Impian Seorang Ayah

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Impian seorang ayah unutk melihat anaknya tersenyum selamanya
Impian seorang ayah unutk melihat anaknya tersenyum selamanya

‘Takut abah marah’, ‘Takut abah rotan’….. Itu antara ayat yang sering saya gunakan dulu, setiap kali melakukan kesalahan. Membayangkan muka abah yang bengis menyinga siap dengan rotan di tangan membuatkan saya takut, takut pada abah dan takut melakukan kesalahan.  Menimbulkan amarah abah memang menakutkan. Abah jarang membuka mulut sesekali dia membuka mulut cukup membuatkan saya terdiam. Teringat dulu, semasa mengaji Al-Quran, abah tak berkata apa, hanya menghayun rotan ke lantai sudah cukup membuatkan saya menangis tersedu-sedu. Ucapan sayang dari abah? Jarang sekali mahu mendengar ucapan sayang dari abah.

Setiap kali, membawa pulang buku rekod ujian bulanan pada abah untuk tandatangan, saya hanya menghulurkan saja. TIdak kira nombor berapa saya dapat, no 12 ke, no 3 ke…. Ayat yang sama saja akan keluar dari mulut abah ‘Belajar rajin-rajin’. Lain pula dengan ma, ada sedikit pujian ‘Bagus, usaha lagi’. Tiru tandatangan abah, minta maaf saya tak pernah buat dan tak tahu buat, sebabnya tandatangan abah susah. Tapi itulah abah.

Tapi itu dulu, lebih kurang 20 tahun lalu, kini anak saya pula mengucapkan kata yang sama. ‘Papa, marah je’, ‘Nanti papa marah’…. Itulah putaran kehidupan, dulu menjadi anak, kini mempunyai anak dan menjadi seorang bapa. Merasai kembali apa yang abah merasa dulu. Kini saya mengerti apa yang abah rasa.

Duhai anak, tiada seorang ayah pun yang tidak sayangkan anaknya, walaupun tiada ucapan kasih dan cinta, tiada belaian manja, kasih ayah tetap menebal. Mungkin seorang ayah tidak selembut ibu, penuh belaian manja dan sentuhan kasih. Wajah ayah mungkin bengis tidak selembut wajah ibu. Tapi percayalah tiada ayah dalam dunia tidak kasih pada anaknya. Sebagaimana kasihnya ibu pada anak begitu juga ayah.

Pasti menjadi impian seorang ayah di dunia ini untuk melihat:

  • Anak nya patuh kepada ajaran agama
  • Anak nya membesar dalam keadaan sempurna walaupun dia serba kurang
  • Anak nya membesar menjadi seorang insan yang berguna dalam masyarakat
  • Anak nya menjadi insan yang berjaya di dunia akhirat
  • Anak nya gembira tersenyum bahagia selalu

Tiada ayah di dunia mahukan yang buruk untuk anaknya, setiap ayah dalam dunia ini mahukan yang terbaik buat anak-anaknya. Kasih ayah menebal walau sebengis mana pun dia. Bengis dia untuk mendidik. Percayalah wahai anak, suatu hari akan kau mengerti mengapa ayah begini, kau akan faham impian seorang ayah.

Abah, terima kasih atas didikan mu. Ma, terima kasih atas kasih sayang mu yang tidak pernah putus. Jasa kalian selamanya tidak dapat anak mu ini balas.

Salam Pembuka DaddyDee.net

Assalamualaikum,

DaddyDee.net satu lembaran baru madah perkongsian ilmu, pengalaman hidup dan lain-lain. DaddyDee adalah manusia biasa yang mewujudkan laman ini sekadar madah penghubung antara kita semua.

Pada yang sudi menyinggah di teratak uzur daddydee.net ini amat la saya alukan dan ucapkan terima kasih atas skongan anda semua. Dan saya amatlah berbesar hati sekiranya anda semua sudi meningggalkan jejak anda semua. Skpokongan anda semua amatlah diperlukan bagi memajukan daddydee.net ini.

 

Sekian, terima kasih.