Tag Archives: bulan ramadhan

Semoga Ramadhan Ini Lebih Baik

Assalamulaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Ramadhan datang lagi, semua umat Islam telah bermula puasa pada hari ini. Insyallah selama sebulan kita akan berpuasa dan mengharapkan bulan Ramadhan ini lebih baik dari yang sebelumnya.

Seperti yang ketahui bulan Ramadhan semua Syaitan telah di ikat tapi tidak nafsu kita. Nafsu adalah musuh utama yang perlu kita kawal sepanjang bulan Ramadhan.

Nafsu akan bergelegak setiap kali berkunjung ke bazaar Ramadhan semua mahu kita beli, semua mahu kita makan dan minum. Semuanya nampak sedap, berplastik-plastik kita beli dan bawa pulang akhirnya ke tong sampah semuanya kerana tidak larat mahu menghabiskan. Beli juadah berpada-pada, biar ala kadar sahaja.

Itu belum lagi membeli belah untuk hari raya, semua mahu disalin baru. Persalinan tuan rumah dan rumah semuanya mahu baru, dari baju seluar sampai barang kemas, dari langsir sampai ke sofa semuanya mahu yang baru. Beribu berhabis untuk berhari raya. Selepas hari raya mula termenung hutang sana sini, duit juga telah kering.

Renung-renungkan bulan Ramadhan adalah bulan untuk beribadat bukan bulan membazir. Semoga kita dapat jadikan bulan Ramadhan ini lebih baik dari sebelumnya. Selamat berpuasa buat semua.

Jom Main Mercun

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Setiap kali tiba satu Ramadhan mercun pun akan turut berbunyi. Bunyi sahaja Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berkata ’1 RAMADHAN adalah besamaan……’ pasti akan dituruti oleh dum dam dum dam bunyi mercun sana sini. Mungkin mereka ini sudah ada stock mercum yang da siap untuk di cucuh saban tahun.

Oleh itu saya sebagai pemain mercun tegar dan juga mangsa mercun ketupat pada suatu masa dahulu yang menghancurkan dua jari saya, dengan ini mengajak untuk main mercun.

Jom Main Mercun

Jom main mercun, sebab rugi kita tak main mercun sebab duit emak ayah tidak luak nanti. Sekurangnya kita akan menjana ekonomi negara dengan main mercun. Setiap kali kita bakar satu mercun untuk dengar satu bunyi “dum” adalah bernilai 50sen sahaja. Kalau 100 kali bunyi “dum” kita cucuh sudah sama nilai RM 50. Dengan ini juga menunjukkan kita kaya sebab duit tidak tahu nak letak mana jadi kita bakar. Kalau kat Gaza mereka pun hari hari main dum dam dum dam, kalau nak real boleh cuba pergi ke sana.

Jom main mercun, mana tau dengan main mercun sekurangnya dapat juga kita cuti rehat seminggu atau sebulan atau lagi lama. Sebab jari sudah kudung, mata sudah buta. Doktor memang dengan baik hati bagi rehat di wad dengan siap pakej penuh katil dan makan nasi hospital. Nak keluar baru bayar.

Jom main mercun, mana tau nanti ada rumah terbakar sebab mercun kita. Nanti leh cerita pada anak cucu yang kita pernah sebabkan rumah terbakar dek kerana mercun.

Apa tunggu lagi, jom kita main mercun. Untung sabut timbul untung batu tenggelam mana tau kalau kita jadi salah satu angka statistik mangsa mercun.

Jangan kita lalai walau sesaat. Jangan galakkan dan biarkan anak kita bermain mercun. Jangan dan jangan. Jangan kerana keseronokan sementara kita merana selamanya. Fikirkan lah.

Pesanan ikhlas dari mangsa mercun ketupat.

Air Kurma Jadi Menu Wajib

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Alhamdulillah misi untuk mencari putu bambu telah berjaya dilaksanakan. Tapi apa bila membaca apa yang ditulis oleh hafizmohd buat kan saya cemburu buta. Memang saya buat saya cemburu, lepas ni memang kena buat sendiri juga putu bambu baru boleh mencapai kepuasan maksimum.

Saya sebenarnya tidak suka sangat ke Bazar Ramadhan tapi bila sudah menjadi suami dan bapa ni, kemahuan isteri saya ikutkan juga. Pergi ke bazar Ramadhan pun untuk mencari air tebu, vadei dan tepung pelita. Itu saja yang menjadi pilihan setiap kali ke bazar Ramadhan Pantai Dalam. Kadang kala murtabak pun jadi pilihan juga.

