Kenapa Belajar Masters?

Assalamulaikum dan Salam inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Kenapa belajar Masters?

kenapa belajar masters?
Belajat tinggi-tinggi?

Itu soalan yang di ajukan kepada saya. Ketika saya ambil keputusan belajar, tengah belajar dan sampai saya habis belajar soalan yang sama di ajukan. Kekadang jemu juga, tapi layankan saja.

Kenapa belajar Masters? Jawapan saya adalah ILMU dan PERSAUDARAAN. Penting kah semua ini? Bagi saya amat penting baik dari segi kerja atau kehidupan saya. Ilmu boleh saya gunakan sampai bila-bila dan persaudaraan yang hebat. Kenapa hebat? Belajar di usia yang dah lanjut kaedahnya amat berbeza. Dan paling penting ‘We having fun to dig the knowledge’.

Bukan sebab gaji ke? Saya belajar bukan untuk  kenaikan gaji pun kerana ia bukan yang dijanjikan dan bukan matlamat saya. Kalau dah rezeki kita terima sajalah, rezeki jangan di tolak. Betul tak?

Belajar satu ilmu yang baru tidak kiralah salam peringkat apapun baik kursus jangka panjang atau seminar sehari bagi saya ianya ‘satu kepuasan bagi diri sendiri’.

Yang penting tuntutlah ilmu jangan pernah jemu.

Complete specs of the Samsung Galaxy Camera Image Sensor: 16.3 effective megapixel 1/2.3" BSI CMOS Lens: F2.8,
Assalamualaikum dan salam Inspirasi buat semua saudaraku... Dalam entri sebelum ini iaitu 'Wordless Wednesday :
Bila aku melihat remaja sekeliling aku hari ini aku rasa aku semakin tua. Semakin dunia
Bulan puasa ramai yang cakap tiada masa untuk bersenam. Lagipun mereka katakan badan lemau dan

Samsung Galaxy Camera

Complete specs of the Samsung Galaxy Camera

  • Image Sensor: 16.3 effective megapixel 1/2.3″ BSI CMOS
  • Lens: F2.8, 23 mm, 21x Optical Zoom Lens
  • IS: OIS
  • Display: 121.2 mm (4.77″), 308 ppi, HD Super Clear Touch Display
  • ISO: Auto, 100, 200, 400, 800, 1600, 3200
  • Network: 4G, 3G (HSPA+ 21Mbps): 850 / 900 / 1900 / 2100 MHz
  • Processor: 1.4GHz Quad-Core processor
  • OS: Android 4.1 (Jelly Bean)
  • Memory: 8GB + memory slot : micro SDSC, micro SDHC, micro SDXC
  • Image: JPEG format  16M, 14M, 12M Wide, 10M, 5M, 3M, 2M Wide, 1M
  • Video: MP4 (Video: MPEG4, AVC/H.264, Audio: AAC); Full HD 1920×1080 30fps; Slow motion Movie 720×480 120fps
  • Video Output: HDMI 1.4
  • Value-added Features: Smart Pro : 10 modes (Macro, Rich Tone, Action Freeze, Waterfall Trace, Light Trace, Beautiful Sunset, Blue Sky, Natural Green, Silhouette, Vivid Fireworks); Share shot, Auto Cloud Back-up; Smart Content Manager, Photo Wizard, Movie Wizard; Voice Control, Slow Motion Video, S Planner, S Suggest; AllShare Play, Family Story, Drop box
  • Google™ Mobile Services: Google Search, Google Maps, Gmail, Google Latitude
Google Play Store, Google Plus, YouTube, Google Talk,
Google Places, Google Navigation, Google Downloads, Google Chrome browser, Google Play Books, Google Play Movies
  • GPS: A-GPS, GLONASS
  • Connectivity: WiFi a/b/g/n, WiFi HT40; GPS/GLONASS; 
Bluetooth® 4.0
  • Battery: 1,650 mAh
  • Dimensions (WxHxD): 128.7 x 70.8 x 19.1 mm
  • Weight: 305g

 

PS: Samsung Galaxy Camera hanya untuk data tiada fungsi untuk GSM voice communication. Kalau dapat sebiji untuk live blogging pasti best.

 

Assalamualaikum dan salam Inspirasi buat semua saudaraku... Dalam entri sebelum ini iaitu 'Wordless Wednesday :

Site Management : Pentingnya Drawing

Assalamualaikum dan salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Dalam entri sebelum ini iaitu ‘Wordless Wednesday : Site Management Course‘ saya meletakkan dalam gambar seperti dibawah

Gambar itu menunjukkan dalam lukisan terdapat satu revision yang ditandakan ‘cloud’ tapi tiada penerangan. Dan ianya telah didefinasikan oleh pembaca pelan menjadi seperti gambar dibawah:

Fails: Penetration
Fails: Penetration

Siapa salah? Pelukis pelan atau site person? Ianya salah kedua-duanya, salah pelukis pelan adalah tidak sepatutnya meletakkan ‘cloud’ disitu jika tiada revision. Dan jika ada revision letakkan sekali rujukan atau penerangnya. Setidaknya letaklah ‘Please refer to architect or engineer’. Salah site person pula adalah terus membuat lubang pada lantai berbentuk ‘cloud’ tanpa bertanyakan pada pegawai atasan ataupun pengawai penguasa.

Itulah sebabnya dalam kerja di tapak bina, komunikasi adalah penting. Setiap arahan perlu jelas dan sampai maksudnya bukan saja di tapak bina malah dalam kehidupan seharian kita. Komunikasi amat penting.

Cuma ditapak bina kita banyak berkomunikasi dengan menggunakan lukisan. Melalui lukisan semua orang akan faham. Tak kiralah warga negara Malaysia atau import (Indonesia, Myammar, Bangladesh ataupun Vietnam) . Dan syarat utama untuk bekerja ditapak bina adalah boleh membaca lukisan. Kegagalan membaca lukisan akan memberi kesan yang amat buruk pada binaan yang di bina.

Melalui lukisan lah kita akan merancang segalanya di tapak bina. Merancang jadual kerja, merancang penggunaan tenaga, merancang penggunaan mesin, merancang cara kerja dan lain-lain lagi. Tiada drawing, kerja boleh menjadi huru-hara.

Drawing bukan setakat penting semasa pembinaan sahaja tapi penting juga selepas itu iaitu lukisan as-built yang akan menjadi rujukan utama sampai bila-bila untuk kerja selanjutnya seperti kerja penyelengaraan. Ketiadaan lukisan as-built sememangnya memberi masalah besar kepada pekerja penyelengaraan.Dan kemungkinan kita terpaksa mengeluarkan satu amaun yang besar semata-mata untuk melukis kembali lukisan as-built jika ianya tiada. Jadi jangan pandang enteng lukisan as-built ini, ianya elemen penting bagi setiap bangunan.

PS: Untuk jadi teknikal person, perlu tahu baca drawing.

Potret yang cool
Bila sebut Jumanji aku teringat zaman tonton guna VHF. Memang best filem Jumanji akibat satu
Hari ni pergi RHB Bank, pasal kad dah kena block. Rupanya dah kena tukar kad
Satu ketika dulu di bengkel M ‘Bang, abang punya arm ni lari sikit. Alignment dah