Tag Archives: cabaran seo

Eyriqazz vs Denaihati : Pengalaman adalah Guru Terbaik

Assalamualaikum dan Salam 1 Ispirasi buat semua saudaraku.

Makin hebat makin mantap. Itu saja yang boleh saya ungkapkan apabila melihatkan kerancakan Kontest SEO Eyriqazz vs Denaihati ni. Memang cukup hebat, ya siapa tak nak menang hadiah hebat. Makin ramai blogger yang update mengenai kontest ini untuk terus berada di 1st page google.

Blog saya, belum tahu lagi. Tapi saya sememangnya kosong ilmu HTML dan SEO ini. Memang bukan bidang saya. Saya tidak pernah belajar perihal HTML dan SEO ini secara formal.

SEO

SEO

Saya terjebak dalam dunia blogging ini pun secara tidak sengaja, iaitu pada tahun 2007, dengan bermula daripada menggunakan blogspot.com, memang lama saya berblog menggunakan nama domain blogspot sebelum beralih kepada domain sendiri pada 2011 dan membuat satu blog menggunakan hosting pada 2012 (wujudnya daddydee.net yang baru berusia 3bulan).

Ianya bermula apabila saya berkerja di Bandar Selesa Jaya, Johor, selama hampir setahun. Saya tinggal dan kerja di sana, yang mana pejabat adalah rumah dan pejabat saya. Tinggal seorang macam orang gila. Siang malam mengadap internet saja.

Dek kerana sudah bosan main limewire, chatting, online gaming, saya cuba explore pekara baru dalam internet ini, dan terjumpa blogspot.com, terus saja saya register. Memang awal saya menulis memang saya tidak tahu apa yang patut saya tulis. Rasa malu, takut dan segan untuk menulis masa itu terlalu menebal pada masa itu. Kalau dibaca balik tulisan saya memang agak kelakar.

Samsung Galaxy S3 hanya pada RM999.

Selepas bertahun setia dengan blogspot.com, saya beralih pula kepada domain sendiri. Itupun setelah beratus entri yang saya baca menyarankan blogger mempunyai domain dan hosting sendiri, termasuklah dalam entri Tuan Eyriqazz dan Tuan Denaihati.  Nak memulakan hosting sendiri belum bersedia lagi saya rasa pada masa itu. Sebab memang saya tak reti ilmu HTML dan SEO, saya tau pakai blogspot je. Nak berhijrah kepada wordpress dan hosting sendiri rasa berat je.

Bulan Mei 2012, setelah beribu kali berfikir. Saya mengeluarkan sedikit wang untuk memilikki hosting sendiri. Maknanya saya akan menggunakan perisian baru iaitu wordpress. Memang saya gamble saja lakukan ini. Memang saya kosong sungguh. Tapi alhamdulillah sikit sikit saya belajar, dan pengalaman memang mengajar saya untuk lebih maju.

Tujuan saya sertai kontest SEO Eyriqazz vs Denaihati tiada lain melainkan untuk mencuba pengalaman baru. Ini adalah pertama kali saya sertai kontest SEO. Tanpa ilmu SEO. Saya main redah je.

Pengalaman adalah guru terbaik saya. Yang mengajar saya untuk terus mencuba dan mencuba. Dalam hidup ini sememangnya kita kena mengambil risiko. Tiada kejayaan tanpa suatu pengorbanan.

Hidup Harus Berani Mencuba. Jangan pernah bosan untuk mencuba dan mencuba.

Eyriqazz vs Denaihati : Sambar T-Shirt Free

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat semua Saudaraku sekalian.

 

Kontest SEO Eyriqazz vs Denaihati makin hari makin rancak. Pelbagai entri diupdate oleh blogger saban hari menggunakan tajuk SEO Eyriqazz vs Denaihati. Pelbagai entri kreatif yang boleh dibaca hanya dengan sekali click menggunakan browser google.com menggunakan keyword Eyriqazz vs Denaihati.

 

Samsung S3 hanya pada harga RM999

Potong-memotong antara blogger-blogger hebat dalam pencarian berdasarkan SEO Eyriqazz vs Denaihati silih berganti hari demi hari. Semua hebat-hebat belaka. Aksi potong memotong ini kekadang dilihat bagaikan satu perlumbaan Drift. Satu perlumbaan yang sihat.

