Buruk Baik Berkahwin Zaman Belajar?

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Hari terbaca satu post di laman sosial yang mana seoran kawan bertanya ‘Buruk Baik Berkahwi Zaman Belajar?’. Topik ini dah banyak kali diperdebatkan dan kali ini saya saja nak berkongsi dari sudut pandangan saya.

Kita lari sikit dari topik kewangan hari ini. Kita ke arah soal hati dan perasaan.

Buruk Baik Berkahwin Zaman Belajar?

Cinta itu buta. Cinta tidak kenal siapa.

Itu unggapan yang selalu kita dengar, sesuatu yang benar. Tak dapat disangkal dan dinafikan.

Buruk Baik Berkahwin Zaman Belajar
Buruk Baik Berkahwin Zaman Belajar

Baik dari zaman sekolah, zaman cinta monyet atau zaman belajar di kolej atau universiti lagilah tebal dugaan bercinta ini. Saya percaya lebih dari 50% pelajar bercinta.

Kalau dibuat soal selidik pasti ramai yang menjawab pernah bercinta sama ada bercinta sebelah tangan atau tidak. Kan?

Berbalik kepada persolan Buruk Baik Berkahwin Zaman belajar di sini saya kongsikan beberapa hujah yang boleh di rungkaikan lagi

Persoalan yang perlu ditanya sebelum berkahwin zaman belajar

  • Mana sumber kewangan kita?
  • Bagaimana persediaan mental kita?
  • Sudah bersedia untuk memimpin dan memikul tanggungjawab?
  • Sudah memikirkan baik buruknya?

Keburukan Berkahwin Zaman Belajar

  • Kematangan akal fikiran. Zaman muda mudi biasanya akal kita masih belum matang terutama di awal 20-an. Ingat ramai yang menjanda di usia muda sekarang ini.
  • Status Kewangan? Adakah sudah mempunyai sumber kewangan sendiri jika ya teruskan. Jika tidak fikir dulu.
  • Fokus pada pelajaran. Jangan tersasar dari matlamat asal kita jadi pelajar. Untuk berjaya mendapatkan sijil yang dimahukan.

Kebaikan Berkahwin Zaman Belajar

  • Mengelakkan maksiat. Dari diangkut kesana sini berpeluk tak tentu pasal. Baik bernikah halalkan hubungan.
  • Membina masjid suatu perkara elok jadi usah tangguhkan.
  • Meramaikan umat Islam

Kalau ada yang nak tambah boleh tambah di ruangan komen. Sila-sila.

 

Bagi pasangan suami isteri bersama adalah sebahagian dari aktiviti mereka, tapi sedarkah kita walaupun sering
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Ginseng Untuk Lelaki Sebut
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Benar kata orang tua, Untuk Memikat Hati Suami
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Suami Baran? Saya juga suami yang baran di

Impian Seorang Ayah

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Impian seorang ayah unutk melihat anaknya tersenyum selamanya
Impian seorang ayah unutk melihat anaknya tersenyum selamanya

‘Takut abah marah’, ‘Takut abah rotan’….. Itu antara ayat yang sering saya gunakan dulu, setiap kali melakukan kesalahan. Membayangkan muka abah yang bengis menyinga siap dengan rotan di tangan membuatkan saya takut, takut pada abah dan takut melakukan kesalahan.  Menimbulkan amarah abah memang menakutkan. Abah jarang membuka mulut sesekali dia membuka mulut cukup membuatkan saya terdiam. Teringat dulu, semasa mengaji Al-Quran, abah tak berkata apa, hanya menghayun rotan ke lantai sudah cukup membuatkan saya menangis tersedu-sedu. Ucapan sayang dari abah? Jarang sekali mahu mendengar ucapan sayang dari abah.

Setiap kali, membawa pulang buku rekod ujian bulanan pada abah untuk tandatangan, saya hanya menghulurkan saja. TIdak kira nombor berapa saya dapat, no 12 ke, no 3 ke…. Ayat yang sama saja akan keluar dari mulut abah ‘Belajar rajin-rajin’. Lain pula dengan ma, ada sedikit pujian ‘Bagus, usaha lagi’. Tiru tandatangan abah, minta maaf saya tak pernah buat dan tak tahu buat, sebabnya tandatangan abah susah. Tapi itulah abah.

