Saya Sudah Outdated Kah?

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi…

Saudara semua sudah habis bershopping ke? Ke bershopping last minute?

Petang tadi, saya, wife dan tuan kecik keluar mengambil biskut yang ditempah dengan kawan my wife. Balik dari mengambil tempahan kami pergi ke satu mall terkemuka di bandar Kuala Lumpur. Khabarnya, mall tersebut di miliki oleh pak Arab.

Niatnya hanya mahu membeli hadiah untuk my wife. Tapi biasalah, ada saja yang terlencong, saya bukan saja beli hadiah untuk my wife tapi turut beli baju untuk tuan kecik dan adik di kampung.

My wife kata mall tu biasa dikunjungi oleh anak-anak orang kaya. Memang pun apa yang saya lihat mereka semua dengan pakaian yang berjenama. Saya pun pakai baju berjenama juga, baju M7 yang dimenangi dalam Giveaway JebengOtai.

Apa yang cukup buat saya rasa kaget dan tergamam adalah bila kami menyinggah ke KFC untuk beli dan suapkan Tuan Kecik, Kentang Putar KFC. Masuk saja KFC saya lihat penuh beberapa meja dengan remaja Melayu. Tempat mereka berkumpul agaknya.

Kuburan Band
Kuburan Band.

Pakaian mereka membuatkan saya tertanya pada diri saya apakah yang mereka banggakan sebenarnya? Dengan lelaki yang hanya bersinglet (badan bukan sasa pun), seluar koyak, bersubang sebelah, bertindik di mulut dan rambut berwarna warni. Perempuan pula dengan seluar pendek, make up ala gothic, rambut cam pelangi, bersinglet dan bertindik di hidung dan mulut. Berjumpa lelaki perempuan bebas bersalam peluk siap cium pipi lagi. Mungkin int trend mereka dan fesyen mereka sekarang.

Dan yang paling membuatkan kami terasa malu adalah remaja lelaki terbabit tanpa segan silu nya membeli KFC dan makan dalam premis terbabit di sudut tersembunyi. Mata saya tak rasa mereka itu John, Rajamuthu atau Ah Chong tapi saya yakin mereka semua ada nama yang cukup indah yang tertera perkataan ‘Bin’ antara nama mereka dan bapa mereka bukannya ‘Anak Lelaki’. Dan saya yakin juga dalam Kad Pengenalan berwarna biru mereka ada tertulis ‘Islam’ sama seperti saya.

Apakah tiada terdetik di hati mereka untuk berpuasa? Atau mereka tidak dididik untuk berpuasa? Sedangkan bangsa lain pun tahu di bulan Ramadhan semua umat Islam sedang berpuasa, inikan pula kita umat Islam takkan kita lupa sekarang adalah Ramadhan.

Bakal peneraju negara di masa depan sudah makin alpha dan hanyut dalam arus kemodenan. Minda mereka terus dijajah oleh manisfesto Barat yang dicanang dalam hiburan mereka. Dalam Pemimpin kita sibuk mencanang pembentukan 1Malaysia dan bulan Kemerdekaan, anak remaja Melayu kita masih lagi di jajah. Di jajah minda nya walaupun dari segi zahir kita bagaikan sudah merdeka. Tapi minda remaja kita terus di jajah oleh pengaruh barat.

Sudah 55 tahun negara kita merdeka tetapi bilakah minda orang Melayu kita terutamanya akan Merdeka? Merdeka dari segala aspek dan sudut.

Saya doakan agar mereka semua akan Merdeka.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Assalamualaikun dan Salam Inspirasi buat semua Saudaraku... Bulan Ramadhan sudah masuk ke fasa kedua, sudah
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Setiap kali tiba satu Ramadhan mercun pun akan
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Alhamdulillah misi untuk mencari putu bambu telah berjaya

Tips Untuk Memilih Kursus Yang Tepat

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua Saudaraku….

membuat keputusan
Mana Satu Harus Di Pilih

Mana Satu Patut Saya Pilih?  Memilih kursus yang tepat bukan senang. Situasi membuat keputusan pasti sukar untuk semua orang. Ya lah, takut-takut keputusan yang diambil adalah tidak benar. Tidak tepat. Kita juga yang akan menanggung akibatnya nanti. Pernah ke saudaraku menghadapi situasi begini? 

Apa yang ingin saya kongsikan ini bukan kisah saya, tapi dilema seorang pelajar yang bertanyakan pendapat saya dalam memilih bidang yang ingin disambung.

Suatu hari, seorang pelajar perempuan ini telah datang bersama bapanya kepada saya untuk menjadi saksi. Semasa berborak rancak, bapa pelajar ini telah mengajukan satu soalan pada saya:

‘Saya nak minta pandangan. Anak saya ini ada masalah. Dia mendapat dua tawaran. Dia tak tahu untuk memilih. Tawaran pertama adalah Kursus Membaikpulih Komputer di Dungun, Terengganu dan Tawaran kedua adalah Kursus Seni Grafik di MMU.’

