Duit Derma Dah Aku Pulangkan…

Kecoh sehari dua ini pasal duit derma dipulangkan bagi menunjukkan keikhlasan hati penerima derma untuk membersihkan diri. Betul atau tak aku pun tak tahu.

Tapi sifat manusia hutang pun susah nak bayar kalau barang dapat free memang jadi harta tak akannya nak pulangkan kembali. Betuk tak?

DUIT DERMA DAH AKU PULANGKAN…

Pada tahun 2007, seorang pakcik telah menyatakan hasrat nak dermakan aku RM2.6juta sebab dia tengok muka aku ni baik, jujur dan amanah. Dia percaya aku akan jaga belai duit RM2.6juta tu umpama puteri kayangan.

Duit Derma Buat Aku Kaya
Duit Derma Buat Aku Kaya

Aku memula aku ingat pakcik tu bergurau je. Aku cakap dalam hati ‘Kaya sangat pakcik ni, pakai basikal tua buruk, baju pun beli kat Bundle Abu, ada hati nak derma aku RM2.6juta.’

‘Eh… Pakcik gurau kasar nampak’ kata aku kat pakcik itu.

‘Kenapa kau tak nak ke?’

‘Gila tak nak duit pakcik. Sebab saya pun tengah cari tin ni nak jual. Sengkek….’

‘Tapi pakcik ada duit ke?’ sambung aku lagi.


Perghhh… Kaya aku, ini strategi aku. Aku mula berangan-angan.

Duit yang aku dapat akan aku masukkan kedalam akaun Unit Amanah yang aku jangkakan akan memberi pulangan dividen 10% setahun. Setahun dividennya adalah lebih kurang RM260k. Itu belum lagi kalau ada split unit yang akan double kan jumlah unit dan juga kenaikkan harga per unit.

Kenapa Unit Amanah bukan beli share saham? Aku dapat duit ni free. Kalau aku masuk dalam Saham risiko dia tinggi dan juga pulangan yang tinggi. Tapi aku tak nak kehilangan duit jika rugi sebab aku tak tau nak jana kembali RM2.6juta jadi aku pilih suatu investment yang boleh aku rendahkan risikonya tapi pulangan yang berbaloi.

Pulangan daripada dividen Unit Amanah berjumlah RM260k aku keluarkan dan memilih untuk labur dalam pelaburan yang lebih selamat iaitu Tabung Haji (masa ini Tabung Haji ada tabung lagi kot) pada 2008. Aku rasa TH masa ni lebih selamat sebab tak wujud lagi Ajis dan Ah Jib.

Katakan pulangan TH lebih kurang 8% setahun jadi pulangan lebih kurang RM20,800. Jadi di awal tahun 2009 aku dapat pulangan dari dividen TH berjumlah 20,800.

Simpanan aku pada tahun 2009 di TH menjadi RM280,800. Dividen TH aku tidak keluarkan dan biarkan ia terus kompoun. Dan setiap tahun aku keluarkan dividen dari Unit Amanah untuk labur ke TH.

Begitulah seterusnya hingga tahun 2014 aku nekad nak pulangkan derma RM2.6juta pada pakcik tu semula. Fuh… kaya aku beb. Komfirm tak rugi. Cuba korang kira berapa aku kumpulkan pada tahun 2014?

Boleh pakai Kereta Merah Cap Kuda Berdiri beb.

Derma Sudah Aku Pulangkan... Gaya Masa Nak Pulang Derma
Duit Derma Dah Aku Pulangkan… Gaya Masa Nak Pulang Derma

Aku pandu Kereta Merah Cap Kuda Berdiri pergi pada pakcik tu dan bawa briefcase hitam, aku pakai tuxedo kemas. Bersama briefcase tu aku selitkan nota dan aku tuliskan satu nota ringkas. ‘DUIT DERMA DAH AKU PULANGKAN. SATU SEN AKU TAK AMBIL. SEKIAN TERIMA KASIH.’

Mesti pakcik tu tak tahu kan?


‘Kau nak ke tak ni’ jerit pakcik tu kat aku.

Lama aku berangan agaknya. Bengang je muka orang tua depan aku ni.

‘Nak pakcik. Gila tak nak’

‘Nak ambil ni’ pakcik tu menghulurkan sekeping cek.

Aku tak buka cek tu terus. Aku salam pakcik tu siap cium tangan cium pipi. Masam pakcik ni aku cium juga sebab dah dapat RM2.6juta.

