Saya Jual Ubat Kuat : Agen M-Prolabs Kuantan, Pahang

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Jangan malu... Ubat sebelum parah
Jangan malu… Ubat sebelum parah

Semalam keluar minum dengan kawan lama masa ‘lunch’, biasalah lepak-lepak dengan kawan lama. Banyaklah usul yang ditanya. Dalam dok bersembang-sembang terbuka cerita pasal cerita-cerita orang lelaki. Jangan ingat orang perempuan je bergosip. Hahahah

Saya terbukalah cerita yang saya jual ubat kuat, Agen M-Prolabs pada dia.

‘Untuk apa ni?’ Tanya kawan saya.

‘Testosterone booster’ 

‘Apa tu? Tak faham aku, cerita sikit.’

‘Testosterone ni hormon orang lelaki. Supplement ni untuk tingkatkan kita punya hormonlah. Hormon ni penting untuk orang lelaki, memain peranan utama untuk kekuatan lelaki.’

‘Tak faham aku’

‘Camni lah senang cerita. Aku jual ubat kuat.’

Terdiam sekejap kawan saya bila dengar penjelasan saya.

‘Betul ke kau jual ubat kuat’ Tanya kawan saya yang masih tak berpuas hati’

‘Ya. Betul. Aku jual ‪#‎mprolabs‬ ‪#‎alphacapsules‬.’

Khasiat dan manafaat M-Prolabs Alpha
Khasiat dan manafaat M-Prolabs Alpha

‘Kau tak malu ke?’

‘Malu kenapa?’

Tanya aku pada kawan aku. Yang cam sangsi nak teruskan kata-kata.

‘Ya lah. Malulah jual ubat kuat…’

Aku terus potong cakap…

‘Bro, aku jual ubat kuat untuk bantu orang lain juga bro. Kita malu nak ngaku badan kita lesu dan biarkan je. Tak nak buat pape. Badan perlukan supplement bro.’

‘Supplement ni bantu boost kita punya energy. Bila badan dan bertenaga nak buat apa pun semangat.’

‘Jangan biar dah dekat nak layu baru nak berubat. Baik cegah dari merawat. Badan sihat hidup bahagia bro.’

Terus diam sahabat aku. Hanya mengangguk.

Ya, saya agen dan pengguna #mprolabs. Berminat nak dapatkan boleh whatapps 0182477971(zaidi). COD Kuantan atau postage.

#mprolabs ‪#‎alphacapsule‬ ‪#‎kuantan‬ ‪#‎pahang‬ ‪#‎anakpahang‬

Siang tadi terima satu Whatapps dari pelanggan yang berminat dengan M-Prolabs Alpha Capsule berbunyi begini:
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Sememangnya prestasi saya pada 2015 memang teruk dan
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Masih tercari-cari produk kesihatan yang sesuai untuk kaum
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Menjadi 'weekend husband' sememangnya banyak masa lapang di

Mesej Cinta Yang Awesome

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Seperti yang saya kongsikan dalam entri sebelum ini 5 Tips Cinta Suami Isteri, rasa cinta itu perlu diluahkan agar orang yang kita tujukan akan tahu. Mesej cinta perlu sampai biarlah sampai menusuk kalbu jiwa.

Mesej Cinta
Mesej Cinta

Mungkin jika dekat kita boleh luahkan menggunakan mulut – Luahan Melalui Kata-Kata. Kalau jauh antara negara atau negeri boleh buat panggillan telefon, SMS, whatapps, e-mel dan lain lain lagi.

Tapi bagaimana angkasa memisahkan kita? Lihat video satu Mesej Cinta yang Awesome dari seorang anak buat bapanya yang juga seorang angkasawan yang sedang bertugas di angkasa. Memang sangat rare.

Mesej Cinta Yang Awesome

Kalau inilah mesej cinta dari seorang lelaki buat seorang wanita, saya rasa memana perempuan akan melting down. heheehe…


Dari video ini, saya boleh katakan tiada alasan. Tiada alasan untuk kita melakukan sesuatu. Jangan beralasan. Gerak hari ini untuk mencapai gemilang hari esok.

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Lama sudah saya tak menulis di sini, disebabkan
Dimanakah letaknya nilai sebuah perkahwinan?? Adakah nilai hantaran yang tinggi itu adalah nilai sebuah perkahwinan.
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Hari terbaca satu post di laman sosial yang
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Isu Bauksit Di Kuantan kini telah menjadi isu

Tergoda Dengan Keseksian Nya

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku….

Orang tua selalu cakap kalau dah cinta kentut pun wangi, cakap apa pun tak peduli. Orang tua selalu cakap bila dah suka cuka getah pun kata manis. Hebat hebat penangan bila dah angau bukan. Serius ini memang buat saya angau.

Angau zaman bercinta dulu pun tidak sehebat ini. Dulu zaman bujang pun tak begini, tengok awek seksi pun tak tergoda begini. Tak pernah lagi tengok awek, saya tergoda dengan keseksian nya. Tapi sekarang memang tak boleh, tambah yang satu ni memang kalau terlebih seksi hati mudah terpikat.