Tapi itu dulu, lebih kurang 20 tahun lalu, kini anak saya pula mengucapkan kata yang sama. ‘Papa, marah je’, ‘Nanti papa marah’…. Itulah putaran kehidupan, dulu menjadi anak, kini mempunyai anak dan menjadi seorang bapa. Merasai kembali apa yang abah merasa dulu. Kini saya mengerti apa yang abah rasa.

Duhai anak, tiada seorang ayah pun yang tidak sayangkan anaknya, walaupun tiada ucapan kasih dan cinta, tiada belaian manja, kasih ayah tetap menebal. Mungkin seorang ayah tidak selembut ibu, penuh belaian manja dan sentuhan kasih. Wajah ayah mungkin bengis tidak selembut wajah ibu. Tapi percayalah tiada ayah dalam dunia tidak kasih pada anaknya. Sebagaimana kasihnya ibu pada anak begitu juga ayah.

Pasti menjadi impian seorang ayah di dunia ini untuk melihat:

  • Anak nya patuh kepada ajaran agama
  • Anak nya membesar dalam keadaan sempurna walaupun dia serba kurang
  • Anak nya membesar menjadi seorang insan yang berguna dalam masyarakat
  • Anak nya menjadi insan yang berjaya di dunia akhirat
  • Anak nya gembira tersenyum bahagia selalu

Tiada ayah di dunia mahukan yang buruk untuk anaknya, setiap ayah dalam dunia ini mahukan yang terbaik buat anak-anaknya. Kasih ayah menebal walau sebengis mana pun dia. Bengis dia untuk mendidik. Percayalah wahai anak, suatu hari akan kau mengerti mengapa ayah begini, kau akan faham impian seorang ayah.

Abah, terima kasih atas didikan mu. Ma, terima kasih atas kasih sayang mu yang tidak pernah putus. Jasa kalian selamanya tidak dapat anak mu ini balas.

Assalamualaikum, DaddyDee.net satu lembaran baru madah perkongsian ilmu, pengalaman hidup dan lain-lain. DaddyDee adalah manusia
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku.... Suami jadi isteri, itu yang saya terbaca dalam
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Menghormati Ibu Bapa Menghormati
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua Saudaraku.... Mana Satu Harus Di

Suami Jadi Isteri

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku….

Suami jadi isteri, itu yang saya terbaca dalam akhbar Jumaat lalu. Dilema seorang isteri apabila suaminya tidak bekerja, hanya berharap kepada pendapatan dari Isteri sahaja. Makan pakai dan kelengkapan lain semua isteri yang tanggung. Suami jadi isteri, duduk di rumah menjaga anak.

Mengapa Suami Jadi Isteri?

Di sekeliling saya ada juga yang begini. Entah mengapa, adakah lelaki kini makin suka memilih jalan mudah?

Saya ada juga terdengar cerita dari sahabat saya, lelaki yang memilih perempuan untuk dijadikan  isteri bukan melihat attitudnya tapi melihat kewangan nya. Memilih perempuan yang berkerjaya bagus tetapi diri sendiri tidak pula berusaha memperbaiki diri. Tujuan mereka adalah supaya mereka hidup senang.

Bagi saya memilih isteri berkerjaya memang bagus juga tapi bukan untuk bergantung harap pada isteri. Isteri saya juga wanita berkerjaya.

Suami Jadi Isteri sebab malas
Suami Jadi Isteri sebab malas

Dalam Islam sendiri ada menggariskan adalah tanggungjawab suami untuk menyediakan makan, minum, pakai, dan keperluan lain untuk keluarga. Tugas suami untuk menyediakan nafkah zahir dan batin. Diulangi nafkah zahir dan batin, bukan zahir sahaja dan bukan batin sahaja. Tapi kombinasi keduanya.

Isteri bekerja adalah satu bonus. Duit gajinya adalah duit mereka sendiri, milik mereka sepenuhnya. Jika isteri membantu keluarga itu satu belas ihsan dari isteri.

