Aku Budak Kampung

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Sudah melupakan asal usul? Sudah menjadi orang Kuala Lumpur? Tak mahu lagi pulang ke kampung? Tidak lagi mahu pulang ke baruh? Tak reti lagi makan budu? Itu antara soalan yang pernah dituju pada saya, jawapannya ‘TIDAK’, ‘Tidak sekali aku melupakan tempat asal aku’.

Aku Budak Kampung - Pantai Sri Tujuh
Aku Budak Kampung – Pantai Sri Tujuh

Aku budak kampung, dari Kampung Jubakar Pantai, Tumpat, Kelantan. Pernah menetap di Kampung Telaga Bata dan bersekolah setahun di Sekolah Kebangsaan Bunohan, Tumpat. Aku budak kampung, yang selamanya tetap budak kampung. Anak Kelate yang mencari ilmu dan rezeki di ibu kota, Kuala Lumpur.

Tuah kita adalah berbeza bagi setiap insan, sebab berbeza tuahlah mewujudkan warna dalam kehidupan dunia ini. Tuah saya adalah membesar dalam keluarga yang amat bahagia di sebuah kampung yang penuh dengan onak dan duri. Yang hari-hari penuh dengan fantasi semata-mata.

Aku budak kampung yang suka akan baruh dan tali air. Baruh adalah tempat permainan, selain dari mandi, misi tangkap ikan ‘spilla/karin’ (ikan laga) adalah hobi. Kejar dengan lintah dan pacat sudah jadi sebahagian dari permianan ini. Selamat lintah tak pernah lagi masuk dalam bontot kami. Ikan laga yang ditangkap akan diletakkan dalam botol kicap berwarna hijau kehitaman. Berpuluh botol ikan karin bergantungan di alang kayu bawah rumah nenek.

Aku budak kampung - Anak kesayanganku
Aku budak kampung – Anak kesayanganku

Bila petang menjelma ‘Satria Perkasa Hitam’ (Kamen Rider), Gavan dan beberapa siri kartun lain akan jadi peneman jiwa di TV1, TV2 dan TV3 – zaman yang masih belum kenal astro. Watak-watak adiwira yang menjadikan aspirasi diri untuk menyelamatkan dunia, membuatkan aku selalu berangan untuk mendapat kuasa untuk melindungi orang tersayang dan dunia.

Bila tahu semua watak adi wira, itu hanya fantasi semata, aku beralih pula kepada movie Rambo, Comando, Combat dan lain-lain filem ketenteraan. Filem yang amat memberi kesan kepada diri ini sehingga habis zaman persekolahan. Sampai setiap kali cikgu bertanya akan cita-cita jawapan hanya satu – Askar. Tak dapat jadi adi wira, jadi askar pun dapat selamatkan nyawa.

Main-main juga, tapi setiap kali ada rewang atau kenduri, tidak pernah sekali lupa menolong. Itu didikan ma abah, jangan malas nak menolong kalau ada kenduri. Jangan tengok saja. Kalau tak tahu nak buat apa pun, ma abah akan tetap suruh duduk dekat ngan kawah kuali, tengok dan belajar.

Zaman kanak-kanak aku, memang penuh dengan fantasi dan bermain semata. Polis sentri, selipar kaki tiga, galah panjang, bola tin, mancing ikan dan banyak lagi aktiviti yang menyeronokkan. Semua kenangan yang akan aku simpul rapi dalam ingatan yang menjadi sebahagian pembelajaran dalam hidup ini. Pelajaran yang menjadikan aku seorang manusia pada hari ini.

Terima kasih buat ma abah yang membesarkan aku selama ini. Jasa ma abah tidak mampu anak mu ini balas. Aku sayangkan kalian berdua selamanya. Ma abah dan adik beradik serta keluarga lain dengan bau tanah lumpur kampung selamanya segar di hati ini. Selamanya aku anak kampung.

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Lama sudah saya tak menulis di sini, disebabkan
Dimanakah letaknya nilai sebuah perkahwinan?? Adakah nilai hantaran yang tinggi itu adalah nilai sebuah perkahwinan.
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Hari terbaca satu post di laman sosial yang
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Isu Bauksit Di Kuantan kini telah menjadi isu

Iklan Percuma Di Blog Daddydee.net

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Iklan percuma di blog Daddydee.net. Ya, saya ingin melakukan iklan percuma dan blog post secara percuma di blog saya bagi siapa yang berminat. Tiada bayaran akan dikenakan jangan risau. Bukan kata saya baik hati sebab saya adalah manusia yang ‘Biar Kejam Jangan Keji’.

