Tag Archives: cara menggantikan mcb

Cara Menggantikan MCB Di Rumah

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Saya bukan orang elektrik dan memang takut dengan elektrik. Walaupun ada pengalaman bekerja dengan 132kV dan 235kV tapi itu bukan satu pengalaman yang memberi kekuatan pada saya untuk bermain dengan elektrik. Berpengalaman dalam projek transmission line dan dalam bidang maintanance sekarang ini bermain dengan Low Voltage untuk tukar MCB (Miniature Circuit Breaker) di rumah memang saya agak takut.

Rupa MCB - sumber google.com

Rupa MCB – sumber google.com

Saya memang tidak pernah tahu cara menggantikan MCB di rumah. Tapi dek kerana tidak tahan plug top dan extension kabel bahagian dapur yang selalu saja terbakar dan menyebabkan trip satu rumah, saya bertanyakan pada seorang kawan yang orang elektrik. Beliau mencadangkan saya meniaktaraf MCB di rumah saya dari 20amp kepada 32amp.

Hasil dari sedikit tunjuk ajar secara teori yang diberikan di pejabat oleh kawan saya tentang cara menggantikan MCB. Saya cuba memberanikan diri unutk menggantikan MCB, mulanya saya dapatkan MCB di kedai hardware berdekatan. Harga MCB 32amp saya dapatkan dalam harga RM7.00 untuk satu unit. Saya beli untuk 4 unit MCB.

Cara Menggantikan MCB Di Rumah

1. Matikan semua perkakasan elektrik di rumah terlebih dahulu. Jangan matikan di main switch untuk elakkan barangan elektrik rosak. Selepas semua pekakasan dimatikan baru matikan di main switch.

Rupa MCB sebelum dibogelkan

Rupa MCB sebelum dibogelkan

2. Bukakan skru penutup dan tanggalkan penutup MCB. Sekarang boleh lihat kabel-kabel berseliratan.

Rupa yang selepas dibogelkan

Rupa yang selepas dibogelkan

3. Longgarkan skru pengikat basbar pada bahagian bawah MCB. Untuk tanggalkan basbar, kesemua skru setiap unit MCB mesti dilonggarkan. Kemudian keluarkan basbar.

Rupa basbar MCB

Rupa basbar MCB

Rupa Basbar yang melekat pada MCB

Rupa Basbar yang melekat pada MCB. Basbas yang berwarna coklat tembaga.

4. Longgarkan skru kabel pada bahagian atas MCB dan tanggalkan MCB tersebut. Untuk tanggalkan MCB, kita perlu menarik klip keselamatan pada bahagian bawah MCB.

5. Selepas tanggalkan MCB lama dan masukkan MCB baru yang ingin dinaiktaraf atau digantikan.

6. Ketatkan kabel pada bahagian atas dan pasangkan klip keselamatan dengan kemas agar MCB tidak terjatuh dan kemas.

Pastikan kabel benar benar ketat

Pastikan kabel benar benar ketat

7. Selepas semua MCB yang ingin digantikan selasai diganti, pasangkan semula basbar dan ketatkan kembali basbar dan pasangkan semula penutup.

8. Hidupkan kembali semua switch dan boleh hidupan kembali semua pekakasan elektrik dirumah kita.

Berapa lama masa diambil untuk gantikan MCB? Tak lama pun sebenarnya. Dalam 30 minit boleh siapkan semua kerja jika tiada masalah.

Sedikit lagi tips tambahan yang saya ingin kongsikan berkaitan dengan MCB ini adalah:

  • Pastikan basbar adalah seperti gambar iaitu kepiangan cooper diatas bukannya loop menggunakan kabel. Kerana terdapat juga kes yang mana basbar menggunakan kabel, ini adalah bahaya.
  • Kabel tidak diketatkan. Selepas selesai saya menggantikan MCB di rumah saya dapati rumah saya tiada elektrik selepas diperiksa rupanya terdapat kabel yang tercabut. Kabel ini tidak diketatkan oleh pemaju asal. Selama 5 tahun rumah ini didiami dengan kabel MCB tidak diketatkan. Nasib baik tiada apa yang berlaku. Keadaan sebegini boleh menyebabkan litar pintas dan kebakaran.
  • Pastikan kabel tidak bersentuh satu sama lain.

Selamat mencuba…