Raya Raya Raya: Perjalanan Balik Kampung Yang Penuh Dugaan Tambah Dengan Kereta Meragam

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Pertamanya, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca DaddyDee.net, dikesempatan ini saya memohon ampun dan maaf jika ada salah silap sepanjang saya menulis di sini.

Perjalanan Balik Kampung
Perjalanan Balik Kampung

Perjalanan Balik Kampung Yang Penuh Dugaan

Tahun ni kami beraya di Kelantan, nak mengelakkan kesesakan kononnya cadang bergerak jam 4.00 pagi dari rumah. Tapi siapa sangka sampai di Batu Caves nak bersahur sudah penuh orang beratur. Stesen minyak dan fast food semua pun sudah penuh. Fuhh… Tapau makan roti saja.

Sampai di Tol Gombak ok lagi, tapi setiap kali sampai saja di tempat perhentian pasti penuh orang. Memang penuh dengan kereta nak pulang beraya di kampung halaman masing-masing. Kereta berjengkek la kereta merayap cam semut.

Jalan Jam, Perayaan Dan Orang Kelate

Jalam Jam musim perayaan dah jadi cam makanan orang Kelate. Setiap kali nak balik raya memang penuh la kereta dari Bentong sampai Raub sampai Bukit Tujuh dan kalau saya tambah lagi la sebab nak kena tempuh jam sampai ke hujung Kelantan, Tumpat.

Tahun ni memang perjalanan balik kampung yang penuh dugaan, sampai di Padang Tengku, Kuala Lipis, kereta overheated – asap dah kelihatan keluar dari hood kereta. Cepat-cepat kami berhentikan kereta dan suruh isteri, anak dan adik saya keluar dari kereta.

Buka hood kereta, asap dah semakin kurang. Air kelihatan okey. Cukup. Tapi temperature kereta masih tinggi. Terpaksa stop dan sejukkan enjin.

Melihat kami tersadai tepi jalan dengan hood terbuka, ada beberapa buah kereta dan lori berhenti tawarkan pertolongan. Tawarkan air. Syukur Alhamdulillah, mereka sangat prihatin. Terima kasih buat semua.

Kami terpaksa berjalan perlahan dan hentikan kereta apabila temperatur mula naik hingga sampai ke sebuah bengkel di Padang Tengku. Apabila diperiksa oleh pomen rupanya motor kipas tidak berfungsi. Malang juga nasib apabila tiada spare part.

Terpaksa kami drive perlahan-lahan sampai ke Bandar Gua Musang, alhamdulillah ada bengkel yang ada spare part. Siap kereta baru lah lancar perjalanan ke Tumpat.

Pejalanan dari 4.00 pagi dan sampai di Tumpat jam 9.00 malam, memang perit tulang belikat. Perjalanan yang panjang dan penuh dugaan.

Tapi perit tak mengapa, bila lihat wajah ma abah tersenyum melihat kami sampai memang hilang semua penat. Tiada yang lebih gembira melihat ma abah gembira.

Penat tapi puas hati.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua saudara muslimin
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Sedikit gambar tuan kecil berhari raya pada tahun
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku.... Yeahhh.... Esok hari raya. Esok hari raya. Esok
Assalamulaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Alhamdulillah saya telah selamat berada di Ipoh, tahun

Elakkan Guna Handphone Masa Memandu – Nyawa Lagi Berharga Bro….8 Pesanan Memandu Musim Raya

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Selamat Mamandu Musim Raya - Pandulah Dengan Selamat
Selamat Memandu Musim Raya – Pandulah Dengan Selamat

Hari Raya Aidilfitri sudah semakin hampir kurang dari 10 hari, sekarang ini sudah tiba 10 malam terakhir Ramadhan – peluang mengejar ganjaran bonus 1000 bulan telah terbuka. Kejar yob kejar sebab tahun depan belum tentu kita akan bertemu lagi dengan Ramadhan.

