Buat Duit Dengan Blog : Pendapatan Pertama Affiliate Jomniaga

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Buat duit dengan blog bukan suatu mitos, ia adalah satu kenyataan zaman ini. Banyak cara untuk buat duit dengan blog boleh setai memana agensi pengiklanan atau affiliate atau menjual ruang iklan di blog. Banyak cara sebenarnya asalkan kita tahu caranya dan gunakan teknik yang betul contoh nya gunakan SEO.

Teknik SEO Merah Jambu

Sebelum ini, saya juga ada buat duit dengan blog tapi tidaklah sekencang orang lain seperti Titan, CikTom, BroFramestome dan LizaRazak. Sebab itu saya tidak pernah pampangkan pendapatan saya di blog ini. Sebelum ini saya lebih fokus pada pengiklanan seperti Nuffnang dan Says (sekarang 8share). Untuk Adsense, saya pernah cuba apply tapi tak lulus jadi saya tak mahu fikir itu dulu.

Untuk affiliate pun saya ada daftar sebelum ini dengan JomNiaga dan lain-lain tapi tiada pendapatan. Sebab sebelum ini saya tidak pernah membuat entri yang speksifik untuk affiliate yang saya sertai. Selepas saya guna teknik  yang disarankan dalam Teknik SEO Merah Jambu saya telah berjaya menjana pendapatan yang pertama. Alhamdulillah.

Belajar Cpanel dan WordPress
Komisen Pertama
Komisen Pertama

Walaupun hanya RM 25, pendapatan pertama ini besar maknanya bagi saya. Inn-sha-allah ini hanya permulaan dan selepas ini saya kena berusaha lebih kuat mengikut setiap teknik yang digariskan dalam Teknik SEO Merah Jambu.

Jom buat duit dengan blog, boleh saja asal ada usaha dan asa.

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... TIPS EXAM Tips ini adalah pengalaman peribadi sepanjang
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Belajar Sambilan perlu bijak
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Saya mula membuat blog pada tahun 2007 dengan
Assalaamualaikum dan Salam Syawal buat semua saudaraku sekalian... denaihati.com Denahati.com satu

Hak Bersuara

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Hak bersuara adalah hak semua orang. Kita tiada hak untuk menafikan hak mereka. Mereka ber hak untuk menyuarakan pendapat masing-masing.

Hak Bersuara
Hak Bersuara

Saya suka menulis blog kerana saya dapat hak saya, hak bersuara. Tapi saya tetapkan batasnya, sebolehnya saya ingin menyuarakan satu pendapat yang berilmu dan bermanafaat kepada semua. Saya mahu memperoleh manafaat menyebarkan ilmu yang bermanafaat.

Hak Bersuara - Stand Up Speak Up
Hak Bersuara – Stand Up Speak Up

Jangan salahgunakan hak bersuara sama ada ketika berkomunikasi, facebook, twitter, Google+, Linkin atau blogging. Elakkan menyebarkan fitnah atau maklumat yang salah. Saya tidak mahu mendapat saham kerana menyebarkan fitnah. Sudah cukup dengan dosa saya selama ini.

Walaupun, dalam dunia tanpa batasan ini kita bebas bersuara. Tapi, Jagalah etika ketika kita bersuara.

Assalamualaikum dah salam inspirasi buat semua saudaraku... Bina Identiti Blog dan
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Bulan ini adalah bulan yang agak murah rezeki
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku.. Apa khabar semua? Hari ini hanya ingin berkongsi
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... 8 Mei 2012 adalah hari pertama saya memiliki

Menulis Untuk Berkongsi

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Saya mula membuat blog pada tahun 2007 dengan menggunakan blogspot, dan mula aktif berblog setahun kemudian dengan menggunakan domain blogspot juga. Namun saya akui tulisan saya dahulu memang rojak, karut, hentam keromo dan merapu. Memang boleh dikatakan 89% bahasa pasar saya gunakan.

Pada tahun 2011 saya telah tukarkan blog saya kepada domain berbayar dan masih menggunakan hosting blogspot. Cadangnya cuba untuk melakukan penjenamaan semula namun saya akui saya gagal melakukannya. Lagipun penwujudan blog dulu sememangnya tanpa perancangan yang terperinci dan akibatnya rojak dan pasar di sana. Dan kini sudah terabai beberapa lama tanpa kemaskini kerana buntu idea.

Kewujudan Daddydee.net

Belajar dari pengalaman lalu, saya cuba mewujudkan satu blog yang lebih tersusun dan didorong oleh nafsu cemburu apabila melihat ramai blogger professional seperti denaihati dan ariffshah menggunakan self-hosting wordpress, saya ikuti langkah ini walaupun ilmu wordpress saya adalah kosong.

Pada Mei 2012, saya telah mendaftarkan daddydee.net. Setapak demi setapak saya pelajari selok belok wordpress. Memang sukar pada mulanya dan kini saya rasakan masih kurang ilmu saya tentang wordpress. Banyak lagi yang perlu saya pelajari.

Pada mulanya, saya juga tercari-cari apakah yang sebenarnya ingin saya tulis dalam blog ini. Dalam masa tercari-cari akan identiti untuk menulis dalam blog ini saya telah menerima tawaran untuk berkursus. Dan sifu saya yang mengajar kursus tersebut iaitu Tuan Shamsudin Kadir telah membuka minda saya. Pesan beliau pada saya adalah ‘Baca buku untuk tambahkan ilmu, Kemudian cuba menulis kongsikan ia. Insyallah akan lebih berkat dan bermanafaat ilmu itu’.

Tulis Untuk Berkongsi

Dari situ, saya mengorak langkah mulakan menulis untuk berkongsi ilmu saya yang tidak seberapa ini dan secara tidak langsung menambahkan ilmu saya sendiri.

Sebenarnya, Bahasa Melayu dan English saya adalah amat teruk. Tidak kiralah dalam menulis ataupun pertuturan. Dan kini saya cuba meningkatkan ilmu saya dalam Bahasa. Melalui blog ini juga saya cuba sebaiknya untuk menggunakan Bahasa Melayu dan sesekali saya menulis dalam English, tujuannya tiada lain melainkan untuk menajamkan lagi gaya penulisan saya yang tidak seberapa ini.

Gaya bahasa yang formal yang saya gunakan dalam blog ini, insyallah akan saya kekalkan dan jadikan ia sebagai identiti blog daddydee.net yang tidak seberapa ini. Diharapkan saya akan kekal bersemangat untuk memperjuangkan blog ini dan tuan-tuan/cik puan-cik puan akan selesa membaca blog kecil saya ini.

Saya ucapkan ribuan terima kasih pada tuan/cikpuan semua yang sudi menyokong blog ini. Terima kasih banyak-banyak. Saya amat suka.

Terima kasih pada tuan Eizil kerana menganjurkan satu kontest yang amat menarik ini.

 

 

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Buat duit dengan blog bukan suatu mitos, ia
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Minggu lepas situasi saya agak kelam kabut, keadaan
Assalaamualaikum dan Salam Syawal buat semua saudaraku sekalian... denaihati.com Denahati.com satu