Category Archives: pelaburan

Majlis Ilmu : Sekitar Konvesyen Usahawan Muslim 2013

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku…

Konvesyen Usahawan Muslim 2013

Konvesyen Usahawan Muslim 2013

Konvesyen Usahawan Muslim 2013 itu apa? Tak tahu tengok sini. Alhamdulillah saya telah ke Konvesyen Usahawan Muslim 2013 pada 7 Sept 2013 pada Sabtu lepas, memang satu konvesyen yang best bagi saya yang patut disertai oleh semua orang bagi tak kira lah nak jadi usahawan ke, bakal usahawan ke atau bukan kedua-duanya.

Konvesyen ini bagi saya sepatutnya di adakan setiap tahun. Memang satu usaha yang hebat dari MentorNiaga.com. Ketepikan soal teknikal yang hancur tapi kita ambil bab ilmu yang awesome yang dikongsikan. Sambutannya pun saya lihat memang ramai yang datang cuma lebih ramai perempuan dari lelaki. Mungkin hanya lelaki kacak meminati ilmu, betul ke?

Memang rugi ke Konvesyen Usahawan Muslim 2013 kerana saya tidak dapat mengikuti keseluruhan konvesyen tersebut kerana ada hal keluarga yang perlu saya uruskan. Saya hanya sempat mendengar perkongsian ilmu dari dua ahli panel sahaja iaitu Datuk Wira Dr. Haji Ameer Ali Mydin dan Datuk Nadzim Johan.

Perkongsian ilmu dari dua panel ini memang hebat dan sangat berguna. Sejujur saya katakan apa yang dikongsikan oleh dua panel ini memang membuka minda saya. Hal yang kecil yang tidak pernah kita fikir ianya berat akan menjadi hal terpenting. Kerana sekecil-kecil elemen jika digabungkan akan menjadi atau memberi impaks yang besar.

Yang paling penting dan akan saya pegang dan boleh simpulkan disini adalah bukan semua orang kaya dilahirkan tapi mereka berusaha untuk kaya. Kalau usaha apa saja yang kita mahu pasti boleh itu pasti. Dan itu juga janji Allah swt

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ”

Saya memang berpuas hati pergi ke Konvesyen Usahawan Muslim 2013 ini. Memang sangat best sekali. Inn sha allah jika ada lagi majlis ilmu sebegini akan saya ikuti lagi.

Saya juga sempat kenal dan bersembang dengan blogger hebat, En Titan.

Perancangan Kewangan : Kirakan Setiap Sen Yang Keluar

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Kirakan setiap sen yang keluar dari poket anda

Kirakan setiap sen yang keluar dari poket anda

Hari ini saya ingin sambung lagi soal Perancangan Kewangan yang pernah saya tulis dulu. Tips pertama telah saya berikan kini saya ingin kongsikan Tips Kedua iaitu Kirakan Setiap Sen Yang Keluar.

Memang kalau kita lihat tips ini seperti orang kedekut atau tahi hidung masing atau tangkai jering. Tapi sebenarnya tidak, ini adalah langkah paling penting dan mujarab iaitu dengan mengira setiap sen yang keluar. Kerana walaupun 1 sen yang keluar tetap duit.

Dengan merekodkan setiap perbelanjaan kita, kita akan dapat mengenalpasti yang manakah perbelanjaan yang tidak perlu dan yang manakah yang perlu. Dengan langkah ini, kita dapat mengeluarkan atau mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu dalam hidup kita.

Saya sendiri ada perbelanjaan yang tidak perlu dalam hidup dahulu seperti membeli komik-komik kegemaran seperti Pendekar Laut, Juara Wira, Alam Perwira, Senjata Misteri dan lain-lain. Saya dulu adalah kaki komik juga, dan hampir kesemua koleksi komik diatas ada dalam simpanan saya dulu tapi kesemuanya saya sudah bakar. Kenapa saya bakar? Sebab saya nak tamankan zaman komik beralih kepada buku dan ebook.

