Belajar untuk A

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Apa khabar semua? Harap semuanya sihat sihat belaka serta berbahgia disisi yang tersayang. Belajar untuk A atau untuk ilmu? Mana satu pilihan kita?

Belajar untuk A
Belajar untuk A

Saya pasti ramai yang akan memilih belajar untuk A . Belajar untuk menjadi pelajar yang cemerlang, dapat menjejakkan kaki ke universiti yang terbaik dan bekerja makan gaji besar. Ini yang banyak diterapkan kepada anak-anak dalam masyarakat kita.

Ramai ibu bapa juga sanggup berhabisan ratusan malah ribuan ringgit untuk menghantar anak ke kelas tuisyen terbaik bagi memastikan anak mereka belajar untuk A, berjaya mendapat A. Kekadang jadual anak menjadi begitu padat sekali, pagi sekolah disambung dengan kelas agama sebelah petang dan tuisyen sebelah malam. Sampaikan masa untuk riadah langsung tiada. Aktiviti kokurikulum juga kosong.

Soalan pertama yang akan ditanya oleh kenalan, saudara atau jiran setiap kali keputusan peperiksaan baik UPSR, PMR atau SPM adalah ‘Dapat berapa A?’ Bukannya ‘Bagaimana keputuasan peperiksaan?’. Betul kan? Ramai yang bertanyakan sebegitu. Dab lagi teruk jika diperbanding-bandingkan dengan orang lain. Membuat perbandingan dengan orang lain bukan satu langkah bijak sebenarnya. Tindakan ini hanya lebih kepada menjatuhkan moral.

Yang lepas biarkan berlalu, tiada yang dapat diubah. Lebih baik kita memberikan semangat baru untuk mereka lebih fokus untuk membina masa depan bukannya mengenang kegagalan kecil. Ramai orang yang berjaya sebenarnya bermula dengan kegagalan. Ingat ‘Berapa kali kita terjatuh tidak penting tapi yang penting adalah bagaimana kita bangun semula setiap kali terjatuh’.

Bukan ingin mengata sesiapa tapi sekadar berkongsi rasa, saya rasa ada baiknya kita ubah sikit matlamat menghantar anak ke sekolah dari belajar untuk A kepada belajar untuk berjaya dalam hidup.

Belajar untuk berjaya itu skopnya lebih luas kerana tidak mendapat A bukan bermakna tidak berjaya. A bukan simbol kejayaan. Kejayaan adalah bagaimana kita untuk survival dalam arus dunia kemodenan yang serba mencabar ini.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Keputusan UPSR Tahniah pada semua adik-adik yang telah
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Saya bodoh? Ya, saya bodoh sebab itu pada
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku..... Tempoh bulan madu saya dah tamat, pengembaraan dunia
Assalamulaikum dan salam Inspirasi buat semua saudaraku... Zaman yang makin canggih dan maju ini di

Tips Pemilihan Tempat Latihan Industri

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Latihan ilmiah, latihan industri ataupun praktikal adalah penting bagi semua pelajar, kerana semasa praktikal inilah kita akan didedahkan dengan dunia pekerjaan yang sebenar. Tapi kekadang sikap suka ambil mudah dikalangan pelajar dan tidak sedar akan kepentingan latihan industri menyebabkan mereka memilih tempat yang kurang sesuai.

Latihan indusri

Sayang sekali apabila ilmu yang dipelajari di kolej atau universiti tidak dipraktikkan semasa latihan industri. Semasa latihan industri kita masih dalam proses belajar, dan melakukan kesilapan satu perkara biasa dan masih boleh dimaafkan. Tapi kalau dalam dunia pekerjaan sebenar, satu kesilapan mungkin akan menjadi titik perubahan dalam kerjaya kita. Beringatlah.

Kesian kekadang apabila melihat pelajar yang menuntut dalam pengajian peringkat ijazah atau diploma dalam bidang Sains Komputer, disuruh untuk membuat filing, fotostat dan data entry semata-mata. Lebih bagus sekiranya ilmu yang mereka ada digunakan untuk develop webpage, atau membangunkan satu sistem. Ini kerana, kemahiran pelajar itu tidak di gunapakai sepenuhnya.

