Golongan Muda Ramai Yang Muflis?

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Saya amat tertarik dengan tajuk eksklusif dalam Berita Harian Ahad, 28 Oktober 2012 iaitu ‘50,000 Muflis Muda’. Antara petikannya adalah ‘Lebih 50,000 orang muda berusia bawah 34 tahun di isytiharkan muslis di negara ini dalam tempoh 5 tahun lalu’.

Suatu fakta yang menarik dan membimbangkan bagi saya. Mengapakah situasi ini terjadi? Adakah kerana orang kita terlalu bermewah? Atau tiadanya kesedaran atau ilmu tentang wang?

Dan lagi fakta menarik adalah ‘Menurut Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), daripada 4,568 kes muflis suku pertama tahun ini adalah 47% Melayu, 34% Cina, 9% India dan 10% lain-lain kaum.’

Jangan Terjerat dalam HUTANG

Jangan Terjerat dalam HUTANG

Orang Melayu, orang kita yang mendahului dalam bilangan paling ramai yang muflis. Kesemuanya mempunyai masalah hampir sama iaitu terjerat dalam masalah hutang. Kabanyakan mereka terjerat dalam masalah kegagalan membayar balik pinjaman samada pijaman kenderaan, pinjaman perumahan, pinjaman peribadi atau pinjaman perniagaan.

Kekadang kita terjerat dengan kononnya tawaran menarik dari pemiutang. Saya sendiri amat tidak bersetuju dengan sesetegah pemiutang yang amat mudah untuk memberikan pinjaman kepada graduan baru terutamanya pinjaman kenderaan. Pengalaman saya sendiri pun ketika menjadi graduan baru menjejak kaki ke alam pekerjaan saya memerlukan 6 bulan untuk memastikan status kewangan saya stabil. Terlalu ghairah untuk memiliki barangan impian seperti kereta membuatkan kita tidak menimbang elemen yang sepatutnya sebelum membuat satu keputusan terutama dalam membuat pinjaman. Rasanya ramai yang tidak baca T&C perjanjian pinjaman dengan terperinci sekadar baca sekali imbas saja, yalah ketika itu hanya memikirkan habuan yang akan diterima. Tidak memikirkan kesan dan akibat nya nanti.

Sapatutnya, kita perlu memikirkan kesan dan akibat dalam setiap tindakan yang kita lakukan. Ianya adalah amat perlu. Bukan menjadi pengecut atau tidak berani ambil risiko tapi ambillah risiko mengikut kemampuan.

Kehidupan ini tidak dapat kita jangka sama sekali roda pusingannya. Kita tidak dapat membuat meramal masa depan kita. Buatlah persediaan sebaiknya. Dan adalah yang terbaik untuk membuat simpanan demi keperluan kita kelak.

Ingat ‘Sikit-sikit lama lama jadi bukit’.

Assalamualaikum... Hari ni daddydee.net ingin berkongsi pengalaman tentang ASB Loan yang telah lama dilancarkan oleh
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Hidup ini mesti ada matlamat, sama juga dalam
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku.... Entri kali ini adalah bagi menjawab persolan yang
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Agihan Pendapatan ASN 1.23