Juara EPL

Tahniah buat Man City yang telah menjadi juara EPL 2011/2012. Ini adalah kali pertama dalam tempoh 44tahun Man City telah menjadi juara. Tersangatlah hebat.

Berbaloi atau tak dengan perbelanjaan beratus juta pound semata untuk menjadi juara liga sahaja. DaddyDee tak nak komen pasal itu. Mungkin ini satu langkah positif buat Man City.

BlueMoon has Risen.

Apa yang menarik juara EPL kali ini ditentukan sehingga saat akhir.

Perlawanan antara Man City dan QPR agak menarik dengan separuh masa pertama tamat dengan keputusan seri hasil dari jaringan Zabaleta dan juga Cisse. Separuh masa kedua Cit menyerang habisan. Pelbagai gerakan dilakukan oleh City dengan Nasri dan Silva menjadi nadi gerak mereka.

Agak malang buat QPR apabila Joey Barton dibuang padang dek kerana mengasari Tevez. Mungkin season depan QPR perlu menimbang kembali kedudukan Barton. Memang Barton bagus tapi disiplin di atas padang dan luar padang memang agak teruk.

Walaupun bermain sepuluh orang QPRberjaya berada didepan hasil dari tandukan cantik oleh MAckie hasil darisatu hantaran lintang yang cantik dari Armand Traore. MAN CITYterus menggasak dengan QPR dihujani dengan serangan bertalu-talu. QPR berjaya bertahan sehingga minit ke 90. Dan telah emebuatkan penyokong SETAN MERAH (MAN UTD) rasa mereka adalah juara.

Gol MAN CITY hanya hadir pada minit 93, hasil dari tandukan Edin Dzeko hasil sepakan penjuru oleh Silva.

Kun Aguero muncul wira Man City apabila merembat masuk gol kemenangan CITIZEN pada mini 94.

Game CITIZEN VS QPR memang sangat dramatik.

Papepun tahniah buat Man City yang muncul sebagai juara.

Buat ARSENAL tahniah kerana berjaya berada ditempat ke-3. Walaupun permulaan season yang hambar oleh GUNNERS dek kerana kehilangan ramai bintang mereka. Tapi kembali ke prestasi kemuncak dibawah pimpinana Kapten ROBIN VAN PERSIE. Tahniah buat Arsenal.

Harap season 2013 Arsenal akan menambah dua tiga bintang baru yang akan memantapkan lagi Arsenal.

Asaalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Eden Hazard telah berjaya menyenaraikan dirinya sebagai salah
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Minggu ini, English Premier League masuk mingu ke-23,
Demam bola telah kembali lagi untuk Euro 2012. Sejak hari Sabtu malam hari tu sampai
Kumpulan A Poland 1 - 1 Greece Lewondawski 17' Salpingidis 51' Russia 4 - 1

Salam Pembuka DaddyDee.net

Assalamualaikum,

DaddyDee.net satu lembaran baru madah perkongsian ilmu, pengalaman hidup dan lain-lain. DaddyDee adalah manusia biasa yang mewujudkan laman ini sekadar madah penghubung antara kita semua.

Pada yang sudi menyinggah di teratak uzur daddydee.net ini amat la saya alukan dan ucapkan terima kasih atas skongan anda semua. Dan saya amatlah berbesar hati sekiranya anda semua sudi meningggalkan jejak anda semua. Skpokongan anda semua amatlah diperlukan bagi memajukan daddydee.net ini.

 

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Sejak awal bulan Julai 2013 saya cuba sebaik
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Puncak jaya Seperti yang
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Saya mula membuat blog pada tahun 2007 dengan
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua Saudaraku... Identity Entri ini juga