Kirakan setiap sen yang keluar dari poket - 2

Jangan biarkan duit keluar tanpa dihitung

Untuk komik, saya berbelanja lebih kurang RM 3.00 seminggu untuk satu komik. Komik terbit seminggu sekali maknanya lebih kurang RM 12.00 sebulan untuk komik yang dibaca selama 5 minit, untuk setahun pula saya berbelanja RM 144.00 setahun. RM 144.00 mungkin satu nilai kecil bagi sesetengah orang tapi kalau lima buah komik saya beli serentak adalah RM 720.00 setahun duit saya habiskan untuk beli komik.

Bayangkan kalau RM 720.00 saya laburkan untuk penambahan unit amanah saya. Kalau untuk 10 tahun saya buat penambahan unit amanah dengan nilai kosisten sebanyak RM 720.00, bermakna saya sudah laburkan RM 7,200.00. Itu nilai yang belum di kira dengan pulangan. Katakan pulangan minimanya adalah 10% setahun? Kirakanlah nilai pulangannya.

Laburkan duit untuk SEO dengan Kitab SEO Merah Jambu
Laburkan duit untuk Ilmu Pelaburan Saham

Sekurangnya duit untuk anak saya daftar masuk universiti telah ada nanti. Bukan begitu? Cuba kirakan untuk kos-kos perbelanjaan yang tidak perlu dalam hidup anda pula seperti rokok.

Jika anda tidak ingin melabur, mungkin dengan mengeluarkan perbelanjaan yang tidak perlu anda akan mampu membeli barangan impian seperti:

  • Anda boleh membeli laptop seperti Imac, Alienware secara tunai
  • Anda boleh membeli beg tangan PRADA, LV atau Gucci
  • Anda boleh melancong ke Paris, London, New York
  • Anda boleh tunaikan haji dan umrah
  • Anda boleh membeli theme wordpress yang hebat untuk blog anda
  • Lain-lain lagi anda senaraikan barang impian anda….
Quote hebat dari Warren Buffet

Quote hebat dari Warren Buffet

Caranya mudah saja sebenarnya, gunakan buku atau excell. Sediakan kolumn meingukut bulan, dan senaraikan perbelanjaan tetap. Sediakan ruang untuk perbelanjaan yang diluar jangkaan seperti kereta rosak, baiki rumah dan lain-lain. Senaraikan setiap perbelanjaan dan kos nya. Atau anda boleh gunakan apa kaedah sekalipun yang penting anda harus mengira setiap sen yang keluar dari poket anda.

Ini bukan untuk menilai anda perbelanjaan tapi untuk menjejaki perbelanjaan harian, mingguan, bulanan dan tahunan anda.

PS: Kita perlu berusaha untuk membebaskan diri kita dari masalah kewangan serta yang berminat untuk tahu berkenaan unit trust boleh hubungi saya daddydee at gmail dot com

Masa untuk berubah

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Sering kali kita menyatakan nanti lah dulu, biarlah, nanti aku buat lah. Itu yang sering kita jadikan alasan kita, dan membuatkan kita sering kali terlambat.

Perubahan

Perubahan

Sebenarnya dalam melakukan sesuatu biarlah kita jadi yang pertama. Jangan pernah terlambat. Jika kita sudah merancang mulakan sekarang.

Mulakan setiap perancang kita dengan kadar yang segera. Walaupun dengan satu langkah yang kecil pasti akan besar maknanya. Langkah kecil kecilan lama lama besar jadinya besar maknanya.

Setiap insan yang berjaya hari ini juga memulakan dengan langkah yang kecil. Dari langkah kecil yang membawa kepada satu perubahan besar mencapai puncak jaya.

Jika anda sudah ada perancangan mulakan segera jangan tunggu tunggu. Jangan biarkan orang lain mendahului kita. Biar kita jadi yang pertama dan kekal yang pertama.

