Kejayaan Milik Mereka Yang Mahukan Kejayaan

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Kejayaan tidak mengenal siapa, tapi siapa yang mahukan kejayaan pasti kejayaan mendampingi mereka. Kejayaan milik mereka yang mahukan kejayaan yang berusaha untuk berjaya. Ingat motto biasa digunakan zaman sekolah dahulu Úsaha Tangga Kejayaan”, motto lama yang releven sampai bila-bila kerana tiada lift atau eskalator untuk berjaya kecuali kita anak somebody.

Tips dari master SEO
Ritchie Parker - Kejayaan milik mereka yang mahukan kejayaan
Ritchie Parker – Kejayaan milik mereka yang mahukan kejayaan

Sebelum ini saya ada menulis tentang Nick Vujicic dan Natalia Partyka, kini saya terbaca pula kisah seorang jurutera Nascar tanpa tangan, iaitu Richie Parker. Semua pergerakan beliau adalah menggunakan bahu, dagu dan kaki.

Richie Parker, 30, sememangnya meminati kereta dari remaja lagi. Walaupun ramai yang menasihati beliau agar lebih menggunakan bas atau taxi, Parker tetap berdegil dan berkeras untuk memandu. Kini beliau memiliki sebuah Chevy SS 1964 dan memandunya.

Apa yang membuatkan saya lagi kagum dengan Parker ni adalah beliau mampu melakukan rekabentuk kejuruteraan hanya dengan menggunakan kaki. Saudara boleh lihat dalam video dibawah ini.

Seperti kata Parker “I don’t listen too much to people who tell me I can’t do something”. Sememangnya benar, kalau kita telalu mendengar kata negetif yang dilontarkan kepada kita, kita pasti akan tersungkur. Tapi kalau kita tidak mendengar kata mereka kejayaan pasti milik kita.

Dalam dunia blog juga ramai mereka yang hebat seperti Adik Deno. Apa hebarnya Adik Deno ni? Pergi pada blog beliau dan baca kisah dia.

Jadi tiada yang mustahil dalam hidup ini, sebenarnya asalkan kita mahu kejayaan pasti kita miliki. Ingat kejayaan milik mereka yang mahukan kejayaan.

Kalau Titan boleh jana duit menggunakan affiliate siapapun boleh berjaya dengan sistem affiliate atau apa sistem sekali pun. Asalkan kita mahu berjaya. Nak tahu rahsia kejayaan hebat Titan disini. Ebook dimana Titan kongsikan segala rahsia kejayaan beliau selama ini. Jadi semua orang pun boleh berjaya asal mahu dan tidak putus asa.

Jangan Jadikan Bazaar Ramadhan Medan Eksperimen

Assalamualaikum dan Salam 1 Inspirasi buat Semua Saudaraku….

Hari ini genap seminggu kita semua mengerjakan ibadah puasa. Sudah seminggu jugalah Ramadhan sudah berlalu meninggalkan kita. Lagi 3 minggu Ramadhan yang tinggal.

Bila bulan Ramadhan tiba, pasti akan tumbuhnya bazar Ramadhan bagai cendawan tumbuh selepas hujan.

Ramai yang cukup teruja untuk berniaga di bazar Ramadhan ni. Apa taknya berniaga cendol pun boleh dapat RM 120,000. Banyak tu?

Bazar Ramadhan

Ada yang balik dari pejabat sambung berniaga di Bazar Ramadhan. Ada juga yang sanggup ambil cuti tanpa gaji sebulan Ramadhan untuk berniaga. Tidak dinafikan pendapatan perniagaan memang mengagumkan. Dalam Islam pun ada menyatakan 9/10 sumber pendapatan adalah dari perniagaan.

Sesiapa yang pernah berniaga atau ada pengalaman berniaga pasti rasa cukup hebat dan teruja. Saya sendiri pernah menolong ma abah dan saudara saya berniga di tapak pasar malam dan expo. Memang satu pengalaman yang hebat.

Berbalik kepada cerita bazar Ramdhan, setiap kali bazar Ramadhan saya lihat pasti ada muka-muka baru yang berniaga. Yang cuba bereksperimen.

Bagi yang berniaga juadah berbuka, janganlah berniaga syok sendiri. Masakan yang disediakan biarlah kena rasanya. Jangan berniaga untuk mengaut keuntungan saja kelak nanti sendiri juga yang rugi.

Masaklah masakan yang hendak diniagakan dengan kasih sayang dan hati yang ikhlas. Barulah masakkan itu lebih mengancam.

Pernah saya membeli satu bungkus nasi Tomato semasa bujang dulu. Nampak macam okey je masakannya. Tapi bila makan memang hampa, memang membantutkan selera.

Candangan saya yang tidak pernah berniaga masakan atau kuih ini kepada yang nak berniaga, sebelum memasarkan masakan anda buat lah seperti di bawah:

  1. Masak dan makan sendiri dahulu, sedap tak?
  2. Kalau anda rasa sedap, ulang masak dan hidangkan pula pada keluarga, sedap tak?
  3. Kalau keluarga rasa sedap, ulang masak dan hidangkan pula pada sahabat, sedap tak?
  4. Kalau sahabar rasa sedap, ulang masak dan hidangkan pula pada tetangga, sedap tak?
  5. Kalau tetangga rasa sedap, masaklah dan pasarkan, insyallah akan dapat sambutan.
Kalau tak sedap, ulang masak sampai sedap dulu. Masakan yang sedap orang suka.

Rugi buat seperti yang saya cadangkan? Ingat dalam Islam menggalakkan kita untuk memberi. Tangan yang memberi lebih baik dari tangan menerima.

Teknik yang saya cadangkan juga secara tidak langsung dapat mempromosikan produk yang ingin dipasarkan. Bila orang dah kenal masakan kita kerana keenakkannya, pasti akan ada yang membeli, dan pasti ada yang ulang beli.

Lakukan eksperimen dulu sebelum berniaga, jangan buat eksperimen semasa berniaga.

Kepada yang berniaga, saya ucapkan selamat berniaga dan selamat berjaya.

Sekian, terima kasih.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Eyriqazz vs Denaihati : Blogger hebat yang menjadi inspirasi

Assalamualaikum dan Salam 1 Inspirasi buat semua

kejayaan, success
Success…Impian kita

Contest SEO Eyriqazz vs Denaihati semakin merancak sekarang ni. Para blogger sibuk update entri untuk Contest SEO Eyriqazz vs Denaihati untuk menjadi first page dalam carian google dan memenangi hadiah yang cukup hebat yang ditawarkan oleh penganjur.

Seperti yang kita tahu, blogger denaihati ataupun eyriqazz sememangnya blogger yang hebat. Dari jumlah follower mahupun income blog.

Dan ramai lagi blogger lain yang hebat kat Malaysia ni seperti titan, ciktom, rohaizad, ariffshah, redmummy, abangensem, haniszulaikha dan ramai lagilah.

Jom menangi pelbagai hadiah menarik.

 

Daddydee pula hanyalah blogger picisan. Blogger kecilan saja.

Cemburu? Jealous? Ya, memang saya cemburu dengan kejayaan mereka.

iPhone5…Jadi antara yang pertama memilikinya.

 

Kejayaan mereka semua menjadi sumber inspirasi buat saya untuk terus maju dalam dunia blogging. Untuk terus berusaha, dan berusaha untuk mencapai puncak kejayaan dalam dunia blogging.

Sentiasa berusaha tanpa jemu untuk berjaya.

Posted with WordPress for BlackBerry.