5 Rahsia Menang Kontrak Kerajaan

Assalamulaikum Dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Selamat Hari Malaysia. Buat yang sambut Hari Lahir hari ini 16 September, Selamat Hari Lahir dan semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.

Hari ini hari cuti tapi saya tetap di Pejabat. Siap kerja untuk mesyuarat pagi esok. Siapkan kertas kerja untuk dibentangkan kepada Ahli Mesyuarat.

5 Rahsia Menang Kontrak Kerajaan
5 Rahsia Menang Kontrak Kerajaan

Letih juga mata memerhatikan setiap tulisan dalam dokumen yang dihantar kepada saya. Tulisan memang bermacam lenggok nya. Hahahaha… Ada yang boleh saya baca dan ada yang tak boleh.

Tulisan boss saya pun saya tak boleh baca. Hahahaha…

5 Rahsia Menang Kontrak Kerajaan

Hari ini saya nak kongsikan sedikit tips, 5 Rahsia Menang Kontrak Kerajaan. Ini bukan berdasarkan pembacaan saya tapi berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya.

Kenapa saya kongsikan di sini? Hasrat saya satu. Membantu kontraktor di luar sana untuk menang kontrak kerajaan. Sebenarnya nak menang kontrak/sebutharga bukan susah kalau kena caranya.

Sedih saya bila melihat ramai kontraktor masih mengisi sebutharga/kontrak secara acuh tak acuh. Sedih… terpaksa tolak sebab kesalahan yang kecil.

Tak mengapalah lupakan yang lalu, hari ini saya kongsikan 5 Rahsia, iaitu:

  1. Tepati Masa – Perhatikan iklan sebutharga, dan catatkan setiap masa yang ditulis. Bila jual dokumen, bila lawatan tapak dan bila tutup? Setiap deadline ini kena tepati. Lambat minta maaf, khas buat siapa cepat sahaja.
  2. Hormati Pegawai Kerajaan – Hormatilah pegawai yang anda berurusan tak kiralah masa nak beli dokumen ke, lawatan tapak ke, masa nak pulang dokumen. Hormati pegawai tersebut walaupun dia lebih muda. Bukan hormat sampai bersujud, cukup sekadar berikan senyuman manis dan bicara yang sopan.
  3. Beri Perhatian Semasa Lawatan Tapak – Mungkin dalam dokumen kontrak atau sebutharga itu penerangan nya terlalu ringkas dan nampak mudah. Dan saya tahu kontraktor lagi pakar dan sebab itu ramai yang tak ambil endah semasa lawatan tapak. Nasihat saya satu je, Beri Perhatian, dan ikut ke setiap pelusuk yang pegawai tersebut bawa sebab mungkin ada arahan semasa lawatan tapak yang tidak tertulis dalam dokumen. Lagi satu, pegawai yang datang memerhatikan, bukan peluk tubuh saja.
  4. Isi setiap Mukasurat dalam Dokumen – saya tahu anda dah penat isi beratus sebut harga dalam setahun dan maklumat sama yang mahu di isi. Tapi itulah tugas anda, isi sebaiknya maklumat yang diperlukan. Tertinggal atau terlupa isi boleh menyebabkan dokumen anda ditolak.
  5. Tunjuk Minat – ini pun sama dengan item no 3. Sebelum, semasa dan selepas jangan malu-malu jumpa dan bertanya pegawai yang memberi kerja, tanyalah hal yang berkaitan. Tunjukkan yang kita minat nak dapatkan kerja. Biar orang menyampah dengan kita, mana tahu bila dah menyampah dapat kerja kecil. Jadilah kan?

Sebenarnya bukan susah nak menang kontrak kerajaan. Tak perlu ada kabel tak perlu ada kroni pun. Janji ada usaha dan minat pasti boleh berjaya.

Usaha teruskan usaha. Bagi yang berminat boleh Dapatkan Rahsia Memenangi Perolehan Kerajaan. Panduan yang amat saya syorkan. 

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Menjadi kontraktor bukan suatu yang mudah, apa yang
Arsene Wenger Tinggalkan Arsenal Arsène Wenger telah mengeluarkan kenyataan berikut: "Selepas
Jujur je aku mengaku memang aku buta pasal ilmu kereta, terutama bab dalam bahagian enjin.
Sempena ulangtahun ke-50 Big Mac, satu kolabrasi andara McDonald's x G-Shock telah berlaku. Dua syarikat

Bonus ASB Sikit, Apa Perlu Buat?