Perancangan Kewangan : Tetapkan Matlamat Kewangan

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Hidup ini mesti ada matlamat, sama juga dalam pengurusan kewangan kita juga perlu tetapkan matlamat kewangan. Tetapkan matlamat kewangan diletakkan sebagai tips utama dalam perancangan kewangan kerana dalam apa-apa hal yang kita lakukan kita perlu ada matlamat dan tujuan, sama juga dalam perancangan kewangan.

Tetapkan matlamat kewangan

Tetapkan matlamat kewangan

Tetapkan satu matlamat yang jelas yang ingin kita capai. Sebagai contoh dalam 5 tahun lagi saya ingin memiliki sebuah rumah banglo 2 tingkat. Matlamat kita adalah mengumpul dana untuk memiliki banglo 2 tingkat. Jadi kita akan bekerja keras dan berusaha untuk mencapainya.

Ada juga yang bermatlamat untuk bebas dari segala hutang yang ada. Mungkin hari ini mereka dibelengu masalah hutang seperti hutang peribadi atau kad kredit. Jadi matlamatnya adalah untuk bebas dari masalah hutang dan kewangan.

Sebolehnya tetapkan satu matlamat yang bersifat peribadi yang akan memberi kesan yang mendalam dalam diri kita yang memberi kita satu kepuasan. Dengan cara ini dapat membantu kita untuk lebih fokus dan mencapai apa yang kita impikan.

Disiplin menyimpan dan menabung merupakan satu perkara yang sukar sebenarnya terutama bagi orang seperti saya, itulah sebabnya kita perlu tetapkan matlamat yang jelas. Bila sudah ada matlamat baru kita boleh merangka stategi seterusnya.

PS: Kita perlu berusaha untuk membebaskan diri kita dari masalah kewangan serta yang berminat untuk tahu berkenaan unit trust boleh hubungi saya daddydee at gmail dot com

Apakah Itu Unit Trust?

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku….

Apabila menyebut unit amanah atau unit trust ramai orang diluar sana akan mula goyang dan takut, menunjukkan respon kurang berminat. Dan pelbagai persoalan akan diajukan antaranya:

  1. Betul boleh untung ke?
  2. Kau boleh jamin yang semua ini tidak akan rugi?
  3. Sudah terbukti ke keberkesanannya?

Itu adalah antara soalan yang biasa akan menerjah ke telinga apabila saya menyebut berkenaan Unit Amanah. Dan ramai juga yang akan bertanya apa sebenarnya Unit Trust / Unit Amanah ni? Lalu saya bertanya kembali ada melabur dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) tak? Dan dijawabnya ‘Ada’.

Ini bermaksud ramai pelabur di luar sana tidak faham apa itu ASB tapi tetap melabur dalam ASB. Ini kerana sepatutnya apabila kita melabur dalam ASB, kita sepatutnya sudah memahami erti unit amanah itu kerana ASB adalah salah satu dari beratus dana unit amanah di luar sana.

Maksud Unit Amanah

Unit Trust atau Unit Amanah adalah merupakan skim pelaburan terkumpul yang menggabungkan dana pelabur yang mempunyai matlamat yang sama, dalam sebuah ‘amanah’ yang diuruskan oleh pengurus dana profesional.

Q : Mengapa ramai dikalangan kita berani melabur dalam ASB tapi tidak ramai memilih untuk melabur dalam unit amanah?

A : Pada pendapat saya, adalah kerana kita tidak di dedahkan dengan ilmu tentang unit amanah ini. Tapi kita sering mendengar ramai yang berbual tentang bagusnya ASB. Dan rasanya hampir tiada orang yang berbual tentang bagusnya unit amanah.

Q : Betul ke wang yang dilaburkan dalam unit amanah tidak boleh dikeluarkan?