Saya bertanya kembali kepada pelajar tersebut

‘Mana satu yang adik minat? Adakah adik suka kerja angkat CPU, cuci habuk, wiring sikit-sikit, main coding mungkin? Atau adik suka duduk memerah idea kreatif?

memilih
Mana Satu Harus Ku Pilih

Adik tu menjawab ‘Saya pun tak tahu?’.

Lalu saya menjawab kembali

‘Sejujur dari hati, saya tak nasihatkan perempuan untuk berada dalam bidang senggaraan. Baik ambil bidang seni kreatif, kalau adik minat seni dan berbakat. Dan kalau saya akan memilih Seni Grafik sebab saya minat dan saya suka. Lagipun bagi saya potensi Seni Grafik boleh pergi lebih jauh terpulang kepada kreativiti kita dan usaha kita. Tapi yang paling penting minat. Tepuk dada tanya hati.

Pelajar itu dan ayahnya mengucapkan terima kasih pada saya selepas selesai berurusan dan berlalu. Saya doakan beliau akan membuat keputusan yang tepat untuk masa depan beliau.

Bukan beliau saja yang menghadapi situasi begitu. Saya juga pernah suatu masa dulu. Jujur saya katakan bidang yang saya ceburi bukan minat saya pun, saya main ambil saja tanpa membuat kajian mendalam sebelum itu. Tapi alhamdulillah saya makin meminati bidang yang saya ceburi.

Ini nasihat saya bagi pelajar yang ingin membuat keputusan untuk memilih kursus apa :

  1. Kaji market pasaran semasa. Apakah bidang yang mempunyai permintaan yang tinggi semasa kini dan masa akan datang? Pastikan kita memilih kursus yang releven dengan pasaran.
  2. Cuba membuat penilaian sebaiknya. Rujuk kepada kaunselor ataupun pensyarah untuk membantu anda.
  3. Ambil bidang yang kita minati. Bila kita ada minat semangat untuk belajar lain sikit dan lebih berkobar-kobar. Memilih kursus yang kita meminati membuatkan kita lebih fokus dalam belajar dan kerja nanti.
  4. Jangan pernah rasa rendah diri jika kursus yang kita dapat adalah bukan yang kita mahu dan kursus dilabel sebagai ‘low standard’. Mereka yang anggap kursus yang ditawarkan ‘low standard’ adalah ‘low standard’ sebenarnya. Kalau kursus itu tidak ada potensi universiti atau kolej tidak akan menawarkannya. Tapi jangan pula mendabik dada atau menyombong pula.
  5. Jika kursus yang kita ambil bukan kursus yang kita minati. Kenalilah, minatilah dan cintailah. Orang selalu kata tak kenal maka tak cinta. Jadi minati bidang yang kita ambil walaupun kita tak suka. Barulah hati ikhlas untuk belajar.
  6. Solat Hajat dan Istiqarah. Insyallah mujarab dan mustajab.
  7. Dalam setiap apa yang kita lakukan jangan lupa tips paling penting iaitu Usaha, Doa dan Tawakal.

Itu saja nasihat buat kali ini. Mungkin ada yang tertinggal cuma ini yang mampu saya coretkan setakat ini. Diharap dapat membantu.

Ingat, masa depan kita, kita yang tentukan. 

Terima kasih banyak-banyak.

Assalamulaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Kejadian buli di sekolah sebenarnya bukan lagi hal
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Saya bodoh? Ya, saya bodoh sebab itu pada
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku..... Tempoh bulan madu saya dah tamat, pengembaraan dunia
Assalamulaikum dan salam Inspirasi buat semua saudaraku... Zaman yang makin canggih dan maju ini di

Blog Review : 1 Hari 1 Blog oleh sop.name.my

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Anda kenal Sop Nama Saya? Ok Sop tengah mengadakan kempen Blog Review: 1 Hari 1 Blog. Rajin sungguh Tuan Sop membuat review. Salute pada Tuan SOP.

Blog review ini memang bagus dalam dunia blogging kerana dapat menambahkan lagi network dalam dunia blogging. Ya lah, tak semua pembaca blog orang lain tahu tentang blog kita kan? Tapi bila blog yang kita biasa kunjungi buat review pasti kita akan baca dan kunjung ke blog yang di review itu. Kan dah bertambah visitor dan unique visitor di situ.

