Bilakah Masa Yang Sesuai Untuk Merancang Persaraan Kita

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku…

Apa khabar semua saudaraku? Masih dalam keadaan sihat sejahtera bahagia gembira bersama keluarga tercinta saya harapkan.

Mearancang Persaraan - Untuk Apa? Bagaimana?

Mearancang Persaraan – Untuk Apa? Bagaimana?

Merancang Persaraan, itu satu soalan yang amat sensitif bagi sesetengah orang, ramai yang sensitif dengan soalan ini sebenarnya. Ramai yang saya bertanya akan membalas dengan satu renungan tajam dan air muka yang berubah serta merta. Mungkin mereka fikir saya memerli mereka dan mungkin ini jawapan yang ingin mereka utarakan pada saya:  ’Aku masih muda, belum lagi hendak bersara.’ ataupun ‘Aku masih kuat untuk berkerja. Lambat lagi mahu pencen’.

Jom Niaga – Berniaga dan Berseronok

Buat Duit Dari Rumah

Peringkat umur manakah yang sesuai untuk merancang persaraan? Mari kita lihat mentaliti biasa masyarakat kita dalam bab perbelanjaan dan kewangan:

    • Umur 20-30 Tahun : Usia yang masih muda baru menempuh ke alam pekerjaan mungkin juga baru graduasi dan beralih ke dunia pekerjaan. Peringkat umur ini adalah peringkat mengejar impian dan untuk kelihatan mewah. Ramai yang saat usia ini mula untuk membuat hutang samada hutang kereta, hutang pendidiakan, personal loan atau kad kreadit. Kebanyakan wang gaji adalah untuk membayat hutang.
    • Umur 30-40 Tahun : Masih peringkat usia pemuda. Peringkat ini ekonomi biasanya mula stabil dengan keadaan gaji yang lebih besar. Peringkat ini mula untuk merancang dan menyusun semula hutang piutang. Tidak kurang juga yang mula membuat hutang baru untuk memiliki rumah dan kenderaan yang lebih besar.
    • Umur 40-50 Tahun : Usia yang sudah menjelang ‘Asar’. Tempoh bagi menyelesaikan segala hutang piutang dan mula menabung untuk pencen. Mula berminat untuk memiliki perlindungan takaful.
    • Umur 50 Tahun Ke Atas : Saat-saat untuk bertenang dan santai. Menjelaskan segala baki hutang, merancang wasiat dan memikirkan kesihatan. Memulakan fasa baru yang bebas dari beban kerja.

Jawatan kosong: Pekerja Part-Time Di Perlukan

Kebanyakan akan mula befikir dan merancang persaraan pada usia 40-50 tahun, malah tidak kurang yang langsung tiada perancangan. Tidak merancang persaraan mereka dan hanya bergantung kepada duit KWSP atau wang pencen semata.

Bagi saya sepatutnya kita merancang persaraan kita di saat kita melangkah masuk ke alam pekerjaan. Mulakan dengan jumlah yang kecil tidak mengapa, yang penting kita menyimpan untuk hari persaraan kita kelak. Sebaiknya, jangan hanya menyimpan di dalam bank sahaja, tetapi dilaburkan wang simpanan tersebut dalam skim pelaburan yang terjamin dan memberi pulangan yang lumayan seperti Pelaburan Emas atau Perak, Pelaburan Saham, Pelaburan Unit Amanah (Unit Trust), Pelaburan Hartanah dan lain-lain lagi. Jangan dilupa untuk melabur juga dalam Skim Perlindungan Takaful. Ingat Inflasi sentiasa mengejar kita.

mentor jutawan

Buku Mentor Jutawan

Merancang persaraan awal adalah satu langkah yang bijak sebenarnya. Biarlah kita bersara dengan bebas dari sebarang masalah kewangan. Ayuh pelajari dari mentor jutawan bagaimana mereka lakukan.

Tiada Kejayaan Yang Mudah : Ianya Terletak Pada Diri Kita

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Jangan pernah takut gagal.

Jangan pernah takut gagal.

Kejayaan adalah suatu yang amat indah kalau dapat dicapai tapi banyak juga kesakitan dan kesukaran yang perlu dihadapi sebelum ianya dicapai. Tiada kejayaan yang mudah. Ya, tiada kejayaan yang mudah.

Percaya atau tidak itulah hakikatnya. Bukan senang untuk berjaya. Tanyalah sesiapa saja yang sudah berjaya pasti mereka menyatakan banyak yang mereka korbankan dalam hidup mereka untuk berada ditempat mereka sekarang. Kecuali mereka adalah keturunan orang berada atau politik.