Iklan percuma di blog daddydee.net
Iklan percuma di blog daddydee.net

Mulai tahun 2014, saya akan membuka kuota untuk iklan percuma di blog ini, namun begitu beberapa syarat yang ingin saya tetapkan di sini:

  • Iklan percuma ini dibuka untuk mengiklankan aktiviti tanpa keuntungan sahaja. Iklan Shaklee, iklan MLM, iklan ubat kuat, iklan puaskan isteri akan di ‘reject’ tanpa kompromi. Parti politik juga akan di ‘reject’.
  • Iklan berunsur kemasyarakatan adalah diutamakan seperti aktiviti gotong royong rumah orang asli, kutipan derma rumah anak yatim and etc.
  • Admin berhak menyelidik kesahihan iklan dan berhak menolak iklan jika terdapat keraguan. Senang cerita ikut suka hati admin nak terima atau tidak.
  • Admin berhak untuk pblish di mana-mana blog yang admin suka sama ada daddydee.net atau janawang.net.
  • Untuk permohonan boleh hubungi admin di ruangan contact.
  • Tarikh akhir : To be advise

Apapun, saya memohon maaf jika aktiviti saya ini menimbulkan rasa tidak puas hati pada rakan blogger bukan niat nak mencantas tapi sekadar ingin melakukan sedikit amal kerana saya memang tidak boleh untuk menghadirkan diri dalam program kemasyarakatan dalam masa ini. Insyallah di masa depan. Jadi dengan program ini saya harap dapat membantu saudara saya di luar sana.

Dengan aktiviti ini bukan bermakna semua blogpost saya percuma, tidak sama sekali. Blogpost pengiklanan tetap saya utamakan yang berbayar dan mungkin saya akan terima yang percuma jika kena dengan caranya.

Blogging saya bukan untuk saya tapi untuk semua.

PS: Bersama kita doakan semua saudara kita yang menghadapi banjir selamat hendaknya.

PS2: Jom likes page bisnes online saya MAH Shopz.

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Selepas 10 bulan bermastautin di bumi Pahang, saya
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Pray For Gaza :
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Berperang dengan diri -
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Sirap limau pastinya satu minuman yang tidak asing

Dugaan Bukan Di Pinta

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Dugaan tiada siapa mahu dugaan. Tiada siapa yang suka akan dugaan. Datangnya dugaan bukan di pinta. Tiada siapa yang pinta dugaan tapi ia datang kerana Allah swt mahu menguji hambanya.

Tidak kira kecil atau besar dugaan yang mendatang kita perlu menghadapinya perlu tabah menangani nya. Bagaimana cara kita hadapi dugaan itu adalah amat penting.

Kejadian Tsunami di Acheh, Kedah dan Penang, Kejadian Ribut Haiyan di Filipina, Kejadian Banjir Lumpur di Cameron Highland, Kejadian Ribut Creek di Sabah, Tragedi Pos Dipang, Tragedi Hoghland Tower dan banyak lagi. Semua adalah dugaan. Dugaan yang datang menguji kita. Apakah pelajaran yang kita ambil dari semua dugaan ini? Tengok saja atau ambil iktibar? Fikirkan. Semua yang terjadi pasti ada sebabnya.

Demam, sakit kepala dan batuk juga dugaan. Dugaan kecil yang datang menguji kita. Bagi menghapus dosa kecil.

Tidak kira besar atau kecil dugaan yang terjadi, tabahlah menghadapinya dan ambilah iktibar dari setiap dugaan yang mendatang. Dugaan bukan di pinta tapi perlu kita hadapinya.

Posted from WordPress for Android

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua... Kita lihat dalam cermin, hanya diri sendiri yang kelihatan.
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Saya masa comel bersama
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Dalam minggu ini kita dikejutkan oleh beberapa siri
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Pengalaman adalah satu pembelajaran yang paling berguna dalam

Siapa Nak Bantu Aku?