Di sini saya ingin kongsikan sedikit, tips yang boleh diguna pakai bagi pelajar yang ingin membuat latihan industri iaitu:

  • Pilihlah syarikat yang besar ataupun establish kerana biasanya syarikat yang besar mempunyai sistem kerja yang teratur.
  • Pilih syarikat yang menjalankan perniagaan yang bersesuaian dengan jurusan yang kita ambil. Sebagai contoh; kalau saudara mengambil jurusan Sains Komputer pilihlah syarikat seperti Google Malaysia.
  • Sebolehnya pilihlah kompeni swasta daripada agensi kerajaan. Kompeni swasta biasanya akan perah keringat kita semasa latihan industri ni tapi ianya berbaloi dan suatu pengalaman yang berharga.
  • Pilihlah yang mempunyai elaun. Ianya suatu bonus bagi kita. Selain dapat ilmu kita juga mendapat elaun semasa latihan. Barulah real kerja ada gaji.
  • Hantarlah seberapa banyak permohonan kepada syarikat yang berlainan. Jangan takut tidak dilayan, kerana inilah yang akan kita lakukan apabila tamat belajar nanti.
  • Buat saja semua kerja yang disuruh (selagi tidak melanggar Hukum Agama Islam dan akta buruh) jangan merungut atau mengeluh kerana itu adalah realiti alam pekerjaan.
  • Cedoklah sebanyak mungkin ilmu yang terhidang.
  • Tunjukkan prestasi yang terbaik, jangan malas. Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu. Mana tahu rezeki saudara dapat tawaran kerja terus.

Ada lagi tak? Kalau ada boleh saudara saudari pembaca tolong tambahkan.

Dan bagi majikan atau superior untuk latihan industri pula, bagilah pelajar ini peluang untuk belajar sebaiknya. Gunakan mereka sebaiknya mengikut ilmu dan kekuatan mereka, biar pelajar ini merasai dunia sebenar alam pekerjaan.

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Dating berdua dengan Abang
Assalamulaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Kejadian buli di sekolah sebenarnya bukan lagi hal
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Saya bodoh? Ya, saya bodoh sebab itu pada
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku..... Tempoh bulan madu saya dah tamat, pengembaraan dunia
Assalamulaikum dan salam Inspirasi buat semua saudaraku... Zaman yang makin canggih dan maju ini di

Belajar dan Terus Belajar

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

‘Belajarlah ilmu sehingga ke negeri China’ itu antara quo popular yang gemar kita gunakan untuk meransang minda untuk terus menuntut ilmu. Ada yang mengatakan quo itu adalah hadis palsu.

Belajar
Belajar

Namun begitu saya sendiri lebih suka untuk menggunakan qou ‘Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad’ bagi meransang minda saya untuk terus bernafsu untuk menuntut ilmu. Bagi saya adalah amat penting untuk kita terus belajar dan belajar. Walaupun, kita tidak menjadi pakar suatu bidang tidak mengapa, cukup sekadar kita tahu sikit-sikit dalam semua perkara.

Saya akui saya adalah anti-MLM, tapi saya tetap berminat untuk menuntut ilmu marketing mereka. Kerana bagi saya teknik marketing MLM gunakan adalah sesuatu yang amat menarik. Bagaimana cara mereka gunakan untuk menarik pelanggan atau pengguna baru. Ilmu mereka boleh kita praktikkan sekiranya kita membuka perniagaan nanti.

Begitu juga dengan ilmu pengurusan sumbar manusia. Ianya amat menarik untuk dikaji. Dan bagi saya ilmu ini adalah antara yang sukar untuk dipelajari. Sukar untuk mengkaji gerak dan laku manusia yang sukar diramal. Untuk menjadi ketua yang bagus ilmu ini adalah amat penting. Bagaimana cara untuk menguruskan dan menarik minat orang lain. Bukan senang sebenarnya nak uruskan manusia.

Terlalu banyak ilmu di dunia ini, banyak lagi saya ingin pelajari. Walaupun tidak semua ilmu, cukup untuk saya tahu sikit-sikit ilmu dalam dunia. Sedikit ilmu inilah yang akan saya tulis untuk saya kongsikan dengan saudara semua.

Insyallah, saya akan belajar dan terus belajar untuk memajukan diri ini.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Assalamualaikum Dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Blogger sebagai kerjaya? Bolehkah kita jadikan blogger sebagai
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Jangan beli ebuku Teknik SEO Merah Jambu, sejujur
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Hari ini saya nak kongsikan review ebook Teknik
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Syukur alhamdulillah rezeki di bulan Ramadhan, betul kata

Tips Untuk Memilih Kursus Yang Tepat

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua Saudaraku….

membuat keputusan
Mana Satu Harus Di Pilih

Mana Satu Patut Saya Pilih?  Memilih kursus yang tepat bukan senang. Situasi membuat keputusan pasti sukar untuk semua orang. Ya lah, takut-takut keputusan yang diambil adalah tidak benar. Tidak tepat. Kita juga yang akan menanggung akibatnya nanti. Pernah ke saudaraku menghadapi situasi begini? 