Saat ini entri ini di update, top blog yang dijumpai apabila carian keyword Eyriqazz vs Denaihati dilakukan melalui google.com adalah:

  1. azrijohan.blogspot.com
  2. profhariz.com/
  3. ciktom.com
  4. akmaomar.wordpress.com
  5. sharifdez.blogspot.com
Senarai di atas adalah 5 top blogger yang ditemui menggunakan keyword Eyriqazz vs Denaihati. Nama blog daddydee.net memang tak naik pun jangan risau. Saya memang tak tahu langsung ilmu SEO ini.
Sertai Kontest SEO Eyriqazz vs Denaihati pun sekadar suka-suka saja, sekadar mencuba nasib dan menambahkan ilmu. Dan yang paling penting menambahkan kenalan dan sahabat. Indah sungguh dunia blogging kalau kena caranya. Kalau tak kena caranya, pun hebat juga, panas bontot dikejar sana sini dek kerana kesalahan.
Hidup ini biarlah orang kenang kita kerana jasa dan pahala, bukan kerana kehebatan dosa kita.
giveaway jebengotai.com

T-Shirt Free dari JebengOtai.com

 

Dalam kerancakan kontest SEO Eyriqazz vs Denaihati, Tuan JebengOtai telah bermurah hati dengan menganjurkan satu giveaway yang sangat cun melecun. Habuannya adalah T-Shirt M7 seperti dalam gambar di atas. Sungguh menarik bukan. Cepat turut sama kita sertai Giveaway JebengOtai.com yang menarik ini.

Kalau yang perempuan tu rasa T-shirt ini, tak berkenan sangat, bolehlah hadiahkan kepada Suami atau Boyfriend ataupuun Secret Admirer. Kalau tak pun, hadiahkan saja pada saya, saya sangat-sangat-sangat sudi menerimanya.

 

 

Giveaway JebengOtai ditaja oleh Earncent.comNurmisnanBudak FeldaCik TomHati PuteraShaharilBumilangkawi.com danLangkawihomestay.net.

 

Eyriqazz vs Denaihati

Assalamualaikum dan Salam Juara Buat Saudaraku Sekalian

 

Eyriqazz vs Denaihati??

Dua nama besar dan hebat dalam dunia blogger Malaysia (Melayu khususnya) iaitu Tuan Eyriqazz dan Tuan Denaihati. Kedua-dua blog ini telah lama saya follow dan baca sejak dari blog ini belum lagi wujud dan saya menggunakan blog yang satu lagi.

Tuan Eyriqazz sepertimana yang kita semua kenali di blog beliau iaitu www.eyriqazz.com yang sememangnya dikenali dengan tagline ‘Great Teacher Onizuka‘. Beliau merupakan antara blogger Melayu yang saya kenal yang memang sakan membuat duit melalui blog. Boleh dikatakan antara blogger yang berjaya. Setahu saya juga beliau banyak mendapat sponsor post dari Nuffnang. Beberapa kali jugalah saya terbeliak biji mata bila beliau pampang cek yang diperolehi dari blog beliau. Sememangnya sangat awesome.

Saya pernah bersua dengan Tuan Eyriqazz kalau tak silap lah di Gatsby Blogger Gathering di Berjaya Times Square anjuran Nuffnang beberapa tahun lepas. Itulah first and last jumpa Tuan Eyriqazz. Lepas ni kalau jumpa memang banyak soalan saya nak korek dari beliau. Nak tanya perihal kejayaan beliau dalam dunia blogging.

Eyriqazz vs Denaihati

Manakala, Tuan Denaihati sepertimana yang kita tahu blog beliau iaitu www.denaihati.com memang amat terkenal. Dan telah lama saya follow blog beliau yang terkenal dengan tagline ‘Hidup Untuk Memberi‘. Dan sepanjang saya membaca dan mengikuti blog beliau memang banyak yang telah beliau berkongsi dengan blogger lain seperti duit dan ilmu. 

Tuan Denaihati juga telah banyak mendapat sponsor post dari pelbagai syarikat besar. Beliau memang menjadi idola saya dalam dunia blogging.

Setakat ini saya masih belum dapat bertemu dengan Tuan Denaihati, isyallah satu hari nanti jika diizinkan tuhan pasti akan bertemu juga.

 

Eyriqazz vs Denaihati…… Siapa lagi hebat? Saya rasa dua-dua lagi hebat, masing-masing mempunyai kekuatan dan follower yang tersendiri. Tapi Tuan Eyriqazz ada kehebatan lain iaitu menjadi salah seorang dari Ahli Kelab Fatin Liyana. Heheheh…

Eyriqazz vs Denaihati….. Siapa lagi kacak? Saya rasa dua-dua adalah kacak. Sama bermisai yang melambangkan kekacakan dan kelelakian dua blogger hebat ini.

 

 

Sekian untuk kali ini.

 

Berminat nak sertai kontest ‘Eyriqazz vs Denaihati’ boleh lah bersama kita sertai dan meriahkan lagi cabaran SEO ini.

 

Contest ini dianjurkan oleh Eyriqazz.Com ditaja bersama Denaihati.com , Azri.my ,  Blogr.my ,  ziefauzi.com ,  Shakiddo.com ,  ZarulUmbrella.Com ,  Hatiputera.com ,  Papamifz.com , Mksyahir.blogspot.comBoladaily.com , BloggerSentral.com ,  Mysuperkids.net dan Vitaminsemulajadi.com

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...