10 FAKTA Dato’ Seri Mukhriz Mahathir

10 FAKTA Dato’ Seri Mukhriz Mahathir

10 Fakta Dato' Seri Mukhriz Mahathir
10 Fakta Dato’ Seri Mukhriz Mahathir

1. Beliau adalah bekas pelajar MRSM yang melanjutkan pelajaran ke negeri Jepun. Maka, beliau sudah terbiasa dengan rakyat kebanyakan dan berdikari sejak dari zaman remaja lagi.

2. Sebelum berkecimpung dalam arena politik, beliau sudah pun menjadi seorang usahawan yang berjaya bertaraf ratus jutawan. Semasa Tun Dr. Mahathir bin Mohamad menjadi Perdana Menteri, beliau tidak dibenarkan memasuki arena politik.

3. Dato’ Seri seorang anak yang sangat patuh kepada orang tuanya dan hasil didikan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, beliau amat menghormati masyarakat dari pelbagai lapisan. Beliau selesa bergaul dengan rakyat kebanyakan dan tidak kekok serta sangat merendah diri. Beliau tidak lokek dengan senyuman, salah satu saranan Baginda Rasulullah s.a.w. Beliau juga sangat rapat dengan golongan muda.

4. Semasa menjadi Menteri Besar Kedah, beliau menyalurkan keseluruhan gaji beliau kepada sekolah-sekolah pondok dan agama di negeri Kedah. Beliau sangat menyantuni dan menghormati guru-guru agama.

5. Hasil didikan agama yang baik, beliau sangat suka melawat pondok-pondok agama di negeri Kedah dan boleh menjadi imam untuk solat berjemaah. Rakyat negeri Kedah dari pelbagai lapisan serta fahaman politik amat menyayangi beliau kerana mudah untuk didekati.

6. Semenjak menerajui kerajaan negeri Kedah, beliau telah berjaya membawa masuk pelaburan dari luar sebanyak RM11.8 bilion. Kini, ramai pelabur-pelabur dari negara China sangat berminat melabur di negeri Kedah. Langkawi sahaja bakal melihat pembangunan 5 buah hotel baru bertaraf 5 bintang.

7. Dalam usaha beliau untuk menambah pendapatan negeri Kedah, beliau telah melancarkan tahun Discover Kedah 2016 untuk menarik pelancong asing datang melawat Kedah. Menerusi kerjasama Tourism Malaysia ~ Cuti-Cuti 1Malaysia, seramai 200 pengusaha pelancong dan media antarabangsa telah di bawa melawat negeri Kedah dalam langkah mempromosikan tempat-tempat menarik untuk dilawati.

8. Usaha berterusan beliau menghasilkan kerjasama dengan syarikat penerbangan AirAsia di mana,pada 24hb Januari, 2016 nanti, penerbangan terus dari negara China ke Langkawi akan mendarat di Langkawi International Airport dan bakal menjadi laluan tetap.

9. Beliau dapat merasai kesusahan rakyat bawahan dan dengan lantang mencadangkan agar kerajaan persekutuan menurunkan kadar GST dari 6% kepada 3%.

10. Sukan bolasepak Kedah menerusi KFA (Kedah Football Association) telah berjaya kembali memenangi beberapa piala apabila beliau memberi sokongan dan perhatian yang khusus kepada agenda meningkatkan mutu bola sepak negeri Kedah.

Secara peribadi, saya sangat menghormati beliau dan menyokong penuh Dato’ Seri menerajui negeri Kedah sebagai Menteri Besar. Kami penduduk Langkawi menyokong Dato’ Seri. Teruskan perjuangan.

(Sumber Dari Facebook)

Kabinet Malaysia 2013

Senarai Kabinet 2013
Senarai Kabinet Malaysia 2013

Senarai Penuh Kabinet Malaysia 2013

PERDANA MENTERI:
YAB DATO’ SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK

TIMBALAN PERDANA MENTERI:
YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN

JABATAN PERDANA MENTERI:
MENTERI:
(1) YB DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM
(2) YB DATO’ SRI ABDUL WAHID BIN OMAR (SENATOR -BERKUATKUASA 5 JUN 2013)
(3) YB SENATOR DATO’ SRI IDRIS JALA
(4) YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA JOSEPH KURUP
(5) YB DATO’ SERI SHAHIDAN BIN KASSIM
(6) YB PUAN HAJAH NANCY BINTI SHUKRI
(7) YB DATUK JOSEPH ENTULU ANAK BELAUN
(8) DATUK PAUL LOW SENG KWAN