Apa yang ingin saya kongsikan ini bukan kisah saya, tapi dilema seorang pelajar yang bertanyakan pendapat saya dalam memilih bidang yang ingin disambung.

Suatu hari, seorang pelajar perempuan ini telah datang bersama bapanya kepada saya untuk menjadi saksi. Semasa berborak rancak, bapa pelajar ini telah mengajukan satu soalan pada saya:

‘Saya nak minta pandangan. Anak saya ini ada masalah. Dia mendapat dua tawaran. Dia tak tahu untuk memilih. Tawaran pertama adalah Kursus Membaikpulih Komputer di Dungun, Terengganu dan Tawaran kedua adalah Kursus Seni Grafik di MMU.’

Saya bertanya kembali kepada pelajar tersebut

‘Mana satu yang adik minat? Adakah adik suka kerja angkat CPU, cuci habuk, wiring sikit-sikit, main coding mungkin? Atau adik suka duduk memerah idea kreatif?

memilih
Mana Satu Harus Ku Pilih

Adik tu menjawab ‘Saya pun tak tahu?’.

Lalu saya menjawab kembali

‘Sejujur dari hati, saya tak nasihatkan perempuan untuk berada dalam bidang senggaraan. Baik ambil bidang seni kreatif, kalau adik minat seni dan berbakat. Dan kalau saya akan memilih Seni Grafik sebab saya minat dan saya suka. Lagipun bagi saya potensi Seni Grafik boleh pergi lebih jauh terpulang kepada kreativiti kita dan usaha kita. Tapi yang paling penting minat. Tepuk dada tanya hati.

Pelajar itu dan ayahnya mengucapkan terima kasih pada saya selepas selesai berurusan dan berlalu. Saya doakan beliau akan membuat keputusan yang tepat untuk masa depan beliau.

Bukan beliau saja yang menghadapi situasi begitu. Saya juga pernah suatu masa dulu. Jujur saya katakan bidang yang saya ceburi bukan minat saya pun, saya main ambil saja tanpa membuat kajian mendalam sebelum itu. Tapi alhamdulillah saya makin meminati bidang yang saya ceburi.

Ini nasihat saya bagi pelajar yang ingin membuat keputusan untuk memilih kursus apa :

  1. Kaji market pasaran semasa. Apakah bidang yang mempunyai permintaan yang tinggi semasa kini dan masa akan datang? Pastikan kita memilih kursus yang releven dengan pasaran.
  2. Cuba membuat penilaian sebaiknya. Rujuk kepada kaunselor ataupun pensyarah untuk membantu anda.
  3. Ambil bidang yang kita minati. Bila kita ada minat semangat untuk belajar lain sikit dan lebih berkobar-kobar. Memilih kursus yang kita meminati membuatkan kita lebih fokus dalam belajar dan kerja nanti.
  4. Jangan pernah rasa rendah diri jika kursus yang kita dapat adalah bukan yang kita mahu dan kursus dilabel sebagai ‘low standard’. Mereka yang anggap kursus yang ditawarkan ‘low standard’ adalah ‘low standard’ sebenarnya. Kalau kursus itu tidak ada potensi universiti atau kolej tidak akan menawarkannya. Tapi jangan pula mendabik dada atau menyombong pula.
  5. Jika kursus yang kita ambil bukan kursus yang kita minati. Kenalilah, minatilah dan cintailah. Orang selalu kata tak kenal maka tak cinta. Jadi minati bidang yang kita ambil walaupun kita tak suka. Barulah hati ikhlas untuk belajar.
  6. Solat Hajat dan Istiqarah. Insyallah mujarab dan mustajab.
  7. Dalam setiap apa yang kita lakukan jangan lupa tips paling penting iaitu Usaha, Doa dan Tawakal.

Itu saja nasihat buat kali ini. Mungkin ada yang tertinggal cuma ini yang mampu saya coretkan setakat ini. Diharap dapat membantu.

Ingat, masa depan kita, kita yang tentukan. 

Terima kasih banyak-banyak.

Assalamulaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Kejadian buli di sekolah sebenarnya bukan lagi hal
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Saya bodoh? Ya, saya bodoh sebab itu pada
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku..... Tempoh bulan madu saya dah tamat, pengembaraan dunia
Assalamulaikum dan salam Inspirasi buat semua saudaraku... Zaman yang makin canggih dan maju ini di