Lelaki adalah untuk jadi suami yang memikul tanggungjawab menanggung keluarga. Mencari dan memberi nafkah untuk keluarga adalah beban yang perlu lelaki pikul sebaik sahnya akad nikah. Ada juga mendegar keluhan sebegini ‘Apa aku boleh buat dengan hanya SPM?’. SPM ke SRP ke tak sekolah ke tiada kena mengena dengan kerja, walaupun kerja sebagai seorang tukang cuci pejabat ianya tetap kerja. Bagi saya isunya disini adalah MALAS. Malas untuk berusaha.

Ayuh para lelaki, buangkan sifat MALAS dalam diri. Bangkitlah lelaki jadilah lelaki sejati, suami yang bertanggungjawab. Jangan ada suami jadi isteri lagi.

Jangan malas-malas lagi, jom mulakan jana wang secara pasif atas talian menggunakan teknik SEO Merah Jambu.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Hari terbaca satu post di laman sosial yang
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Ginseng Untuk Lelaki Sebut
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Benar kata orang tua, Untuk Memikat Hati Suami
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Suami Baran? Saya juga suami yang baran di

Menghormati Ibu Bapa

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Menghormati Ibu Bapa
Menghormati Ibu Bapa

Menghormati ibu bapa adalah suatu kemestian bagi manusia terutamanya bagi umat Islam. Menghormati ibu bapa yang telah berkorban nyawa dan harta demi mebesarkan kita. Dari umur 1 hari dalam kandungan sehingga kita besar, lebih besar lagi apabila ibu yang sanggup menahan sakit yang paling sakit dalam dunia ini iaitu sakit bersalin. Betapa besarnya pengorbanan ibu bapa.

Setelah kita besar, dan berkahwin bukan bermakna kita sudah lepas dari tanggungjawab sebagai seorang anak. Malah, tanggungjawab kita semakin bertambah, bukan sekadar tanggungjawab pada pasangan suami/isteri tetapi juga tanggungjawab kepada ibu bapa mertua kita. Ibu bapa mertua adalah sama dengan ibu bapa kita. Jadi kita tetap perlu menghormati mereka.

Menghormati ibu bapa adalah tidak kira siapa mereka, walau apapun sejarah mereka dan taraf mereka. Mereka tetap mulia. Dan kita sebagai anak perlu menghormati dan memuliakan mereka walaupun mereka adalah pelacur sekali pun. Tidak menghormati mereka bermakna kita adalah anak derhaka.

Seperti Hadith di bawah ada menyebut :

“Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa.”

(Hadits riwayat At-Tirmidzi)

Lihatlah betapa besar nya martabat ibu bapa yang telah banyak jasanya membesarkan kita dari kecil hingga dewasa. Pengorbanan yang tiada mampu kita terbalas walaupun dengan apa pun yang kita lakukan apatah lagi dengan wang ringgit.

Bersamalah kita menghormati ibu bapa kita, bersama kita mendoakan kesejahteraan mereka. Selagi ibu bapa kita masih bernafas, hormati dan berbaktilah mereka. Jangan menyesal apabila sudah terbujur kaku jasadnya. Kerana ketika itu tiada lagi yang dapat kita lakukan kecuali berdoa.

Setiap yang pergi tidak akan kembali, rebut kesempatan yang ada untuk kita berjasa kepada ibu bapa kita. Jangan tunggu di saat akhir, kerana kita tidak tahu bila nyawa yang dipinjamkan kepada kita dan mereka akan di tarik kembali.

Sekian.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Jasa Bonda - Warisan Di saat kau lena
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku.... Suami jadi isteri, itu yang saya terbaca dalam
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua Saudaraku.... Mana Satu Harus Di

Tips Untuk Memilih Kursus Yang Tepat

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua Saudaraku….

membuat keputusan
Mana Satu Harus Di Pilih

Mana Satu Patut Saya Pilih?  Memilih kursus yang tepat bukan senang. Situasi membuat keputusan pasti sukar untuk semua orang. Ya lah, takut-takut keputusan yang diambil adalah tidak benar. Tidak tepat. Kita juga yang akan menanggung akibatnya nanti. Pernah ke saudaraku menghadapi situasi begini? 

Apa yang ingin saya kongsikan ini bukan kisah saya, tapi dilema seorang pelajar yang bertanyakan pendapat saya dalam memilih bidang yang ingin disambung.