Aku hanya tersenyum gembira. Jalan tersengih je.


‘Sengih je bang’ tegur seorang budak dalam umur 10 tahun.

‘Hehehehe…. ‘ aku hanya gelak. Aku dah kaya,

‘Dapat RM2.6 juta ke?’ sapa adik tu lagi.

‘Mana kau tau?’

‘Saya nampak abang dengan pakcik 2.6juta tu. Dia memang gila bang. Dulu memang orang kaya tapi dah gila lepas kalah judi.’

‘Orang sini semua tahu’ sambung adik tu lagi.

Hancur hati ku… Kecewa aku kecewa… Aku kena tipu dengan orang gila.

PS: Ada yang nak derma kat saya RM2.6juta?

PS2: Hidup kena usaha mana ada yang mudah datang bergolek.

Mohd Zaidi
0182477971
Perunding Unit Amanah dan Takaful
www.takaful4u.com

7 Tips Menang Tender Kerajaan

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Menjadi kontraktor bukan suatu yang mudah, apa yang masyarakat nampak bila saja jadi kontraktor adalah KAYA. Atau bahasa orang muda zaman sekarang ‘Masyukkkk’. Betul kan?

Tak percaya cubalah jadi kontraktor. Baru dua hari jadi kontraktor pasti akan ada kawan datang nak pinjam duit sebab kata kita banyak wang. Sana sini mengaku kawan, ini kawan masa senang.

Tips Menang Tender Kerajaan
Tips Menang Tender Kerajaan

Tapi apa yang mereka tidak tahu adalah sama ada kita ada kerja atau tidak. Dan mereka tidak tahu betapa susah nak dapat kerja terutama nak menang sebutharga kerajaan.

Sebenarnya nak jadi KONTRAKTOR BERJAYA bukan lah mudah dan bukan lah susah. Tapi tidak ramai yang tahu cara sebenar untuk Menang Tender Kerajaan ini. Dan ada yang tahu tapi tidak berusaha dengan sepenuhnya.


7 Tips Menang Tender Kerajaan

  • Harus Rajin – Kontraktor kalau malas lupakan hasrat jadi kontraktor, mesti aggresif dan rajin masuk sebutharga. Ingat bila jadi kontraktor kita boss, kitalah kuli – kalau boss malas jangan haraplah anak buah nak rajin.
  • Harus Rajin – Rajin buat kajian. Bukan masuk sekali tidak dapat terus diam, tapi terus masuk dan masuk serta buat kajian bagaimana penilaian setiap jabatan itu. Setiap jabatan ada perbezaan nya. Ingat untuk jadi Kontraktor Berjaya mesti ‘Dare To Fails’ 
  • Harus Rajin – Rajin buat sedikit homework, bila beli sebutharga terus kaji apa yang dikehendaki. Kalau zaman belajar sekolah cikgu suruh cari keyword untuk soalan itu, untuk tender juga sama – CARI KEYWORD tender itu.
  • Harus Rajin – Biar rajin untuk buatkan profail syarikat. Profail syarikat ni membantu penilai sebutharga untuk menilai kita. Memudah kan kerja penilai sebutharga. BUATKAN PROFIL SYARIKAT YANG KEMAS. Ini tidak masuk sebut harga letak salinan lesen je. Lebih parah lesen pun dah mati.
  • Harus Rajin – sentiasa update dan survey harga barangan. Dapatkan harga yang termurah tapi dengan kualiti yang tinggi. Ingat walaupun barang yang sama, harga adalah berbeza mengikut kawasan dan kedai. Jadi pandai pandailah survey. SURVEY HARGA TERBAIK.
  • Harus Rajin – tunjuklah muka kat pejabat kerajaan yang sebutharga kita masuk. Tanyakan pegawai tersebut status sebutharga kita. Tak berjaya tak apa kita cuba lagi. BUANG PERASAAN MALU
  • Harus Rajin Senyum – jangan berkasar apabila bercakap dengan pegawai kerajaan. Hormati mereka rajin senyum ambil hati mereka. Jangan cabar mereka. We Respect Other Will Respect Us.

Kesimpulannya untuk menang sebutharga kerajaan bukan susah tapi kenalah rajin. Kena rajin dalam semua segi. Untuk lebih lagi rajinkan —-> Baca Buku Rahsia Memenangi Perolehan Kerajaan

PS: Bagi yang berminat nak dapatkan khidmat menyediakan Gantt Chart (CPM) atau nak menyediakan PROFIL SYARIKAT boleh berhubung terus dengan saya disini. Insyallah saya sediakan harga yang terbaik. Terima kasih.

