Terima Kasih Isteriku Kerana Makin Memahami Diri

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat semua saudaraku…

Minat saya terhadap bidang penulisan blog semakin berkobar-kobar sekarang ini. Minat untuk terus menulis dan berkongsi semakin tinggi. Berjuang terus berjuang untuk tingkatkan trafik blog ini dengan mengikut panduan Teknik SEO Merah Jambu terhebat ditambah pula dengan sokongan dari Isteri Tersayang yang makin memahami. Terima kasih isteriku.

Terima kasih isteriku
Terima kasih isteriku

Ya lah, isteri mana yang tidak risau apabila suaminya asyik dengan laptop dan handphone sentiasa. Pantang ada idea sedikit terus saya buat catatan ringkas tidak kira dimana saya berada. Isteri pada mulanya jeling-jeling juga bila lihat suami asyik menaip keyboard kusyuk dan tersenyum-senyum. Tapi sekarang pendek saja yang akan keluar dari mulut nya ‘Blog la tu’.

Isteri saya bukan penulis blog. Tiada masa katanya. Inn-sha-allah, suatu masa saya akan tarik dia untuk menulis sama dengan saya untuk projek yang akan datang. Apapun, terima kasih buat isteriku yang makin memahami diri ini yang suka menulis blog.

Bagi pasangan suami isteri bersama adalah sebahagian dari aktiviti mereka, tapi sedarkah kita walaupun sering
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Hari terbaca satu post di laman sosial yang
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Ginseng Untuk Lelaki Sebut
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Benar kata orang tua, Untuk Memikat Hati Suami
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Suami Baran? Saya juga suami yang baran di

Buat Duit Dengan Blog : Pendapatan Pertama Affiliate Jomniaga

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Buat duit dengan blog bukan suatu mitos, ia adalah satu kenyataan zaman ini. Banyak cara untuk buat duit dengan blog boleh setai memana agensi pengiklanan atau affiliate atau menjual ruang iklan di blog. Banyak cara sebenarnya asalkan kita tahu caranya dan gunakan teknik yang betul contoh nya gunakan SEO.

Teknik SEO Merah Jambu

Sebelum ini, saya juga ada buat duit dengan blog tapi tidaklah sekencang orang lain seperti Titan, CikTom, BroFramestome dan LizaRazak. Sebab itu saya tidak pernah pampangkan pendapatan saya di blog ini. Sebelum ini saya lebih fokus pada pengiklanan seperti Nuffnang dan Says (sekarang 8share). Untuk Adsense, saya pernah cuba apply tapi tak lulus jadi saya tak mahu fikir itu dulu.

Untuk affiliate pun saya ada daftar sebelum ini dengan JomNiaga dan lain-lain tapi tiada pendapatan. Sebab sebelum ini saya tidak pernah membuat entri yang speksifik untuk affiliate yang saya sertai. Selepas saya guna teknik  yang disarankan dalam Teknik SEO Merah Jambu saya telah berjaya menjana pendapatan yang pertama. Alhamdulillah.

Belajar Cpanel dan WordPress
Komisen Pertama
Komisen Pertama

Walaupun hanya RM 25, pendapatan pertama ini besar maknanya bagi saya. Inn-sha-allah ini hanya permulaan dan selepas ini saya kena berusaha lebih kuat mengikut setiap teknik yang digariskan dalam Teknik SEO Merah Jambu.

Jom buat duit dengan blog, boleh saja asal ada usaha dan asa.

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... TIPS EXAM Tips ini adalah pengalaman peribadi sepanjang
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Belajar Sambilan perlu bijak
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Saya mula membuat blog pada tahun 2007 dengan
Assalaamualaikum dan Salam Syawal buat semua saudaraku sekalian... denaihati.com Denahati.com satu

Jobdirumah : siapa pun boleh buat duit dari rumah

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua…

Buat duit dari rumah dengan laptop saja
Buat duit dari rumah dengan laptop saja

Sekarang semua orang adalah pengguna internet baik dilayar dari smartphone mahupun laptop atau komputer. Tidak kira umur baik tua muda atau dewasa pasti menggunakan internet.

Berita baik untuk pengguna internet, jobdirumah.com menawarkan satu skim kerja amat mudah dengan modal kecil tapi menjamin pulangan yang lumayan.

Dengan bayaran RM50 kita akan dapat sertai jobdirumah.com. Bayaran ini adalah untuk yuran proses.

Selepas mendaftar kita akan dibenarkan login dan memilih kerja yang sesuai dengan kita. Setiap kerja pasti ada komitmen nya sama juga dengan jobdirumah.com. Kerja yang diambil perlu disiapkan dalam jangka masa yang ditetapkan dan untuk dapatkan kerja ini kita perlu menang bid. Kalau rajin pasti akan boleh.

Buat duit dari rumah mulakan sekarang
Buat duit dari rumah mulakan sekarang

Jadi tiada lagi yang mustahil, pelajar sekolah, pelajar ipt, cikgu, pensyarah, penganggur, tukang cuci dan sebagainya semua boleh buat duit dari rumah dengan jobdirumah.com asalkan kita ada akses internet dan komputer.

Setakat RM 50 apa lah sangat, digunakan untuk melabur untuk dapatkan wang tambahan poket untuk kita juga belanja awek-awek comel. Tak akan nak orang perempuan belanja orang lelaki kot malu.