Kerja 25 tahun belum tentu jumpa syarikat yang nak bagi bonus 1000 bulan, ini memang satu janji yang pasti dari Allah swt untuk ganjaran 1000 bulan. Semoga kita bertemu dengan malam Lailatulqadar.

1 Syawal bakal menjelma lagi, Ramadhan akan meninggalkan kita, sudah pasti ramai yang sudah merancang untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Mungkin ramai yang akan menaiki public transport tapi rasanya lagi ramai yang memandu.

8 Pesanan Memandu Musim Raya

Buat yang memandu musim raya ni, ada sedikit pesanan (termasuk buat diri saya)

  1. Sabar dan tenang semasa memandu –  jangan marah-marah, marah bukan boleh buat kita laju cam F1 pun kalau dah kat depan penuh dengan kenderaan.
  2. Fokus pada pemanduan – Cuba fokus semasa memandu dan elakkan sebarang gangguan.
  3. Rehat Jika Penat – Kalau dah letih sangat rehat lah sekejap tak perlu tergesa-gesa. Kita mahu pulang ke kampung sebagai manusia bernyawa bukan sebaliknya.
  4. Tak Laju Tak Apa Janji Selamat – Jalan raya yang dibuat bukan di rekabentuk untuk kereta-kereta F1, bagi yang rasa mereka memandu kereta lumba atau F1, jalan raya bukan untuk anda. Pandu steady janji selamat
  5. Rancang Perjalanan – Rancang perjalanan sebaiknya, buat jadual perjalanan. Kalau agak kena bawa bekal tu bawa la bekal untuk berbuka atau sahur. Sekurang boleh elak bersesak di R&R. Biasa musim raya R&R memang penuh.
  6. Ikut Peraturan Jalan Raya – Saya tahu ramai yang suka memotong sebelah kiri, dan tukar lorong tanpa bagi signal. Mungkin itu habit mereka, tapi ingat musim perayaan kereta banyak. Jangan fikir diri sendiri je fikir pemandu lain juga.
  7. Jangan Terlalu Santai – biasa bila dah lama tak pulang ke kampung akan ramai mula memandu secara santai untuk melihat suasana permai di kampung. Nak santai tak salah tapi jangan sampai 10-20km/j. Ingat bukan semua orang nak makan angin kak oi…
  8. Tak Payah Nak Tunjuk Samseng – sekarang ini dengar banyak sangat yang suka tunjuk jari tengah kalau tak puas hati dengan pemandu lain, pastu lari. Hurmm… Kalau benar samseng masuk la MMA ya bang. Jalan raya bukan gelanggan MMA.

 

Elakkan Guna Handphone Masa Memandu

Assalamulaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Alhamdulillah saya telah selamat berada di Ipoh, tahun
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Mulai esok pasti ramai yang akan mula bercuti
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Apa yang saya belajar tentang buat duit dengan

Selamat Memandu : Perjalanan Pulang Ke Kampung untuk Berhari Raya

Assalamulaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Alhamdulillah saya telah selamat berada di Ipoh, tahun ini turn Isteri dulu. Jadi ikutlah aturannya. Adat sudah bila pasangan dari negeri berbeza terpaksa lah beralah. Beralah bukan mengalah, tetapi hormat.

Perjalanan pulang saya siang semalam alhamdulillah lancar sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh. Trafik lancar, memang tenang memandu kali ini berbanding tahun lepas. Agaknya ramai yang telah pulang awal. Hari ini mungkin suasananya akan berbeza sebab Khamis semua sudah mula bercuti.

image
Perjalanan Pulang mereka pun nak pulang dah.

Perjalanan pulang kami di siang hari agak lancar ditemani cahaya matahari bersinar terang. Cuma apabila tiba sekitar Behrang, cahaya matahari bertemankan cahaya AES menyinari. Rasanya cahaya AES itu tidak ditujukan kepada kami, rasanya saya pandu bawah speed limit. Harapnya pun cahaya AES itu bukan milik kami.

