Kembali Ke Bandar

Assalamualaikum dan Salam Syawal buat semua saudaraku…

Hari Raya telah masuk hari ke-4, pasti ada yang masih lagi sibuk beraya di rumah saudara mara. Ya lah, cuti panjang pasti banyak rumah saudara yang nak kita kunjungi. Saudara macamana? Beraya lagi ke?

Saya pula dah berada di Kuala Lumpur. Perjalanan yang memenatkan tapi mengembirakan dari Tumpat ke Ipoh ke Kuala Lumpur. Mana tak gembira, dapat berjumpa dengan saudara mara dan sahabat lama pasti menyeronokkan. Hari Raya kali ini juga seronok kerana buat pertama kalinya kami beraya bertiga, bersama Tuan Kecik.

Bagi yang merancang untuk kembali pulang ke bandar, nasihat saya adalah:

  1. Pastikan kenderaan anda dalam keadaan selamat dan terbaik. Termasuk enjin, air, brek dan tayar.
  2. Pastikan semua barangan yang hendak dibawa semuanya cukup lengkap. Nanti kalau ada yang tertinggal susah juga.
  3. Pastikan kesihatan kita dalam keadaan terbaik. Kalau tak sihat susah juga nak memandu. Makan beringat-ingat, jangan terbabas makan nanti sakit badan.
  4. Pastikan rehat yang cukup dan badan kita benar-benar cergas untuk memandu. Kalau mengantuk semasa memandu, rehat lah seketika di tempat yang disediakan.
  5. Pastikan bawa sedikit bekalan kudapan untuk dikunyah semasa jalan jam.
  6. Yang paling penting, pastikan tahap kesabaran anda dalam tahap tertinggi untuk memandu dalam jalan yang sesak.

Selamat memandu dan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Saya doakan perjalanan saudara semua selamat hendaknya.

Saya sudah berada di kota jasadnya tetapi jiwa masih lagi di kampung halaman.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi... Daddydee.net ingin mengingatkan pada semua saudara saudari sekalian yang ingin pulang
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku.... Buat duit dengan Nuffnang, bukan lagi fantasi, sudah
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua Saudaraku... Identity Entri ini juga

Kembali Bersiaran

Assalamualaikum dan Salam Syawal Buat semua saudaraku sekalian…

Beberapa hari daddydee.net ditinggalkan tanpa sebarang bicara. Tanpa madah bicara dan tutur nista. Hanya diam membisu dek kerana saya telah menjauhi diri dari internet. Di kampung saya tiada capaian internet jadi tidak dapatlah saya berbicara disini.

Hari ini saya telah berada di Ipoh, Perak. Baru tiba petang tadi dari Kelantan. Perjalanan memang lancar tidak banyak lagi kereta ke arah Perak tapi banyak kereta yang menuju ke Kelantan.

Insyallah, mulai hari ini blog daddydee.net akan berbicara semula seperti biasa. Salam temu dari saya buat semua saudarku.

Bagi yang masih lagi beraya, beringat-ingat ketika makan. Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang. Kesihatan badan jangan diabaikan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Assalamualaikum dan Salam Aspirasi Salam Juara Buat Semua Saudaraku Sekalian Izinkan saya berkongsi satu pengalaman
Memetik dari Laporan Akhbar Harian Metro (5 Jun 2012) yang bertajuk 'Golongan Muda Paling Ramai
Assalamulaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Alhamdulillah saya telah selamat berada di Ipoh, tahun
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Hari Raya bakal menjelma tidak sampai lagi 10

Salam Lebaran

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi…

Daddydee.net ingin mengingatkan pada semua saudara saudari sekalian yang ingin pulang ke kampung halaman supaya:
1. Pastikan rumah dalam keadaan selamat dengan semua tingkap dan pintu di kunci
2. Pastikan semua peralatan elektrik ditutup.
3. Pastikan langganan akhbar dihentikan.
4. Pesan pada jiran tetangga tentang ketiadaan anda.
5. Isi borang pulang ke kampung yang disediakan oleh PDRM bagi memudahkan anggota PDRM memantau.
6. Pastikan kenderaan anda telah diservis dan dalam keadaan selamat.
7. Pastikan semua barangan peribadi/dokumen peribadi dibawa bersama.
8. Pastikan tubuh badan anda sihat dan cergas sebelum memulakan perjalanan. Kalau letih atau mengantuk rehatlah seketika.
9. Pastikan anda memandu secara berhemah dan jangan ikutkan nafsu. Kampung halaman tetap di sana, janji kita selamat sampai.
10. Pastikan memandu mengikut had laju yang ditetapkan. OPS Selamat banyak speed trap, bukan highway saja jalan bandar pun ada. Hati-hati.

