persaraan? Mari kita lihat mentaliti biasa masyarakat kita dalam bab perbelanjaan dan kewangan:

    • Umur 20-30 Tahun : Usia yang masih muda baru menempuh ke alam pekerjaan mungkin juga baru graduasi dan beralih ke dunia pekerjaan. Peringkat umur ini adalah peringkat mengejar impian dan untuk kelihatan mewah. Ramai yang saat usia ini mula untuk membuat hutang samada hutang kereta, hutang pendidiakan, personal loan atau kad kreadit. Kebanyakan wang gaji adalah untuk membayat hutang.
    • Umur 30-40 Tahun : Masih peringkat usia pemuda. Peringkat ini ekonomi biasanya mula stabil dengan keadaan gaji yang lebih besar. Peringkat ini mula untuk merancang dan menyusun semula hutang piutang. Tidak kurang juga yang mula membuat hutang baru untuk memiliki rumah dan kenderaan yang lebih besar.
    • Umur 40-50 Tahun : Usia yang sudah menjelang ‘Asar’. Tempoh bagi menyelesaikan segala hutang piutang dan mula menabung untuk pencen. Mula berminat untuk memiliki perlindungan takaful.
    • Umur 50 Tahun Ke Atas : Saat-saat untuk bertenang dan santai. Menjelaskan segala baki hutang, merancang wasiat dan memikirkan kesihatan. Memulakan fasa baru yang bebas dari beban kerja.

Jawatan kosong: Pekerja Part-Time Di Perlukan

Kebanyakan akan mula befikir dan merancang persaraan pada usia 40-50 tahun, malah tidak kurang yang langsung tiada perancangan. Tidak merancang persaraan mereka dan hanya bergantung kepada duit KWSP atau wang pencen semata.

Bagi saya sepatutnya kita merancang persaraan kita di saat kita melangkah masuk ke alam pekerjaan. Mulakan dengan jumlah yang kecil tidak mengapa, yang penting kita menyimpan untuk hari persaraan kita kelak. Sebaiknya, jangan hanya menyimpan di dalam bank sahaja, tetapi dilaburkan wang simpanan tersebut dalam skim pelaburan yang terjamin dan memberi pulangan yang lumayan seperti Pelaburan Emas atau Perak, Pelaburan Saham, Pelaburan Unit Amanah (Unit Trust), Pelaburan Hartanah dan lain-lain lagi. Jangan dilupa untuk melabur juga dalam Skim Perlindungan Takaful. Ingat Inflasi sentiasa mengejar kita.

mentor jutawan

Buku Mentor Jutawan

Merancang persaraan awal adalah satu langkah yang bijak sebenarnya. Biarlah kita bersara dengan bebas dari sebarang masalah kewangan. Ayuh pelajari dari mentor jutawan bagaimana mereka lakukan.

Orang Muda Mesti Ada Kad Kredit

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Kad kredit ada banyak nama ada yang paggil kad hutang ada juga panggil kad plastik. Seorang kawan saya lagilah dia panggil kad masalah. Mungkin sebab dia pernah menjadi mangsa kad kredit.

Kad kredit adalah satu instrumen yang akan memudahkan pengguna dalam membuat sebarang pembayaran. Ianya memang satu kemudah tapi kalau salah langkah ia boleh menjadi musuh utama dalam hidup kita. Ramai kawan saya yang ada kad kredit dan ramai juga yang sudah jatuh ke dalam lubang kad kredit, salah siapa? Diri sendiri.

Orang muda mesti ada kad kredit, betul ke?

Orang muda mesti ada kad kredit, betul ke?

Orang Muda Mesti Ada Kad Kredit

Awal bulan yang lalu, peti sejuk di rumah meragam, peti sejuk hanya tinggal peti saja sejuknya sudah hilang. Rosak lagi peti sejuk ini, genap setahun diperbaiki peti kembali meragam. Mahu di baiki pasti tidak sempat siap kerana sudah dekat dengan Tahun Baru Cina. Mahu tak mahu kena beli juga, susah kalau tiada peti sejuk ianya keperluan bagi kami untuk menyimpan bahan mentah.

