Alvaro Morata Sertai Chelsea

Chelsea bersedia untuk memecahkan rekod perpindahan dengan Real Madrid telah bersetuju untuk lepaskan Alvaro Morata.

Dalam satu kenyataan di laman web mereka pada Rabu malam, Chelsea mengesahkan laporan eksklusif Telegraph Sport bahawa perjanjian dengan Real Madrid untuk mengambil Morata ke Stamford Bridge talah selesai dilakukan dengan menunggu perbincangan peribadi sekarang untuk dibincangkan dengan Morata dan Ujian kesihatan.

Alvaro Morata Sertai Chelsea

Adalah dipercayai Chelsea akan membayar sekitar £ 70 juta untuk mendarat Morata, yang muncul sebagai pilihan utama kelab setelah kehilangan Romelu Lukaku ke Manchester United.

Itu akan menetapkan pemindahan rekod kelab baru untuk Chelsea, yang saat ini bayaran keluar tertinggi adalah £ 50 juta yang mereka bayar untuk Fernando Torres pada tahun 2011.

Chelsea telah meninggalkan pilihan mereka berikutan kegagalan mereka mendarat Lukaku dan mengadakan perbincangan dengan beberapa kelab dan ejen mengenai Morata, Andrea Belotti dan Pierre-Emerick Aubameyang.

Tetapi Juara Liga Premier  berjaya membuat rundingan dengan Real untuk dapatkan Morata pada hari Rabu dan berharap dapat menyelesaikan kesepakatan dengan cepat.

Continue reading “Alvaro Morata Sertai Chelsea”

Penyerang berprofil tinggi Zlatan Ibramovic berjaya mencuri tumpuan apabila jaringkan gol kemenangan Manchester United. Manchester
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Yes, Arsenal memang lagi, Arsenal masih lagi kekal
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Awal pagi nanti akan berlangsung satu perlawanan epik
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Selepas kekalahan kepada Chelsea 2-1 pada hari Ahad

Arsenal Menang Lagi

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Yes, Arsenal memang lagi, Arsenal masih lagi kekal di taktha liga. Semalam Arsenal telah menang 2-0 keatas Southampton dengan 2 gol yang dihasilkan oleh penjaring profilik Arsenal, Oliver Giroud. Dengan kemenangan ini Arsenal kekal di taktha liga dengan 4 mata dihadapan pencabar terdekat iaitu Liverpool.

Gol pertama terhasil dek kesilapan pemain Southampton melakukan back pass kepada Boruc dan pantas bola dirampas oleh Oliver Giroud dari kaki Boruc. Manakala gol kedua adalah hasil dari sepakan penalti.

Pejaring Arsenal Oliver Giroud
Pejaring Arsenal Oliver Giroud mengelecek Boruc
Mesut Ozil
Mesut Ozil
Arsenal menang lagi : wajah lagenda Arsenal
Arsenal menang lagi : wajah lagenda Arsenal

Ramai yang kata alah lawan Southampton boleh lah? Tapi pasti ramai yang tidak lupa kerana Southampton adalah kelab kecil yang telah mengejutkan kelab gergasi pada musim ini iaitu Manchester United dan Liverpool dalam perlawanan liga.

Apapun, terima kasih juga kepada Liverpool kerana sekadar seri 3 sama dengan Everton yang memberikan Arsenal lebih ruang di taktha liga. Game Liverpool dan Everton semalam amat best, perlawanan musuh tradisi setempat yang pasti tidak akan dilepaskan oleh kedua-dua peminat pasukan ini.

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua saudaraku... Selepas kekalahan 3-1 kepada Aston Villa pada minggu
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Perlawanan bola sepak English Premier League pada minggu
Assalamualaikum dan salam Inspirasi buat semua saudaraku... Arsenal English Premier League (EPL) sudah
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Selepas kekalahan kepada Chelsea 2-1 pada hari Ahad

Jonjo Shelvey Pemain Tumpuan Minggu Ini

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Sebelum perlawanan ramai yang menyebut Mesut Ozil dan Fellaini, pemain berambut afro yang menjadi pemain tumpuan minggu ini. Memang ramai yang menunggu penampilan pertama dua pemain ini dengan kelab baru mereka iaitu Arsenal dan Manhester United.

Saya juga menunggu untuk melihat perancang utama baru Arsenal, Mesut Ozil dalam penampilan pertama nya. Memang aksi beliau amat memukau dan memainkan peranan utama buat Arsenal dalam menentang Sunderland pada Sabtu lepas.

Jonjo Shelvey Pemain Tumpuan Minggu Ini
Jonjo Shelvey Pemain Tumpuan Minggu Ini

Namun begitu, selepas kesemua perlawanan minggu ini berakhir, saya boleh simpulkan bahawan pemain tumpuan minggu ini bukanlah Mesut Ozil atau Fellaini tapi Jonjo Shelvey iaitu pemain tengah Swansea dan juga bekas pemain Liverpool. Liverpool mengharapkan kemenangan ke atas Swansea untuk menduduki taktha liga.

Awal pagi semalam, berlangsungnya perlawanan antara Liverpool dan Swansea yang berakhir dengan keputusan 2-2. Dua gol Liverpool dijaringkan oleh Sturridge dan Moses manakala gol Swansea dijaringkan oleh Jonjo Shelvey dan Michu.