Saya doakan perjalanan saudara saudari selamat sampai ke destinasi yang di tuju dan ceria menyambut Aidilfitri bersama keluarga tersayang.

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari daddydee. Mohon maaf zahir dan batil sekira ada tulisan dan layanan daddydee buat saudara saudari kurang senang. Ampunkan saya.

Daddydee sudah away dari laptop jadi blogging guna blackberry saja selepas ini secara live blogging saja. Jumpa lagi di lain masa.

PS : Projek baru belum dapat dibangunkan lagi insyallah selepas raya.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Assalamualaikum dan Salam Syawal buat semua saudaraku... Hari Raya telah masuk hari ke-4, pasti ada
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku.... Yeahhh.... Esok hari raya. Esok hari raya. Esok
Assalamulaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Alhamdulillah saya telah selamat berada di Ipoh, tahun

Ukur Baju Di Badan Sendiri

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Sudaraku…

Hari Raya Aidilfitri sudah menghampiri, Ramadhan pula sudah dekat penghujung bakal meninggalkan kita lagi.

Pasti ramai yang sibuk membeli belah untuk persiapan raya pada saat akhir. Ya lah semua kalau boleh mahu ditukar kepada yang baru. Selain pakaian baru yang sedondon dan berkodi-kodi itu. Pasti ada juga yang nak tukar langsir, tukar perabot, tukar cat, tukar itu tukar ini. Sebolehnya semua mahu baru.

Tapi dalam tukar semuanya baru. Jangan lupa juga untuk servis kereta bagi yang memandu sendiri ke kempung. Memastikan kereta dalam keadaan baik sebelum meneruskan perjalanan adalah amat penting. Membuat persediaan perjalanan yang selamat.

hutang
Terbeban dek Hutang

Yang muda pula pasti sibuk mahu bergaya sakan, sibuk tukar aksesori kereta. Pasang itu pasang ini. Macam macam lagi. Ya lah, nak bergaya sakan dengan sahabat di kampung.

Tapi ingatlah,dalam sibuk membeli belah, menukar itu ini yang baru. Pastikan kita mengukur baju pada badan sendiri. Berbelanjalah mengikut kemampuan kita. Jangan berlebih-lebih dan membazir. Ingat, membazir itu amalan syaitan.

Jangan terlalu seronok berbelanja. Swap sana swap sini tidak terhingga. Selepas raya tepuk dahi bila melihat jumlah hutang yang melambung. Cukuplah berbelanja setakat termampu. Janji kita bahagia. Biarlah bersederhana saja.

Semua ini nasihat untuk diri saya juga.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi... Saudara semua sudah habis bershopping ke? Ke bershopping last minute? Petang
Assalamualaikun dan Salam Inspirasi buat semua Saudaraku... Bulan Ramadhan sudah masuk ke fasa kedua, sudah
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat saudaraku... Apa khabar tuan puan semua? Sihat ke? Saya doakan
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi.... Senarai peserta bagi Giveaways Pertama Daddydee.net adalah : keretahitam jebengotai budakfelda

Nasihat Ketika Urus Niaga Internet

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua Saudaraku…

Saudara pernah melakukan urusniaga internet? Sama ada menggunakan web seperti mudah.my, lelong, alibaba, ebay dan lain-lain ataupub forum seperti lowyat.net dan photomalaysia. Banyak lambakaan website yang memudahkan kita untuk berurus niaga samaada dalam negara atau luar negara.

Saya ingin kongsikan beberapa kes yang pernah terjadi kepada kawan saya.

Pelbagai kemudahan untuk urusniaga internet
Pelbagai kemudahan untuk urusniaga internet

Kes 1

Awal bulan lepas seorang rakan sekerja datang mengadu kepadaku, bahawa beliau telah kena tipu. Saya bertanya bagaimana ditipu? Beliau menceritakan bahawa beliau telah membeli sebuah XBox dari sebuah laman jual beli yang tak asing lagi di Malaysia iaitu Mudah.my. Xbox tersebut dijual pada harga RM800.00++, beliau yang terlalu inginkan barangan tersebut telah bank-in nilai yang dipinta oleh penjual tersebut (seorang lelaki Cina) yang konon nya berasal dari Kelantan. Kononnya barangan tersebut akan dipos selepas duit dimasukkan tapi malangnya barangan dan tracking number tidak diberikan. Bila cuba dihubungi lagi selepas itu panggilan tidak terjawab. Meranalah juga sahabat saya itu kerana kehilangan RM800++. Beliau telah membuat laporan polis. Tapi sekadar laporan sajalah, tiada lagi yang boleh diharapkan.

