Talian Untuk Info Banjir

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Belum lagi isu banjir di Pantai Timur reda kita dikejutkan pula dengan kehilangan pesawat AirAsia Indonesia – QZ8501 dari Surabaya ke Singapura. Memang banyak sekali incident yang berlaku pada tahun 2014 ini.

Untuk mangsa banjir atau saudara yang ingin dapatkan malumat info banjir boleh hubungi talian-talian berikut untuk maklumat:

Talian Info Banjir Kelantan
Talian Info Banjir Kelantan
Talian Info Banjir Terengganu
Talian Info Banjir Terengganu
Talian Info Banjir Pahang
Talian Info Banjir Pahang

Bersama kita manafaatkan kemudahan ini untuk dapatkan info banjir yang tepat bukannya fitnah yang bertaburan di whatapps dan laman sosial.

Bersama kita mendoakan saudara kita semua agar selamat dan sejahtera hendaknya.

2017 dah melabuhkan tirainya. Dan 2018, langkah baru akan mulakan dengan rentak baru. Sejarah hanya
Bila sebut Jumanji aku teringat zaman tonton guna VHF. Memang best filem Jumanji akibat satu
Hari ni pergi RHB Bank, pasal kad dah kena block. Rupanya dah kena tukar kad
Satu ketika dulu di bengkel M ‘Bang, abang punya arm ni lari sikit. Alignment dah

Gambar Banjir di Kelantan 2014

Sedikit perkongsian gambar banjir di Kelantan.

Banjir di Kuala Krai
Banjir di Kuala Krai
Banjir di Kelantan 2014: Jambatan Sultan Yahya Petra
Banjir di Kelantan 2014: Jambatan Sultan Yahya Petra
Banjir di Kelantan: Gambar dari udara
Banjir di Kelantan: Gambar dari udara
Banjir di Kelantan
Hospital Kota Bharu
Banjir di Kelantan gambar dari udara
Banjir di Kelantan gambar dari udara

 Sedikit perkongsian gambar banjir di Kelantan, semoga semua saudaraku di sana yang menjadi mangsa akan bersabar menghadapi semua dugaan ini.

Buat semua penyelamat semua – Bomba, JPAM, Polis dan Tentera serta para sukarelawan. Terima kasih atas jasa dan pengorbanan kalian semua hanya Allah swt mampu membalasnya.

Buat para pembaca bersama kita berdoa akan keselamatan saudara kita di sana. #prayforpantaitimur.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Pertamanya saya ingin mengajak semua saudara pembaca blog
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Hari ini kita dikejutkan oleh kes banjir lumpur
Kalau dilihat rakyat Malaysia semakin ramai yang suka melancong, tak kiralah dalam atau luar negara.

Baik Diam Dari Bising Tapi Tidak Membantu

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Pertamanya saya ingin mengajak semua saudara pembaca blog saya bersama mendoakan saudara kita yang di Pantai Timur yang sedang berdepan banjir semiga mereka semua selamat dan tabah menghadapi ujian dari Allah swt. Semoga saudara kita di sana selamat hendaknya.

Saya lihat ramai yang sedang menghangatkan keadaan banjir di sebelah Pantai Timur, ramai yang cuba jadi hero. Ada ramai yang sedang membakar api kebencian. Maki sana maki sini. Tunding sana tunding sini. Yang pasti tidak tunding pada diri sendiri? Adakah mereka membantu?

Cukup ramai yang nak jadi Keyboard Warriors tidak kira melalui blog mahupun media sosial. Cukup cukuplah sebarkan api kebencian dan sebar maklumat tidak betul.

Cukup sudah salahkan pasukan penyelamat. Salahkan badan uniform. Mereka sudah melakukan yang terbaik. Mengorbankan kepentingan diri mereka demi untuk orang ramai. Jangan asyik salahkan orang lain.

Hentilah salahkan orang lain. Tapi tanya apakah sumbangan kita? Adakah kita membantu? Kalau kita tidak membantu, baik kita diam saja. Usah bising sana sini, usah salahkan orang lain, usah bandingkan dengan negara lain kerana itu bangkitkan kebencian. Tidak membantu.

Kan baik jika kita bersama hulur sumbangan dalam bentuk wang atau barang keperluan. Boleh juga sumbangan tenaga dengan sertai NGO ataupun Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) atau Bulan Sabit Merah ataupun St. John yang sentiasa mengalukan kita semua. Ayuh membantu bukan menghukum.