Sebagai contoh blog Nor Zilla Sensei. Memang sebelum ini tidak pernah saya kunjungi, tidak pernah ada link sama ada dengan bini muda atau bini tua saya. (tak faham klik sini). Tapi bila blog beliau di review oleh Tuan Sop saya sendiri telah menyinggah ke blog Nor Zilla Sensei. Dah besar sikit kita punya network. Tambah lagi seorang kawan blog. Tak ke begitu?

Selain itu, dengan blog review juga akan dapat membantu menambahkan jumlah backlink. Apa itu backlink? Klik sini untuk lebih lanjut, Tuan OhBudu ada berkongsi. Ini juga akan membantu menaikkan blog Ranking kita kat mata si awek Alexa. Bagi orang lain saya tak tahu lah tapi bagi saya satu kepuasan kalau dapat meningkatkan dan maintance ranking Alexa.

Ok lah, saya rasa itu saja untuk kali ini. Tuan Sop, sudi-sudilah review blog saya.Saudara yang berminat untuk blog nya di review boleh lah klik sini.

Blog Review oleh SOP
Blog Review oleh SOP

Bagaimana hendak sertai blog review ini?
Ikuti syarat mudah berikut untuk sertai blog review seperti berikut:

  • Buat 1 entry bertajuk “Blog Review di blog sop.name.my
  • Masukkan banner Blog Review: 1 Hari 1 Blog pada entry tersebut
  • Sertakan link entry ini pada banner atau entry
  • Tinggalkan URL entry anda di ruangan komen.

 

 

PS: Saudara sekalian sekiranya berminat untuk review blog ini adalah dipersilakan untuk turut serta dalam Giveaway Pertama Daddydee.net

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... 'Wah, dah jadi blogger sekarang?' Tegur seorang kawan
Assalamualaikum Dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Blogger sebagai kerjaya? Bolehkah kita jadikan blogger sebagai
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Apa khabar semua? Kuala Lumpur telah dilanda jerebu

Tak Malu Pada Allah swt, Malulah Pada Manusia

Assalamualaikun dan Salam Inspirasi buat semua Saudaraku…

Bulan Ramadhan sudah masuk ke fasa kedua, sudah masuk minggu ketiga kita berpuasa. Pagi tadi (Ahad) sempat ke pasar Chow Kit membeli sedikit barang dapur, jalan sudah mula sesak, ramai keluar pagi. Balik dari Chow Kit lalu depan SOGO, penuh manusia sudah mula duduk bertenggek pada jam 9.30 pagi depan SOGO dan sekitar Jalan TAR. Awal sungguh mereka semua keluar untuk membeli belah.

Kita tinggalkan cerita SOGO, Chow Kit dan Jalan TAR, kita berbalik kepada tajuk iaitu ‘Kalau Tak Malu Pada Allah swt, Malulah pada Manusia’. Tajuk ini mungkin akan ada yang tempelak blog ini, dipersilakan, berblog kita harus terbuka, bukan begitu?

tak puasa,
Puasa jangan tak puasa. (Sumber : google.com)

Dulu, semasa bujang selalu juga terserempak dengan mat rempit yang selamba menghisap rokok atas motosikal. Kalau semasa motosikal bergerak mungkin orang tak nampak sangat, tapi ini dekat lampu isyarat merah pun dengan selamba menghisap rokok tanpa menghiraukan orang sekeliling.

Sekarang, sejak tinggal di flat ini, pelbagai rencah dan ragam manusia yang saya jumpa dan temui. Yang muda remaja, yang sihat tubuh badannya, tanpa segan silu menghisap rokok dibawah flat.

Yang lagi teruk, adalah ada sebuah warung yang berdekatan dengan flat ini yang menjadi port untuk orang tidak berpuasa. Selama ini saya lalu depan warung ini rasa agak janggal kenapa tuan kedai berniaga di siang hari. Dan yang lagi peliknya bila berniaga dalam selimut. Setiap ceruk penjuru kedai ditutup.

Petang tadi tergerak hati untuk mengintai ke dalam warung tersebut semasa naik motosikal untuk membeli juadah berbuka puasa. Mengucap panjang saya. Terkejut juga. Bila kelihatan bukan dua tiga orang tapi hampir sepuluh orang dalam warung itu dengan selamba menghisap rokok sambil minum. Kalau umur setahun jagung tak mengapa, ini umur taraf ayam pencen dah semua. Semuanya saya jangkakan dalam lingkungan 30-an hingga 50-an. Sedarlah, malulah pada manusia lain kalau tak malu pun pada Allah swt.

Dalam usia yang rumah kata pergi, kubur melambai-lambai menjemput kita. Masih lagi enggan melakukan ibadah puasa. Ya Allah, apa sudah jadi? Sepatutnya merekalah yang menjadi contoh tauladan yang baik. Bukannya contoh yang buruk kepada remaja. Tak hairan jika anak-anak mereka tidak berpuasa kerana bapanya pun tidak berpuasa. Oh Dunia…

Selama ini, aku hormat juga peniaga warung tersebut yang berumur 50-an, pernah juga aku menjadi pelanggannya. (Bukan bulan Ramadhan). Beliau adalah seorang lelaki yang berkopiah semasa berniaga. Tapi siapa sangka beliau lah juga yang menghidangkan air untuk orang yang tidak berpuasa. Rosak anak bangsa.