 Jualan tiket murah-murah. Jom melancong.

Mudahnya dengan tweckbot. Tenang sepanjang perjalanan.

Kes 2

Seorang kawan saya, juga bekas rakan sekerja saya, menceritakan bahawa  beliau telah ditipu oleh seorang penjual dari laman web yang sama. Beliau telah membeli dan membayar wang secara bank-in ke akaun penjual untuk membeli lampu kereta terpakai. Bila dah bayar, lelaki tersebut (seorang Melayu) menyatakan bayaran tidak diterima. Bila disemak dengan Bank, pihak bank meyatakan bahawa transaksi telah berjaya. Maknanya terdapat cubaan menipu disitu.

Oleh kerana telalu bengang, kawan saya cuba mendapatkan kembali wangnya dengan menjejaki lelaki tersebut dengan menggunakan no telefon, no akaun dan penama akaun tersebut. Alhamdulillah usaha beliau tidak sia-sia, lelaki tersebut berjaya dijejak dan duitnya dapat kembali.

scammer
Awas!

Kes 3

Pengalaman seorang kawan saya juga, yang membeli sebuah amplifier dari seorang penjual dari laman web yang sama dengan kes 1 & 2. Penjual dikatakan seorang lelaki India dari Penang. Kesnya sama dengan kes 2 yang mana duit yang telah di bank-in dikatakan tidak di bank-in setelah semakan di buat pihak bank menyatakan transaksi telah berjaya. Tapi malang sedikit bagi beliau apabila lelaki terbabit terus menghilang apabila didesak beberapa kali. Gagal dijejaki. Hanya laporan polis dibuat dan duitnya memanglah lesap.

 

Pengalaman Sendiri

Saya juga pernah melakukan beberapa urusniaga internet dan yang terbaru dalam tahun ini juga saya ada membeli lens Sigma 30mm dan perfume. Pembelian Len Sigma 30mm saya lakukan secara cash on delivery (COD) manakala pembelian perfume adalah melalui pos. Dan alhamdulillah kedua-dua urusniaga berjalan dengan lancar sekali.

Bagi saya urusniaga internet ini memang ada baik buruknya. Yang baiknya adalah kita berurus niaga secara yang lebih cepat dan menjimatkan masa kerana kita tidak perlu  untuk keluar ke kedai untuk memilih barangan yang ingin dibeli. Walaupun begitu, terdapat juga keburukannya iaitu penipuan, barangan tidak wujud, barang tiruan, barangan tidak sama dengan barang yang diorder dan lain-lain lagi.

Nasihat saya sekiranya ingin melakukan urusniaga internet pastikan :

  1. Lihat gambar sebenar barangan yang dijual
  2. Dapatkan indentiti penjual seperti nama syarikat, nama, no phone dan bagus juga kalau dapat salinan IC.
  3. Jangan terlalu terdesak mahukan barangan dengan harga yang terlalu murah. Risiko barangan tiruan atau rosak.
  4. Elakkan urusniaga pos, sebolehnya lakukan ‘Cash On Delivery’ (COD) terutamanya baranga mahal seperti barangan elektronik.
  5. Semasa COD, bawa seorang kawan yang expert tentang barang yang ingin kita beli untuk pastikan ketulenan dan full function barang yang nak dibeli.
  6. Test betul-betul barang yang ingin dibeli sehingga benar-benar puas hati.

Elakkan diri dari menipu orang lain dan elakkan juga dari tertipu. Saudara pernah ada pengalaman berurus niaga dalam internet tak? Boleh kita kongsikan.

Sekian terima kasih.

 

PSY Gangnam Style suatu fenomena yang amat mengejutkan apabila berjaya menarik
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat saudaraku... Apa khabar tuan puan semua? Sihat ke? Saya doakan
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi.... Senarai peserta bagi Giveaways Pertama Daddydee.net adalah : keretahitam jebengotai budakfelda