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Haiqal Jadi Hulk Setiap
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Sedih dan kecewa dengan kekalahan pasukan Harimau Malaya
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua saudaraku... Tahniah, Tahniah, Tahniah. Tahniah buat pasukan Harimau Malaya.
Assalamulaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Sekarang ini masih ramai yang menilai dari warna

Apakah Punca Banjir Lumpur Di Cameron Highlands

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Hari ini kita dikejutkan oleh kes banjir lumpur di Cameron Highlands yang telah meragut 3 nyawa dan dua masih hilang, serta beribu-ribu mungkin juga berjuta-juta nilai kerugian harta benda yang dihadapi oleh masyarakat setempat. Memang agak mengejutkan kerana Cameron Highlands yang begitu popular sebagai pusat pelancongan tanah tinggi di Malaysia yang menarik ribuan pengunjung setiap hari tiba-tiba di landa banjir lumpur.

Banjir Lumpur di Cameron Highlands
Banjir Lumpur di Cameron Highlands

Pelik kah kes sebegini? Bagi saya langsung tidak pelik dan ianya patut berlaku. Kenapa?

Saya sebernarnya ada mengikuti lawatan sambil belajar ke Cameron Highlands bersama rakan sekelas untuk mengkaji berkenaan tanah runtuh dan mendapat maklumat yang tepat. Ini juga adalah pertama kali saya pijak kaki ke sana.

Dalam lawatan ini saya sempat melawat tempat yang menarik dan tak menarik di Cameron Highlands. Tempat menarik rasanya semua orang sudah tahu tapi tempat tak menarik adalah kebun sayur di sana.

Banjir lumpur di Cameron Highlands : Apa puncanya?
Banjir lumpur di Cameron Highlands : Apa puncanya?

Apakah punca banjir lumpur di Cameron Highlands? Punca utama adalah manusia, punca kedua adalah manusia dan punca ketiga adalah manusia. Manusia yang menyebabkan semua ini berlaku. Antara puncanya adalah:

  • Pembangunan yang tidak terkawal di  Cameron Highlands. Kalau di lihat pembangunan kawasan perumah dan komersial tidak langsung mengambil kira kesan dan impak ke atas alam sekitar. Sebagai contoh adlaah lumpur dari kawasan binaan dibiar memasuki sungai tanpa kawalan menyebabkan sungai kotor dan bukit yang dipotong langsung tidak ditutupi dengan plastik.
  • Penerokaan kawasan untuk pertanian secara tidak terkawal. Kalau di lihat banyak tanah baru yang diterokai untuk pertanian tanpa dikawal. Bukit dipotong sewenangnya tanpa mengambil kira faktor kestabilan cerun dan tidak langsung mengambil langkah pengawalan hakisan.
  • Guni plastik di gunakan sebagai empangan bagi mengumpulkan air bagi mengairkan kawasan pertanian. Terlalu banyak empangan guni digunakan. Kekuatan empangan guni kurang berbanding dengan konkrit tapi kos yang lebih rendah. Apabila hujan lebat, air meningkat tekanan yang dikenakan keatas empangan guni juga meningkat, apabila guni plastik sudah tidak mampu menampung nya lagi ia akan pecah dan mengakibatkan aliran deras ke permukaan rendah dan boleh menyebabkan bencana.
  • Banyak cerun yang tidak ditutupi dengan rumput atau plastik. Pengawalan hakisan cerun adalah perlu bagi mengelakan kejadian seperti banjir lumpur dan tanah runtuh.

Itu adalah antara faktor yang dapat saya fikirkan buat masa ini berdasarkan lawatan yang saya lakukan dahulu dan juga berdasarkan pengetahuan kejuruteraan saya yang tidak seberapa ini. Apa yang saya tulis adalah sekadar hipotesis saya saja bukan faktor sebenar.

Jawapan yang paling tepat bagi menjawab punca banjir lumpu di Cameron Highlands adalah kekuasaan Allah swt. Apabila Allah swt berkehendakan terjadinya sesuatu maka terjadilah ia.

Harapnya kejaidan seperti ini tidak akan berulang lagi di tempat lain. Bersama kita ambil pelajarannya.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Pertamanya saya ingin mengajak semua saudara pembaca blog
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua... Semakin banyak kes pembunuhan kejam yang terjadi kebelakangan ini.