Tag Archives: cinta

Isteri Pelengkap Hidup Suami

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Isteri atau ibu atau wanita memang tinggi martabatnya di sisi agama. Pernah dengar ‘Tangan yang menghayun buaian mampu menggongcang dunia’. Adakah tangan yang hayun buaian itu lelaki? Tidak ianya adalah seorang ibu seorang isteri dan juga seorang suami. Saya tak tahu orang lain tapi saya kalau hayun buaian sebelum anak tidur saya dah tidur dulu.

Isteri pelengkap hidup suami. Kita insan adalah serba kekurangan. Sempurna bukan milik kita manusia. Sebab itu kita jadi berpasangan. Kita saling melengkapkan satu sama lain, isteri pelengkap kekurangan suami dan begitu jugalah sebaliknya.

Isteri Pelengkap Hidup Suami

Isteri Pelengkap Hidup Suami

Peranan isteri adalah amat besar sekali, kalau kita lihat dalam rumah tangga isterilah paling sibuk. Bangun pagi kejutkan suami dan anak anak, siapkan sarapan dan pakaian mereka. Baru mereka siapkan diri sendiri. Bagi yang tidak berkerja, suri rumah tangga, satu rumah mereka kerja kan, sapu sampah, lap meja, lap cermin, cuci baju dan lain lain lagi. Bagi yang bekerja pula, balik dari kerja dia sibuk pula nak siapkan makan malam untuk keluarga dan kemaskan rumah.

Suami kalau cuti buat apa? Saya tak mahu cakap dengan orang lain, saya kalau cuti nak sapu sampah di rumah pun susah.

Hebatnya seorang isteri, suami pun belum tentu dapat lakukan apa yang isteri lakukan. Bukan nak puji orang perempuan tapi itu hakikat.

Dalam ketegasan seorang suami dalam menerajui dan mengemudi rumah tangga, si isteri lah yang menjadi permaisuri dalam rumah tangga yang mengimbangi ketegasan seorang suami dengan kelembutan dan kasih sayang. Isteri sebagai penenang, penasihat dan pendamai dalam banyak hal. Suami pula bijak mengemudi layar bahtera rumah tangga.

Hidup berumah tangga memang indah. Memang ada pasang surutnya tapi kitalah yang perlu bijak menanganinya. Bersama maufakat suami dan isteri pasti akan ada jalan keluar yang bahagia.

Isteri pelengkap hidup suami. Dalam hidup saya, isteri sayalah yang melengkapkan segalanya. Kekurangan saya dia sempurnakan. Hidup saya zaman bujang dan sekarang banyak telah berubah. Isteri saya banyak menyokong saya dalam banyak hal. Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi mengurniakan saya seorang isteri yang hebat.

Terima kasih buat isteri saya, Izatul Shima. Sayang kamu selamanya.

Kasihnya Ibu

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Tengahari semalam, selepas saya melakukan rutin kerja saya, pemeriksaan rutin, saya berehat seketika di pejabat sahabat saya. Sedang saya berehat saya didatangi seorang wanita yang dalam lingkungan 40-an rasanya, sebab saya berada di kaunter terpaksalah saya melayan kakak tersebut.

Kasihnya ibu

Kasihnya ibu

‘Assalamualaikum, dik, akak nak tanya pasal kemahiran, boleh?’  akak itu memulakan bicara.

‘Boleh, kak. Kemahiran macam mana tu?’

‘Untuk anak akak ni, dia minat menjahit. Dulu dah ambil kemahiran di A tapi separuh jalan saja bila sampai peringkat 2 ada sedikit masalah semasa dia praktikal. Jadi dia, tak boleh sambung. Sekarang ni, akak nak carikan tempat baru untuk dia belajar kemahiran. Kalau boleh biar lah menjahit’ panjang lebar akak tu cuba menerangkan situasi dia padaku, tampak kasihnya ibu di wajah akak itu. Seorang ibu yang risau akan masa depan anaknya.

‘Keputusan dia macam mana ya kak? Untuk menjahit kita ada sediakan kursus peringkat diploma dan sijil. Kalau tahu keputusan dia senang saya nak bagi cadangan’. Saya cuba mendapatkan maklumat lanjut.

‘SPM dia tak berapa cantik. Memang teruk. Dia tak ambil Bahasa Melayu. Dia tak pergi masa exam rasanya. Tu yang akak nak carikan dia kemahiran.’ Akak tu bercerita perihal anaknya tampak dia sedikit serba salah untuk menceritakan tentang keputusan anaknya.

‘Tak apa kak, boleh tu. Tak jadi masalah. Mungkin akak boleh ke……..bla….bla…..’ Saya memberikan cadangan pada akak itu untuk menyelesaikan masalah beliau. Sempat juga saya bertanya akak tu dia tinggal di mana. Nyata agak jauh dari situ, tapi beliau sanggup datang demi untuk sedikit maklumat demi masa depan anaknya. Begitulah kasihnya ibu, sanggup melakukan apa saja untuk anaknya.