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Pendapatan ASB Sikit
Pendapatan ASB Sikit

Apa khabar semua? Layan monday blues lagi ke? Hehehehe… Kerja-kerja ya.

Bonus ASB dah diagihkan, kalian semua macamana? Sudah semak berapa bonus ASB yang dapat tahun ni? Pakcik punya malas nak pergi beratur dekat pejabat Pos yang tentunya no giliran beratus sebab ramai yang nak kemaskini buku. Lagipun pakcik tau dah berapa bonus pakcik dengan simpanan yang pakcik kayo tu. Almaklum lah duit simpanan sejoota setengah rupiah tu memang tak pakcik usik. Jadi tak perlu tergesa-gesa, duit pakcik ado sejoota setengah rupiah.

Sekarang ini ramai yang sibuk beratur kat pejabat Pos sebab nak keluarkan duit bonus ASB, yalah awal tahun banyaklah perbelanjaan nak pakai. Nak bayar yuran anak sekolah, beli baju anak sekolah lah. Macam-macam lah.

Ramai juga kawan-kawan pakcik yang mengeluh sebab bonus ASB sikit. Yang buat simpanan tetap setiap bulan tu mungkin tak mengeluh tapi yang buat ASB loan pasti terkesan. Ya lah ada yang kata bonus ASB sikit tak cover montly yang kena bayar kat bank.

Berapa Bonus ASB 2014?

Bonus ASB 2014
Bonus ASB 2014 (sumber Astro Awani)

Mungkin disebabkan oleh ekonomi yang agak goyah sekarang ini, bonus ASB 2014 juga menurun berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Kalau dilihat dari jadual di sebelah pendapatan dari 1990 sehingga 2014 terdapat penurunan yang mana pada tahun 2014 dividen ASB adalah 7.50 dan bonus sebanyak 1.00.

Dividen ASB 7.50 adalah sama seperti tahun 2010 dulu tapi pada 2010 bonus adalah lebih tinggi dari tahun ini.

Bagi yang masih tidak tahu cara pengiraan pendapatan ASB boleh baca disini.

Secara ringkas pengiraan pendapatan ASB adalah dividen dikira dari purata minima simpanan ASB selama setahun. Manakala bonus adalah purata minima terendah bagi tempoh 10 tahun.

Konsep ASB tetap sama dengan unit amanah saham (unit trust) yang lain diluar sana. Jumlah pendapatan simpanan adalah berkadaran dengan masa. Makin lama kita simpan makin meningkatlah pendapatan simpanan tersebut.

Pelbagaikan Simpanan

Pada pandangan pakcik, sebaiknya pelbagaikan simpanan kita. Jangan bergantung pada satu sumber. Betul orang kata kalau ekonomi jatuh semua akan terkesan tapi bila simpan di banyak tempat kesan dia akan berbeza.

Contoh: ASB mungkin melabur dalam kompeni A,B dan C yang mana pendapatan dia adalah D, manakala Unit Trust P mungkin melabur dalam kompen V, W, X dan Y yang pendapatannya Z.

Jadi kalau kita melabur dalam ASB saja pendapatan kita akan dapat D, manakala kalau melabur dalam Unit Trust P saja pendapatan akan kita dapat Z. Dan kalau kita melabur keduanya kita akan merasa D & Z sekali gus. Mana pilihan kalian? Pakcik akan pilih dua-dua sebab pakcik tamak.

Sebenarnya banyak skim simpanan yang menawarkan pulangan lumayan diluar sana, sama ada kita punyai keberanian atau tidak saja. Tapi jangan pula terpelosok dalam skim cepat kaya, itu pakcik tak campur tau.

PS: Kalau ada yang berminat nak tau pasal Unit Trust boleh contact pakcik kat contact form. Nanti kita PM-PM ya.

Hari ni pergi RHB Bank, pasal kad dah kena block. Rupanya dah kena tukar kad
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Ingat lagi pada tahun 2007 semasa saya mula
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Teringat pada zaman muda mudi dulu masa bujang
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua... Perlukan modal besar atau modal kecil yang diperlukan untuk

Mendaki Puncak Alexa Guna Teknik SEO Terhebat

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Sejak awal bulan Julai 2013 saya cuba sebaik mungkin untuk mendaki puncak Alexa, untuk mendapat ranking yang sebaik mungkin. Selepas saya selak dan lakukan bedah siasat pada daddydee.net ini rupanya banyak sangat organ dalaman yang kurang. Sudahlah organ dalaman kurang dengan semangat nak update blog pun kurang menyebabkan blog tak berfungsi secara normal dan ranking pun menjunam.