Kejayaan yang mudah menggunakan kroni? Tidak salah pada pandangan saya menggunakan kroni sebagai loncatan untuk berjaya. Ya, sebagai loncatan sahaja bukan bergantung penuh. Tapi ramai orang sekarang adalah bergantung penuh pada kroni, apabila mandat kroni itu habis maka mereka akan turut sama jatuh bergolek.

Kejayaan Bergantung Pada Usaha Kita

Kejayaan Bergantung Pada Usaha Kita

Sebaiknya, jangan bergantung terus kepada kroni. Kerana itu akan memberikan kelebihan pada kita. Ia juga memberi lebih kepuasan apabila kita berjaya. Merasai nikmat sebenar mengenggam kejayaan setelah banyak perih yang dilalui.

Saya sebenarnya cukup sedih apabila melihat ramai bangsa kita yang sibuk menjaja sana sini kononnya mereka adalah kroni itu ini. Mereka boleh mendapatkan segala yang mereka mahu. Kejayaan dan wang adalah amat mudah bagi mereka kononnya. Tapi kadang-kala habuk pun tidak kelihatan. Senang cerita ali baba, sembang saja.

Capailah kejayaan dengan hasil kudrat dan keringat kita sendiri. Hasil usaha diri kita sendiri. Insyallah ianya pasti suatu yang amat bermakna sekali. Ayuh kawan, berusaha mengubah nasib diri kita.

Gagal hari ini bukan gagal selamanya. Berjaya hari ini bukanlah kejayaan yang abadi jika ia tidak dikekalkan momentumnya.

-Mat Jedi (daddydee.net), 26 Mac 2013-

PS: Sedang mendalami ilmu pelan tindakan kecemasan dan SEO. Dua yang tidak berkaitan tapi penting.

<br />

Jumlah A Bukan Pengukur Kejayaan

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Tahniah buat semua adik-adik yang baru mendapat keputusan SPM dan SPTM. Tahniah pada semua, tahniah pada yang berjaya mendapat semua A dan tahniah juga pada yang tidak berjaya. Ini semua bukan pengukur kejayaan anda.

Pengukur Kejayaan

Pengukur Kejayaan

Saya dulu pun gagal mendapat keputusan yang saya inginkan. Saya amat kecewa. Apabila mendengar kawan-kawan mendapat keputusan semua A saya mula cemburu. Di kampung, jiran tetangga sibuk bercerita anak mereka mendapat semua A. Saya amat kecewa, terasa dunia saya sudah kiamat. Kerana pada masa itu saya anggap SPM adalah pengukur kejayaan dalam hidup seseorang. pengukur kejayaan

Saya nekad mula untuk mencari rezeki, bukan lagi belajar. Saya mula bekerja sebagai salesman mesin jahit di Kuala Lumpur. Semangat untuk belajar mula pudar, dek kerana kecewa dengan keputusan SPM saya. Semasa bekerja saya mula belajar untuk berkomunikasi dengan baik dan secara tidak langsung saya juga belajar ‘Laws of Attractions’. Pelajaran semasa kerja juga amat berharga, bukan saja teori tapi juga praktikal. Tapi saya terpaksa akur dengan permintaan Mak saya untuk saya terus sambung belajar sehinggalah saya ada di tempat saya ada sekarang. pengukur kejayaan

Apa yang saya ingin katakan, adalah keputusan SPM dan SPTM bukanlah pengukur kejayaan anda. Tapi adalah satu permulaan anda, apa yang penting adalah apa langkah kita seterusnya untuk menuju puncak jaya. Teruskan pendakian anda ke puncak kejayaan.

Sudah tentu bagi mereka yang berjaya mendapat keputusan cemerlang mereka akan menuju ke Universiti impian mereka. Tapi bagi yang tidak berjaya, jangan sesekali putus asa. Masih banyak peluang terbuka di luar sana, rebut selagi boleh. Banyak institut di luar sana menawarkan kursus kemahiran yang menarik. Rebutlah. Belajar dan terus belajar.

Dunia hari ini adalah dunia ‘TAHU BUAT’ bukan lagi dunia tahu cakap saja. Dunia hari ini terbuka kepada siapa cepat dan tahu. Teruskan berusaha, dunia masih luas. Dunia kalian belum kiamat, tapi baru bermula. Dengan melangkah ke alam dunia kerja yang sebenar.pengukur kejayaan

Ramai sebenarnya yang diluar sana yang berjaya, bukan kerana keputusan peperiksaannya yang cantik tapi disebabkan kebijaksaannya merebut peluang yang terhidang.