Bila teringatkan perihal akak tersebut, saya berasa betapa bertuahnya adik itu yang mendapat ibu yang sangat penyayang dan bertanggung jawab. Walaupun adik itu sudah boleh berdikari tapi ibu itu tetap membantunya, mencarikan maklumat untuk adik itu sambung belajar. Saya doakan agar adik itu akan membanggakan ibunya pada suatu hari nanti.

Elemen Kejutan Untuk Eratkan Cinta Kekasih Halal

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Cinta itu memang indah dan membahgiakan terutama mencintai kekasih halal. Kekasih yang halal dicintai, ditatap dan halal segalanya selepas sahnya akad. Memang indah. Tak percaya tanyalah yang dah ada kekasih halal.

Elemen Kejutan - Semua sukakan kejutan

Elemen Kejutan – Semua sukakan kejutan

Pokok yang tumbuh perlu juga dibajai sesekali perlu juga gemburkan tanahnya, siram jangan sesekali dilupa dan pancaran matahari juga. Kesemua elemen perlu dalam memastikan pokok yang ditanam itu subur segar dan mengeluarkan bunga yang cantik dan berseri.

Begitu juga dengan pokok cinta, benih cinta yang telah tersemai perlu dibajai dan disiram dengan kepercayaan, kasih sayang dan rasa hormat barulah ia bertambah mekar harum. Sesekali elemen kejutan juga diperlukan dalam menyemai benih cinta.

Dalam musim perang gadjet yang tengah menggila sekarang ini, mungkin boleh dijadikan gadjet sebagai hadiah. Pembelian gadjet dalam talian seperti dari laman Lazada mungkin boleh dipilih untuk tambahkan elemen kejutan.

Kenapa beli dalam talian? Kenapa tak beli dari kedai dan bungkus serta berikan saja?

Bagi saya, pembelian secara dalam talian menambahkan lagi rasa suspen dan terharu terhadap penerimannya. Sebagai contoh, orang perempuan biasanya pentingkan tarikh, setiap tarikh satu-satu detik indah mereka akan ingat. Cuba bila sampai tarikh itu jangan ucapkan apa-apa dan hadiahkan apa-apa, tetapi menggunakan perkhimatan belian dalam talian seperti Lazada untuk menghantarkan hadiah gadjet yang dibeli ke pejabat pasangan kita. Pasti pasangan kita akan lebih terharu.

Lagi pula, dari apa yang saya perhatikan sesetengah gadjet yang dijual di laman Lazada adalah lebih murah dari harga di kedai. Jadi kenapa nak habiskan minyak kereta di saat harga minyak petrol tengah mahal dan terperangkap dalam kesesakan, kan mudah kalau beli dari dalam talian saja? Bukan gitu?

elemen kejutan - ada ke yang nak hadiahkan saya iPhone5s

elemen kejutan – ada ke yang nak hadiahkan saya iPhone5s

Bayangkan tengah sibuk dengan tugasan di pejabat, tetiba terima bungkusan hadiah gadjet impian yang dikirimkan oleh kekasih halal anda. Pasti akan tersenyum lebar seharian. Kerana terima gadjet impian tidak terduga dengan cara tak terduga.

Harapnya adalah yang sudi untuk hadiahkan iPhone5s untuk saya. Ada tak?

My Dream Honeymoon Destination : Bali Honeymoon Package

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku…

Sememangnya saya ada menyimpan impian semasa saya bujang untuk membawa isteri saya untuk berbulan madu dengan honeymoon package. Memang saya berangan untuk membawa isteri bercuti dan menikmati saat bulan madu indah kami dengan dodoian lagu ‘Fantasia Bulan Madu’.

Kenapa Honeymoon Package?

Kini, sudahpun mempunyai seorang anak dan seorang isteri, saya masih lagi menyimpan impian untuk membawa keluarga saya untuk honeymoon. Impian yang belum lagi terlaksana kerana masih lagi belum berkemampuan.

Walaupun bukan lagi pengantin baru saya tetap ingin mengambil ‘honeymoon package’ kerana ianya akan menjadi honeymoon pertama kami walaupun ianya honeymoon bertiga. Elemen yang tersedia di dalam honeymoon package pastinya akan meninggalkan satu momen yang indah dalam pengembaraan cinta kami suami isteri.

Oh, indahnya!! Makan malam di tepian pandai

Oh, indahnya!! Makan malam di tepian pandai

Bayangkan, kami bertiga menikmati makan malam di tepi pantai Bali. Diterangi dengan cahaya rembulan, ditemani angin pantai sepoi bahasa dan alunan muzik ombak pantai menghempas pasir di daratan. Pastinya ianya amat indah sekali.

Kenapa Bali Honeymoon Package Menjadi Pilihan?