Kerabu Sare

Tapi kalau dah anak jati Negeri Kelantan ni, kemana pergi tetap mencari susur galurnya. Jadi sasaran saya sudah pasti Kerabu Sare dan Akok pasti menjadi target utama. Nasib baik dekat rumah saya ada Restoren Anis Puteri, di Pantai Dalam ada menyediakan pelbagai juadah Kelantan jadi memang tak susah saya nak mencari Kerabu Sare dan Akok. Tahun sebelum ini air tuak (air nira) pun ada di jual. Tahun ini saya tak pasti. Kalau yang berminat boleh lah berkunjung ke Restoren Anis Puteri, Kampung Pantai Dalam, Kuala Lumpur terdapat pelbagai juadah disediakan disana.

Tahun ini juga bertambah lagi satu menu saya iaitu Air Kurma yang sudah menjadi satu menu wajib saya berbuka pada tahun ini. Bukan air kurma kordial tapi homemade punya. Saya pun tak pandai juga membuatnya sebenarnya dan memang fail ilmu masak-memasak ini, cuma apabila terlintas idea lalu saya lakukan.

Saya hanya renehkan isi kurma dalam air panas. Saya suka gunakan 4-5 biji kurma bagi 2 gelas air bagi lebih sikit ras kurmanya. Alhamdulillah air kurma ini memang menyegarkan. Insyallah petang ini akan buat lagi air kurma untuk berbuka.

Hadis Palsu

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku…

Hadis Palsu

Hadis Palsu

Hadis palsu diatas ini biasa saya temui setiap kali bulan Ramadhan sejak dari saya zaman kanak-kanak lagi. Oleh itu marilah kita elakkan dari menyebar hadis palsu di atas.

Berikut adalah petikan dari JAKIM berkenaan hal ini:

Orang ramai, termasuk media massa perlu merujuk dengan Majlis Agama Islam negeri jika ada pihak menyebar risalah atau mengumumkan fadhilat solat tarawih bersandarkan hadith palsu mengikut kelebihan setiap malam sepanjang Ramadhan. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Abd Aziz Sheikh Wan Mohamed, berkata pihaknya maklum mengenai isu berkenaan yang pernah timbul beberapa tahun lalu yang dipercayai dipelopori golongan Syiah.

“Hal berkaitan hadith seumpama ini sememangnya diketahui pihak berkuasa agama dan sesiapa yang berhadapan dengan situasi berkenaan diminta segera merujuk kepada Majlis Agama Islam negeri bagi mengelak sebarang kekeliruan.”

Baru-baru ini, akhbar ini menerusi ruangan Surat & Emel menyiarkan rungutan pembaca, Rahman Ariffin dari Shah Alam yang bimbang kerana masih ada jawatankuasa masjid dan surau yang mengumumkan kepada jemaah fadhilat solat tarawih bersandarkan hadith palsu.

Rahman yang dukacita dengan tindakan sesetengah pihak yang menghebahkan kelebihan solat tarawih mengikut giliran malam itu, meminta Jakim atau Majlis Agama Islam negeri supaya mengingatkan umat Islam mengenai perkara ini.

Kelebihan solat tarawih mengikut hari itu pernah dipaparkan dalam akhbar dan televisyen sebagai galakan kepada umat Islam menunaikan ibadah sunat, menyebabkan umat Islam memenuhi masjid dengan harapan memperoleh pahala besar tanpa menyedari mereka tidak mendapat penjelasan yang sebetulnya.

Hadith Ganjaran Tarawih Pada Malam-Malam Tertentu Adalah HADIS PALSU.

Sumber Facebook Sham Kamikaze

Bersama kita beribadat di bulan Ramadhan ini seikhlas hati dalam mencari kerberkatan dunia dan akhirat.

Rezeki Mudah Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku..

Tidak lama lagi bulan Ramadhan akan menjelma lagi, bulan yang membawa keberkatan, rahmat dan rezeki. Bulan puasa perut kita akan bercuti seketika sepanjang kita berpuasa. Aktiviti sihat yang lagi menyihatkan.

Bulan puasa juga adalah bulan menjemput rezeki, ramai yang berniaga baik di bazar ramadhan menjual makanan juadah berbuka atau pun kelengkapan beraya. Memang pada yang minat berniaga saat inilah untuk menjemput rezeki tambahan. Tapi dalam nak mengaut keuntungan biarlah berpada pada, berniagalah dengan ikhlas.

Semalam selepas  lawatan tapak sempat juga makan di gerai berdekatan downtown Cheras. Dalam bersembang-sembang ada adik kepada seorang kawan telefon menyatakan ada tapak bazar Ramadhan di Jalan TAR untuk di jual dengan harga RM20,000 sebulan.