Kalau mampu memang saya dah ambil dah untuk dijadikan bini no-2,  fuh pasti hidup ini lebih indah. Tiap tiap hari akan saya belai dia dengan penuh kasih sayang. Bangun je pagi akan saya mandikan dia. Malam akan kita berasmara dana, kalau malam Jumaat jangan ceritalah itukan malam sunat.

Saya sudah terpikat sudah tergoda dengan keseksian nya, tahap angau tak sudah dah ni. Memang jadi impian untuk pinang dia untuk bersama saya dalam hidup ini. Pilihan pertama tetap Ducati Monster dan yang terbaru berjaya membuat saya tergoda dengan keseksiannya adalah Yamaha MT-07. Fuhhhhh…Bikin cair hati dan perasaan.

Tergoda Dengan Keseksian Nya
Yamaha MT-07
Assalamualaikum dah salam inspirasi buat semua saudaraku... Bina Identiti Blog dan
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Bajet 2014 : Bajet
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua... Semakin banyak kes pembunuhan kejam yang terjadi kebelakangan ini.
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Cinta itu memang indah dan membahgiakan terutama mencintai

Bila Bosan Bidik Sendirian Di KTM Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Inilah kerja saya kalau bosan, tiada apa yang nak dibuat akan diambil kamera saya untuk membidik sesuka hati. Destinasi saya yang terakhir adalah Stesen KTM Kuala Lumpur, ini gambar bulan September 2013 tapi baru hari ini dapat saya uploadkan, nampak sangat kemalasan saya di situ. Bila bosan bila malas apa pun tak jadi.

Semasa gambar ini di ambil, cuaca agak kurang elok sebenarnya, cuaca mendung ketika itu. Jadi gambar yang dihasilkan memang kurang menarik. Nak edit dalam photoshop malas lah pula. Saya suka bidik tapi malas nak edit, tak tahu bila akan berubah. Hehehe…

Mungkin bagi kita Stesen KTM Kuala Lumpur adalah suatu yang biasa, tapi Stesen ini memang menarik minat ramai pelancong sebenarnya, semasa saya melakukan bidikan ini ramai pelancong turut sama membidik.

Ini adalah antara hasil gambar yang saya bidik….

BIla Bosan : KTM Jadi mangsa
BIla Bosan : KTM Jadi mangsa
Bila Bosan : Dari Jaring Aku Memandang
Bila Bosan : Dari Jaring Aku Memandang
Bila Bosan : Seni Bina Klasik Jadi Tarikan
Bila Bosan : Seni Bina Klasik Jadi Tarikan
Bila Bosan : Saya anak Malaysia
Bila Bosan : Saya anak Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua... Kalau sebelum ini, saya ada menulis tentang speksifikasi Samsung
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Canon telah mengumumkan dua lagi baby DSLR nya
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Majlis Perkahwinan Khairul dan Nita di Tanjung Api,

Manusia Akan Buat Apa Saja Bila Terdesak

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua…

Semakin banyak kes pembunuhan kejam yang terjadi kebelakangan ini. Kekadang takut untuk keluar seorang diri secara bebas. Nak bagi ‘green light’ untuk orang rumah keluar seorang diri pun gerun.

Bila dah terdesak manusia sanggup buat apa saja?
Bila dah terdesak manusia sanggup buat apa saja?

Dalam minggu ini saja kita dikejutkan dengab beberapa kes pembunuhan kejam. Itu yang kita tahu mungkin masih banyak yang kita tidak tahu sebenarnya berlaku diluar sana.

Kalau diperhatikan memang banyak kes sebegini berlaku di dunia, semuanya kerana, manusia sanggup buat apa saja bila terdesak. Bila sudah terdesak manusia bagai hilang pedoman hilang iman di dada, hidup bagai tiada lagi bertuhan, sanggup lakukan apa jua di luar batasan.

Ada peniaga yang sanggup membakar kedai sendiri untuk tuntut duit insurans. Ada anak yang sanggup bunuh bapa demi untuk dadah. Ada suami yang bunuh isteri sebab judi. Banyak kes lagi. Kalau nak disebut memang terlalu banyak.

Tekanan perasaan membuatkan manusia sanggup buat apa saja.
Tekanan perasaan membuatkan manusia sanggup buat apa saja.

Kajian juga ada menunjukkan semakin hari semakin ramai manusia yang diserang sakit mental dek kerana tekanan perasaan. Tekanan dek kerana masalah kewangan, tekanan dek masalah keluarga dan tekanan dek tempat kerja. Hidup ini memang ada tekanan jadi kita perlu bijak mengendalikan tekanan yang mendatang.

Apapun, semoga kita semua sentiasa diberikan tubuh badan yang sihat dan akal yang waras dan dilindungi oleh Allah swt untuk terus beribadah kepada Nya dan melakukan kerja seharian. Wasalam.

Posted from WordPress for Android

Assalamualaikum dan Salam 1 Inspirasi buat Saudaraku Sekalian. Dalam entri sebelum ini, Kejamnya Manusia, saya
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Bajet 2014 : Bajet
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Cinta itu memang indah dan membahgiakan terutama mencintai