Port Makan : Puncak Mutiara Cafe

Asslamualaikum dan salam 1 inspirasi buat semua saudaraku…

Kalian semua pernah pergi tak ke Puncak Mutiara Cafe di Kg. Pelet, Bukit Mertajam Penang??

Ya, saya berkesempatan menyinggah ke situ ketika berkursus di Hotel Summit, Bukit Mertajam tempoh hari. Terima kasih buat Tuan Fazly kerana sudi menjadi pemandu pelancong kami. Kami menerjah ke sana berlima saya (tuan blog), Tuan Fendi (tuan kereta), Tuan Fazly (tuan pemandu pelancong), Tuan Irwan dan Tuan Awang.

Memang kalau pergi sendiri memang kami tak jumpa tempat ni yang agak ke dalam kawasan kampung. Memang tak berani nak masuk pun takut kena kejar dengan orang kampung tapi sebab ada pemandu pelancong berani lah kami.

Pintu Masuk….Puncak Mutiara Cafe, Kg Pelet

Sampai saja kesini, lepas parking kereta, bau kambing mula menusuk hidung. Busuk?? Saya dah biasa bau kambing sebab saya pun orang kampung. (Tetiba rasa nak nyanyi lagu Orang Kampung) Bau kambing ni membuatkan kita berasa yang kita lepas dari kota.

Tempatnya memang best sangat. Aman. Dan nyaman.

Lauk Segar untuk Di Pilih
Pondok Makan yang santai

Tempat makan nya yang konsep pondok yang santai dan privacy. Kedudukan pondok tu memang jauh dan susah nak panggil waiternya. Tapi jangan risau ada butang untu kita panggil waiter yang sedia membantu dan mesra.

Kawan – kawan yang turut sama.

Antara menu best yang ada kat sana (sumber: www.puncakmutiara.com)

Air Kelapa Krital Blender (susu kambing + kelapa) (RM 7.80)
Memang best, saya order dan minum hari tu. Susu kambing segar. Terbaik.
Puncak Mutiara Special (RM 19.90)
Ini Tuan Irwan dan Tuan Awang order. Diorang kata best.
Kambing Masalla (RM 7.50)
Nanti kalau singgah nak cuba ini pula.
Ostrich Masak Pedas (RM27.90)
Insyallah..Nanti ini sasaran utama. hehehe

Saya memang suka makan di tempat ni. Insyallah nanti nak menyinggah ke sini bersama Madam Besar Saya dan Tuan Kecik.

 

Kalau berminat boleh lah menyinggah di Puncak Mutiara Cafe

Peta Puncak Mutiara Cafe

GPS Coordinate :N5.41517° E100.45613°
Address: 

Lot 179, MK 3, Kampung Pelet,
14400 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang.
HotLine No :     1-700-81-9595
Tel No     :     604 – 522 8502 / 522 8503
Fax No     :     604 – 5228501
H/P No     :  
012 – 5175503 / 012 – 206 5003 /
012 – 286 5363
Email     :     query@puncakmutiara.com
Website     :     www.puncakmutiara.com

 

 

Sebut saja Patin Tempoyak pasti dalam kepala otak kita akan terbayang akan Negeri Pahang. Terutamanya
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Warong Pokok Ceri Jalan Beserah Kuantan adalah satu
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Sebut saja Burger Bakar yang Best di Kuantan
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Mak Long Corner No

Perebutan Kuasa : Dongeng Eyriqazz vs Denaihati ep. 2

Asslamualaikum dan salam satu inspirasi buat saudaraku…

Sambungan kepada Perebutan Kuasa : Dongeng Eyriqazz vs Denaihati ep. 1 . Izinkan saya untuk merapu, meraban, buat seketika sempena dengan Contest SEO Eyriqazz vs Denaihati.

 

‘Pusingan pertama akan dimulakan. Dalam pusingan pertama ini Tuan Eyriqazz dan Tuan Denaihati hendaklah berbalas pantun. Tuan Eyriqazz hendaklah menjual dan Tuan Denaihati harus membeli’ Arahan MC DD pada kedua-dua perserta bagi pertandingan Eyriqazz vs Denaihati.

Kedua-dua peserta mula kelihatan tergamam. Begitu juga para penonton. Ramai yang tertanya-tanya ‘Kenapa pertandingan perebutan kuasa menjadi pertandingan pantun pula??’

Jawapannya adalah ‘Saya punya cerita suka hati saya lah’

Tuan Eyriqazz mula menarik nafas panjang-panjang. Mengumpul segala kudrat dan akal fikirnya. Aura biru tadi mula beransur hilang, buat apa nak pakai aura ini bukan beradu tenaga tapi beradu minda. Lalu Tuan Eyriqazz memulakan :

Dua tiga kucing berlari,

Mana nak sama sikucing belang,

Dua tiga boleh ku cari,

Mana nak sama Eyriqazz sorang.

