Layanan Yang Baik

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku….

Layanan yang baik - pelanggan berhak mendapatnya
Layanan yang baik – pelanggan berhak mendapatnya

‘Customer always right’ itu adalah ungkapan yang selalu diungkapan kalau dalam soal perniagaan. ‘Customer always right’ tidak bererti pelanggan itu betul tapi adalah soal hak pelanggan. Pelanggan layak mendapat layanan yang baik dan berhak memilih. Itu hak pelanggan.

Itu lah yang terjadi kepada saya dalam 3 hari ini. Hak saya untuk memilih dan mendapat layanan yang baik.

Hari Pertama 

Oleh kerana cuti umum, banyak klinik swasta tidak beroperasi. Kita 1 Malaysia, bila saja perayaan besar banyaklah klinik mengambil peluang untuk cuti rehat. Jadi saya tidak banyak pilihan. Saya pergi ke satu klinik yang saya telah sedia maklum menyediakan perkhidmatan x-ray.

‘Hi, sini boleh buat x-ray tak?’ tanya saya pada seorang perempuan menjaga kaunter.

‘Ada, tapi mesti buat hari ini ke?’ jawab akak tu yang agak pelik soalannya.

‘Ya, saya nak buat hari ini. Boleh ke?’

‘You datang esok boleh tak. Hari ini kita malas nak bukak itu mesin.’

‘Ok, tak mengapa saya datang esok’. Walaupun, ingin menyelesaikan nya cepat saya tetap akur dan faham kerana cuti umum. Kecewa memang kecewa tapi saya terima alasannya, esok saya akan kembali.

Hari Kedua

‘Hi, boleh buat x-ray tak hari ini?’ saya bertanyakan perempuan yang sama di klinik yang sama.

‘Kenapa you datang lewat sangat.’ jawab kakak kaunter yang agak menaikkan amarah. Saya tengok jam baru pukul 7 malam bukannya 12 tengah malam.

‘Boleh buat tak boleh buat ni? Doktor ada tak? Tak boleh tak apa, saya pergi tempat.’

‘Doktor ada. Boleh buat. Tapi sudah lewat lah. Itu lah bla bla bla……’ panjang kakak kaunter tu membebel, saya pun angkat kaki. Saya datang untuk x-ray dan medical check up. Saya pergi ke klinik bersebelahan yang semalam tutup dan dapatkan perkhidmatan di situ.

Layanan yang baik - Pelanggan berhak memilih
Layanan yang baik – Pelanggan berhak memilih

Layanan Yang Baik

Saya tidak pernah minta di layan bagai VVIP. Cukup sekadar memberi layanan yang baik dan dengan senyuman. Klinik yang saya sebutkan di atas itu, kakak kaunter itu mukanya memang mencuka. Layan pun acuh tak acuh saja. Jadi ada baiknya untuk saya memilih tempat lain kerana itu hak saya sebagai pelanggan.

Sama juga dalam kehidupan seharian kita, cubalah memberi layanan yang baik buat semua orang sekeliling kita agar semua orang senang dengan kita. Bukan begitu saudaraku?

 

Assalamulaikum Dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Alhamdulilah, hari ni dapat berbual bersama seorang hebat.
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Selama tiga tahun dalam bidang senggaraan dan secara
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Biaya keluarga dengan menjahit adalah bukan suatu yang
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku.. Bulan Ramadhan memang banyak boleh lihat kedai yang

Jangan Jadikan Bazaar Ramadhan Medan Eksperimen

Assalamualaikum dan Salam 1 Inspirasi buat Semua Saudaraku….

Hari ini genap seminggu kita semua mengerjakan ibadah puasa. Sudah seminggu jugalah Ramadhan sudah berlalu meninggalkan kita. Lagi 3 minggu Ramadhan yang tinggal.

Bila bulan Ramadhan tiba, pasti akan tumbuhnya bazar Ramadhan bagai cendawan tumbuh selepas hujan.

Ramai yang cukup teruja untuk berniaga di bazar Ramadhan ni. Apa taknya berniaga cendol pun boleh dapat RM 120,000. Banyak tu?

Bazar Ramadhan

Ada yang balik dari pejabat sambung berniaga di Bazar Ramadhan. Ada juga yang sanggup ambil cuti tanpa gaji sebulan Ramadhan untuk berniaga. Tidak dinafikan pendapatan perniagaan memang mengagumkan. Dalam Islam pun ada menyatakan 9/10 sumber pendapatan adalah dari perniagaan.

Sesiapa yang pernah berniaga atau ada pengalaman berniaga pasti rasa cukup hebat dan teruja. Saya sendiri pernah menolong ma abah dan saudara saya berniga di tapak pasar malam dan expo. Memang satu pengalaman yang hebat.

Berbalik kepada cerita bazar Ramdhan, setiap kali bazar Ramadhan saya lihat pasti ada muka-muka baru yang berniaga. Yang cuba bereksperimen.

Bagi yang berniaga juadah berbuka, janganlah berniaga syok sendiri. Masakan yang disediakan biarlah kena rasanya. Jangan berniaga untuk mengaut keuntungan saja kelak nanti sendiri juga yang rugi.

Masaklah masakan yang hendak diniagakan dengan kasih sayang dan hati yang ikhlas. Barulah masakkan itu lebih mengancam.

Pernah saya membeli satu bungkus nasi Tomato semasa bujang dulu. Nampak macam okey je masakannya. Tapi bila makan memang hampa, memang membantutkan selera.

Candangan saya yang tidak pernah berniaga masakan atau kuih ini kepada yang nak berniaga, sebelum memasarkan masakan anda buat lah seperti di bawah:

  1. Masak dan makan sendiri dahulu, sedap tak?
  2. Kalau anda rasa sedap, ulang masak dan hidangkan pula pada keluarga, sedap tak?
  3. Kalau keluarga rasa sedap, ulang masak dan hidangkan pula pada sahabat, sedap tak?
  4. Kalau sahabar rasa sedap, ulang masak dan hidangkan pula pada tetangga, sedap tak?
  5. Kalau tetangga rasa sedap, masaklah dan pasarkan, insyallah akan dapat sambutan.
Kalau tak sedap, ulang masak sampai sedap dulu. Masakan yang sedap orang suka.

Rugi buat seperti yang saya cadangkan? Ingat dalam Islam menggalakkan kita untuk memberi. Tangan yang memberi lebih baik dari tangan menerima.

Teknik yang saya cadangkan juga secara tidak langsung dapat mempromosikan produk yang ingin dipasarkan. Bila orang dah kenal masakan kita kerana keenakkannya, pasti akan ada yang membeli, dan pasti ada yang ulang beli.

Lakukan eksperimen dulu sebelum berniaga, jangan buat eksperimen semasa berniaga.

Kepada yang berniaga, saya ucapkan selamat berniaga dan selamat berjaya.

Sekian, terima kasih.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Assalamulaikum Dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Alhamdulilah, hari ni dapat berbual bersama seorang hebat.
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Pengalaman pertama menjadi peniaga jalanan yang bakal aku
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Selama tiga tahun dalam bidang senggaraan dan secara
Assalaamualaikum dan Salam Syawal buat semua saudaraku sekalian... denaihati.com Denahati.com satu