Dengar saja harga RM20,000 saya hanya mampu telan air liur. Mudah mereka ingin mengaut keuntungan di bulan Ramadhan tapak yang di ambil dari dewan bandaraya di jual dengan harga yang begitu tinggi. Hanya dengan jadi broker tapak bazar ramadhan. Setahu saya sewa tapak sebenar hanya lah seribu saja. Inilah cara mereka mencari rezeki mudah di bulan Ramadhan. Mengaut untung atas kesempitan orang lain.

Untuk mendapat pulangan modal sewa tapak RM20,000 peniaga perlu sekurangnya mendapat untung bersih RM2,000 sehari. Memang benar saya pernah mendengar ada orang berniaga bazar Ramadhan mengaut untung RM100,000 sebulan berniaga.

Tapi soalnya sekarang orang yang benar benar mahu berniaga tidak mendapat tapak. Tapi yang tidak mahu berniaga hanya mahu berniaga tapak dapat dua tiga tapak. Yang mahu berniaga terpaksa beli tapak dari pihak ketiga. Walaupun mahal mereka terpaksa juga kerana itu saja jalan yang ada.

Saya bukan ingin mempertikai tapi kenapa orang kita suka mengaut untung mudah di bulan Ramadhan cemari bulan yang berkat untuk wang rezeki mudah sebegini.

Saya Sudah Outdated Kah?

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi…

Saudara semua sudah habis bershopping ke? Ke bershopping last minute?

Petang tadi, saya, wife dan tuan kecik keluar mengambil biskut yang ditempah dengan kawan my wife. Balik dari mengambil tempahan kami pergi ke satu mall terkemuka di bandar Kuala Lumpur. Khabarnya, mall tersebut di miliki oleh pak Arab.

Niatnya hanya mahu membeli hadiah untuk my wife. Tapi biasalah, ada saja yang terlencong, saya bukan saja beli hadiah untuk my wife tapi turut beli baju untuk tuan kecik dan adik di kampung.

My wife kata mall tu biasa dikunjungi oleh anak-anak orang kaya. Memang pun apa yang saya lihat mereka semua dengan pakaian yang berjenama. Saya pun pakai baju berjenama juga, baju M7 yang dimenangi dalam Giveaway JebengOtai.

Apa yang cukup buat saya rasa kaget dan tergamam adalah bila kami menyinggah ke KFC untuk beli dan suapkan Tuan Kecik, Kentang Putar KFC. Masuk saja KFC saya lihat penuh beberapa meja dengan remaja Melayu. Tempat mereka berkumpul agaknya.

Kuburan Band

Kuburan Band.

Pakaian mereka membuatkan saya tertanya pada diri saya apakah yang mereka banggakan sebenarnya? Dengan lelaki yang hanya bersinglet (badan bukan sasa pun), seluar koyak, bersubang sebelah, bertindik di mulut dan rambut berwarna warni. Perempuan pula dengan seluar pendek, make up ala gothic, rambut cam pelangi, bersinglet dan bertindik di hidung dan mulut. Berjumpa lelaki perempuan bebas bersalam peluk siap cium pipi lagi. Mungkin int trend mereka dan fesyen mereka sekarang.

Dan yang paling membuatkan kami terasa malu adalah remaja lelaki terbabit tanpa segan silu nya membeli KFC dan makan dalam premis terbabit di sudut tersembunyi. Mata saya tak rasa mereka itu John, Rajamuthu atau Ah Chong tapi saya yakin mereka semua ada nama yang cukup indah yang tertera perkataan ‘Bin’ antara nama mereka dan bapa mereka bukannya ‘Anak Lelaki’. Dan saya yakin juga dalam Kad Pengenalan berwarna biru mereka ada tertulis ‘Islam’ sama seperti saya.

Apakah tiada terdetik di hati mereka untuk berpuasa? Atau mereka tidak dididik untuk berpuasa? Sedangkan bangsa lain pun tahu di bulan Ramadhan semua umat Islam sedang berpuasa, inikan pula kita umat Islam takkan kita lupa sekarang adalah Ramadhan.

Bakal peneraju negara di masa depan sudah makin alpha dan hanyut dalam arus kemodenan. Minda mereka terus dijajah oleh manisfesto Barat yang dicanang dalam hiburan mereka. Dalam Pemimpin kita sibuk mencanang pembentukan 1Malaysia dan bulan Kemerdekaan, anak remaja Melayu kita masih lagi di jajah. Di jajah minda nya walaupun dari segi zahir kita bagaikan sudah merdeka. Tapi minda remaja kita terus di jajah oleh pengaruh barat.

Sudah 55 tahun negara kita merdeka tetapi bilakah minda orang Melayu kita terutamanya akan Merdeka? Merdeka dari segala aspek dan sudut.

Saya doakan agar mereka semua akan Merdeka.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...