Bila Bosan Bidik Sendirian Di KTM Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Inilah kerja saya kalau bosan, tiada apa yang nak dibuat akan diambil kamera saya untuk membidik sesuka hati. Destinasi saya yang terakhir adalah Stesen KTM Kuala Lumpur, ini gambar bulan September 2013 tapi baru hari ini dapat saya uploadkan, nampak sangat kemalasan saya di situ. Bila bosan bila malas apa pun tak jadi.

Semasa gambar ini di ambil, cuaca agak kurang elok sebenarnya, cuaca mendung ketika itu. Jadi gambar yang dihasilkan memang kurang menarik. Nak edit dalam photoshop malas lah pula. Saya suka bidik tapi malas nak edit, tak tahu bila akan berubah. Hehehe…

Mungkin bagi kita Stesen KTM Kuala Lumpur adalah suatu yang biasa, tapi Stesen ini memang menarik minat ramai pelancong sebenarnya, semasa saya melakukan bidikan ini ramai pelancong turut sama membidik.

Ini adalah antara hasil gambar yang saya bidik….

BIla Bosan : KTM Jadi mangsa
BIla Bosan : KTM Jadi mangsa
Bila Bosan : Dari Jaring Aku Memandang
Bila Bosan : Dari Jaring Aku Memandang
Bila Bosan : Seni Bina Klasik Jadi Tarikan
Bila Bosan : Seni Bina Klasik Jadi Tarikan
Bila Bosan : Saya anak Malaysia
Bila Bosan : Saya anak Malaysia

Cara Menggantikan MCB Di Rumah

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Saya bukan orang elektrik dan memang takut dengan elektrik. Walaupun ada pengalaman bekerja dengan 132kV dan 235kV tapi itu bukan satu pengalaman yang memberi kekuatan pada saya untuk bermain dengan elektrik. Berpengalaman dalam projek transmission line dan dalam bidang maintanance sekarang ini bermain dengan Low Voltage untuk tukar MCB (Miniature Circuit Breaker) di rumah memang saya agak takut.

Rupa MCB - sumber google.com
Rupa MCB – sumber google.com

Saya memang tidak pernah tahu cara menggantikan MCB di rumah. Tapi dek kerana tidak tahan plug top dan extension kabel bahagian dapur yang selalu saja terbakar dan menyebabkan trip satu rumah, saya bertanyakan pada seorang kawan yang orang elektrik. Beliau mencadangkan saya meniaktaraf MCB di rumah saya dari 20amp kepada 32amp.

Hasil dari sedikit tunjuk ajar secara teori yang diberikan di pejabat oleh kawan saya tentang cara menggantikan MCB. Saya cuba memberanikan diri unutk menggantikan MCB, mulanya saya dapatkan MCB di kedai hardware berdekatan. Harga MCB 32amp saya dapatkan dalam harga RM7.00 untuk satu unit. Saya beli untuk 4 unit MCB.

Cara Menggantikan MCB Di Rumah

1. Matikan semua perkakasan elektrik di rumah terlebih dahulu. Jangan matikan di main switch untuk elakkan barangan elektrik rosak. Selepas semua pekakasan dimatikan baru matikan di main switch.

Rupa MCB sebelum dibogelkan
Rupa MCB sebelum dibogelkan

2. Bukakan skru penutup dan tanggalkan penutup MCB. Sekarang boleh lihat kabel-kabel berseliratan.

Rupa yang selepas dibogelkan
Rupa yang selepas dibogelkan

3. Longgarkan skru pengikat basbar pada bahagian bawah MCB. Untuk tanggalkan basbar, kesemua skru setiap unit MCB mesti dilonggarkan. Kemudian keluarkan basbar.

Rupa basbar MCB
Rupa basbar MCB
Rupa Basbar yang melekat pada MCB
Rupa Basbar yang melekat pada MCB. Basbas yang berwarna coklat tembaga.

4. Longgarkan skru kabel pada bahagian atas MCB dan tanggalkan MCB tersebut. Untuk tanggalkan MCB, kita perlu menarik klip keselamatan pada bahagian bawah MCB.

5. Selepas tanggalkan MCB lama dan masukkan MCB baru yang ingin dinaiktaraf atau digantikan.

6. Ketatkan kabel pada bahagian atas dan pasangkan klip keselamatan dengan kemas agar MCB tidak terjatuh dan kemas.

Pastikan kabel benar benar ketat
Pastikan kabel benar benar ketat

7. Selepas semua MCB yang ingin digantikan selasai diganti, pasangkan semula basbar dan ketatkan kembali basbar dan pasangkan semula penutup.

8. Hidupkan kembali semua switch dan boleh hidupan kembali semua pekakasan elektrik dirumah kita.

Berapa lama masa diambil untuk gantikan MCB? Tak lama pun sebenarnya. Dalam 30 minit boleh siapkan semua kerja jika tiada masalah.

Sedikit lagi tips tambahan yang saya ingin kongsikan berkaitan dengan MCB ini adalah:

  • Pastikan basbar adalah seperti gambar iaitu kepiangan cooper diatas bukannya loop menggunakan kabel. Kerana terdapat juga kes yang mana basbar menggunakan kabel, ini adalah bahaya.
  • Kabel tidak diketatkan. Selepas selesai saya menggantikan MCB di rumah saya dapati rumah saya tiada elektrik selepas diperiksa rupanya terdapat kabel yang tercabut. Kabel ini tidak diketatkan oleh pemaju asal. Selama 5 tahun rumah ini didiami dengan kabel MCB tidak diketatkan. Nasib baik tiada apa yang berlaku. Keadaan sebegini boleh menyebabkan litar pintas dan kebakaran.
  • Pastikan kabel tidak bersentuh satu sama lain.

Selamat mencuba…