Usaha Sendiri Lebih Baik

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Selama tiga tahun dalam bidang senggaraan dan secara tidak langsung membantu membangunkan usahawan, pelbagai ragam usahawan yang telah saya temui ada yang saya boleh tabik spring ada yang saya hanya mampu senyum sumbing. Pelbagai ragam yang memeningkan kepala dan majoriti satu bangsa dengan saya satu agama dengan saya.

Usaha Sendiri untuk meniti kejayaan dalam perniagaan

Usaha Sendiri untuk meniti kejayaan dalam perniagaan

Saya masih ingat lagi saya pernah bertanyakan kepada salah satu usahawan, “Kenapa tidak laporkan kepada pihak kami?” lalu usahawan itu menjawab “Usaha sendiri lebih baik, jika sudah tersepit dan perlukan pertolongan sangat saya akan mohon bantuan”. Itu adalah usahawan yang mempunyai sifat dan semngat yang tegus yang mahu usaha sendiri terlebih dahulu.

Lain pula cerita dengan salah satu pihak lagi usahawan yang mempunyai pemikiran yang jauh berbeza, antara perkataan biasa mereka adalah “Kamu kata mahu bantu kami?”, “Kami perlukan pinjaman yang lebih besar untuk membesarkan perniagaan?”, “Kat sini tiada pelanggan?”, “Tiada pelanggan yang sudi?”, “Tolong lah buat promosi besar-besaran” dan lain-lain.

Pelbagai usaha yang dilakukan tapi mereka tetap sama, promosi dan program dijalankan tapi mereka sendiri tidak melakukan promosi. Mereka yang tiada usaha untuk melakukan promosi secara yang lebih aggresif. Promosi promosi promosi adalah salah satu kejayaan sesuatu perniagaan.

Selain dari promosi, mutu sesuatu produk juga memainkan peranan dalam perniagaan. Pelanggan sekarang ini semakin pandai menilai sesuatu produk, mereka menilai harga seiring dengan kualiti. Sebagai contoh kedai makan yang menyediakan makanan yang lazat dan suasana yang selesa, pelanggan akan sanggup membayar lebih untuk makanan dan suasana. Ini adalah realiti hari ini.

Satu lagi cuba cari kelaianan, kenapa orang mesti membeli produk daripada kita? Apakah kelebihan kita? Kelainan itulah yang akan menjadi kekuatan dalam perniagaan kita. Eksperimen demi eksperimen akan memberikan kita jawapan terbaik untuk kita.

Apappun usaha sendiri lebih baik, memberikan kita kelebihan kita dan mematangkan pemikiran kita.

0 votes, 0.00 avg. rating (0% score)

Switch On Enjoy Mood

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…..

Sekian lama meninggalkan blog daddydee.net ini, jarang update entry baru dilakukan dan lagi jarang aktiviti blogwalking yang saya lakukan sekarang dek kerana sibuk dengan belajar dan urusan offline. Mulai malam ini saya boleh switch on enjoy mood buat sementara, cuti tidak panjang pun tapi cukup untuk bertenang sebelum memulakan sem baru.

Hari ini tamatlah paper ke 4 saya petang tadi, paper terakhir saya sem ini. Tempoh bercuti ini tidaklah lama sangat tapi cukuplah untukbsaya rehat walaupun tidak rehat sangat kerana perlu siapkan paper saya. Buat sikit sikit agar tak kelam kabut bulan depan.

Insyallah saya akan kembali aktif dan tumpukan perhatian pada blog saya. Buat sesiapa yang nak mengajak saya untuk aktiviti hujung minggu insyallah saya akan turut sertai jika berkelapangan. Kalau ada program sudi sudilah ajak saya.

Sudi sudilah ajak saya ya. Saya dah switch on enjoy mood ni.

Posted from WordPress for Android

0 votes, 0.00 avg. rating (0% score)

Tiada Alasan Untuk Berjaya

Assalamuakum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku….

Kita suka menciptakan alasan, alasan itu dan alasan ini. Segala buah fikiran kita perahkan untuk menciptakan alasan. Perbagai alasan kita ciptakan agar kita kelihat hebat dan bergaya. Kita sememangnya suka ciptakan alasan. Alasan yang menjadikan alasan untuk kita tidak berjaya.