 

Semua penonton mula bersorakkan. Kini giliran tuan Denaihati pula menarik nafas panjang. Seminit suasana menjadi tegang dan diam. Lalu Tuan Denaihati menjawab :

Hendak dulang diberi dulang,

Dulang berisi sagu mentah,

Pulang lah tuan segera pulang,

Jangan termalu kerana kalah.

 

Tuan Eyriqazz, terasa amt tercabar. Mukanya mula kemerahan dan misai mula melentik keatas.

‘Cisss………………’ Laung Tuan Eyriqazz yang kemarahan. Lalu membalas dengan satu lagi pantung hebat.

Lancang Kuning Lancang Pusaka,

Nampak dari Tanjung Soya,

Kalau Tuan tiada ilmu di dada,

Jangan hendak mencabar saya.

 

Keadaan makin panas. Makin teganga. Peyokong kedua-dua belah pihak bersorak nama yang mereka suka.

‘Eyriqazz…..Eyriqazz….Eyriqazz….’

Ada juga yang bersorak

‘Denaihati…. Denaihati…. Denaihati….’

 

Gamat sungguh suasana dipadang sekarang. Juri mula pening mahu memilih siapa yang terbaik.

‘Dengar sini, Tuan Eyriqazz’ kata Tuan Denaihati.

 

Asam Kandir Mari Dihiris,

Manis sekali rasa isinya,

Memang saya tidaklah manis,

Tapi penuh budi di dada.

 

 

Di tepi padang, kelihatan penyokong kedua-dua pihak mula bergaduh. Tak kurang ada yang mula main pancaran lampu leser berwarna hijau. Kelihatan suasana sudah semakin sukar dikawal.

‘Baiklah, tuan-tuan. Sekalian. Pusingan kali ini telah tamat. Kita akan mulakan pusingan kedua sebentar saja lagi. Tuan Eyriqazz dan Tuan Denaihati dijemput untuk makan karipap dan berehat seberntar.’ Ujar MC DD.

‘Para penonton boleh membeli makanan yang dijual oleh amoi-amoi cantik ditepi padang ya. Jangan gaduh-gaduh. Kita kawan ma….’ Sambung MC DD lagi.

 

Bersambung lagi………

 

Insyallah akan bersambung lagi. Tengah mencari idea untuk pusingan / episod seterusnya seterusnya.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua Saudaraku... Antara Ilmu atau Harta ?? Mana akan saudaraku
Demi maruah empayar yang gah, demi menentukan siapa lagi kuat dan siapa lagi kuat. Pertarungan
Assalamulaikum dan Salam Juara Buat Saudaraku Sekalian Semalam menyaksikan pasukan yang saya pilih untuk Kontest

MasterChef Celebriti : Celebriti Ke-10 Terkeluar

Pada minggu ini, 3 orang celebriti masuk pusingan elimination iaitu Angah, Farouk dan Tomok.

Tema pusingan Elimination pada minggu ini adalah Lempeng.

Beri Lempeng yang dihidang oleh Farouk agak menarik dan menyelerakan. Bila tengok saya pun rasa terliur dengan kombinasi hidangan oleh Farouk. Dan hidangan beliau memang mendapat pujian dari ketiga-tiga Chef.

Angah menyajikan Lempeng Rolling Stone. Satu-satunya lempeng berkonsep Malaysia daripada ketiga-tiga hidangan. Lempeng dihidang dengan sambal bilis suatu yang agak biasa tapi menarik dan unik.

Tomok, hidangan yang kurang menarik dari segi tekstur dan sos coklat bak kata ketiga-tiga chef. Hidangannya simple tapi menarik pada pandangan saya.

Celebriti ke-10 yang tersingkir adalah Tomok. Setelah 7 kali masuk pusingan elimination minggu ini tidak bernasib baik buat Tomok.

Apapun, tahniah buat Tomok yang menjadi celebriti 7 yang terbaik dalam MasterChef Celebriti Musim Pertama.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua Saudaraku... Identity Entri ini juga
PSY Gangnam Style suatu fenomena yang amat mengejutkan apabila berjaya menarik
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat saudaraku... Apa khabar tuan puan semua? Sihat ke? Saya doakan
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi.... Senarai peserta bagi Giveaways Pertama Daddydee.net adalah : keretahitam jebengotai budakfelda

Euro 2012 : Final Spain vs Italy

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat SaudaraKu Semua.

Euro 2012 telah sampai ke kemuncaknya. Pasti ramai yang tidak sabar untuk menantikan penentuan Juara Euro 2012.