Teknik SEO Terhebat
Tanam Pokok SEO untuk mendaki puncak
Tanam Pokok SEO untuk mendaki puncak

Pada awal Julai 2013, ranking dunia adalah hampir 300,000 dan ranking Malaysia adalah 2,800++ memang dah parah sangat. Dengan mood blogging yang ke laut kerana terlalu sibuk dengan belajar.

Selepas terpana dek dua entri dari dua blog hebat iaitu kujie dan denaihati, saya cuba mengkaji di mana silap saya. Mungkin saya perlu lebih linean selapas ini bukan lagi rigid, saya akan terus berekperimentasi dengan artikel hebat dari blogger hebat ini dan juga panduan Teknik SEO Merah Jambu. Alhamdulillah saya berjaya juga turunkan ranking Alexa saya.

Mendaki punca Alexa-Ranking alexa daddydee.net
Mendaki punca Alexa-Ranking alexa daddydee.net

Gambar tu adalah ranking alexa daddydee.net pada 25 Julai 2013. Inn-sha-allah saya akan terus bersemangat untuk berblogging untuk menambah ilmu saya dan terus berkongsi. Akan saya terus mendaki puncak alexa.

Sasaran saya yang seterusnya adalah untuk berada di ranking bawah 100k dunia dan bawah 1,000 Malaysia. Inn-sha-allah akan terus saya usahakan dan terus berusaha.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Jangan beli ebuku Teknik SEO Merah Jambu, sejujur
Assalamualaikum Dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Blogger sebagai kerjaya? Bolehkah kita jadikan blogger sebagai
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Syukur Alhamdulillah, kita sudah hampir ke penghujung bulan
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Kejayaan tidak mengenal siapa, tapi siapa yang mahukan

Perancangan Kewangan : Kirakan Setiap Sen Yang Keluar

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Kirakan setiap sen yang keluar dari poket anda
Kirakan setiap sen yang keluar dari poket anda

Hari ini saya ingin sambung lagi soal Perancangan Kewangan yang pernah saya tulis dulu. Tips pertama telah saya berikan kini saya ingin kongsikan Tips Kedua iaitu Kirakan Setiap Sen Yang Keluar.

Memang kalau kita lihat tips ini seperti orang kedekut atau tahi hidung masing atau tangkai jering. Tapi sebenarnya tidak, ini adalah langkah paling penting dan mujarab iaitu dengan mengira setiap sen yang keluar. Kerana walaupun 1 sen yang keluar tetap duit.

Dengan merekodkan setiap perbelanjaan kita, kita akan dapat mengenalpasti yang manakah perbelanjaan yang tidak perlu dan yang manakah yang perlu. Dengan langkah ini, kita dapat mengeluarkan atau mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu dalam hidup kita.

Saya sendiri ada perbelanjaan yang tidak perlu dalam hidup dahulu seperti membeli komik-komik kegemaran seperti Pendekar Laut, Juara Wira, Alam Perwira, Senjata Misteri dan lain-lain. Saya dulu adalah kaki komik juga, dan hampir kesemua koleksi komik diatas ada dalam simpanan saya dulu tapi kesemuanya saya sudah bakar. Kenapa saya bakar? Sebab saya nak tamankan zaman komik beralih kepada buku dan ebook.

Kirakan setiap sen yang keluar dari poket - 2
Jangan biarkan duit keluar tanpa dihitung

Untuk komik, saya berbelanja lebih kurang RM 3.00 seminggu untuk satu komik. Komik terbit seminggu sekali maknanya lebih kurang RM 12.00 sebulan untuk komik yang dibaca selama 5 minit, untuk setahun pula saya berbelanja RM 144.00 setahun. RM 144.00 mungkin satu nilai kecil bagi sesetengah orang tapi kalau lima buah komik saya beli serentak adalah RM 720.00 setahun duit saya habiskan untuk beli komik.

Bayangkan kalau RM 720.00 saya laburkan untuk penambahan unit amanah saya. Kalau untuk 10 tahun saya buat penambahan unit amanah dengan nilai kosisten sebanyak RM 720.00, bermakna saya sudah laburkan RM 7,200.00. Itu nilai yang belum di kira dengan pulangan. Katakan pulangan minimanya adalah 10% setahun? Kirakanlah nilai pulangannya.

