Tag Archives: amanah

Amanah Dalam Perniagaan

Dulu saya berkerja dalam pembinaan, sejak beralih kepada bidang senggaraan, saya mula bergaul dengan usahawan secara tidak langsung. Bermacam orang saya jumpa. Pelbagai ragam. Ya, organisasi saya berkerja adalah bertujuan untuk membantu dan membangunkan usahawan, jadi saya pun terlibat samalah.

Untuk saya menjadi usahawan mungkin nanti sekarang belum lagi ilmu belum tebal.

Kekadang selalu juga saya terlibat bila bos memanggil usahawan bermasalah untuk dibantu. Kebanyakan mereka akan cuba meletakkan kesalahan pada orang lain. Sebgai contoh mereka menyatakan pelanggan mereka lari kerana suasana, tempat makan tidak cukup dan lain-lain lagi. Tapi tidak pula salahkan cara hidangan yang tidak menarik, tiada perubahan menu, kebersihan dan lain-lain lagi. Itu antara sifat mereka.

Masing-masing akan mengatakan mereka adalah peniaga atau usahawan yang amanah. Tidak mementing keuntungan semata. Dan mereka redha kalau itu rezeki mereka untuk hari itu.

Tapi sebenarnya mereka silap, Amanah dalam berniaga besar skopnya. Amanah dalam berniaga bukan saja antara penjual dengan pembeli tetapi merangkumi orang lain seperti pembekal, pemiutang, tuan kedai dan pembekal utiliti.

Membayar hutang pemborong, sewa kedai, bil-bil utiliti adalah amanah dalam perniagaan. Ramai peniaga yang mengambil lewa semua diatas ini. Dan mengeluh kerana pendapatan yang sikit. Sifat Amanah untuk menjelaskan hutang tersebut tiada, dan tidak wujud keberkatan dalam hasil yang diperolehi.

Bukan ingin menuduh, tapi saya bercakap atas dasar pengalaman yang saya lihat. Dengan mata saya yang jadi saksi. Bil elektrik kekadang mencecah ribu ringgit tidak dibayar. Sewa kedai puluh ribu tertunggak selama setahun. Dan bermacam-macam lagi.

Kekadang berniaga dapat RM100 sehari datang mengeluh kerana biasanya mereka dapat RM300++ sehari. Mengeluh sebab pendapatan kurang dan tak mampu nak jelas hutang, sewa, bil dan gaji pekerja. Kalau dilihat sehari kalau dapat RM100-RM300 maknanya secara bulanan mereka akan peroleh antara RM3000 – RM9000. Tak banyak ke?

Bersyukurlah, masih ramai diluar sana yang perpendapatan bawah RM500 sebulan.

Malah ada juga kes dimana, hutang dengan pembekal tidak mampu dijelaskan kerana tiada untung. Tetapi setiap tahun pergi menunaikan umrah, tukar kereta dan rumah besar hasil dari perniagaan tersebut. Masih tiada untungkah? Atau kita sering tamak dan tidak bersyukur dengan nikmatnya??

Bersifat amanah lah dalam hidup seharian kita kerana ia akan memberi keuntungan yang besar kepada kita kelak.

Posted with WordPress for BlackBerry.

DikirZikir: Amanah

Amanah seperti yang kita semua tahu amanah adalah salah satu sifat wajib bagi rasul.

Hari ni daddydee.net nak share pasal amanah. Hari Sabtu (kalau tak silap) hari tu saya secara tak tersengaja tertengok DikirZikir di TV AlHijrah. First time tengok terus sangkut.

Pendekatan DikirZikir ni memang menarik. Program ni dikendalikan oleh UNIC. Dan ada panel jemputan serta artis. Apa yang menarik cara penyampaian program ini adalah secara santai. Dialog santai. Bukan seperti forum yang biasa kita lihat.

Selain topik yang dibincangkan adalah suatu yang menarik. Pendekatan muzik dan lagu juga digunakan dalam program ini. Suatu yang bagus dan lain dari yang lain. Cara yang mampu menarik jiwa anak muda untuk melihat program ini.

Berbalik pada tajuk yang di bincangkan amanah. Amanah suatu yang mudah tapi sukar dilakukan.

Amanah adalah berpucuk pangkal dari hati. Dari hati ia mengawal minda dan tindak tanduk kita supaya amanah. Sekiranya hati kita bersih dan jujur insyallah amanah akan dapat dilaksanakan dalam kehidupan kita.

Amanah bukan sahaja dalam kerja seharian. Kerja yang kita terima gaji untuk melakukan kerja tersebut. Setiap sen yang kita terima biarlah berpadanan dengan keringat yang kita keluarkan. Usah harapkan lebih, bersyukur adalah lebih baik.

Teringat kata-kata Ustaz dalam program DikirZikir “Kerja adalah amanah. Hidup adalah amanah. Masa adalah amanah. Anak adalah amanah.”

Kesimpulanya kehidupan kita didunia ini adalah satu amanah dari Allah swt.

Seperti yang kita tahu. Tugas kita di muka bumi ini sebagai Khalifah adalah terlalu berat dan penuh dengan amanah yang perlu dilaksanakan.

Lepas lihat program ini, terlintas dalam hati ini.

“Amanahkah aku sebagai seorang pekerja. Amanahkah aku sebagai seorang anak. Amanahkah aku sebgai seorang suami. Amanahkah aku sebagai seorang ayah.”

Aku berharap aku menjalankan tanggungjawab aku sebaiknya.

Semoga Allah swt sentiasa memberikan hidayah kepada kita semua bagi menjalankan amanah kita sebagai Khalifah di muka bumi ini. Amin.