Semakin jauh anda melangkah semakin banyak yang akan anda semua pelajari. Percayalah.

pengukur kejayaan  pengukur kejayaan pengukur kejayaan

Memburu Impian

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Minggu lepas situasi saya agak kelam kabut, keadaan kesihatan mak mertua yang tidak begitu baik membuatkan masa untuk online saya agak terganggu. Daddydee.net telah terbiar pada minggu lepas demi menguruskan keluarga, aktiviti blogwalking saya juga terganggu akibatnya trafik blog agak merudum pada minggu lepas. Inshaallah minggu ini saya akan terus memburu impian, kembali berusaha.

Memburu Impian - Kejar cita-cita anda

Memburu Impian – Kejar cita-cita anda

Itu lumrah kehidupan, ada saja halangan datang menduga kita untuk menguji tahap kesabaran kita menghadapi dugaan dari Allah swt. Bagi saya itu semua tidak menghalang saya untuk memburu impian saya untuk berjaya dalam dunia online dan offline.

Sebulan dalam 2013 telah berlalu, kini bulan Februari sudah menjelma, bagaimana pencapaian saudara saudari ku sekalian sehingga kini? Sudah berapa peratus azam 2013 sudah tertunai? Apakah langkah seterusnya saudara saudari sekalian dalam memburu impian?

Dalam dunia online, saya masih lagi berusaha untuk menjenamakan blog Daddydee.net ini dengan acuan saya. Saya cuba menjenamakan dengan gaya penulisan gaya bahasa Melayu yang kelihatan agak formal. Tagline blog belum lagi saya gunakan, Inshaallah akan saya umumkan kemudian apabila header baru saya sudah siap. Memburu impian saya dalam dunia online untuk mejadi 10 blogger terbaik Malaysia masih banyak yang perlu saya lakukan. Kalian bagaimana?

Dalam dunia offline, bulan Februari akan bermula satu kesibukan bagi saya dalam memburu impian. Banyak yang akan saya lakukan bermula Ferbruari, kembali bergelar sebagai seorang pelajar sudah satu kejutan bagi saya. Setelah sekian lama meninggalkan dunia pengajian, kini saya kembali untuk belajar. Saya memohon ke hadrat ilahi agar saya dipermudahkan menerima ilmu.

Dalam dunia pekerjaan pula, banyak lagi yang perlu saya lakukan. Banyak lagi ilmu yang perlu saya tuntut untuk memantapkan pekerjaan saya. Bagi saya ilmu dan pengalaman adalah ubat terbaik untuk berjaya dalam pekerjaaan. Sebagai, penasihat unit amanah dan juga seorang pekerja senggaraan, masih banyak ilmu yang saya perlukan.

Video Memburu Impian, salah satu lagu kegemaran saya.

Dalam memburu impian, jangan pernah mengalah. Tidak kira berapa kali kita jatuh tersungkur itu tidak penting, yang penting adalah bagaimanakah kita bangun kembali untuk memburu impian. Ingat, usaha tangga jaya.

Saya mendoakan agar impian kita semua akan tercapai. Selamat berusaha dan berjaya saudaraku semua.

Hargai Masa Orang Lain

Featured

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Dari zaman sekolah kita di ajar untuk menghargai ‘masa‘. Jadual-jadual waktu dalam kelas di jadualkan bukan untuk menetapkan masa kita belajar semata-mata tapi adalah untuk menghargai masa. Jadual adalah suatu perancangan, perancangan di buat supaya kehidupan menjadi teratur dan berdisiplin terhadap masa. Semua ini saya sendiri tidak sedar semasa di sekolah, hanya saya sedari apabila menjejak kaki ke Kolej.

Hargai masa orang lain - Masa tidak dapat kita hentikan

Hargai masa orang lain – Masa tidak dapat kita hentikan

Kita juga sering mendengar perumpamaan iaitu ‘Masa itu emas’. Adakah masa itu emas? Tidak, cuma masa adalah suatu yang amat berharga. Masa yang berlalu tidak akan datang kembali.

Dalam Islam ada menyebut ingat 5 sebelum 5 iaitu:

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : ” Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati.” (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).

Dalam kelima-lima elemen ini adalah berkenaan dengan masa. Menghargai masa kita, dan hargai masa orang lain.

hargai masa orang lain - tepatilah masa

hargai masa orang lain – tepatilah masa

Saya sebenarnya cukup bengang dengan orang yang tidak hargai masa orang lain. Mungkin mereka tidak kisah masa mereka dibazirkan begitu saja. Tapi hormati hak orang lain, hargai masa yang mereka luangkan. Sekiranya berjanji cubalah untuk tepati janji.

