Rezeki Terpijak : Celcom Memberikan 500 PortaWifi Percuma Sempena Hari Raya

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Semalam saya mendapat satu tugasan pejabat memerlukan saya pergi ke Putrajaya, sudah tugasan terpaksa juga saya buat kerana ‘saya yang menurut perintah’. Kalau ikutkan hati memang malas nak kerja luar bulan Ramadhan ini.

Tapi kemalasan saya tetap rasa amat berbaloi, kerana sesampainya saya di Tol Sungai Besi nak mengambil tiket tol saya mendapat sekeping kertas. Bukan saman bukan writ lawyer. Tapi satu kejutan dari pihak Celcom di awal pagi di Plaza Tol Sungai Besi, saya menerima satu kupon yang membolehkan saya menuntut PortaWifi Percuma dari Celcom Bluecube.

Toll 11-daddydee.net
Pengagihan Flyer oleh Kakitangan Celcom

Alhamdulillah, berbaloi-baloi hari raya kali ini. Selepas ini bolehlah saya pergi menuntut PortaWifi Percuma saya. Hadiah yang amat menarik dari Celcom. Bolehlah keluarga saya melayari internet dalam perjalanan nanti. Lepas ini, mahu saya tampal sticker pada kereta saya ‘WIFI Inside’, baru riak sikit. Hahahah…

Flyer Portal Wifi Percuma daripada Celcom
Inilah rupa Flyer PortaWifi Percuma daripada Celcom

Daripada flyer yang saya terima itu, pihak Celcom menyatakan akan memberikan 500 PortaWifi Percuma di plaza tol terpilih, anda mungkin akan menjadi salah seorang pemilik PortaWifi percuma ini. Mana tahu rezeki anda pula nanti, menerima flyer ini semasa membayar tol.

Toll 4-daddydee.net
Pengagihan Flyer Portal Wifi Percuma – Anda mungkin penerima seterusnya

Saya nak pergi menuntut PortaWifi Percuma saya dulu ya. Nanti saya ceritakan lagi pasal PortaWifi ini. Dalam kereta pun boleh update blog la lepas ini. Heheheh…

Bulan puasa ramai yang cakap tiada masa untuk bersenam. Lagipun mereka katakan badan lemau dan
9 Mei 2018 yang lalu jadi tanggal penting dalam sejarah Negara Malaysia apabila Parti Barisan
Filem Deadpool 2 sudah mula di tayangkan pada Selasa. Dan pasti ramai yang menunggu untuk