MENTERI KEWANGAN:
(1) MENTERI KEWANGAN I: YAB DATO’ SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
(2) MENTERI KEWANGAN II: YB DATO’ SERI HAJI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH

MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI:
(1) MENTERI I: YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN
(2) MENTERI II: YB DATO’ SERI IDRIS BIN JUSOH

MENTERI PERTAHANAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ ABDUL RAHIM BAKRI

MENTERI PENGANGKUTAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (MEMANGKU)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB. DATUK AB. AZIZ KAPRAWI

MENTERI DALAM NEGERI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK DR. WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR

MENTERI KERJA RAYA:
(1) MENTERI : YB DATO’ FADILLLAH YUSOF
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ROSNAH BINTI ABDUL RASHID SHIRLIN

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI MUSTAPA BIN MOHAMED
(2) TIMBALAN MENTERI : YB. HAMIM BIN SAMURI

MENTERI LUAR NEGERI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI ANIFAH BIN HAJI AMAN
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ HAMZAH BIN ZAINUDDIN

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ HASAN BIN MALEK
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ PADUKA AHMAD BASHAH BIN MD. HANIPAH (SENATOR)

MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI AHMAD SHABERY BIN CHEEK
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ JAILANI BIN JOHARI

MENTERI SUMBER MANUSIA:
(1) MENTERI : YB DATUK RICHARD RIOT ANAK JAEM
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ ISMAIL BIN ABD. MUTTALIB

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI SHAFIE BIN HAJI APDAL
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ALEXANDER NANTA LINGGI

MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ HAJI ABDUL RAHMAN BIN DAHLAN
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ HALIMAH BINTI MOHD SADDIQUE

MENTERI BELIA DAN SUKAN:
(1) MENTERI : YB TUAN KHAIRY JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SARAVANAN A/L MURUGAN

MENTERI KESIHATAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI SUBRAMANIAM
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SERI HILMI BIN YAHAYA

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. LOGA BALA MOHAN A/L JAGANATHAN

MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI DOUGLAS UGGAH EMBAS
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ NORIAH BINTI KASNON

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
(1) MENTERI : YB DATUK DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SRI MAHDZIR BIN KHALID

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN

MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ JOSEPH SALANG ANAK GANDUM

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI:
(1) MENTERI : YB DATUK DR. EWON EBIN
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAH

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
(1) MENTERI : YB DATUK SERI G. PALANIVEL
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. JAMES DAWOS MAMIT

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
(1) MENTERI : YB DATUK ROHANI BINTI ABDUL KARIM
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK AZIZAH BINTI MOHD. DUN

Kerana Mulut Badan Binasa, Kerana Tulisan Badan Merana Hentikan Tomahan Dan Fitnah

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Vote for Malaysia
Vote for Malaysia

Apa khabar semua saudaraku? Sihat sejahtera bahagia aman sentosa senantiasa hendaknya.

Lagi 3 hari, untuk tiba 5 Mei 2013, satu tarikh yang amat ditunggu oleh seluruh rakyat Malaysia, untuk memilih siapakah bakal menjadi peneraju negara yang baru. Siapakah yang akan mengemudi negara kearah negara maju dan Islam. Siapakah dia? Kita tentukan, inilah masanya.

Sana sini semakin rancak ceramah perdana sana sini. Semua wakil rakyat dan bakal wakil rakyat yang dulu batang hidung pun yang tidak kelihatan, kini turun bersama rakyat, setiap saat mereka habiskan untuk bersama rakyat. Pelbagai taktik mereka gunakan untuk memancing undi dari rakyat. Janji? Ya, sana sini bertaburan janji ditabur. Tunai belum tentu tertunai.

Perihal YB-YB saya tak mahu cerita, tapi mahu cerita tentang kita rakyat biasa. Saya lihat sana sini dalam laman sosial dan blog tersebar pelbagai tomahan dan fitnah. Kenapa saya katakan semuanya fitnah? Kerana semuanya tiada bukti yang kukuh, tiada usul yang kuat. Kalau dulu cikgu sekolah selalu berpesan kepada murid-muridnya ‘Jangan kerana mulut badan binasa’ sekarang ini saya tukarkan sedikit ‘Jangan kerana tulisan badan merana’. Hentikan tomahan dan fitnah melulu ini, jangan terlalu taksub.

