Bestnya Dapat Berterawikh Bersama Anak-Anak

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Seronok apabila melihat anak-anak kecil turut sama dalam solat terawikh. Ada yang diam mengikut setiap pergerakan imam, dan ayah mereka di sebelah. Tidak kurang yang berlari-lari sana sini bagaikan di sebuah taman permainan, ya lah anak kecil bila jumpa kawan-kawan, macam kita jumpa kawan di kedai kopi lah kan?

Berterawikh Bersama Anak Kecil
Berterawikh Bersama Anak Anak

Untung mereka yang dapat berterawikh dengan anak-anak. Dapat bersama keluarga untuk melakukan amal ibadah bersama. Sejujurnya saya cemburu kerana saya tak boleh buat begitu kerana status sebagai ‘weekend husband’.

Walaupun ada yang bising tak bagi bawa anak kecil ke surau atau masjid, bagi saya masa kecillah kita perlu dekatkan mereka dengan masjid. Peringkat awal mereka mungkin mengganggu kita solat, tapi bila sudah biasa mereka akan mula mengikuti dan mungkin suatu masa mereka akan mendalami. Indah bukan? Anak kecil mula mendekati rumah Allah swt.

Tahniah buat para ibu bapa yang berbuat begini.

Semasa di Seremban, di Masjid Negeri selepas solat Zohor, saya sempat memerhatikan gelagat dua anak kecil yang memanjat badan ayah mereka ketika solat. Saat ayahnya sujud, dua anak kecil ini bergilir memanjat ayah mereka. Ayah mereka hanya membiarkan saja.

Hebat saudara ini, ayah yang hebat. Saya tabik pada beliau. Bila melihat hal ini teringat akan peristiwa Rasulullah dengan cucunya ketika solat.

Teladan sudah ada di situ, dari umur yang kecil kita perlu dekatkan mereka dengan masjid. Dari kecil kita bina asasnya, biar kukuh biar teguh berdiri sampai dewasa.

Hidup ini mungkin singkat mungkin lanjut, tapi kita tidak mengetahuinya. Jadi jangan bertangguh didik anak se-awal mungkin.

2017 dah melabuhkan tirainya. Dan 2018, langkah baru akan mulakan dengan rentak baru. Sejarah hanya
Bila sebut Jumanji aku teringat zaman tonton guna VHF. Memang best filem Jumanji akibat satu
Hari ni pergi RHB Bank, pasal kad dah kena block. Rupanya dah kena tukar kad
Satu ketika dulu di bengkel M ‘Bang, abang punya arm ni lari sikit. Alignment dah

Bila Anak Sudah Besar : Hobi Baru Tuan Kecil

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Bila anak sudah besar, inilah jadinya sudah ada hobi baru tuan kecil saya ini. Celik mata ‘obot obot’, nak tidur ‘obot obot’, memang tak boleh berpisah dengan ‘obot obot’ nya.

Hari Ahad lepas bawa tuan kecil ke Tesco Scott Garden, Jalan Klang Lama untuk membeli robot baru nya. Sampai saja di kawasan jualan toy memang rambang mata tuan kecil. Kejap dia pegang kereta kejap pegang robot.

Kami buat keputusan untuk beli Robot Bumblebee untuk tuan kecil. Temankan Optimus Prime yang sudah kami beli. Kni sudah dua buah robot Transformers tuan kecil, Bumblebee dan Optimus Prime. Main robot adalah hobu baru tuan kecil selain daru menunggang.

Hobi Baru Tuan Kecil
Hobi Baru Tuan Kecil

Saya juga menumpang hobi baru tuan kecil. Almaklum lah dari kecil sampai besar saya minat Transformers tapi tak mampu miliki permainannya. Kini tumpang main tuan kecil punya la. Hehehe

Sebenarnya, sebagai bapa melihat anak gembira adalah satu kepuasan.

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Capatnya masa berlalu, dua permata saya sudah makin
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Tips Hidup Berjauahan dengan
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Tengahari semalam, selepas saya melakukan rutin kerja saya,
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Biasa kita dengar ayat 'Disebalik kejayaan seorang lelaki

Selamat Hari Lahir Tuan Kecik

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

4 October 2012 telah genap setahun umur Tuan Kecik kami iaitu Muhammad Afif Haiqal. Genap setahun jugalah pelengkap cinta kami suami isteri menghiburkan, menceriakan, melengkapkan dan memeriahkan lagi hidup kami sekeluarga. Terima Kasih dan Syukur Alhamdulillah ku titipkan ke hadrat ilahi kerna menghadiahkan kami permata hati yang sangat bernilai ini.

Selamat Hari Lahir buat Anaku, Muhammad Afif Haiqal. Papa doakan Haiqal membesar menjadi anak yang soleh yang taat pada agama serta berguna kepada masyarakat. Amin…

Posted with WordPress for BlackBerry.

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Capatnya masa berlalu, dua permata saya sudah makin
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Tips Hidup Berjauahan dengan
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Tengahari semalam, selepas saya melakukan rutin kerja saya,
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Biasa kita dengar ayat 'Disebalik kejayaan seorang lelaki