VIdeo Gol Pemain Tumpuan Minggu Ini – Jonjo Shelvey

Apa yang menariknya, Jonjo Shelvey adalah pemain penting dalam perlawanan tersebut dengan menjaringkan 1 gol dan 3 assist. Apapun, Jonjo Shelvey telah memohon maaf secara terbuka kepada peminat Swansea diatas kesilapan yang dilakukannya.

Bagi saya, Jonjo Shelvey sememangnya pemain berbakat besar cuma mungkin beliau perlukan sedikit masa lagi untuk jadi nama besar dalam pasukan.

Semua manusia melakukan kesilapan.

Asaalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Eden Hazard telah berjaya menyenaraikan dirinya sebagai salah
Assalamualaikum dan salam Inspirasi buat semua saudaraku... Arsenal English Premier League (EPL) sudah
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Selepas kekalahan kepada Chelsea 2-1 pada hari Ahad
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Minggu ini, English Premier League masuk mingu ke-23,

Muka Baru Arsenal : Mesut Ozil Sertai Arsenal

Asalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Pintu perpindahan bagi pemain bola sepak liga Inggeris telah pun ditutup, saya memang menantikan apakah perpindahan saat akhir yang akan terjadi terutama kepada pasukan yang saya minat sejak dari sekolah lagi iaitu Arsenal. Siapakah bakal muka baru di Arsenal? Memang setiap musim pun saya akan menantikan perpindahan saat akhir di laman soccernet. Fokus perpindahan musim ini sudah tentu kepada Gareth Bale. Namun tidak kurang hebatnya apabila Mesut Ozil sertai Arsenal.

Mesut Ozil Sertai Arsenal
Mesut Ozil Sertai Arsenal

Mesut Ozil sertai Arsenal? Siapakah Mesut Ozil, bagi peminat bola sepak pasti tahu siapakah beliau yang bergandingan mantap dengan Sami Khedira di bahagian tengah pasukan bola sepak German. Nama Mesut Ozil juga pasti tidak asing bagi peminat Real Madrid, beliau membuat 159 penampilan dan menjaringkan 27 gol.

Arsene Wenger telah berjaya membawa masuk Mesut Ozil dengan dikhabarkan yuran perpindahan sebanya 42.4 juta pound.

Diharapkan dengan Mesut Ozil sertai Arsenal di bahagian tengah akan menambahkan lagi bisa dan kreativiti pasukan Arsenal. Diharapkan gandingan Ozil, Walcott, Podolski, Cazorla dan Giroud akan membawa tuah kepada Arsenal musim ini. Arsenal juara liga.

Selain Mesut Ozil, antara muka baru Arsenal adalah Emiliano Viviano (penjaga gol dari Palermo) dan juga Mathieu Flamini (pemain tengah dari AC Milan). Flamini bukanlah satu muka baru tapi muka lama yang kembali bersama Arsenal.

Antara nama besar yang melakukan perpindahan saat akhir adalah:

  • Gareth Bale sertai Real Madrid dari Tottenham
  • Marouane Fellaini sertai Manchester United dari Everton
  • Mohamadau Sakho sertai Liverpool dari PSG
  • Kaka sertai AC Milan dari Real Madrid

 

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku...... Perlawanan Akhir Pestabola Merdeka Malaysia lawan Myanmar Malam
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... JDT dikhabarkan sudah mengambil Pablo Aimar. Team lain

Siapakah muka baru akan sertai Arsenal tahun ini?

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

JDT dikhabarkan sudah mengambil Pablo Aimar. Team lain masih lagi belum mendengar khabar berita. Saya masih menunggu siapa yang akan sertai Red Warrior nanti. Dalam mood berhari raya kita tukar sikit topik kita sembang bola sepak sesekali. Boleh kan?

Berbalik kepada cerita Arsenal dan Arsene Wenger, saya masih lagi tertunggu siapakah muka baru yang akan diambil oleh Arsene Wenger? Siapa yang akan menjadi penambah perisa bagi Arsenal pada musim akan datang.

Saya agak kecewa apabila mendengar yang Gonzalo Higuain telah sertai Napoli walau pada awalnya dikhabarkan akan sertai Arsenal. Kalau Higuain sertai Arsenal pasti suatu yang hebat dapat disaksikan. Saya memang menantikan jika benar Higuain menjadi muka baru bagi Arsenal tapi kecewa.

Penambah Perisa Lagenda yang dikenang sampai bebila
Penambah Perisa Lagenda yang dikenang sampai bebila

Tapi apa boleh buat Arsene Wenger nyata lebih berminat dengan penyerang kontroverai Liverpool, Luis Suarez. Saya memang suka melihat aksi Suarez bersama Liverpool. Saya suka melihat larian pantas dan gelecekan yang dilakukan Suarez. Kalau benar Suarez sertai Arsenal harap satu kelainan akan berlaku. Harapnya satu gandingan mantap antara Suarez, Podolski, Cazorla, Arteta dan juga Wilshere.

Tapi saya memang berharap Arsene Wengar dapat membawa masuk muka baru hebat yang mampu memberi nadi baru kepada Arsenal serta mengembalikan zaman kegemilangan Arsenal.

Selalu kecewa dengan nama besar yang dikaitkan dengan Arsenal tapi tidak pernah jadi pemain Arsenal. Harap tahun ini akan ada perubahan.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Alhamdulillah misi untuk mencari putu bambu telah berjaya
Assalammualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Baru saja selesai menonton perlawanan dua gergasi iaitu
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua... ATM Juara ATM telah muncul