Semoga kita dilindungi dari fitnah
Semoga kita dilindungi dari fitnah

Apa guna kita melakukan tomahan dan fitnah pada orang lain? Untungkah kita berbuat begitu? Berapa Juta Ringgit Malaysia kita dibayar untuk berbuat begitu? Bagi saya langsung tidak menguntungkan, bayangkan satu fitnah kita sebarkan satu dosa tercatit untuk kita, dan satu pahala tercatit untuk orang yang difitnah. Belum lagi orang lain pula menyebarkan lagi apa yang kita fitnahkan. Ingat laman sosial dan blog adalah satu viral, dalam satu saat tulisan itu boleh tersebar ke seluruh dunia. Bayangkan kalau sejuta mempercayai fitnah kita dan apa kita dapat? Tak lain dan tak bukan dosa sahaja. Ingat ‘Jangan kerana tulisan badan merana’, laratkah kita pikul tambahan dosa baru.

Kalau apa yang kita tulis itu bukan fitnah, tapi kebenaran ianya amat bagus dan amat berguna jika ianya bermanafaat. Tapi kalau ianya mengaibkan seseorang sama saja seperti fitnah. Ingat bahaya fitnah itu sama seperti membunuh. Tidak gitu ke saudaraku?

Saya ada terbaca ada seorang insan ini menyatakan ‘seorang pemimpin ini tidak menghafal 30 juzuk al-Quran’. Langsung saya tertanya-tanya siapakah insan yang menulis ini untuk menilai seorang pemimpin itu? Sejauh manakah insan itu mengenal pemimpin tersebut? Adakah insan itu menghafal 30 juzuk al-Quran? wallahualam.

Saya sendiri tidak menghafal 30 juzuk al-Quran. Saya hanya sekadar tahu membaca al-Quran. Dan banyak lagi ilmu mengenai al-Quran dan Islam belum saya pelajari, ilmu saya terlalu cetek. Sebab itu saya tidak ingin menilai sesiapa pun. Diri saya sendiri tidak betul siapalah saya untuk menilai orang lain. Lebih baik saya cerminkan diri, menilai diri sendiri mencari kekurangan diri. Itu yang terbaik bagi saya.

Hentikan tomahan dan fitnah, usah kerana tulisan badan merana. Ayuh kita bersatu dan fokus, usah menyebarkan api perpecahan yang merosakkan bangsa. Walau apapun, fahaman politik kita ayuh kita bersatu. Blogger we’re one.

Ayuh laksanakan tugas kita Ahad ini.

PRU 13 : Perang Bendera Sudah Bermula

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) saya masih belum tahu, tidak pasti pula sama ada sudah ada pengumuman atau belum. Tapi ada khabar yang saya dengar yang menyatakan akan ada PRU13 akan berlangsung bulan Mac 2013, tarikh tepat belum pasti lagi.

Perang bendera - Jangan sampai perang saudara
Perang bendera – Jangan sampai perang saudara

Tempat saya tinggal sekarang ini sudah penuh dengan bendera, jika dua minggu sudah hanya bendera timbang saja yang ada. Sekarang ini bendera mata pun sudah kelihatan. Ini bermakna perang bendera sudah bermula ditempat saya. Tidak tahu lah mereka sudah umumkan perang bendera atau belum. Tapi caranya cam dah bersedia untuk berperang.

Kalau dahulu masa remaja saya, kerja gantung bendera ini agak seronok. Almaklumlah dapat upah gantung bendera ini, tak kiralah parti mana. Satu malam dapat RM50 kira besar sudah masa tu. Perang bendera bukan setakat gantung bendera saja, tapi kemuncak perang bendera apabila main bakar motor sambil bawak bendera. Gaya nya cam penyokong tegar padahal sebab kena bayar tu yang buat. Kalau tak jangan harap duit nak isi minyak pun tiada padahal nya.

Apapun, harapnya perang bendera sekadar perang bendera sahaja. Jangan sampai perang saudara, jangan sampai bergaduh jiran tetangga. Bersatulah kita, usah kita bergaduh kerana parti. Tiada apa kepentingan yang kita dapat kecuali jika kita adalah calon parti.

