Buku Mudahnya Menjemput Rezeki Adalah Buku Yang Mesti Dimiliki

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Jumaat lepas selepas selesai solat Jumaat, saya merayau kedai buku sementara menunggu untuk pergi melihat kerja senggaraan kipas ekzos. Lalu saja di kedai buku yang belum lagi di buka saya terlihat satu buku ‘Mudahnya Menjemput Rezeki‘.

Mudahnya menjemput rezeki - http://www.jemputrezeki.com/
Mudahnya menjemput rezeki – jemputrezeki.com/

Tunggu sekejap kedai di buka, saya masuk ke dalam kedai, hasrat utama adalah untuk menyelak buku Mudahnya Menjemput Rezeki yang ditulis oleh Tuan Fathuri Salehuddin. Selain, itu ada juga terbaca tentang review buku ini oleh beberapa rakan blogger yang menyatakan ianya amat menarik.

Dengan tajuknya Mudahnya Menjemput Rezeki membuat saya tertanya, apakah kandungan di dalamnya? Apakah yang ditulis di dalamnya? Biasa kita dengar istilah mencari rezeki bukannya menjemput rezeki?

Selak punya selak, ternyata buku Mudahnya Menjemput Rezeki berjaya memilkat hati saya pada pandangan pertama. Buku setebal 181 muka surat ini sememangnya mengandungi ilmu yang amat bermanafaat bagi saya. Saya tidak tunggu lama saya terus ambil dan bayar buku ini walaupun dirumah masih ada dekat 20 buku yang belum saya habiskan. Itu belum lagi masuk dengan buku rujukan pelajaran dan kerja.

Untuk makluman juga buku Mudahnya Menjemput Rezeki yang mula diterbitkan pada tahun 2012 telah memasuki cetakan yang kesepuluh. Jadi fahamlah apa maknanya.

Jika kita pernah membaca buku tulisan Robert Kiyosaki  iaitu Rich Dad Poor Dad sampai habis. Jika buku Rich Dad Poor Dad dikatakan buku wajib baca dan best seller, bagi saya buku Mudahnya Menjemput Rezeki adalah buku yang mesti mesti baca terutama bagi kita orang Melayu.

Buku tulisan anak bangsa kita yang amat mudah difahami ini, disertakan dengan potongan hadith dan al-Quran di dalamnya pasti akan mengubah pemahaman kita tentang REZEKI. Mengubah prinsip kita tentang Rezeki.

Tulis panjang saya tidak mahu tapi bagi yang masih belum membaca atau memiliki buku ini sila dapatkan di kedai buku berdekatan atau dari jemputrezeki.com. Insyallah perlaburan RM 18.00 untuk semenanjung dan RM 20.00 untuk Sabah dan Sarawak pasti berbaloi.

PS: Ini bukan review berbayar atau apa. Tapi sekadar berkongsi buku yang menarik. Ingat ‘Knowledge Is Power’.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku.... Ninetology telah melancarkan model terbaru mereka iaitu Ninetology
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Hari ini saya nak kongsikan review ebook Teknik
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Ahmadfaizal.com pasti ramai yang kurang arif dan kenal
Asalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua Saudaraku... Telah lama saya berfikir untuk adakan satu giveaway.

Review Ebook Teknik SEO Merah Jambu

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Hari ini saya nak kongsikan review ebook Teknik SEO Merah Jambu yang sibuk diperkatakan yang telah ditulis oleh mamat cendol banting. Ya, buku ini sudah ada dalam simpanan saya. Dan saya sudah kasi selak sikit sikit.

Gambar Tokey Ebook Teknik SEO Merah Jambu
Gambar Tokey Ebook Teknik SEO Merah Jambu

Disini saya nak kongsikan pasal ebook ini, kasi review ebook Teknik SEO Merah Jambu ini. Ebook ini dibahagikan kepada 2 part iaitu:

  • Teknik SEO Merah Jambu
  • Missing Chapter

Part 1 Teknik SEO Merah Jambu kita akan didedahkan dengan perjalanan penulis dalam melakukan sales dan perkara asas SEO. Pelbagai pendedahan di buat di dalamnya. Yang mana menjadi rahsia pakar SEO dan Affiliate selama ini.

Untuk Part 2, penulis bergurau senda sedikit. Saya rasa penulis mengikut peribahasa kalau tak dipecahkan ruyungnya manakan dapat sagunya. Oleh kerana, penulis adalah seorang cikgu maka di ujilah pembacanya dengan soalan matematik tahap gaban. Memang mengujakan menjawab soalan matematiknya macam mejawab seolan kaedah berangka rasanya.

