Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku….
Saya memang minat pada outdoor gear walaupun dah lama tak pergi redah hutan sebab kesibukan jadi pelajar sekarang ini. Tapi ia hanya menghalang saya melakukan aktiviti outdoor bukan untuk kumpul barangan outdoor.
Saya memang telah lama nak beli backpack baru untuk kegunaan harian, dan saya memang minat jenis hiking bagpack dan sasaran saya adalah Karrimor Taurus 20 atau Deuter Speedlite. Di Malaysia brand Deuter lebih senang diperoleh berbanding brand lain. Cari punya cari saya terjumpa Karrimor Taurus 20 ada dijual di Lazada. Jadi saya buat keputusan untuk beli backpack dari Lazada.
Panduan membeli dengan Lazada
1) Buka website Lazada dan pilih produk yang di mahukan.

2) Detail produk pilihan akan dipaparkan.
3) Confirmkan produk yang kita pilih.
4) Last sekali isikan alamat dan buat bayaran. Ada dua cara untuk membuat bayaran iaitu dengan menggunakan kad kreadit atau Paypal.
5) Selepas pembayaran di buat pihak Lazada akan menghantar emel notifkasi dan tracking number. Apa yang kita perlu buat adalah tunggu barang sampai ke rumah anda.

Memang mudah beli backpack dari Lazada ni, barang juga sampai dalam kadar segera dengan selamat. Barang saya order mengambil masa 3 hari, saya order hari Khamis petang dan barang sampai ke rumah saya pada hari Isnin. Memang efisien sistem pengurusan order di Lazada.
Nota Kaki: iPhone5c juga sudah boleh ditempah di Lazada.