Jom buat duit dari rumah boleh dapat duit lebih untuk kita buat belanja pergi SPA.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Seorang sahabat telah mengajak saya untuk menyertai satu
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua saudaraku... Terdapat 3 Golongan orang kaya iaitu: 1. Mengorbankan
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Ingat lagi pada tahun 2007 semasa saya mula

Tips Blogging : Komen Blog Lain

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Apa khabar semua? Kuala Lumpur telah dilanda jerebu yang agak teruk ketika ini. Rasanya Johor dan Melaka mungkin lagi teruk. Apa pun dalam keadaan sekarang ini jangan abaikan kesihatan kita semua, banyakkan minum air dan kurangkan aktiviti luar. Dalam opis saya pun dah macam berjerebu sekarang ini.

Komen blog lain
Komen blog lain

Dalam entri sebelum ini saya ada kongsikan panduan menulis entri, dalam entri kali ini saya ingin kongsikan panduan untuk komen blog lain. Komen blog lain memang bagus sebenarnya bagi saya kerana ia adalah salah satu cara kita untuk meningkatkan trafik dan membuka jaringan blog kita. Saya masih sukakan cara yang lapuk dan berguna ini berbanding dengan kaedah ‘ping’ blog walaupun itu lagi berkesan sebenarnya.

Beberapa cadangan saya untuk tinggalkan komen blog lain:

  • Maklumat yang tepat – Isikan makluman seperti nama blog dan url yang betul. Ini penting bagi memastikan pemilik blog itu boleh buat kunjungan balik.
  • Komen yang berkatian – Bacalah blog entri dulu sebelum meninggalkan komen. Kalau sepintas lalu baca pun okey. Jangan tinggalkan komen yang tak berkaitan.
  • Pendapat atau kritik yang bernas – Sebaiknya kemukan pendapat atau kritikan yang tepat sesuai dengan entri tersebut. Komen yang baik kita tinggalkan baik untuk trafik blog kita juga. Biasanya pengunjung lain akan baca juga komen-komen di entri sebelum meninggalkan komen. Jika komen kita menarik mungkin mereka akan berkunjung ke blog kita pula.
  • Blog Popular atau Tak –  ada sesetengah orang memilih untuk komen di blog popular saja sebab mereka ingin dapat tempias trafik yang tinggi. Kalau saya,
    blog popular atau tak tidak penting, yang penting blog itu best dan seronok di baca. Komen di blog baru pun bagu juga sekurangnya kita boleh buka jaringan baru.
  • Komen secara berhemah – Hormati blog lain itu, komenlah secara berhemah. Sebab bahasa melambangkan jiwa kita. Jadi guna lah bahasa yanbg baik.

Itulah saja perkongsian yang dapat saya kongsikan. Kalau ada sebarang penambahan boleh kita kongsikan bersama. Terima kasih.

 

Assalamualaikum Dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Blogger sebagai kerjaya? Bolehkah kita jadikan blogger sebagai
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Anda kenal Sop Nama Saya? Ok Sop tengah
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Isu Bauksit Di Kuantan kini telah menjadi isu

Buat Duit Dengan Blog: Belum Rezeki Daddydee.net

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Bulan ini adalah bulan yang agak murah rezeki bagi daddydee.net sebenarnya. Saya telah menerima dua jemputan untuk menghadiri dua event yang bagi saya agak menarik dan mengujakan. Almaklumlah, ini merupakan dua event pertama yang saya dijemput untuk menghadiri sejak berblog dengan daddydee.net.

buat duit dengan blog
buat duit dengan blog

Kalau bukan rezeki kita, tetap tidak menjadi rezeki kita. Itu yang saya terpaksa terima. Kedua-dua jemputan ini saya terpaksa tolak kerana satu event adalah pada waktu kerja yang mana pada masa sama saya terpaksa hadiri satu mesyuarat penting dan satu lagi event saya terpaksa tolak sebab ada kelas ganti pada hari event tersebut. Kedua-duanya di luar perancangan. Itulah kalau belum rezeki kita tidak akan jadi milik kita. Belum masanya untuk saya buat duit dengan blog ini. Belum rezeki.

Saya juga agak kecewa kerana tidak dapat join dua event yang dianjurkan oleh Tuan Denaihati.  Memang nak sangat pergi ke event anjuran Tuan Denaihati untuk menambah ilmu dan kenalan. Apa boleh buat belum rezeki saya.

Insyallah mulai minggu hadapan dan dua bulan akan datang saya agak free. Dua bulan tempoh cuti semesta, jadi kalau ada sesiapa nak ajak join event ke apa insyallah akan saya penuhi selama dua bulan ini. Sebelum saya kembali kepada hidup abnormal saya yang tiada Sabtu dan Ahad.

Jika ada sesiapa yang sudi untuk menjemput saya bolehlah hubungi saya di daddydee.net{@}gmail{dot}com.

Bulan Ramadhan adalah bulan 1,000 rahmat di dalam nya. Ganjaran pahala berlipat kali ganda bagi
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Lama sudah saya tak menulis di sini, disebabkan
Dimanakah letaknya nilai sebuah perkahwinan?? Adakah nilai hantaran yang tinggi itu adalah nilai sebuah perkahwinan.
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Hari terbaca satu post di laman sosial yang
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Isu Bauksit Di Kuantan kini telah menjadi isu