A : Tidak, wang pelaburan anda boleh dikeluarkan pada bila-bila masa sahaja. Tetapi ingat matlamat pelaburan asal unit amanah adalah untuk jangka panjang iaitu sekurangnya 3-5 tahun. Namun begitu, duit pelaburan tetap boleh dikeluarkan sebelum tempoh itu, tetapi mungkin pulangannya kurang. Pelaburan unit amanah dikenakan caj perkhidmatan pada awal pelaburan.

Q : Apa lebihnya Unit Amanah berbanding dengan Emas, Fix Deposit ataupun ASB?

A : Semua pelaburan di atas adalah bagus dan masing masing ada pro dan cons dia. Setiap pelaburan mempunyai risikonya dan terpulang pada matlamat pelaburan kita. Yang penting kaji, labur dan nikmati hasilnya. Tepuklah dada tanyalah selera.

Harapnya perkongsian saya pada kali ini dapat menjelaskan kepada saudara sekalian tentang apa itu unit amanah /  unit trust. Sekiranya ada persoalan atau perkongsian pendapat boleh dikemukakan, insyallah kita berbincang.

 

Cara Pengiraan Dividen ASB

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku….

Entri kali ini adalah bagi menjawab persolan yang dikemukakan oleh ciknaktahu di ruangan komen entri ASB Loan : Cara Saya, soalanya adalah seperti di bawah:

Komen ciknaktahu

Komen ciknaktahu – saya baru ke baru loan asb ni baru setahun saya nak tanya bagaimana nak  guna duit dividen tu blk ek? bagaimana nak tahu berapa banyak dividen kita dapat?

Walaupun saya tidaklah pakar dalam bidang ini, saya cuba berkongsi setakat yang saya tahu. Maaf sekiranya jawapan yang saya berikan ini tidak tepat dan silalah betulkan.

ASB

ASB

Soalan ciknaktau adalah berapa banyak dividen kita dapat?, jadi disini saya ingin kongsikan cara pengiraan dividen ASB adalah:

Contohnya Pengiraan Dividen:

Dividen = (Purata baki minima terendah setahun) x (Pendapatan ASB)

Diveden adalah 7.75 per unit:

Januari : RM 5,100.25

Februari : RM 5,100.25

Mac : RM 5,100.25

April : RM 105,100.25

Mei :  RM 105,100.25

Jun : RM 105,100.25

Julai : RM 105,100.25

Ogos : RM 105,100.25

Sept : RM 105,100.25

Oct : RM 106,650.25

Nov : RM 106,650.25

Dis : RM 106,650.25

Purata bagi minima adalah :RM 965,853.00 / 12 = RM 80,487.75

Jumlah dividen yang diterima adalah = (RM 80,487.75)(7.75%) = RM 6,237.80

Contoh Pengiraan Bonus :

Bonus = (Purata baki minima terendah bagi 10 tahun) x (Bonus ASB)

Bonus adalah 1.15 sen per unit

Katakanlah purata baki minima terendah bagi 10 tahun adalah  RM 100,000.00

Bonus = (RM 100,000.00) x (1.15%) = RM 1,150.00

Jadi jumlah pendapatan ASB boleh dianggarkan dengan mencampurkan jumlah Dividen ditambah dengan jumlah Bonus ASB.

Diharap cara pengiraan dividen ASB yang saya terangkan di atas ini dapat membantu.

Untuk pengeluaran dividen ASB hasil dari pinjaman ASB (loan ASB) boleh dibuat seperti biasa. Jumlah pendapatan yang dipaparkan adalah jumlah simpanan kita dicampur dengan jumlah pinjaman. Cuma jumlah pinjaman itu tidak pernah dipaparkan dalam buku akaun ASB kita.

Diharapkan penerangan saya di atas ini dapat membantu dan menjawab soalan. Saya tidaklah arif tentang ASB ini, masih lagi mempelajari ilmu selok belok ekonomi dan kewangan ni. Masih banyak yang perlu saya pelajari.