Belajar untuk A

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Apa khabar semua? Harap semuanya sihat sihat belaka serta berbahgia disisi yang tersayang. Belajar untuk A atau untuk ilmu? Mana satu pilihan kita?

Belajar untuk A

Belajar untuk A

Saya pasti ramai yang akan memilih belajar untuk A . Belajar untuk menjadi pelajar yang cemerlang, dapat menjejakkan kaki ke universiti yang terbaik dan bekerja makan gaji besar. Ini yang banyak diterapkan kepada anak-anak dalam masyarakat kita.

Ramai ibu bapa juga sanggup berhabisan ratusan malah ribuan ringgit untuk menghantar anak ke kelas tuisyen terbaik bagi memastikan anak mereka belajar untuk A, berjaya mendapat A. Kekadang jadual anak menjadi begitu padat sekali, pagi sekolah disambung dengan kelas agama sebelah petang dan tuisyen sebelah malam. Sampaikan masa untuk riadah langsung tiada. Aktiviti kokurikulum juga kosong.

Soalan pertama yang akan ditanya oleh kenalan, saudara atau jiran setiap kali keputusan peperiksaan baik UPSR, PMR atau SPM adalah ‘Dapat berapa A?’ Bukannya ‘Bagaimana keputuasan peperiksaan?’. Betul kan? Ramai yang bertanyakan sebegitu. Dab lagi teruk jika diperbanding-bandingkan dengan orang lain. Membuat perbandingan dengan orang lain bukan satu langkah bijak sebenarnya. Tindakan ini hanya lebih kepada menjatuhkan moral.

Yang lepas biarkan berlalu, tiada yang dapat diubah. Lebih baik kita memberikan semangat baru untuk mereka lebih fokus untuk membina masa depan bukannya mengenang kegagalan kecil. Ramai orang yang berjaya sebenarnya bermula dengan kegagalan. Ingat ‘Berapa kali kita terjatuh tidak penting tapi yang penting adalah bagaimana kita bangun semula setiap kali terjatuh’.

Bukan ingin mengata sesiapa tapi sekadar berkongsi rasa, saya rasa ada baiknya kita ubah sikit matlamat menghantar anak ke sekolah dari belajar untuk A kepada belajar untuk berjaya dalam hidup.

Belajar untuk berjaya itu skopnya lebih luas kerana tidak mendapat A bukan bermakna tidak berjaya. A bukan simbol kejayaan. Kejayaan adalah bagaimana kita untuk survival dalam arus dunia kemodenan yang serba mencabar ini.

1 vote, 5.00 avg. rating (98% score)

YES Internet selepas setahun

Assaalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Saya sudah menjadi pelanggan YES internet hampir setahun sudah. Setakat ini saya amat      berpuas hati dengan servis YES internet, walaupun 1.5 GB quota memang kecil bagi saya tapi cukuplah untuk saya melakukan kerja, blogging dan mencari bahan untuk assignment. Tonton ataupun Youtube menjadi pantang larang apatah lagi download kerana ia akan mempercepatkan proses hakisan quota YES internet saya.

Kelajuan YES internet sebelum mencecah quota yang ditetapkan memang amat memuaskan bagi saya. Apabila quota bulanan sudah cukup aktiviti surfing internet masih lagi boleh dilakukan tapi dengan kelajuan yang dikurangkan. Masa ini memang kadang kala saya pun menyumpah seranah juga kalau nak buka blog pun lama. Hehehe

Apapun, saya tetap puji YES Internet punya servis. Hari itu, dongle saya bermasalah iaitu tiada power. Jadi saya ke kiosk YES internet tapi mereka meminta saya ke service center di KL Sentral ataupun Lot 10.

Doggle saya yang kelihangan power

Yes Internet – Dongle saya yang kelihangan power

Saya memilih untuk ke Lot 10 memandangkan ianya lebih dekat dengan pejabat saya dan lebih mudah saya nak parking superbike 135 saya itu. Walaupun saya sebenarnya sudah lupa mana satu Lot 10, saya tetap redah saja. Landmark saya Low Yat Plaza kerana itu saja yang saya biasa pergi.

