Malaysia Juara Axiata Cup

Assalamulaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Tahniah buat pasukan Badminton Malaysia yang telah muncul Juara Axiata Cup menewaskan pasukan Thailand, 3-1 yang telah berlangsung di Stadium Badminton Cheras, Kuala Lumpur.

Malaysia Juara Axiata Cup 2013
Malaysia Juara Axiata Cup 2013

Pasukan Badminton Malaysia yang diwakili oleh Sonia Chea, Goh Liu Ying dan Chan Peng Soon, Datuk Lee Chong Wei serta Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong.

Cheah, yang diharap dapat menyemarakkan semangat juang skuad negara pada perlawanan pembukaan, terpaksa akur kepada pemain nombor lapan dunia, Ratchanol Intanon dengan keputusan 16-21 dan 17-21.

Beregu campuran nombor tiga dunia, Goh Liu Ying dan Chan Peng Soon menceriakan skuad negara apabila berjaya menyamakan kedudukan dengan mengatasi pasangan Sudket Prapakamol dan Saralee Thoungthongkam, 21-16 dan 21-15.
Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei meletakkan Malaysia di hadapan apabila dengan mudah mengalahkan Tanongsak Saensomboonsuk, 21-12 dan 21-18.

Kemenangan dicapai apabila Malaysia mengumpul pungutan mata ketiga menerusi pasangan beregu lelaki nombor dua dunia, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong yang menundukkan lawan, Boonsak Ponsana dan Songphon Anugritayawon dengan 21-10 dan 21-17.

Sekali lagi Tahniah buat pasukan Badminton Malaysia yang telah muncul juara Axiata Cup 2013. Tahniah.
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Sedih dan kecewa dengan kekalahan pasukan Harimau Malaya
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua saudaraku... Tahniah, Tahniah, Tahniah. Tahniah buat pasukan Harimau Malaya.
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku. .... Perlawanan akhir Pestabola Merdeka antara Malaysia lawan
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku...... 31 Ogos sudah berlalu, sambutan Hari Merdeka Malaysia

Tahniah buat Liew Darren

Tahniah buat Liew Darren yang telah memenangi Kejuaraan Badminton Terbuka Perancis (France Open) dengan mengalahkan Viktor Axelsen dari Denmark dengan 21-18, 21-17.

Tahniah Liew Darren. Tahniah Malaysia.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Tahniah Harimau Malaya kerana mempamerkan persembahan yang menarik
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Sedih dan kecewa dengan kekalahan pasukan Harimau Malaya
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua saudaraku... Tahniah, Tahniah, Tahniah. Tahniah buat pasukan Harimau Malaya.
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku. .... Perlawanan akhir Pestabola Merdeka antara Malaysia lawan
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku...... 31 Ogos sudah berlalu, sambutan Hari Merdeka Malaysia

Ucapan Tahniah

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Sekalung ucapan tahniah saya ucapkan pada pasukan bola sepak Kelantan yang telah menjuarai Piala Malaysia 2012 dengan mengalahkan pasukan ATM, 3-2.

Ucapan tahniah buat pasukan Harimau Muda yang berjaya memenangi Piala Newspaper 2012 dengan mengalahkan Vietnam.

Ucapan tahniah juga pada Datuk Lee Chong Wei yang berjaya memenangi Badminton Terbuka Denmark 2012 dengan mengalahkan Du Pengyu dari China.

Tak lupa ucapan tahniah buat Zulfahmi yang melakar sejarah tersendiri apabila menang ditempat kedua dalam Moto3 di Sepang International Circuit.

Mungkin minggu ini banyak kemenangan yang dilakar oleh atlet negara. Pencapaian atlet negara yang semakin membanggakan. Saya rasa masih ramai atlet yang berbakat dan berpotensi di luar sana yang bakal menggegarkan dunia. Tidak mustahil suatu hari nanti Malaysia akan menjadi sebuah negara yang mampu melahirkan ramai bakat besar dalam sukan. Semua itu tidak mustahil. Insyallah.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Tahniah buat PDRM kerana berjaya memberkas antara penjenayah
Assalamualaikum dan salam Inspirasi buat semua saudaraku... Arsenal English Premier League (EPL) sudah
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua... ATM Juara ATM telah muncul

Olympic 2012 : Final Badminton Lelaki Perseorangan Datuk Lee Chong Wei lawan Lin Dan

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua Saudaraku…

Sebentar tadi telah berlangsungnya perlawanan separuh akhir Badminton Perseorangan Lelaki bagi Olympic 2012, London. Seperti yang diramal musuh tradisi Badminton Perseorangan Lelaki, Datuk Lee Chong Wei (Malaysia) akan bertemu dengan Lin Dan (China) di peringkat Akhir.

Final

Lee Chong Wei vs Lin Dan

Berikut adalah keputusan perlawanan separuh akhir Perseorangan Lelaki Olympic 2012 :

Lee Chong Wei – Cheng Long (21-13, 21-14)

Lin Dan – Lee Hyun-il (21-12, 21-10)

Rekod kemenangan Lee Chong Wei sebelum ini dalam Temasya Olympis 2012 adalah:

Lee Chong Wei – Ville Lang (21-8, 14-21, 21-11)

Lee Chong Wei – Simon Santoso (21-12, 21-8)

Lee Chong Wei – Parupalli Kasyap (21-19, 21-11)

Semoga Datuk Lee Chong Wei akan terus cermerlang dan membawa pulang emas untuk Malaysia.

Tahniah buat Datuk Lee Chong Wei kerana berjaya ke final.