Perang bendera - Kalau nak sangat berperang, pergilah berjuang Syahid di Gaza.
Perang bendera – Kalau nak sangat berperang, pergilah berjuang Syahid di Gaza.

Bagi saya, parti mana pun yang menang saya tidak kisah sangat. Yang penting biarlah pemimpin yang tepat, yang mampu memimpin dan menjaga kepentingan rakyat bukannya kepentingan peribadi. Para wakil rakyat, ingat tugas pemimpin itu berat dan besar tanggungjawabnya. Namapun wakil rakyat, jadi tugas besar anda adalah membela rakyat dikawasan anda. Ingat, pemimpin adalah antara golongan yang pertama akan disoal di akhirat kelak.

Dan kita sebagai rakyat, jalankan tugas kita sebaiknya. Bersatu kita tidak kira parti. Ramai yang diluar sana yang seronok memerhatikan bangsa kita, bangsa Melayu retak dan roboh yang ingin mengaut di air yang keruh.

Perang bendera, perang sekadar suka-suka. Jangan terlalu taksub perang bendera sampai kerja tugasan hakiki kita tinggalkan. Tugas sebagai suami, tugas sebagai isteri, tugas sebagai pekerja, tugas sebagai majikan. Kerja tetap kita kena kerja, kena berusaha memajukan diri. Selamat berusaha dan selamat maju jaya kawan-kawan.

Ayuh Kita Bersatu Berjuang…

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Di internet saya lihat ramai yang sedang melancarkan kempen ‘boikot’. Ramai sangat saya terbaca post sahabat saya yang mengajak ‘boikot’ produk yang dikaitkan dengan Israel antaranya McDonald’s, Starbuck dan lain-lain.

Boikot sepenuhnya. (Sumber : sabasun)
produk israel
Boikot Sebahagian (Sumber: Sabasun)

Saya tidak mahu menyeru untuk kempen ‘boikot’ ini. Saya tidak mahu mengulas perihal setiap produk yang disenaraikan di atas dan yang dikaitkan dengan Israel. Kalau saudaraku berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut silalah ‘google’ saya rasa banyak yang membicarakan tentang topik ini sekarang ini. Bagi saya, ‘boikot’ adalah hak individu, terpulang pada diri masing-masing. Tiada paksaan bagi saya. Sebab mungkin mereka mempunyai alasan masing-masing. Fikir-fikirkan dan pertimbangkan menggunakan akal fikiran kita yang waras kurniaan Allah swt selepas melihat kezaliman dan kekejaman Israel.

Namun begitu, saya sendiri tidak mampu memboikot sepenuhnya. Saya akui ini. Saya tidak mahu hipokrit. Sebab ada barangan yang berjenama yang perlu diboikot masih saya gunakan. Insyallah selepas ini akan saya elakkan untuk membeli produk mereka lagi.

Cuma saya agak kecewa dengan sesetengah individu yang  lantang bersuara menyeru agar mem‘boikot’ semua produk Israel ini, yang terlalu emosional. Ya, saya akui saya juga emosional apabila melihat kekejaman Israel. Tapi tidak perlu untuk terlalu emosional sampaikan bertikam lidah bagai mahu bergaduh dek kerana perbezaan pendapat.

Ingat ramai yang amat seronok apabila melihat kita bertelingkah. Ramai yang akan menangguh di air yang keruh. Kerana di saat kita bertelingkah, lebih senang mereka memecah belahkan kita.

Hanya perlu tambahkan minyak pada pecikan api pertelingkahan itu, pasti kebakaran besar akan terjadi. Dan jika ini terjadi, semakin sukar untuk kita padamkan apinya.

Berbaliklah kita pada ajaran Agama Islam yang kita cintai yang sememangnya menyeru kita kepada perpaduan. Bersatulah kita mempertahankan agama dan bangsa kita. Tiada orang lain akan mempertahankan agama dan bangsa kita kalau bukan bermula dari kita. Usah menyalahkan orang lain jika kita sendiri yang tidak bertindak. Bersatulah kawan, bersatu kita berjuang.

Lebih molek sekiranya, kita semua bersatu hati mendoakan kesejahteraan umat Islam seluruh dunia terutamanya di bumi Palestin dan menyumbangkan sedikit sedekah seikhlas hati bagi membantu semua umat Islam di dunia. RM1 yang kita sumbangkan insyallah besar buat mereka dan besar ganjarannya.

Unite and Fight.