Yes Internet service center

Yes Internet service center – Rupa bentuk kaunter YES

Sampai di YES Internet Service Center ada beberapa pelanggan sedang menunggu giliran semuanya pun ada masalah hampir sama iaitu dengan device masing-masing. Ambil nombor giliran sementara menunggu giliran saya tiba.

Sampai saja giliran saya, saya memberitahu yang dongle saya sudah bermasalah, mereka hanya melakukan rutin check dan meminta saya mengisi satu borang. Dongle lama saya diambil dan diganti dengan dongle Yes Internet yang baru. Sekarang ini aktiviti blogging saya masih boleh diteruskan.

YES Internet

YES Internet

YES Internet

YES Internet – Papan iklan YES yang bergantungan di Lot 10

Selepas hampir setahun bersama YES Internet, saya amat berpuas hati dengan servis mereka kecuali quota yang agak kecil. Sekarang ini, memikirkan samaada untuk terus setia bersama YES Internet atau beralih kepada UniFI bagi memudahkan family saya pun surfing bersama dengan quato yang lebih besar. Fikir-fikir.

0 votes, 0.00 avg. rating (0% score)

Letupan Di Boston Marathon

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Jika semalam kita menerima berita gembira apabila pasukan Badminton Malaysia berjaya memenangi Axiata Cup 2013, hari ini kita menerima satu berita duka apabila berlakunya tragedi letupan di Boston Marathon yang disertai kira-kira 27,000 orang peserta. Sedih apabila melihat manusia yang tidak berdosa menjadi mangsa. Aktiviti yang sihat telah bertukar menjadi satu medan darah.

Letupan di Boston Marathon telah menyebabkan 2 maut dan 23 cedera. Dua letupan dikatakan diletakkan berdekatan dengan garisan penamat.

Gambar Tragedi Letupan di Boston Marathon

Letupan di Marathon Boston

Ketika letupan di Boston Marathon – Peserta baru tiba di garisan penamat

Tragedi letupan di Marathon Boston

Tragedi letupan di Boston Marathon  – Mangsa yang bergelimpangan

Tragedi letupan di Marathon Boston

Tragedi letupan di Boston Marathon – Suasan panik selepas letupan

Video Tragedi Letupan Di Boston Marathon

Selepas ini, mungkin pihak keselamatan dan penganjur perlu lebih menitik beratkan aspek keselamatan dalam pengangjuran sebarang event sebegini. Tragedi letupan di marathon Boston patut menjadi tauladan buat kita semua.

Dalam sukan pun boleh berlaku keganasan dan serangan sekarang ini. Tragedi letupan di Marathon Boston patut dijadikan iktibar buat kita semua. Bersama kita berdoa agar dijauhkan dari tragedi sebegini.

0 votes, 0.00 avg. rating (0% score)

Malaysia Juara Axiata Cup

Assalamulaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Tahniah buat pasukan Badminton Malaysia yang telah muncul Juara Axiata Cup menewaskan pasukan Thailand, 3-1 yang telah berlangsung di Stadium Badminton Cheras, Kuala Lumpur.

Malaysia Juara Axiata Cup 2013

Malaysia Juara Axiata Cup 2013

Pasukan Badminton Malaysia yang diwakili oleh Sonia Chea, Goh Liu Ying dan Chan Peng Soon, Datuk Lee Chong Wei serta Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong.

Cheah, yang diharap dapat menyemarakkan semangat juang skuad negara pada perlawanan pembukaan, terpaksa akur kepada pemain nombor lapan dunia, Ratchanol Intanon dengan keputusan 16-21 dan 17-21.

Beregu campuran nombor tiga dunia, Goh Liu Ying dan Chan Peng Soon menceriakan skuad negara apabila berjaya menyamakan kedudukan dengan mengatasi pasangan Sudket Prapakamol dan Saralee Thoungthongkam, 21-16 dan 21-15.

Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei meletakkan Malaysia di hadapan apabila dengan mudah mengalahkan Tanongsak Saensomboonsuk, 21-12 dan 21-18.