Jadi saya dan keluarga buat keputusan untuk pergi ke mall yang berdekatan dengan rumah. Untuk mencari peti sejuk yang di mahukan. Sampai di kedai yang ingin di tuju, saya hanya melayan tuan kecik, kerja memilih reka bentuk peti sejuk saya serahkan pada yang pakar iaitu isteri dan mak mertua saya. Saya mata tak berseni. Jadi kerja seni memilih barang ni saya serahkan pada kaum hawa.

Pilih itu pilih ini, promoter pun sibuk mempromosikan peti-peti terbaik yang mereka jual. Tekun mereka bekerja, saya suka. Tapi sedih bila dah pilih, stok banyak yang tiada stok kerana Tahun Baru Cina. Haiya, susah woo. Jadi akhirnya, pilih saja yang ada stok. Lupa nak minta display set mana tahu boleh dapat murah, silap juga. Hehehe.

Bila dah pilih promoter tu tanya saya

‘Ada kad kredit tak?’

‘Saya tiada kad kredit.’

‘Kad kredit apa pakai’

‘Saya tak pakai kad kredit’

‘Kalau ada kad kredit kita ada offer, easy payment with zero interest. Bulan-bulan dalam 200 lebih saja. Murah’

‘Tak mengapa. Saya tiada kad kredit’ Hati mula panas dah berulang kali saya jawab.

‘Ye ke? Orang muda mesti ada kad kredit, dik. Semua orang datang sini yang muda-muda ada kad kredit.’

‘Ok, saya bayar pakai kad debit. Kad kredit belum order lagi, kalau tak boleh pakai kad debit, tunggulah 10 tahun lagi saya datang balik. Boleh kan?’

‘Ok. Boleh dik. Ini jumlah yang perlu di bayar.’

Saya mengeluarkan cash yang telah siap saya keluarkan dari mesin ATM dan bayar jumlahnya.

Ada kad kredit, pilihan di tangan anda?

Ada kad kredit, pilihan di tangan anda?

Kad Kredit Pilihan

Saya tak faham apabila promoter itu sibuk kempen pasal zero interest dia tu. Cukuplah dia kempen peti sejuk tak perlu kempen kad kredit dan lain-lain. Fokus pada peti sejuk cukup tak perlu nak jual kad kredit. Paling saya tidak boleh terima ayat dia ‘Orang muda mesti ada kad kredit’. Memiliki kad kredit piliha individu kalau mereka mahu mereka boleh ada kad kredit tapi bukan satu kemestian. Tak semua orang muda ada kad kredit.

Sebenarnya saya bukan tidak ingin memiliki kad kredit tapi ianya bukan keperluan bagi saya buat masa ini. Saya memilih untuk menggunakan kad debit sahaja. Memiliki kad kredit pilihan individu sebenarnya terpulang kepada kepentingan masing-masing.

Kalau saya bekerja yang memerlukan saya untuk travel mungkin saya akan ada kad kredit. Tapi bukan sekarang.

Apakah Itu Unit Trust?

Featured

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku….

Apabila menyebut unit amanah atau unit trust ramai orang diluar sana akan mula goyang dan takut, menunjukkan respon kurang berminat. Dan pelbagai persoalan akan diajukan antaranya:

  1. Betul boleh untung ke?
  2. Kau boleh jamin yang semua ini tidak akan rugi?
  3. Sudah terbukti ke keberkesanannya?

Itu adalah antara soalan yang biasa akan menerjah ke telinga apabila saya menyebut berkenaan Unit Amanah. Dan ramai juga yang akan bertanya apa sebenarnya Unit Trust / Unit Amanah ni? Lalu saya bertanya kembali ada melabur dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) tak? Dan dijawabnya ‘Ada’.

Ini bermaksud ramai pelabur di luar sana tidak faham apa itu ASB tapi tetap melabur dalam ASB. Ini kerana sepatutnya apabila kita melabur dalam ASB, kita sepatutnya sudah memahami erti unit amanah itu kerana ASB adalah salah satu dari beratus dana unit amanah di luar sana.

Maksud Unit Amanah

Unit Trust atau Unit Amanah adalah merupakan skim pelaburan terkumpul yang menggabungkan dana pelabur yang mempunyai matlamat yang sama, dalam sebuah ‘amanah’ yang diuruskan oleh pengurus dana profesional.