Awal pagi esok, 2 Julai 2012, jam 2.45 pagi akan berlangsungnya perlawanan Akhir Euro 2012, antara Spain vs Italy.

Pastinya satu perlawanan menarik akan dihidangkan buat semua peminat. Ya, dua corak permainan yang amat ketara sangat dan itulah suatu yang amat mengasyikkan untuk ditonton.

Spain pastinya ramai yang memilih Juara Bertahan ini, sebagai pasukan pilihan untuk menjadi Euro 2012. Spain pasukan yang dibarisi bintang dari Goalkeeper hingga ke Striker pastinya akan menyajikan satu persembahan hebat. Antara pemain yang akan diturunkan iaitu Cassilas, Pique, Arbeloa, Jordi Alba, Sergio Ramos, Xavi, Basquets, Ineasta dan juga Fabregas. Pastinya akan mempamerkan satu permainan terhebat. Dengan Fabregas yang berada di prestasi terbaik.

Italy pastinya akan mempamerkan permainan terbaiknya. Walaupun dari segi umur pemain Spain jauh lebih muda berbanding dengan Italy. Majoriti pemain Italy telah berumur dan mempunyai pengalaman yang cukup luas. Dan pastinya tonggak utama Italy iaitu Pirlo yang terkenal dengan freekick dan passing nya yang cermerlang. Pirlo juga bijak menyusun dan mengatur permainan. Italy akan dibarisi oleh Buffon, Bazagli, Chellini, Pirlo, De Rossi, Cassano dan Balotelli.

Pastinya yang paling menarik perhatian adalah persembah dua penjaga gol terbaik Eropah iaitu Buffon dan Cassilas. Dua penjaga Gol terbaik dari La Liga dan Sirie A.

Dan tak lupa juga persembahan Budak Nakal Balotelli pastinya akan mencuri perhatian semua.

Saya meramalkan Italy akan jadi Juara Euro 2012. Italy akan menang 2-1 ke atas Spain.

PS : Saya sokong Italy, wife pula pilih Spain. Nasib baik Tuan Kecil di rumah tak tahu memilih lagi.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Assalamulaikum dan Salam Juara Buat Saudaraku Sekalian Semalam menyaksikan pasukan yang saya pilih untuk Kontest
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Euro 2012 semakin rancak, banyak kejutan pada Euro 2012 kali ini,
Euro 2012 telah berlangsung 8 hari. Malam ini pusingan terakhir bagi Kumpulan A akan berlangsung
Demam bola telah kembali lagi untuk Euro 2012. Sejak hari Sabtu malam hari tu sampai

Perebutan Kuasa : Dongeng Eyriqazz vs Denaihati ep. 1

Demi maruah empayar yang gah, demi menentukan siapa lagi kuat dan siapa lagi kuat. Pertarungan maut akan berlangsung hari ini antara Eyriqazz vs Denaihati.

Sana sini poster tertampal Eyriqazz vs Denaihati yang dianjurkan oleh Denaihati.com ,  Azri.my , Blogr.my , ziefauzi.com ,  Shakiddo.com ,  ZarulUmbrella.Com , Hatiputera.com,   Papamifz.com,  Mksyahir.blogspot.comBoladaily.com , BloggerSentral.com ,  Mysuperkids.net ,  Vitaminsemulajadi.comAslamber.Comkgbalimbang.blogspot.com ,  Ciktom.Com,  Muhasabahtrading.ComBluedianthus.Com dan PanduanServisBlog.Com.

Semua dinding dan tiang dah tertampal poster Eyriqazz vs Denaihati. Di facebook, twitter, friendster, myspace dan google+ dah penuh dengan poster Eyriqazz vs Denaihati.

 

Gajah Terbang….Percayakah??

 

Semua dah tak sabar menyaksikan siapakah yang lagi hebat antara dua teraju empayar Eyriqazz vs Denaihati.

Seperti yang dijanjikan, disebuah padang lapang kelihatan dua lelaki kacak perkasa sedang bertafakur. Eyriqazz disebelah utara dan Denaihati disebelah selatan.

‘Penonton diminta berada diluar garisan perlawanan hebat akan bermula.’ Suara MC DD bersuara.

Tuan Eyriqazz dan Tuan Denaihati dipersilakan memanaskan badan’ MC DD mengarahkan peserta memanaskan badan.

Ramai penonton telah memenuhi kawasan pertandingan. Sorakan dari penyokong empayar memasing mula kedengaran.

