Bilakah Ajal Kita?

Assalamulaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Apa khabar semua saudaraku? Harapnya tuan puan masih dikurniakan kesihatan yang hebat untuk mengharungi kehidupan ini. Sebelum saya menulis lebih panjang saya memohon semua untuk bersama sedekahkan Al Fatihah buat Makcik saya, Allahyarhamah Faridah Binti Hussain dan sahabat saya Allahyarham Shahrul.

Bilakah ajal kita?
Bilakah ajal kita?

Dua berita kematian ini saya terima dalam jarak masa yang dekat. Berita kematian yang mengejutkan. Arwah makcik saya seorang OKU yang menjadi peneman setia nenek saya dirumah nya, kini nenek berseorangan. Tiada lagi teman setia nenek, anak yang lain semuanya berkeluarga dan berkerjaya. Terngiang persoalan ‘Siapa sangka dia pergi dulu?’.

Muda atau tua bukan pengukur cepat atau lambat, ajal bukan mengira semua itu. Ada yang bayi pun sudah dijemput, ada juga yang sempat berusia 100 tahun baru dijemput, ada juga yang baru berkahwin yang dijemput. Semua telah tertulis cuma kita yang tidak tahu bilakah ajal kita?

Bilakah ajal kita? Saya tidak tahu jika saya tahu bila ajal saya, kehidupan saya pasti bukan hari ini. Setiap saat pasti nilainya terlalu besar. Tiada lagi ‘rileks dulu’, ‘esok esok lah’.

Masih adakah esok untuk kita? Masih mampukah kita menatapi mentari terbit pagi esok? Atau malam ini yang terakhir? Ianya akan menjadi tanda tanya selamanya.

Jika esok sudah tiada untuk kita, adakah kita sudah bersedia untuk mati? Cukupkah persiapan kita untuk hadapi kematian yang bakal menjengah?

Isilah masa yang ada sebaiknya. Hargai setiap detik yang ada. Seimbangkan dunia dan akhirat, ‘Bekerja bagai kita hidup seribu tahun, Beribadat bagai esok kita akan mati’. Keduanya kita perlukan dunia dan akhirat. Kehidupan di dunia hari ini adalah pengukur untuk kehidupan kita di akhirat kelak.

Semoga hari hari kita penuh makna. Hidup ini hanya pinjaman, akhirat yang kekal selamanya.

Bilakah ajal kita?

2017 dah melabuhkan tirainya. Dan 2018, langkah baru akan mulakan dengan rentak baru. Sejarah hanya
Bila sebut Jumanji aku teringat zaman tonton guna VHF. Memang best filem Jumanji akibat satu
Hari ni pergi RHB Bank, pasal kad dah kena block. Rupanya dah kena tukar kad
Satu ketika dulu di bengkel M ‘Bang, abang punya arm ni lari sikit. Alignment dah

Fenomena Tembak Sampai Mati, Pengasas AMBank Berhad Maut

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Semalam kita dikejutkan dengan lagi satu kejadian tembak sampai mati yang bagi saya kes berprofail tinggi yang mana melibatkan Pengasas AmBank Berhad, Hussain Ahmad Najadi ditembak di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur. Dan kalau tak silap saya ada dua lagi kes yang hampir sama pada hari semalam. Dan beberapa minggu lalu juga beberapa kes tembak sampai mati melibatkan guru sekolah.

Tembak Sampai Mati - Siapa lagi?
Tembak Sampai Mati – Siapa lagi?

Saya lihat kes jenayah di Malaysia berlaku bagaikan satu fenomena, kalau kes tembak sampai mati akan banyak susulan kes yang hampir sama dilaporkan. Kalau dulu saudara ingat kes pecah mesin ATM berpuluh kes hampir sama dilaporkan di akhbar dan televisyen.

Kadang kala mengenangkan kejadian sebegini, membuatkan saya pun rasa agak kecut perut. Walaupun, saya rasakan saya tidak mengganggu hidup orang lain tapi saya tidak tahu apa yang terpendam di dalam hati orang lain. Sememangnya amat susah untuk kita puaskan hati semua orang di dunia ini.

Kalau dulu nak tengok kejadian tembak sampai mati ni dalam Perilli’s Action Movie di TV2 atau pun dalam tali tape sewa movie Rambo, tapi sekarang ini kejadian tembak sampai mati boleh disaksikan secara live.

Seorang kawan sepejabat ada menceritakan beliau pernah berpengalaman melihat satu kejadian tembak di depan mata, macam main polis sentree kata nya. Penembak datang naik motosikal menghampiri kereta dan bam bam bam, tiga das dilepaskan. Pemamdu kereta terkulai tiada bernyawa dan motosikal berlalu dari situ. Sekelip mata semuanya berlaku, bagai dengan bunyi mercun ketupat saja katanya.

Murahnya nyawa manusia sekarang ini, dendam atau tidak puas hati senang saja kita mencabut nyawa insan lain. Bagai sudah hilang perikemanusian dalam diri umat manusia.

Biasa sudah kita dengar akan penyakit kemurungan, tapi tahukah kita betapa bahayanya penyakit kemurungan ni?
Sebelum ini banyak saya melakukan pembelian atas talian baik dari dalam Malaysia dan juga luar
Bila aku melihat remaja sekeliling aku hari ini aku rasa aku semakin tua. Semakin dunia