Q : Mengapa ramai dikalangan kita berani melabur dalam ASB tapi tidak ramai memilih untuk melabur dalam unit amanah?

A : Pada pendapat saya, adalah kerana kita tidak di dedahkan dengan ilmu tentang unit amanah ini. Tapi kita sering mendengar ramai yang berbual tentang bagusnya ASB. Dan rasanya hampir tiada orang yang berbual tentang bagusnya unit amanah.

Q : Betul ke wang yang dilaburkan dalam unit amanah tidak boleh dikeluarkan?

A : Tidak, wang pelaburan anda boleh dikeluarkan pada bila-bila masa sahaja. Tetapi ingat matlamat pelaburan asal unit amanah adalah untuk jangka panjang iaitu sekurangnya 3-5 tahun. Namun begitu, duit pelaburan tetap boleh dikeluarkan sebelum tempoh itu, tetapi mungkin pulangannya kurang. Pelaburan unit amanah dikenakan caj perkhidmatan pada awal pelaburan.

Q : Apa lebihnya Unit Amanah berbanding dengan Emas, Fix Deposit ataupun ASB?

A : Semua pelaburan di atas adalah bagus dan masing masing ada pro dan cons dia. Setiap pelaburan mempunyai risikonya dan terpulang pada matlamat pelaburan kita. Yang penting kaji, labur dan nikmati hasilnya. Tepuklah dada tanyalah selera.

Harapnya perkongsian saya pada kali ini dapat menjelaskan kepada saudara sekalian tentang apa itu unit amanah /  unit trust. Sekiranya ada persoalan atau perkongsian pendapat boleh dikemukakan, insyallah kita berbincang.

 

Cara Pengiraan Dividen ASB

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku….

Entri kali ini adalah bagi menjawab persolan yang dikemukakan oleh ciknaktahu di ruangan komen entri ASB Loan : Cara Saya, soalanya adalah seperti di bawah:

Komen ciknaktahu

Komen ciknaktahu – saya baru ke baru loan asb ni baru setahun saya nak tanya bagaimana nak  guna duit dividen tu blk ek? bagaimana nak tahu berapa banyak dividen kita dapat?

Walaupun saya tidaklah pakar dalam bidang ini, saya cuba berkongsi setakat yang saya tahu. Maaf sekiranya jawapan yang saya berikan ini tidak tepat dan silalah betulkan.

ASB

ASB

Soalan ciknaktau adalah berapa banyak dividen kita dapat?, jadi disini saya ingin kongsikan cara pengiraan dividen ASB adalah:

Contohnya Pengiraan Dividen:

Dividen = (Purata baki minima terendah setahun) x (Pendapatan ASB)

Diveden adalah 7.75 per unit:

Januari : RM 5,100.25

Februari : RM 5,100.25

Mac : RM 5,100.25

April : RM 105,100.25

Mei :  RM 105,100.25

Jun : RM 105,100.25

Julai : RM 105,100.25

Ogos : RM 105,100.25

Sept : RM 105,100.25

Oct : RM 106,650.25

Nov : RM 106,650.25

Dis : RM 106,650.25

Purata bagi minima adalah :RM 965,853.00 / 12 = RM 80,487.75

Jumlah dividen yang diterima adalah = (RM 80,487.75)(7.75%) = RM 6,237.80

Contoh Pengiraan Bonus :

Bonus = (Purata baki minima terendah bagi 10 tahun) x (Bonus ASB)

Bonus adalah 1.15 sen per unit

Katakanlah purata baki minima terendah bagi 10 tahun adalah  RM 100,000.00

Bonus = (RM 100,000.00) x (1.15%) = RM 1,150.00

Jadi jumlah pendapatan ASB boleh dianggarkan dengan mencampurkan jumlah Dividen ditambah dengan jumlah Bonus ASB.

Diharap cara pengiraan dividen ASB yang saya terangkan di atas ini dapat membantu.

