Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…
Perkenalan dalam tempoh yang lama, berkawan dalam masa yang panjang belum tentu kita betul betul mengenali seseorang yang kita sayang itu? Betul tak cakap saya? Jika anda menidakkan itu hak anda. Kan?
Indahnya Cinta Selepas Nikah
Dulu saya fikir perkenalan yang lama adalah persediaan yang cukup untuk kita mengenali hati seseorang insan yang dicinta. Kalau boleh nak bercinta lagi lama – tapi lagi lama bercinta lagi banyak onak duri dan yang paling haru adalah bila ada yang ketiga Syaitan.
Sejujurnya, hari ini saya cukup berterima kasih pada orang tua yang desak saya untuk berkahwin dulu. Berkahwin mengajar saya menjadi manusia. Menjadi manusia yang tahu memikul tanggungjawab sebagai suami dan ayah.
Apabila menjadi weekend husband, memberikan saya peluang untuk merasai nikmat rindu dan cinta. Rindu pada isteri dan anak anak memang lain rasanya. Memang satu perasaan yang hebat.

Cinta selepas nikah memang hebat, mengajar kita mengenal diri sendiri dan pasangan kita. Bukan untuk menjadi siapa lebih hebat, bukan untuk tunjuk siapa lebih kuat.
Tapi untuk saling membantu. Saling naik ke atas mendaki puncak jaya, suami isteri mesti harus bantu membantu. Kejayaan seorang lelaki (suami), adalah kerana seorang isteri di belakang nya. Memang benar, apa yang saya capai hari ini adalah kerana adanya isteri saya yang sentiasa menyokong, memberi semangat.
Indah cinta selepas nikah – apa yang kita suami isteri lakukan adalah satu matlamat yang sama. Merangka dan berjalan dengan satu visi – ‘Mencapai kejayaan di dunia dan akhirat’. Menjadi pasangan romantik di dunia dan insyallah di akhirat nanti.
Suami isteri adalah pasangan saling melengkapi. Suami pemimpin yang tegas tapi isteri menjadi permaisuri yang penyayang. Kalau suami tengah marah berapi, isteri jadilah air yang menyejukkan api kemarahan itu.
Itulah hidup dalam rumah tangga. Indah teramat indah.
PS: Terima kasih buat isteri yang tersayang yang sentiasa menyokong.