Elakkan Guna Handphone Masa Memandu – Nyawa Lagi Berharga Bro….8 Pesanan Memandu Musim Raya

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Selamat Mamandu Musim Raya - Pandulah Dengan Selamat
Selamat Memandu Musim Raya – Pandulah Dengan Selamat

Hari Raya Aidilfitri sudah semakin hampir kurang dari 10 hari, sekarang ini sudah tiba 10 malam terakhir Ramadhan – peluang mengejar ganjaran bonus 1000 bulan telah terbuka. Kejar yob kejar sebab tahun depan belum tentu kita akan bertemu lagi dengan Ramadhan.

Kerja 25 tahun belum tentu jumpa syarikat yang nak bagi bonus 1000 bulan, ini memang satu janji yang pasti dari Allah swt untuk ganjaran 1000 bulan. Semoga kita bertemu dengan malam Lailatulqadar.

1 Syawal bakal menjelma lagi, Ramadhan akan meninggalkan kita, sudah pasti ramai yang sudah merancang untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Mungkin ramai yang akan menaiki public transport tapi rasanya lagi ramai yang memandu.

8 Pesanan Memandu Musim Raya

Buat yang memandu musim raya ni, ada sedikit pesanan (termasuk buat diri saya)

  1. Sabar dan tenang semasa memandu –  jangan marah-marah, marah bukan boleh buat kita laju cam F1 pun kalau dah kat depan penuh dengan kenderaan.
  2. Fokus pada pemanduan – Cuba fokus semasa memandu dan elakkan sebarang gangguan.
  3. Rehat Jika Penat – Kalau dah letih sangat rehat lah sekejap tak perlu tergesa-gesa. Kita mahu pulang ke kampung sebagai manusia bernyawa bukan sebaliknya.
  4. Tak Laju Tak Apa Janji Selamat – Jalan raya yang dibuat bukan di rekabentuk untuk kereta-kereta F1, bagi yang rasa mereka memandu kereta lumba atau F1, jalan raya bukan untuk anda. Pandu steady janji selamat
  5. Rancang Perjalanan – Rancang perjalanan sebaiknya, buat jadual perjalanan. Kalau agak kena bawa bekal tu bawa la bekal untuk berbuka atau sahur. Sekurang boleh elak bersesak di R&R. Biasa musim raya R&R memang penuh.
  6. Ikut Peraturan Jalan Raya – Saya tahu ramai yang suka memotong sebelah kiri, dan tukar lorong tanpa bagi signal. Mungkin itu habit mereka, tapi ingat musim perayaan kereta banyak. Jangan fikir diri sendiri je fikir pemandu lain juga.
  7. Jangan Terlalu Santai – biasa bila dah lama tak pulang ke kampung akan ramai mula memandu secara santai untuk melihat suasana permai di kampung. Nak santai tak salah tapi jangan sampai 10-20km/j. Ingat bukan semua orang nak makan angin kak oi…
  8. Tak Payah Nak Tunjuk Samseng – sekarang ini dengar banyak sangat yang suka tunjuk jari tengah kalau tak puas hati dengan pemandu lain, pastu lari. Hurmm… Kalau benar samseng masuk la MMA ya bang. Jalan raya bukan gelanggan MMA.

 

Elakkan Guna Handphone Masa Memandu

Berapakah Nilai Seringgit

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Pada zaman saya sekolah dahulu, di kawasan luar bandar di Kelantan dengan Seringgit saya mampu untuk menggunakan duit itu untuk perbelanjaan saya sehari. Perbelanjaan di sekolah dan juga waktu petang, untuk beli air sirap lepas main bola sepak di padang. Itu pun kadangkala boleh ada lagi baki untuk saya untuk masuk dalam tabung gajah. Bagi saya pada masa itu nilai Seringgit memang besar. Berapakan nilai Seringgit pada saudara sekalian?

Berapakah Nilai Seringgit
Berapakah Nilai Seringgit

Untuk pegang RM10 memang susah sangat pada zaman sekolah menengah. Kalau ada dua keping duit RM10 saya dah rasa ada banyak duit. Sudah berasa kaya. Saya akui untuk terima RM10 dari orang tua saya memang susah kecuali perlu membayar sesuatu di sekolah.