Juri-juri hebat juga kelihatan dimeja juri seperti Si Comel CikTom, Jejaka Terbang Zarul, Kid Serbaboleh dan juga Aslam the InvestGuy. Sedang kusyuk bersembang menantikan perlawanan bermula. Saya rasa mereka semua sedang berdebat kenapa Germany boleh kalah dengan Italy semalam. Boleh jadi juga mereka sedang berdebat macam mana Si Budak Nakal Balotelli boleh score dua Gol. Agaknya Nuer tak makan ayam goreng spicy McDonalds tu yang tak boleh perform tu.

Di Padang, kelihatan Tuan Eyriqazz mula mengaktifkan aura dalamannya. Kelihatan aura berwarna biru mengelilingi badannya. Dan sesekali kelihatan warna biru itu membentuk bagaikan seekor jerung yang ganas. Apakah benar seperti yang dikatakan Tuan Eyriqazz adalah pewaris terakhir Tinju Maut Pendekar Laut yang dibelajar dari gurunya iaitu Zonan.

 Tuan Denaihati juga tidak mahu kalah. Melihat aura biru mula mengelilingi badan Tuan Eyriqazz. Tuan Denaihati mula mengaktifkan kuasa dalamanannya. Daun-daun mula kelihatan berterbangan mengelilingi Tuan Denaihati. Kelihatan aura berwarna Emas mula kelihatan berbentuk seperti Loceng Emas. Adakah ini Hikmat Kebal Badan Titanium yang telah Tuan Denaihati warisi dari Naga Merah??

Penonton mula takjub dengan kejadian yang baru dilihat sebentar tadi. Tidak sabar menunggu aksi yang akan dipertontonkan oleh Tuan Denaihati dan Tuan Eyriqazz.

 

Bersambung……….

 

PS: Mohon maaf sekiranya saya menggunakan nama Tuan-Tuan dan Cik Puan-Cik Puan tanpa kebenaran. Ini hanyalah cerita dongengan semata-mata. Semuanya adalah dongengan Penulis.

PS 1: Sesiapa yang berminat nak menjadi watak dalam dogengan ini, silalah beritahu. Insyallah akan saya masukkan bersama dengan backlink. Terima Kasih Bebanyak.

 

PS 2 : Dah join ke kontest Seo Eyriqazz vs Denaihati?? Kalau belum tak perlulah join. Arahan dan hadiah adalah seperti dibawah.

 Syarat-syaratnya :

1. Buat satu entri bebas berkenaan keyword “Eyriqazz vs Denaihati” . Terbuka kepada semua bloggers di Malaysia.  Tajuk entri bebas bergantung kepada kreativiti masing-masing. Setiap bloggers boleh menghantar 1 penyertaan sahaja.
2. Linkkan entri tersebut ke entri ini.

4. Cabaran Contest ini berlangsung sehingga 31 August 2012.
5. Tinggalkan permalink entri anda di SINI

Pemenang akan ditentukan melalui kata kunci “Eyriqazz vs Denaihati” yang mendapat tempat di Google Malaysia (http://www.google.com.my ) yang akan diambil menggunakan Google Chrome pada tarikh antara 1-10 September 2012.

Hadiah : UPDAted Setakat 26 June 2012
1st Prize – RM500 Cash + ( 20,000 trafik dari Denaihati.com ) + ( iklan banner saiz 125×125 sebulan di blog cik tom)
2nd Prize – RM300 Cash + (10,000 trafik dari Denaihati.com )
3rd Prize – RM200 cash  + 5,000 trafik dari Denaihati.com
4-5th Prize – RM100 Cash + 5,000 trafik dari Denaihati.com
6-7 Prize – RM50 Cash eachEntri Pilihan terbaik – RM100 Cash +  iklan banner saiz 125×125 sebulan di blog cik tom)(Additional RM300 Reserve Prize, masih belum decide lagi camne nak agihkan.. Total hadiah Cash dari Eyriqazz + Penaja = RM1,700)
Hadiah mungkin akan ditambah sekiranya ada penaja yang sudi menaja Contest ini. Bagi penaja yang berminat untuk menaja Contest ini (Cash Only), e-mailkan keiman1237@hotmail.com . Syarat backlink ke blog anda akan ditambah buat peserta yang join Contest ini + anda dibenarkan menulis satu entri bebas/Penulis Jemputan (akan ditapis sebelum dipublishkan) di blog Eyriqazz.Com.

 

Posted with WordPress for BlackBerry.

Assalamualaikum dan Salam 1 Inspirasi buat Semua Saudaraku Sempena tahun ke dua nya, Cik Tomato
Enjoy of this video. There are something from this superhero would like to share with
Assalamualaikum dan Salam 1 Inspirasi buat semua Success...Impian kita Contest SEO
Assalamualaikum dan Salam 1 Ispirasi buat semua saudaraku. Makin hebat makin mantap. Itu saja yang
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat semua Saudaraku sekalian.   Kontest SEO Eyriqazz vs Denaihati makin