Laburkan duit untuk SEO dengan Kitab SEO Merah Jambu
Laburkan duit untuk Ilmu Pelaburan Saham

Sekurangnya duit untuk anak saya daftar masuk universiti telah ada nanti. Bukan begitu? Cuba kirakan untuk kos-kos perbelanjaan yang tidak perlu dalam hidup anda pula seperti rokok.

Jika anda tidak ingin melabur, mungkin dengan mengeluarkan perbelanjaan yang tidak perlu anda akan mampu membeli barangan impian seperti:

  • Anda boleh membeli laptop seperti Imac, Alienware secara tunai
  • Anda boleh membeli beg tangan PRADA, LV atau Gucci
  • Anda boleh melancong ke Paris, London, New York
  • Anda boleh tunaikan haji dan umrah
  • Anda boleh membeli theme wordpress yang hebat untuk blog anda
  • Lain-lain lagi anda senaraikan barang impian anda….
Quote hebat dari Warren Buffet
Quote hebat dari Warren Buffet

Caranya mudah saja sebenarnya, gunakan buku atau excell. Sediakan kolumn meingukut bulan, dan senaraikan perbelanjaan tetap. Sediakan ruang untuk perbelanjaan yang diluar jangkaan seperti kereta rosak, baiki rumah dan lain-lain. Senaraikan setiap perbelanjaan dan kos nya. Atau anda boleh gunakan apa kaedah sekalipun yang penting anda harus mengira setiap sen yang keluar dari poket anda.

Ini bukan untuk menilai anda perbelanjaan tapi untuk menjejaki perbelanjaan harian, mingguan, bulanan dan tahunan anda.

PS: Kita perlu berusaha untuk membebaskan diri kita dari masalah kewangan serta yang berminat untuk tahu berkenaan unit trust boleh hubungi saya daddydee at gmail dot com

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Ramai yang masih meangangap Pelaburan dan Simpanan adalah
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Menjadi 'weekend husband' sememangnya banyak masa lapang di
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Hidup ini mesti ada matlamat, sama juga dalam
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku.... Apabila menyebut unit amanah atau unit trust ramai

Perancangan Kewangan : Tetapkan Matlamat Kewangan

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Hidup ini mesti ada matlamat, sama juga dalam pengurusan kewangan kita juga perlu tetapkan matlamat kewangan. Tetapkan matlamat kewangan diletakkan sebagai tips utama dalam perancangan kewangan kerana dalam apa-apa hal yang kita lakukan kita perlu ada matlamat dan tujuan, sama juga dalam perancangan kewangan.

Tetapkan matlamat kewangan
Tetapkan matlamat kewangan

Tetapkan satu matlamat yang jelas yang ingin kita capai. Sebagai contoh dalam 5 tahun lagi saya ingin memiliki sebuah rumah banglo 2 tingkat. Matlamat kita adalah mengumpul dana untuk memiliki banglo 2 tingkat. Jadi kita akan bekerja keras dan berusaha untuk mencapainya.

Ada juga yang bermatlamat untuk bebas dari segala hutang yang ada. Mungkin hari ini mereka dibelengu masalah hutang seperti hutang peribadi atau kad kredit. Jadi matlamatnya adalah untuk bebas dari masalah hutang dan kewangan.

Sebolehnya tetapkan satu matlamat yang bersifat peribadi yang akan memberi kesan yang mendalam dalam diri kita yang memberi kita satu kepuasan. Dengan cara ini dapat membantu kita untuk lebih fokus dan mencapai apa yang kita impikan.

Disiplin menyimpan dan menabung merupakan satu perkara yang sukar sebenarnya terutama bagi orang seperti saya, itulah sebabnya kita perlu tetapkan matlamat yang jelas. Bila sudah ada matlamat baru kita boleh merangka stategi seterusnya.

PS: Kita perlu berusaha untuk membebaskan diri kita dari masalah kewangan serta yang berminat untuk tahu berkenaan unit trust boleh hubungi saya daddydee at gmail dot com

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Ramai yang masih meangangap Pelaburan dan Simpanan adalah
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Menjadi 'weekend husband' sememangnya banyak masa lapang di
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Kirakan setiap sen yang
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku.... Apabila menyebut unit amanah atau unit trust ramai