Mengeluh, menyesal? Ya, dulu saya mengeluh menyesal kerana saya masih cetek fikiran tidak mengerti apa itu takdir dan suratan hidup. Saya salahkan orang lain termasuk ibu bapa saya. Saya cemburu dengan kawan-kawan yang anak orang berada. Yang mampu pakai jam besar G-Shock, yang mampu membeli kereta model Tamiya, yang mampu beli dan kumpu komik Juara Wira, Raja Rimba, Pedang Setiawan dan lain-lain.

Tapi tidak lagi kini kerana dengan apa yang saya lalui saya mampu berada di sini, pengalaman lalu mematangkan saya menjadikan saya seseorang. Malah saya bersyukur sangat.

Berapakah nilai Seringgit sekarang ini? Mungkin bagi sesetengah orang tiada nilainya, boleh main campak saja not kertas Seringgit. Mungkin bagi sesetengah orang nilai Seringgit amat kecil sekali, ya lah harga teh O ais sekalipun sekarang ini paling kurang RM1.20 segelas. Mungkin ia kecil bagi kita, tapi mungkin besar bagi orang lain. Jadi hari ini saya sarankan pada diri saya dan saudara sekalian agar sama kita membantu saudara kita yang memerlukan seikhlas hati, bersedekah seikhlas hati, walaupun sekecil Seringgit. Bersama kita membantu insan yang memerlukan.

Mungkin dengan duit seringgit kita mampu membantu insan yang kurang bernasib baik untuk mengubah nasib mereka. Nilai seringgit yang kecil itu akan jadi besar maknanya dalam hidup kita.

Apa yang saya belajar tentang buat duit dengan blogging

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Apa yang saya belajar tentang buat duit dengan blogging? Ni memang soalan maut ni, kalau keluar soalan ni dalam Peperiksaan SPM 2013 bagus juga ni. Soalanya berbunyi begini sila buatkan satu karangan panjangnya 300 patah perkataan yang bertajuk ‘Apa yang saya belajar tentang buat duit dengan blogging?’

Pengalaman Buat Duit Dengan Blogging
Pengalaman Buat Duit Dengan Blogging

Percubaan Buat Duit Dengan Blog

Sememangnya saya letakkan DUIT sebagai sasaran utama saya menulis blog pada permulaan saya blogging dulu dengan blog lama pada tahun 2009. Yes, i love money and likes to make money. Money is everything and i will do anything for it. Ini mindset saya pada masa itu.

Setiap cerita hangat saya kongsikan, setiap gambar panas saya siarkan, bahasa jangan cerita pung pang bagai cakap keluar api. Apa saja saya lakukan demi dapat tarik trafik ke blog. Sebab saya tahu advertorial suka trafik. Itu yang penting bagi mereka untuk menjual produk mereka. Ya saya dapat duit yang tidak seberapa, tapi saya rasa saya lebih dapat dosa yang bertimpa.

Ini adalah silap saya demi cari duit dengan blog. Bila ilmu yang salah saya praktikkan, semuanya akhirnya hancur dan saya kuburkan blog itu kerana saya gagal mengawalnya dan untuk membentuknya kembali sudah sukar bagi saya.

Pengalaman Buat Duit Dengan Blog

‘Melentur buluh biar dari rebungnya’ memang benar kata orang tua. Dari kegagalan dulu, saya buatkan blog daddydee.net ini. Dengan buta ilmu wordpress dan SEO, saya nekad untuk membangunkannya dengan meletakkan matlamat utama ‘Knowledge is Power’ dan Perkongsian Ilmu. Duit saya letakkan sasaran kedua.

Ada juga kesilapan yang saya lakukan dan alhamdulillah guru saya, Sohoque.com ada menegur saya. Dengan teguran itu saya ingat sampai hari ini, dan saya terapkan dalam blog ini. Dengan panduan yang saya dapat dari blog kawan-kawan dan Ebook SEO Merah Jambu, Alhamdulillah rezeki yang dijemput mendatang juga.

Akhirnya, ada beberapa advertorial menyuarakan hasrat untuk bekerjasama dengan saya, dan saya sambut tawaran mereka dengan hati yang terbuka. Walaupun tidak sekencang blogger hebat, sekurangnya ada daripada tiada. Rezeki dengan affiliate juga mula menujukkan hasil dan dengan Nuffnang juga. Syukur alhamdulillah.

Itulah serba sedikit pengalaman saya buat duit dengan blogging.

“Mini contest ini mendapat sokongan penuh blogger Pakar iaitu Titan, Juan dan Suri.”