Untuk pengeluaran dividen ASB hasil dari pinjaman ASB (loan ASB) boleh dibuat seperti biasa. Jumlah pendapatan yang dipaparkan adalah jumlah simpanan kita dicampur dengan jumlah pinjaman. Cuma jumlah pinjaman itu tidak pernah dipaparkan dalam buku akaun ASB kita.

Diharapkan penerangan saya di atas ini dapat membantu dan menjawab soalan. Saya tidaklah arif tentang ASB ini, masih lagi mempelajari ilmu selok belok ekonomi dan kewangan ni. Masih banyak yang perlu saya pelajari.

Kesan Inflasi Kepada Kita

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Inflasi adalah bermaksud kenaikan tingkat dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan. Faham? Saya pun baru sahaja memahami maksud perkataan inflasi pada tahun lepas. Baru sangat kan? Walaupun perkataan itu telah lama saya dengar tapi saya tidak jelas maksudnya.

Apakah kesan inflasi dalam kehidupan kita? Inflasi adalah suatu fenomena biasa dalam ekonomi tatapi kesannya terhadap individu amat terasa sekali. Jika pada tahun 1997, kita masih boleh membeli nasi lemak pada harga bawah RM 1. Kini pada tahun 2013, harga nasi lemak adalah RM 1.50. Nyata sekali kesan infalsi akan dirasai oleh individu, menjejaskan kewangan seseorang itu.

Inflasi

Inflasi : Bahaya kesannya

Seperti dalam gambar di atas; pada tahun 1998, dengan RM 50 kita boleh membeli satu troli penuh barangan keperluan. Manakala, pada tahun 2005, kita hanya boleh membeli separuh troli barangan keperluan. Dan kini, pada tahun 2012, hanya beberapa barangan keperluan sahaja dapat dibeli dengan RM50. Fikirkan saudaraku?

Inflasi biasanya terjadi apabila keadaan pasaran dimana permintaan lebih tinggi daripada bekalan dan peningkatan kos pengeluaran. Cara terbaik dan mudah untuk mengawal inflasi adalah mengawal perbelanjaan harian kita.

Untuk mengelakkan kita terkesan dek kesan inflasi ini, kita mesti mencari pelaburan yang mempunyai pulangan yang lebih tinggi dari kadar inflasi semasa. Sebagai contoh; sekiranya kadar inflasi semasa adalah 4% setahun dan pelaburan kita memberikan pulangan sebanyak 6% setahun. Ini bermakna keuntungan sebenar kita adalah 2% sahaja. Bukannya 6%, kerana pulangan 6% perlu ditolak dengan kadar inflasi 4% dan bakinya adalah keuntungan sebenar pelaburan kita.

Banyak pelaburan yang sah diluar sana yang menjanjikan pulangan yang berbaloi. Hanya kita yang perlu mencari dan menentukan pilihan kita. Biarlah kita bersusah sekarang, asalkan kita boleh bersenang kemudian. Dari bersenang kini, merana kemudian. Bukan begitu saudaraku?

Melaburlah untuk jangka masa yang panjang, biarkan kuasa kompaun memainkan peranannya ke atas wang pelaburan kita. Biar kuasa kompaun mengembangkan pelaburan kita.

Pendapatan ASN 2012

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Pendapatan ASN

Agihan Pendapatan ASN

1.23 juta pelabur Amanah Salam Nasional (ASN) akan menerima agihan pendapatan ASN bagi tahun berakhir 31 Disember 2012 sebanyak 6.30 sen seunit. Ini menunjukkan peningkatan 0.25 sen berbanding agihan pendapatan ASN tahun lalu.

Pelabur ASN boleh mengemaskini akaun bermula 2 Januari 2012. Berapa pendapatan ASN yang saudara terima tahun ini?

Sepertimana ASN, agihan pendaptan ASB juga menunjukkan peningkatan. Ini suatu tanda yang cukup positif.

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat ilahi. Pasti semua pelabur ASN gembira dengan pengagihan Pendapatan ASN tahun ini. Walaupun saya bukan pelabur ASN saya tumpang gembira. Mungkin ini satu petanda baik untuk melakukan pelaburan bagi mereka yang belum melabur. Mulakan pelaburan saudara sekalian sekarang. Jangan tunggu-tunggu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...