Saya juga tidak suka istilah ‘Janji Melayu’, kenapa lekeh sangan ke Melayu? Semua orang ‘Melayu’ kah yang tidak tepati janji? Jangan samakan semua orang. Tidak semua orang Melayu yang tidak menghargai masa. Melayu moden dan maju sudah ramai yang sudah bergerak lebih pantas dari masa.

Jangan jadi orang yang gagal. Ubahlah diri kita kerana hanya kita yang mampu mengubahnya mulakan dengan hargai masa kita dan hargai masa orang lain.

10 blogger terbaik Malaysia pun mesti orang yang jenis menghargai masa. Betul tak?

Listen Listen Listen : Tips Komunikasi Berkesan

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua…

Listen listen listen menjadi hangat di internet, pada mulanya saya tertanya-tanya apakah ini semua? Bila saya search nama Sharifah Zohra naik, siapa pula ini? Mungkin saya agak lambat, dan dari blog Tuan Zulkbo baru saya faham apakah dia isu Listen Listen Listen ni sebenarnya. Kalau nak tengok video ni boleh ke blog ni .

Listen listen listen

Listen listen listen

Listen listen listen, ini adalah sedikit tips komunikasi berkesan yang ingin saya kongsikan :

  1. Tatap mata – Kalau boleh pandang mata orang yang sedang berbicara dengan kita. Jangan pandang secara mengairahkan atau renungan tajam pula, nanti lain jadinya. Cukup sekadar menunjukkan kita memberi perhatian dan fokus pada setiap tutur katanya atau perbincangan tersebut.
  2. Suara yang jelas – Gunakan nada suara yang betul dan jelas. Tidak perlu terlalu kuat dan jangan pula terlalu perlahan. Jangan biarkan pendengar kita letih mendengar percakapan kita.
  3. Memberi respon – Cuba memberi respon yang sepatutnya. Sekiranya kita sedang membicarakan cerita sedih, cubalah tunjukkan yang kita prihatin. Jangan ketawa.
  4. Bahasa sopan – Gunakan bahasa yang sopan dan sedap didengar.
  5. Jangan memotong kata – Berikan laluan untuk orang yang sedang berbicara menghabiskan tutur katanya. Berikannya ruang. Memotong kata orang lain menunjukkan kita agak kurang sopan sebenarnya.
  6. Mengurut ego – Lupakan ego diri kita, cuba rendahkan ego kita serendah mungkin mengikut orang yang sedang berbicara dengan kita. Apabila kita bercara mengurut ego orang yang sedang berbicara dengan kita, mereka akan secara automatik akan menghormati kita. Jikalau ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya.
  7. Menghormati orang -  Hormati orang lain yang berbicara dengan kita. Walaupun setinggi mana pun jawatan dan taraf pendidikan kita, hormati lah orang lain. Mungkin orang lain itu lebih tahu atau lebih pandai dari kita. Jangan jadi seperti kisah ‘Professor dengan Nelayan’, yang akhirnya professor mati lemas kerana tak pandai berenang.
  8. Jangan mempertikai – Sekiranya kita merasakan pandangan orang lain itu salah, jangan mempertikai atau menafikan atau memperlekehkan. Sebagai contoh ‘Ya ke kau ni?’, ‘Kau bohong ni’, ‘Jangan sembanglah….’, ‘Tak betul semua yang kau cakap’ atau ‘Sembang lebih la kau’ adalah ayat yang biasa kita dengar. Lebih elok kiranya ditukarkan kepada ‘Oh, begitu tapi apa saya dengar….’, ‘Begitu rupanya….’ atau ‘Ada benarnya yang tuan cakap….’ rasanya lebih sedap didengar.
  9. Bahasa badan – Gunakan bahasa badan yang sesuai. Bahasa badan penting dalam mununjukkan riak kita setiap kali berinteraksi.

Listen listen listen, saya bukanlah pakar komunikasi saya juga masih belajar, apa yang saya tulis adalah sebahagian ilmu yang saya belajar. Dalam blog juga, saya cuba mempraktikkan semua ini, ya lah dalam memburu impian untuk jadi 10 blogger terbaik Malaysia, saya mesti pastikan pembaca blog saya tidak letih membaca blog saya.

Terima kasih pada semua atas sokongan kalian selama ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...