10 Tips Lulus Dalam Pelajaran Di Universiti

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku…

Hari minggu lepas sempat bertemu dengan sahabat lama, sahabat zaman sekolah menegah dulu. Lebih 16 tahun kami tidak berjumpa selepas saya ke MRSM.

16 tahun, tempoh yang lama. Hanya beberapa trademark saja yang menyebabkan saya masih kenal sahabat saya. Ya lah, bila dah kahwin sana sini kembang. Hahaha… Bukan dia saja tapi saya juga.

‘Yo, besar weh saing’ sapa saya bila lihat dia keluar dari pejabat.

‘Mu pun sama. Hahaha…’ gelak panjang sambil berjalan ke warung. Sembang punya sembang. Masuk bab seorang lagi kawan lama.

‘Wei… Panjang apa cite loni?’ Tanya saya.

‘Teruk di.  Dia down loni’

‘Kenapa pula?’

‘Aku jumpa dia. Aku tanya dia apa cite? Dia kata dia down. Belajar tak habis sekarang menanggung hutang banyak. Memang lain aku tengok dia di. Sian dia.’ Panjang Yo bercerita dengan saya.

*down = murung

Termangu… mengenangkan Panjang. Salah seorang kawan rapat saya dulu. Seorang pelajar yang pintar zaman belajar dulu. Dan berjaya ke Universiti tetapi kandas. Lagi sedih bila dia murung dek kegagalan lalu.

Ok… cukup cerita pasal saya, Yo dan Panjang. Kalau cerita memang tak habis. 16 tahun tak jumpa beb.

Tips Lulus Pelajaran Di Universiti
Tips Lulus Pelajaran Di Universiti

10 Tips Lulus Dalam Pelajaran Di Universiti

  1. Masuk universiti adalah satu kejayaan tapi ingat itu permulaan nya. Apa yang penting bagaimana penamat yang kita mahukan? Tetapkan matlamat penamat yang kita mahukan
  2. Pilih kawan yang terbaik semasa belajar di Universiti. Bukan cari kawan untuk enjoy atau have fun saja. Tapi cari kawan yang boleh push kita untuk belajar
  3. Rancang masa yang kita miliki. Jangan biarkan masa yang kita ada ditentukan oleh orang lain. Biar kita jadi tuan kepada masa kita.
  4. Jangan percaya setiap kata kawan-kawan kita terutamanya bila kawan cakap ‘Aku pun belum study’. Jangan tertipu. Kita masing masing punya otak dan otak kita berlainan. Mungkin kawan kita hanya perlu 5 minit untuk faham 1 topik tapi kita mungkin 5 minggu pun belum tentu faham. Renungkan.
  5. Time study adalah masa untuk study bukan untuk enjoy. Ada sesetengah orang cakap masa study adalah masa enjoy. No… No… Masa study adalah masa untuk study. Set the priority is study.
  6. MLM bukan satu dosa. Nak suruh suka pun tidak nak suruh benci pun tidak MLM ni, tepuk dada tanya selera. Jika masuk MLM jangan fikir nak jadi jutawan je, kencing tu tapi kalau nak ‘belajar’  meniaga dan bina networking itu satu benda yang bagus. Jutawan satu bonus jika kalian berjaya.
  7. Ambil peluang belajar meniaga. Tak kisah lah nak meniaga online ke, offline ke atau MLM ke terpulanglah tapi masa belajar ambil peluang untuk belajar rahsia berniaga. Sebab? Masa belajar banyak masa free kalau pandai urus dengan baik.
  8. Jangan takut dengan Pensyarah. Jangan takut nak berjumpa pensyarah walaupun pensyarah tu muka bengis. Sebab markah kita ada di tangan pensyarah. Jadi fikirlah sendiri.
  9. Pergi ke kelas jangan ponteng. Saya dulu kerap juga ponteng tapi ada sebabnya, apapun sebabnya saya kesal juga. Sebab masa dalam kelas walaupun tak faham sekurangnya ada input walaupun sedikit.
  10. Rendah diri, jangan sombong. Tak tahu bertanyalah pada kekawan yang lebih pandai yang lebih tahu, tanya pada senior atau tanya pada pensyarah. Buang ego be humble, tak hilang bisa ular menyusul akar. Ingat tu?
  11. Lain-lain…. sila tambah Tips Lulus Dalam Pelajaran Di Universiti

Semoga berjaya buat adik-adik pelajar sekalian.

Life it's likes a drama. Yeah, likes a drama. But it's not easy likes drama.
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Capatnya masa berlalu, dua permata saya sudah makin
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Dugaan tiada siapa mahu dugaan. Tiada siapa yang