Selepas menyelesaikan soalan barulah dapat Part 2 iaitu Missing Chapter. Dalam ini akan didedahkan rahsia sulit. Nak tahu apa rahsia sulit ini:

Dapat kan Teknik SEO Merah Jambu

Semua orang boleh berjaya sama ada mahu atau tidak saja.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... 'Wah, dah jadi blogger sekarang?' Tegur seorang kawan
Assalamualaikum Dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Blogger sebagai kerjaya? Bolehkah kita jadikan blogger sebagai
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Syukur Alhamdulillah, kita sudah hampir ke penghujung bulan
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Kejayaan tidak mengenal siapa, tapi siapa yang mahukan

Buku Jutawan : Kenapa Saya Membeli Buku Jutawan??

Assalamualaikum dan Salam 1 Inspirasi.

Sebelum ini saya ada bercerita tentang Buku Jutawan : Untuk Jutawan Ke??. Hari ini saya ingin berkongsi kenapa saya membeli buku-buku jutawan. 

Buku yang bertajuk Jutawan ni boleh saya katakan satu niche yang menarik untuk kita beli dan baca. Beberapa contoh buku jutawan:

Jutawan Dari Planet Jupiter, azizi ali
Jutawan Dari Planet Jupiter
Rahsia jutawan Internet, irfan khairi
Rahsia Jutawan Internet – Irfan Khairi
Minta jutawan gaya trump, shah kadir
Minda Jutawan Gaya Trump – Shah Kadir

Bila tengok tajuk ketiga-tiga buku di atas pasti ramai yang akan tergoda apabila niche Jutawan diletakkan disitu. Saya pun sama juga. Tapi ketiga-tiga buku di atas saya belum milikki, insyallah suatu hari nanti.

Saya miliki buku ini :

Rahsia Jutawan Islam Abdul Rahman Bin Auf , Aizuddinur Zakaria
Rahsia Jutawan Islam Abdul Rahman Bin Auf – Aizuddinur Zakaria

Pernah seorang saudara dan kawan datang ke rumah saya, dan terlihat atas meja buku di atas iaitu Rahsia Jutawan Islam Abdul Rahman bin Auf. 

“Wah, baca buku jutawan lagi dia. Hebat. Nak jadi jutawan ke?”

“Ya, saya nak jadi jutawan

Terus terdiam saudara saya itu.

Memang saya ingin jadi jutawan kalau ada rezeki. Tapi buku Rahsia Jutawan Islam Abdul Rahman bin Auf, saya beli kerana saya kagumi sahabat rasulullah tersebut. Sedikit petikan dalam buku ini yang menggambarkan betapa hebatnya Abdul Rahman bin Auf (RA) adalah:

Dalam sejarah hijrah, Rasulullah telah mempersaudarakan Abdul Rahman bin Auf (RA) dengan sorang hartawan Madinah iaitu, Sa’ad bin Rabi‘. Sa’ad bin Rabi’ telah menawarkan harta dan istierinya untuk saudara barunya, tetapi Abdul Rahman bin Auf (RA) telah menolaknya tawaran suadara Ansar beliau. Lalu Abdul Rahman bin Auf (RA) berkata :

“Tolong tunjukkan saya jalan ke pasar”

Hebat bukan??

Sebenarnya saya membeli buku sebegini tiada sebab lain lagi tapi adalah kerana saya suka membaca. Membaca buku mahupun blog adalah salah satu hobi saya. Saya juga suka melihat koleksi buku saya bertambah. Sebenarnya, semakin banyak kita membaca, semakin banyak yang kita tidak tahu dan merasakan kita semakin kecil. Ilmu tidak akan habis untuk kita pelajari, jadi belajarlah sehingga ke liang lahad.

TV terhebat masa kini…

Walaupun saya tidak menjadi seorang jutawan atau hartawan, saya tidak pernah kecewa sedikit pun. Sekurang-kurangnya jadilah saya seorang berilmu. Itu lagi bermakna dan bahagia. 

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua saudaraku... Soalah biasa di tanya oleh siapa saja, 'Bagaimana
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Konvesyen Usahawan Muslim 2013
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku....... Semangat kekitaan yang hilang? Betul ke semangat kekitaan
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Saya mahu jadi jutawan, ya saya menyimpan cita-cita