Tag Archives: aidilfitri

Bayar Zakat : Dah Bayar Ke Belum

Assalamulaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Sakan sungguh orang kita membeli belah untuk berhari raya nanti. Semalam saya ke SOGO masa lunch hour penuh sesak orang dalam SOGO mungkin ramai yang membeli belah last minit. Alhamdulillah saya telah selesai semuanya.

Dalam kita ghairah membeli belah nak bersiap untuk hari raya, jangan pula kita lupa untuk membayar zakat. Bayar zakat fitrah bukan susah sekarang ni, saya lihat setiap mall yang saya singgah ada kaunter bayaran zakat dijaga oleh amil. Sambil tunggu orang rumah nak bayar shopping sempat kita bayar zakat, sekejap saja.

Bayar Zakat - Jangan silap macam ini pula ya.

Bayar Zakat – Jangan silap macam ini pula ya.

Dan lagi best ada kaunter bayar zakat drive thru. Jadi jangan beri alasan lupa bayar zakat. Mudahnya nak berzakat sekarang ini.

Jangan terlalu nak kejar masa afdal berzakat iaitu pagi aidilfitri sebelum solat sunat aidilfitri, menjadikan zakat kita tidak diterima dan jadi sedekah. Kerana amil pastinya sibuk di pagi Aidilfitri. Jadi elok selesaikan awal-awal.

Untuk ingatan semula pelajaran Darjah Empat semasa kelas fardhu áin masa sekolah rendah, jadi saya kongsikan Hukum Waktu-waktu untuk bayar zakat fitrah adalah:

  • Waktu Yang Dibolehkan iaitu dari awal Ramadhan sehingga akhir Ramadhan
  • Waktu Wajib iaitu selepas terbenam matahari pada akhir Ramadhan
  • Waktu Afdhal iaitu selepas sembahyang subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan sembahyang Raya Aidil Fitri.
  • Waktu Makruh iaitu selepas sembahyang Hari Raya Aidil Fitri sehingga tibanya Waktu Maghrib (iaitu sebelum terbenam matahari).
  • Waktu Haram iaitu selepas terbenam matahari pada 1 Syawal (Hari Raya Aidilfitri).

Alhamdulillah saya sudah selesaikan zakat fitrah saya dan tanggungan. Pada yang belum jangan lupa bayar zakat ya. Saudara bagaimana?

Kembali Bersiaran

Assalamualaikum dan Salam Syawal Buat semua saudaraku sekalian…

Beberapa hari daddydee.net ditinggalkan tanpa sebarang bicara. Tanpa madah bicara dan tutur nista. Hanya diam membisu dek kerana saya telah menjauhi diri dari internet. Di kampung saya tiada capaian internet jadi tidak dapatlah saya berbicara disini.

Hari ini saya telah berada di Ipoh, Perak. Baru tiba petang tadi dari Kelantan. Perjalanan memang lancar tidak banyak lagi kereta ke arah Perak tapi banyak kereta yang menuju ke Kelantan.

Insyallah, mulai hari ini blog daddydee.net akan berbicara semula seperti biasa. Salam temu dari saya buat semua saudarku.

Bagi yang masih lagi beraya, beringat-ingat ketika makan. Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang. Kesihatan badan jangan diabaikan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Salam Lebaran

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi…

Daddydee.net ingin mengingatkan pada semua saudara saudari sekalian yang ingin pulang ke kampung halaman supaya:
1. Pastikan rumah dalam keadaan selamat dengan semua tingkap dan pintu di kunci
2. Pastikan semua peralatan elektrik ditutup.
3. Pastikan langganan akhbar dihentikan.
4. Pesan pada jiran tetangga tentang ketiadaan anda.
5. Isi borang pulang ke kampung yang disediakan oleh PDRM bagi memudahkan anggota PDRM memantau.
6. Pastikan kenderaan anda telah diservis dan dalam keadaan selamat.
7. Pastikan semua barangan peribadi/dokumen peribadi dibawa bersama.
8. Pastikan tubuh badan anda sihat dan cergas sebelum memulakan perjalanan. Kalau letih atau mengantuk rehatlah seketika.
9. Pastikan anda memandu secara berhemah dan jangan ikutkan nafsu. Kampung halaman tetap di sana, janji kita selamat sampai.
10. Pastikan memandu mengikut had laju yang ditetapkan. OPS Selamat banyak speed trap, bukan highway saja jalan bandar pun ada. Hati-hati.

Saya doakan perjalanan saudara saudari selamat sampai ke destinasi yang di tuju dan ceria menyambut Aidilfitri bersama keluarga tersayang.

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari daddydee. Mohon maaf zahir dan batil sekira ada tulisan dan layanan daddydee buat saudara saudari kurang senang. Ampunkan saya.

Daddydee sudah away dari laptop jadi blogging guna blackberry saja selepas ini secara live blogging saja. Jumpa lagi di lain masa.

PS : Projek baru belum dapat dibangunkan lagi insyallah selepas raya.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...