Minta maaf pakcik, saya sudah hilang hormat pada pakcik dan kawan-kawan. Kalau pun tidak puasa, makan dan minum lah dalam rumah. Tak perlu nak tunjukkan pada orang lain. Tak perlu berasa bangga kerana tidak puasa. Kalau pun, pakcik-pakcik tidak malu kepada Allah swt, malulah kepada manusia sekeliling.

Saya mendoakan agar Allah swt akan membuka pintu hati mereka semua sebelum Allah swt menarik kembali nikmat sihat daripada mereka.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi... Saudara semua sudah habis bershopping ke? Ke bershopping last minute? Petang
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Berperang dengan diri -
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Hidup saya memang saya jadikan secawan kopi jadi

Rezeki di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum dan Salam Ispirasi buat Semua…

Syukur. Syukur Alhamdulillah. Dengan nikmat dan kurnianya masih lagi mampu menggerakkan tulang empat kerat dan masih mampu menghirup udara segar di pagi ini. Suatu nikmat yang tidak tenghingga kerana usia kita masih ada hari ini.

Bulan Ramadhan kali ini juga amat bermakna bagi saya. Syukur yang amat sangat.

Menang Giveaway JebengOtai

Keputusan telah 5hari diumumkan iaitu 1Ogos lepas. Dan ini keputusan penuhnya :

Senarai Penuh Pemenang Giveaway JebengOtai

Alhamdulillah buat pertama kalinya menang tempat pertama tu. Rasa seperti menang pingat emas olympic pun ada. Heheheh…

Jawabnya Raya tahun ni boleh lah bergaya sakan dengan baju M7. Biar jeles budak sekampung. Walaupun, saya bukanlah drifter ataupun racer saya juga peminat sukan permotoran, jadi kira boleh la tu kan untuk bergaya dengan T-Shirt M7 yang dimenangi nanti.

Selain itu, dapat juga satu pakej Deluxe Hosting Serverfreak, yang ni memang buat saya blur sangat. Blog daddydee.net ni pun baru saja nak bernafas. Sekrang ni dah dapat lagi satu hosting baru. Wah….sakan ni. Tambah lagi satu bini la lepas ni, jadi bini no 3, harap bini paling tua tidak merajuk. Kepada mam besar juga jangan lah merajuk kalau laki mu lepas ini busy berblogging. Heheheeh…

Sudah rezeki. Rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari. Sekarang ini tengah memikirkan apakah domain yang mahu digunakan dan apakah niche yang nak ditekankan dalam blog baru itu nanti. Mungkin juga akan gunakan domain asal yang dirancang untuk daddydee.net iaitu haiqal.net. Mungkin….Dan Insyallah blog baru akan saya hadiahkan buat Isteri yang tersayang. Kasi Isteri tersayang surprise melalui blog. Ok tak??

Apapun terima kasih saya ucapkan buat JebengOtai dan semua penaja iaitu Earncent.comSjiehanPuan BeeNurmisnan,KartikelAkhiyyBudak FeldaCik TomHati PuteraShaharil,PapaMifzBumilangkawi.com dan Langkawihomestay.net

 

 Giveaway Pertama dari Daddydee.net

Saya juga telah membuat satu giveaway. Walaupun hadiahnya tidaklah segempak Giveaway dari JebengOtai dan Contest Seo Eyriqazz vs Denaihati, saya harapkan akan ada yang sudi untuk menyertainya.

Syarat utamanya adalah membuat satu entri review ringkas tentang blog daddydee.net. Review yang ringkas dan membina kalau boleh. Bukan pujian saja, saudara juga boleh mengkritik. Review tidak bermakna pujian akan mendapat markah tambah dan krtitikan akan ditolak markah. Tidak sama sekali. Keduanya akan saya nilai sebaiknya.

Tujuan utama saya membuat Giveaway ini tidak lain tidak bukan iaitu untuk meningkatkan lagi kualiti blog saya dan menambahkan lagi ilmu berblogging. Selain dari menambah kenalan alam maya juga.

 

Sekian terima kasih.

 

PS: Menunggu mam besar untuk ke Chow Kit.

 

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku..... Syukur alhamdulillah. Ada yang sudi memandang pada blog
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku.... Hak kita tapi bukan milik kita? Apakah itu?
Nampak tak naga tu? Garang tak? Nampak tak logo Espirit tu? Stapler tu bukan hadiah,