Tiada alasan

Tiada alasan

Apabila melakukan kesalahan kita akan ciptakan alasan untuk melihatkan kita betul, agar kita tidak kelihatan seperti LOSER. Agar kelihatan cantik segalanya. Tapi dalam kita tidak sedar apabila kita ciptakan alasan untuk membetulkan hal yang salah kita sebenarnya adalah LOSER. Lebih LOSER apabila seseorang yang suka menjadikan orang lain sebagai kambing hitam untuk kesalahan mereka.

Tiada alasan untuk berjaya dalma dunia ini. Hentikan ciptakan alasan fantasi yang tidak releven, buang masa semua itu. Dari fikir untuk ciptakan alasan sebaiknya fikirkan jalan terbaik untuk keluar dari satu masalah kerana semua masalah ada solusi nya. Tiada masalah yang tiada penyelesaiannya kecuali maut.

Kita sering cakapkan ‘Aku tak tahu’. Dan bila di tanya lagi sama jawapan nya ‘Aku tak tahu’. Setahun kemudian ditanya lagi ‘Aku tak tahu’.

Tak tahu tanya, Tak tahu belajar, Tak tahu ambil tahu….. Insyallah kita akan berjaya. Jangan lagi memberikan alasan, menciptakan alasan. Tiada alasan lagi untuk kita tidak berjaya jika kita sentiasa berusaha untuk memajukan diri dalam apa jua bidang yang kita sertai.

0 votes, 0.00 avg. rating (0% score)

Azam 2014 : Apakah Azam Baru Anda?

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku….

2013 telah meninggalkan kita kini 2014 telah bertandang. Siap saat setiap detik waktu yang berlalu adalah penghitung masa untuk 2014 pula meninggalkan kita. Begitulah lumrah hidup ini waktu tidak akan pernah senang melihat kita, dia tetap pergi meninggalkan kita. Perlahan-lahan pergi berlalu, jika ia tidak berlalu pasti satu kerugian besar. Awal tahun 2014 ini pasti ramai yang sibuk merangka azam 2014. Apakah impian yang mahu kita capai untuk 2014?

2013 meninggalkan pergi muncul 2014, petambahan angka pada kelendar menandakan penambahan angka pada umur kita. Semakin menjauh dengan rumah, semakin mendekat dengan maut.

Apakah pencapaian 2013? Pencapaian saya 2013 tidak banyak yang dapat dibanggakan, permulaan tahun yang bagu bagi daddydee.net tapi pengakhiran agak perlahan kerana saya sibuk dengan belajar dan juga MAH Shopz. Bukan melupakan daddydee.net kerana daddydee.net adalah saya dan akan terus mekar selagi jemari saya mampu menaip dan akal fikiran masih waras untuk melontar idea.

Azam 2014

Azam Baru 2014

Projek lain bukan tiada, ada tapi baru ingin memulakan tapak, tapak saja baru tersemai yang lain masih belum terbentuk. Jadi tiada yang membanggakan.

Untuk tahun 2014, insyallah saya akan lebih fokus pada Keluarga saya dan kerjaya saya. Jika tiada apa halangan saya juga akan menamatkan zaman pelajar saya pada tahun 2014, doakan saya agar berjaya.

2014, saya akan mulakan untuk kembali fokus pada kejaya saya. Insyallah. Dan menghidupkan kembali impian saya selama ini untuk lebih memberi dari menerima. Impian yang lama terpendam akan saya gerakkan.

Azam saya yang lain adalah meneruskan azam yang tak tertunai dahulu. Azam 2014, apakah pula azam 2014 saudara semua?

0 votes, 0.00 avg. rating (0% score)

Wordless Wednesday : Mah Shopz

Wolverine Run - Size S

Wolverine Run – Size S

Hulk Attack - Size M

Hulk Hammer – Size M

Joker and Harley - Size M

Joker and Harley – Size M

 

Punisher Double Fist - Size M

Punisher Double Fist (Front)- Size M

Punisher Double Fists (Back) - Size M

Punisher Double Fists (Back) – Size M

 

Hulk Attack - Size M

Hulk Attack – Size M

All item originally and lisenced by MARVEL.

For details : MAH Shopz

0 votes, 0.00 avg. rating (0% score)

Kenapa Mesti Berjaya?

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Dalam hidup ini, kita sering disuruh untuk berusaha, berusaha untuk berjaya. Berusaha sampai berjaya. Dalam moto disekolah dulu biasa kita dengar ‘Usaha Tangga Kejayaan’. Kejayaan, kejayaan, tapi kenapa kita mesti berjaya?

Jawapannya ada didalam gambar dibawah ini…..

Fikirkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
0 votes, 0.00 avg. rating (0% score)