Kemenangan dicapai apabila Malaysia mengumpul pungutan mata ketiga menerusi pasangan beregu lelaki nombor dua dunia, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong yang menundukkan lawan, Boonsak Ponsana dan Songphon Anugritayawon dengan 21-10 dan 21-17.

Sekali lagi Tahniah buat pasukan Badminton Malaysia yang telah muncul juara Axiata Cup 2013. Tahniah.
0 votes, 0.00 avg. rating (0% score)

Menjadi Pemimpin Yang Hebat

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Pilihanraya umum ke 13 (PRU13) makin dekat, 5 Mei 2013 akan menjadi satu titik penentu bagi menentukan siapakah yang bakal menjadi pemimpin yang hebat yang akan mengemudi negara kita kearah negara Malaysia yang maju dan gah di mata dunia. Siapakah yang akan menjadi pemimpin baru kita? Bersama kita turun mengundi bagi menentukan siapa yang akan menjadi pemimpin yang hebat kita pada masa depan.

Pemimpin yang hebat menawan dunia dengan ilmu

Pemimpin yang hebat menawan dunia dengan ilmu

Bagi para semua calon pemimpin yang hebat, bersedialah anda untuk berkhidmat untuk rakyat. Memperjuang hak rakyat serta mengutamakan kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.

Dan kita pula jangan sesekali lupa untuk menjadi pemimpin yang hebat dalam keluarga dalam organisasi, tidak kiralah siapa pun kita. Kita semua adalah pemimpin. Kita yang memimpin kearah mana kita nak bawa diri kita dan keluarga kita kerana hanya kita akan menentukan nasib kita, kita yang menentukan arah tuju kita. Pastikan kita hidup bermatlamat. Jangan biarkan ianya menjadi sia-sia.

Ingat hanya kita yang dapat mengubah nasib kita. Jangan sesekali hanya berserah pada takdir semata-mata tapi berusaha untuk mengubah keadaan kita. Ingat dalam Al-Quran, surah Ar-Rad, ayat 11 yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka”.

Ayuh kita terus berjuang, berjuang menjadi pemimpin yang hebat. Bersama kita bangkit mengubah nasib diri kita,keluarga kita, agama kita, bangsa kita dan negara Malaysia kita. Ayuh saudaraku.

0 votes, 0.00 avg. rating (0% score)

Hati Yang Baik

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Dalam minggu lepas, kejadian ni terjadi semasa saya nak masukkan duit untuk membayar hutang kereta menggunakan Cash Deposit Machine (CDM) di Petaling Jaya. Ketika saya sedang memasukkan duit, datang seorang uncle Cina untuk mengeluarkan duit dari mesin ATM.

Dari rupa dan gayanya saya rasa uncle itu adalah pengemis dan bukan warga Malaysia. Saya tak pelik kerana ini bukan kali pertama saya jumpa pengemis ada akaun bank.

Terkial-kial menggunakan ATM dan mukanya seperti kecewa. Selang beberapa ketika, masuk seorang amoi muda.

‘Can you help me? I want to withdrawn 10 dollar.’ tanya uncle pada amoi tersebut.

‘I dont think this ATM can withdrawn 10 dollar. 50 dollar can. Let’s me try.’ Amoi itu bersetuju menolong uncle tersebut.

‘Your account balance 30 dollar. Let’s me try to withdrawn 10 dollar. Can’t withdrawn uncle. Sorry.’

‘It’s okay’

‘You need 10 dollar uncle? Here 10 dollar’. Kelihatan amoi muda itu menghulurkan RM10 kepada uncle itu.

‘Thanks you’ kata uncle tersebut sambil berlalu dari situ.

Terdengar perbualan mereka berdua ketika saya masih sedang menggunakan CDM. Saya puji sikap amoi itu yang ringan tulang membantu dan bersedekah walaupun tak kenal siapa uncle itu.

Saya puji sifat positif amoi itu, yang berbaik sangka pada uncle itu. Hebat sungguh. Saya tabik pada amoi itu. Kan bagus kalau semua orang mempunyai hati yang baik seperti amoi itu. Berbaik sangka pada semua orang.

Saya pun tidak sebaik amoi itu. Saudara bagaimana?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
0 votes, 0.00 avg. rating (0% score)