Suatu hari, seorang pelajar perempuan ini telah datang bersama bapanya kepada saya untuk menjadi saksi. Semasa berborak rancak, bapa pelajar ini telah mengajukan satu soalan pada saya:

‘Saya nak minta pandangan. Anak saya ini ada masalah. Dia mendapat dua tawaran. Dia tak tahu untuk memilih. Tawaran pertama adalah Kursus Membaikpulih Komputer di Dungun, Terengganu dan Tawaran kedua adalah Kursus Seni Grafik di MMU.’

Saya bertanya kembali kepada pelajar tersebut

‘Mana satu yang adik minat? Adakah adik suka kerja angkat CPU, cuci habuk, wiring sikit-sikit, main coding mungkin? Atau adik suka duduk memerah idea kreatif?

memilih
Mana Satu Harus Ku Pilih

Adik tu menjawab ‘Saya pun tak tahu?’.

Lalu saya menjawab kembali

‘Sejujur dari hati, saya tak nasihatkan perempuan untuk berada dalam bidang senggaraan. Baik ambil bidang seni kreatif, kalau adik minat seni dan berbakat. Dan kalau saya akan memilih Seni Grafik sebab saya minat dan saya suka. Lagipun bagi saya potensi Seni Grafik boleh pergi lebih jauh terpulang kepada kreativiti kita dan usaha kita. Tapi yang paling penting minat. Tepuk dada tanya hati.

Pelajar itu dan ayahnya mengucapkan terima kasih pada saya selepas selesai berurusan dan berlalu. Saya doakan beliau akan membuat keputusan yang tepat untuk masa depan beliau.

Bukan beliau saja yang menghadapi situasi begitu. Saya juga pernah suatu masa dulu. Jujur saya katakan bidang yang saya ceburi bukan minat saya pun, saya main ambil saja tanpa membuat kajian mendalam sebelum itu. Tapi alhamdulillah saya makin meminati bidang yang saya ceburi.

Ini nasihat saya bagi pelajar yang ingin membuat keputusan untuk memilih kursus apa :

  1. Kaji market pasaran semasa. Apakah bidang yang mempunyai permintaan yang tinggi semasa kini dan masa akan datang? Pastikan kita memilih kursus yang releven dengan pasaran.
  2. Cuba membuat penilaian sebaiknya. Rujuk kepada kaunselor ataupun pensyarah untuk membantu anda.
  3. Ambil bidang yang kita minati. Bila kita ada minat semangat untuk belajar lain sikit dan lebih berkobar-kobar. Memilih kursus yang kita meminati membuatkan kita lebih fokus dalam belajar dan kerja nanti.
  4. Jangan pernah rasa rendah diri jika kursus yang kita dapat adalah bukan yang kita mahu dan kursus dilabel sebagai ‘low standard’. Mereka yang anggap kursus yang ditawarkan ‘low standard’ adalah ‘low standard’ sebenarnya. Kalau kursus itu tidak ada potensi universiti atau kolej tidak akan menawarkannya. Tapi jangan pula mendabik dada atau menyombong pula.
  5. Jika kursus yang kita ambil bukan kursus yang kita minati. Kenalilah, minatilah dan cintailah. Orang selalu kata tak kenal maka tak cinta. Jadi minati bidang yang kita ambil walaupun kita tak suka. Barulah hati ikhlas untuk belajar.
  6. Solat Hajat dan Istiqarah. Insyallah mujarab dan mustajab.
  7. Dalam setiap apa yang kita lakukan jangan lupa tips paling penting iaitu Usaha, Doa dan Tawakal.

Itu saja nasihat buat kali ini. Mungkin ada yang tertinggal cuma ini yang mampu saya coretkan setakat ini. Diharap dapat membantu.

Ingat, masa depan kita, kita yang tentukan. 

Terima kasih banyak-banyak.

Assalamulaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Kejadian buli di sekolah sebenarnya bukan lagi hal
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Saya bodoh? Ya, saya bodoh sebab itu pada
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku..... Tempoh bulan madu saya dah tamat, pengembaraan dunia
Assalamulaikum dan salam Inspirasi buat semua saudaraku... Zaman yang makin canggih dan maju ini di