Perjalanan pulang ke Kelantan dari Kuala Lumpur juga lancar menurut seorang kawan saya. Kami insyallah akan pulang ke Kelantan pada Hari Raya Ke 2.

Bagi yang belum lagi pulang ke kampung halaman pastikan semuanya dalam keadaan terbaik sebelum memulakan perjalanan. Pastikan kereta, rumah dan diri dalam keadaan terbaik. Hati-hati memandu, pandulah dengan selamat.

Selamat hari raya aidilfitri. Maaf Zahir Batin dari daddydee.net

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku.... Yeahhh.... Esok hari raya. Esok hari raya. Esok
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Sedikit gambar tuan kecil berhari raya pada tahun

Senarai Semak Untuk Balik Kampung Dengan Tenang

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Mulai esok pasti ramai yang akan mula bercuti panjang untuk menyambut aidilfitri bersama keluarga tercinta di kampung halaman masing-masing. Bukan main gembira rasa hati untuk bertemu sanak saudara dikampung halaman, berjumpa dengan wajah-wajah insan yang tersayang yang dirindui selama ini.

balik kampung
Balik kampung dengan tenang  (sumber sini)

Apapun dalam kegembiraan untuk menyambut syawal jangan lupa untuk memastikan semua dalam keadaan selamat. Semua dalam keadaan selamat iaitu diri sendiri, kereta dan rumah. Disini saya ingin kongsikan sedikit senarai semak saya sebelum balik kampung.

Senarai Semak Rumah

  • Pastikan semua pintu dan tingkap berkunci. Sekiranya pintu jenis sliding door, letakkan kayu pada railing sliding untuk mengelakkan pintu/tingkap senang dibuka.
  • Pastikan jeriji besi dikuncikan dan dipasang mangga tambahan. Lagi baik jika dipasang mangga luar dalam atau luar sahaja. Tambahan telinga tempat sangkut mangga adalah weak point jeriji besi.
  • Pastikan semua barang elektrik ditutup. Semua plug top ditanggalkan kecuali yang ada kepentingan seperti peti sejuk untuk elak barang dalam peti sejuk membusuk.
  • Pastikan kepala tong gas ditanggalkan. Lebih selamat untuk tinggalkan rumah dalam masa yang lama.
  • Pastikan barangan berharga tidak ditinggalkan dirumah tidak berpenghuni seperti barang kemas dan wang ringgit. Jangan lagi simpan duit bawah bantal simpan dalam unit trust lagi baik. Barang kemas, ar-rahnu ada sediakan khidmat simpanan barang kemas, kalau rasa rugi pakai la semua barang kemas tu.
  • Pastikan anda mengisi borang untuk balik kampung dan serahkan kepada balai polis terdekat.

Senarai Semak Untuk Kereta

  • Pastikan kereta dalam keadaan terbaik. Servis kereta terlebih dahulu. Paling penting adalah keadaan tayar dan brek adalah dalam keadaan terbaik.
  • Periksa keadaan air dalam sistem penyejuk dan sediakan air dalam kereta.
  • Rancang perjalanan sebaiknya bila ingin memulakan perjalanan dan kenal pasti kedudukan stesen minyak supaya tidak kehabisan minyak semasa dalam perjalanan.

Senarai Semak Untuk Diri

  • Pastikan diri cukup rehat sebelum memulakan pemanduan. Kalau letih atau mengantuk ambil rehat seketika.
  • Bawa semua ubat-ubatan yang diperlukan. (jika ada)

Semoga kita balik kampung untuk berhari raya dengan tenang dan gembira serta selamat semuanya.Jangan jadikan kita sebahagian dari statistik.

Mood adalah mood hari raya. Mood blogging up and down semula…

Assalamualaikum dan Salam Syawal buat semua saudaraku... Hari Raya telah masuk hari ke-4, pasti ada
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi... Daddydee.net ingin mengingatkan pada semua saudara saudari sekalian yang ingin pulang
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku.... Buat duit dengan Nuffnang, bukan lagi fantasi, sudah
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua Saudaraku... Identity Entri ini juga