Budak Maut Jatuh Tingkat Sembilan: Awasi Anak-Anak

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku…

Sayu hati saya apabila melihat antara tajuk akhbar hari ini, Budak Maut Jatuh Tingkat Sembilan. Walaupun saya tidak mengenali arwah adik Aiman ini tapi apabila mendengar cerita dari keluarga arwah semalam memang saya sayu sangat.

Terutama apabila mendengar arwah sempat memanggil ‘Nenek’ dan ‘Ibu’ selepas dari terjatuh, sebelum menghembuskan nafas yang terakhir. Sama kita sedekahkan Al Fatihah buat arwah, semoga arwah tenang di sana.

Sedih hati saya sebagai seorang bapa.

Anak-anak mungkin belum mengerti istilah bahaya, jadi kitalah yang dewasa perlu memerhatikannya. Perlu menjaganya. Kitalah yang perlu awasi anak-anak kita, kena pastikan ianya bebas dari bahaya.

Saya sendiri pernah hampir mati lemas ketika usia 5 tahun. Kenapa? Kerana saya yakin saya boleh ke tempat yang lebih dalam. Saya tidak tahu bahaya yang menanti. Saya sangkakan ianya cetek tapi walhal ianya amat dalam.

Kasih sayang seorang ibu dan abang-abang menyelamatkan saya. Walaupun bahaya dan mereka sendiri hampir lemas, mereka tetap cuba menyelamatkan saya. Tika itu saya hanya nampak biasan cahaya matahari dan air sungai berwarna coklat, sesekali terselang wajah ma abah dan adik beradik.

Alhamdulillah, pengorbanan mereka ketika itu untuk menyelamatkan saya membuatkan saya masih di sini hari ini. Terima kasih ma dan abang abang ku.

Bukan ma tidak awasi anak-anak nya. Tapi saya yang degil. Saya yang ingin tahu dan mencuba tapi gagal menilai bahaya yang menanti.

Saudaraku, awasi anak-anak tika mereka bermain. Berpesanlah pada anak-anak selalu. Agak mereka tidak lupa. Anak tiada galang gantinya.

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Ginseng Untuk Lelaki Sebut
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Capatnya masa berlalu, dua permata saya sudah makin
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku.... Suami jadi isteri, itu yang saya terbaca dalam
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku....... Semangat kekitaan yang hilang? Betul ke semangat kekitaan