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Pagi tadi sementara menunggu isteri saya membeli sarapan pagi, saya terlihat satu makcik ini dengan wajah yang sangat sedih. Seperti kecewa. Sedang saya memerhatikan keadaan sekeliling, saya terdengar makcik tu berkata pada kawannya ‘Siapa Nak Bantu Aku Sekarang Ini?’. Kenapa dengan makcik ni ada masalah yang kritikal ke? Saya yang masih belum memahami masalah beliau, fikir sejenak. Dari perbualan mereka baru saya faham, rupanya makcik itu sedih kerana calon wakil rakyat yang beliau sokong telah kalah. Ya, saya tahu calon itu memang calon feveret di kawasan ini, tapi beliau tetap kalah.

Siapa nak bantu aku? hanya diri aku
Siapa nak bantu aku? hanya diri aku

Ok, saya tidak ingin mengupas pasal politik dan berbalik kepada topik asal iaitu ‘Siapa Nak Bantu Aku?’ seperti soalan makcik tadi. Jika soalan itu ditanya pada diri saya jawapan saya adalah ‘diri saya sendiri’. Bagi saya tiada siapa yang dapat membantu kita mengubah nasib kita kecuali diri kita sendiri. Diri kita saja yang mampu mengubahnya.

Firman Allah dalam Surah Ar-Rad, ayat 11 yang bermaksud,“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka”.

Seperti yang dinyatakan dalam ayat diatas tiada siapa yang mampu mengubah nasib diri kita kecuali diri kita sendiri. Untuk kita membantu diri kita ke arah yang lebih senang dan selesa, ada beberapa perkara yang kita perlukan iaitu:

  • Ilmu – dengan ilmu yang kita ada kita dapat kongsikan dengan orang lain. Semakin banyak ilmu yang dikongsikan semakin banyak ilmu kita. Dengan ada ilmu mungkin kita boleh menulis e-Book.
  • Kemahiran – tidak semua orang berkemahiran sekarang ini, dengan kemahiran contohnya menjahit baju kita mampu mengambil upah menjahit baju.
  • Keberanian – keberanian untuk mencuba sesuatu yang baru. Contohnya untuk melabur dalam stock market kita perlu memahami permainan stock market dan mempunyai keberanian.
  • Pengalaman – pengalaman adalah guru yang paling mahal. Dengan pengalaman kita mampu untuk menjadi lebih baik.
  • Persahabatan – persahabatan yang tulus ikhlas akan dapat membantu diri kita.

Bagi saya, ini adalah 5 perkara penting yang perlu ada dalam diri setiap orang yang ingin mengubah diri mereka. Ada lagi ke saudaraku? Silalah tambah.

Bagi saya ILMU adalah elemen paling utama yang kita perlukan untuk mengubah nasib diri kita. Dengan ILMU saja kita mampu untuk pergi lebih jauh. Walaupun pada masa kini ramai yang percaya kita perlukan “WHO YOU KNOW?” saya masih lagi pegang pada falsafah lama iaitu “WHAT YOU KNOW?”. Bagi saya WHO tidak banyak membantu kerana orang yang kita kenal tidak akan selamanya membawa kita keatas tapi dengan WHAT iaitu ilmu yang kita tahu membuatkan kita mampu untuk bertahan terus di atas. Betul tak?

Dan yang paling penting jangan lupa pada Allah swt. Berdoalah pada Allah swt insyallah akan termakbul. Tapi jangan lupa USAHA.

Kisah ini tidak ada kena mengena dengan makcik tadi, ianya hanya perkongsian pendapat saya. Bagi saya untuk mengubah nasib kita perlu berusaha bukan hanya mengeluh dan mengeluh kerana ia tidak akan mengubah apa-apa.

Bagi yang belum mencuba JOB DI RUMAH. Boleh lah mencubanya, mana tahu ia mampu mengubah hidup anda semua nanti.

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Lama sudah saya tak menulis di sini, disebabkan
Dimanakah letaknya nilai sebuah perkahwinan?? Adakah nilai hantaran yang tinggi itu adalah nilai sebuah perkahwinan.
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Hari terbaca satu post di laman sosial yang
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Isu Bauksit Di Kuantan kini telah menjadi isu