Tips Untuk Memilih Kursus Yang Tepat

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua Saudaraku….

membuat keputusan
Mana Satu Harus Di Pilih

Mana Satu Patut Saya Pilih?  Memilih kursus yang tepat bukan senang. Situasi membuat keputusan pasti sukar untuk semua orang. Ya lah, takut-takut keputusan yang diambil adalah tidak benar. Tidak tepat. Kita juga yang akan menanggung akibatnya nanti. Pernah ke saudaraku menghadapi situasi begini? 

Apa yang ingin saya kongsikan ini bukan kisah saya, tapi dilema seorang pelajar yang bertanyakan pendapat saya dalam memilih bidang yang ingin disambung.

Suatu hari, seorang pelajar perempuan ini telah datang bersama bapanya kepada saya untuk menjadi saksi. Semasa berborak rancak, bapa pelajar ini telah mengajukan satu soalan pada saya:

‘Saya nak minta pandangan. Anak saya ini ada masalah. Dia mendapat dua tawaran. Dia tak tahu untuk memilih. Tawaran pertama adalah Kursus Membaikpulih Komputer di Dungun, Terengganu dan Tawaran kedua adalah Kursus Seni Grafik di MMU.’

Saya bertanya kembali kepada pelajar tersebut

‘Mana satu yang adik minat? Adakah adik suka kerja angkat CPU, cuci habuk, wiring sikit-sikit, main coding mungkin? Atau adik suka duduk memerah idea kreatif?

memilih
Mana Satu Harus Ku Pilih

Adik tu menjawab ‘Saya pun tak tahu?’.

Lalu saya menjawab kembali

‘Sejujur dari hati, saya tak nasihatkan perempuan untuk berada dalam bidang senggaraan. Baik ambil bidang seni kreatif, kalau adik minat seni dan berbakat. Dan kalau saya akan memilih Seni Grafik sebab saya minat dan saya suka. Lagipun bagi saya potensi Seni Grafik boleh pergi lebih jauh terpulang kepada kreativiti kita dan usaha kita. Tapi yang paling penting minat. Tepuk dada tanya hati.

Pelajar itu dan ayahnya mengucapkan terima kasih pada saya selepas selesai berurusan dan berlalu. Saya doakan beliau akan membuat keputusan yang tepat untuk masa depan beliau.

Bukan beliau saja yang menghadapi situasi begitu. Saya juga pernah suatu masa dulu. Jujur saya katakan bidang yang saya ceburi bukan minat saya pun, saya main ambil saja tanpa membuat kajian mendalam sebelum itu. Tapi alhamdulillah saya makin meminati bidang yang saya ceburi.

Ini nasihat saya bagi pelajar yang ingin membuat keputusan untuk memilih kursus apa :

  1. Kaji market pasaran semasa. Apakah bidang yang mempunyai permintaan yang tinggi semasa kini dan masa akan datang? Pastikan kita memilih kursus yang releven dengan pasaran.
  2. Cuba membuat penilaian sebaiknya. Rujuk kepada kaunselor ataupun pensyarah untuk membantu anda.
  3. Ambil bidang yang kita minati. Bila kita ada minat semangat untuk belajar lain sikit dan lebih berkobar-kobar. Memilih kursus yang kita meminati membuatkan kita lebih fokus dalam belajar dan kerja nanti.
  4. Jangan pernah rasa rendah diri jika kursus yang kita dapat adalah bukan yang kita mahu dan kursus dilabel sebagai ‘low standard’. Mereka yang anggap kursus yang ditawarkan ‘low standard’ adalah ‘low standard’ sebenarnya. Kalau kursus itu tidak ada potensi universiti atau kolej tidak akan menawarkannya. Tapi jangan pula mendabik dada atau menyombong pula.
  5. Jika kursus yang kita ambil bukan kursus yang kita minati. Kenalilah, minatilah dan cintailah. Orang selalu kata tak kenal maka tak cinta. Jadi minati bidang yang kita ambil walaupun kita tak suka. Barulah hati ikhlas untuk belajar.
  6. Solat Hajat dan Istiqarah. Insyallah mujarab dan mustajab.
  7. Dalam setiap apa yang kita lakukan jangan lupa tips paling penting iaitu Usaha, Doa dan Tawakal.

Itu saja nasihat buat kali ini. Mungkin ada yang tertinggal cuma ini yang mampu saya coretkan setakat ini. Diharap dapat membantu.

Ingat, masa depan kita, kita yang tentukan. 

Terima kasih banyak-banyak.

Port Makan : Puncak Mutiara Cafe

Asslamualaikum dan salam 1 inspirasi buat semua saudaraku…

Kalian semua pernah pergi tak ke Puncak Mutiara Cafe di Kg. Pelet, Bukit Mertajam Penang??

Ya, saya berkesempatan menyinggah ke situ ketika berkursus di Hotel Summit, Bukit Mertajam tempoh hari. Terima kasih buat Tuan Fazly kerana sudi menjadi pemandu pelancong kami. Kami menerjah ke sana berlima saya (tuan blog), Tuan Fendi (tuan kereta), Tuan Fazly (tuan pemandu pelancong), Tuan Irwan dan Tuan Awang.

Memang kalau pergi sendiri memang kami tak jumpa tempat ni yang agak ke dalam kawasan kampung. Memang tak berani nak masuk pun takut kena kejar dengan orang kampung tapi sebab ada pemandu pelancong berani lah kami.

Pintu Masuk….Puncak Mutiara Cafe, Kg Pelet

Sampai saja kesini, lepas parking kereta, bau kambing mula menusuk hidung. Busuk?? Saya dah biasa bau kambing sebab saya pun orang kampung. (Tetiba rasa nak nyanyi lagu Orang Kampung) Bau kambing ni membuatkan kita berasa yang kita lepas dari kota.

Tempatnya memang best sangat. Aman. Dan nyaman.

Lauk Segar untuk Di Pilih
Pondok Makan yang santai

Tempat makan nya yang konsep pondok yang santai dan privacy. Kedudukan pondok tu memang jauh dan susah nak panggil waiternya. Tapi jangan risau ada butang untu kita panggil waiter yang sedia membantu dan mesra.

Kawan – kawan yang turut sama.

Antara menu best yang ada kat sana (sumber: www.puncakmutiara.com)

Air Kelapa Krital Blender (susu kambing + kelapa) (RM 7.80)
Memang best, saya order dan minum hari tu. Susu kambing segar. Terbaik.
Puncak Mutiara Special (RM 19.90)
Ini Tuan Irwan dan Tuan Awang order. Diorang kata best.
Kambing Masalla (RM 7.50)
Nanti kalau singgah nak cuba ini pula.
Ostrich Masak Pedas (RM27.90)
Insyallah..Nanti ini sasaran utama. hehehe

Saya memang suka makan di tempat ni. Insyallah nanti nak menyinggah ke sini bersama Madam Besar Saya dan Tuan Kecik.

 

Kalau berminat boleh lah menyinggah di Puncak Mutiara Cafe

Peta Puncak Mutiara Cafe

GPS Coordinate :N5.41517° E100.45613°
Address: 

Lot 179, MK 3, Kampung Pelet,
14400 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang.
HotLine No :     1-700-81-9595
Tel No     :     604 – 522 8502 / 522 8503
Fax No     :     604 – 5228501
H/P No     :  
012 – 5175503 / 012 – 206 5003 /
012 – 286 5363
Email     :     query@puncakmutiara.com
Website     :     www.puncakmutiara.com