Isteri dan Anak adalah Dua Insan Terpenting Dalam Hidup Saya

Isteri dan Anak adalah Dua Insan Terpenting Dalam Hidup Saya

Destinasi pilihan saya sudah semestinya, Bali. Kenapa Bali? Sebenarnya, ianya adalah pilihan isteri saya. Saya masih lagi ingat perbualan kami di saat sebelum saya melafazkan akad menjadikan isteri saya kekasih halal saya.

‘Lepas ini nak bercuti di mana sayang?’ tanya saya.

‘Bali’ pendek saja jawapannya.

‘Kenapa Bali?’ tanya saya bagi mendapatkan kepastian yang lebih.

‘Saya suka Bali. Dan memang saya impikan untuk bercuti di Bali, pemandangan dan suasana yang memang cantik dan mendamaikan. Dapat Honeymoon di Bali mesti best kan?’

Itulah jawapan dari isteri saya, kekasih halal saya selamanya. Satu dan selamanya. Sebagai seorang lelaki yang bergelar suami, adalah satu kebahgian yang amat sangat jika saya dapat menunaikan impian isteri saya. Melihat anak isteri gembira adalah nikmat yang tidak ternilai harganya.

Honeymoon Di Bali : Permandangan yang indah

Honeymoon Di Bali : Permandangan yang indah

Antara aktiviti yang saya mahu ketika percutian honeymoon di Bali adalah:

  • Melihat ketinggian seni budaya dan adab masyarakat di Bali. Semestinya saya mahu melawat Kg Gelumpang.
  • Menikmati SPA, urutan, massages yang original dari Bali. Jika di Malaysia kita hanya mendengar urutan Ala-Bali tapi jika di sana pastinya lebih feel dan nikmat.
  • Menikmati makanan yang best. Makan-makan memang kegemaran saya. Tak salah mencuba rasa masakan yang baru selagi ianya halal. Betul tak?
  • Sememangnya menjadi impian saya untuk melakukan aktiviti Diving di Bali. Kecantikan pantai di Bali memang amat menggoda sekali.
  • Bersantai menikmati makan malam bertiga di tepi pantai.
  • Menikmati keindahan pantai Bali.

Harapnya impian saya untuk honeymoon di Bali akan tercapai. Ingin sekali saya memotret wajah-wajah gembira isteri dan anak saya di Bali nanti.

Entri contes ini adalah anjuran Tareeq Al Jannah and iLuvTour.com.

 

Majlis Ilmu : Sekitar Konvesyen Usahawan Muslim 2013

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku…

Konvesyen Usahawan Muslim 2013

Konvesyen Usahawan Muslim 2013

Konvesyen Usahawan Muslim 2013 itu apa? Tak tahu tengok sini. Alhamdulillah saya telah ke Konvesyen Usahawan Muslim 2013 pada 7 Sept 2013 pada Sabtu lepas, memang satu konvesyen yang best bagi saya yang patut disertai oleh semua orang bagi tak kira lah nak jadi usahawan ke, bakal usahawan ke atau bukan kedua-duanya.

Konvesyen ini bagi saya sepatutnya di adakan setiap tahun. Memang satu usaha yang hebat dari MentorNiaga.com. Ketepikan soal teknikal yang hancur tapi kita ambil bab ilmu yang awesome yang dikongsikan. Sambutannya pun saya lihat memang ramai yang datang cuma lebih ramai perempuan dari lelaki. Mungkin hanya lelaki kacak meminati ilmu, betul ke?

Memang rugi ke Konvesyen Usahawan Muslim 2013 kerana saya tidak dapat mengikuti keseluruhan konvesyen tersebut kerana ada hal keluarga yang perlu saya uruskan. Saya hanya sempat mendengar perkongsian ilmu dari dua ahli panel sahaja iaitu Datuk Wira Dr. Haji Ameer Ali Mydin dan Datuk Nadzim Johan.

Perkongsian ilmu dari dua panel ini memang hebat dan sangat berguna. Sejujur saya katakan apa yang dikongsikan oleh dua panel ini memang membuka minda saya. Hal yang kecil yang tidak pernah kita fikir ianya berat akan menjadi hal terpenting. Kerana sekecil-kecil elemen jika digabungkan akan menjadi atau memberi impaks yang besar.

Yang paling penting dan akan saya pegang dan boleh simpulkan disini adalah bukan semua orang kaya dilahirkan tapi mereka berusaha untuk kaya. Kalau usaha apa saja yang kita mahu pasti boleh itu pasti. Dan itu juga janji Allah swt

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ”

Saya memang berpuas hati pergi ke Konvesyen Usahawan Muslim 2013 ini. Memang sangat best sekali. Inn sha allah jika ada lagi majlis ilmu sebegini akan saya ikuti lagi.

Saya juga sempat kenal dan bersembang dengan blogger hebat, En Titan.

Mudahnya Mencari Kekasih Halal

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Cinta adalah salah satu persoalan dalam hidup kita. Semua orang mahu dicintai dan mencintai. Mencari kekasih halal juga bukan suatu yang mudah dan bukan suatu yang susah.

Orang dulu mungkin tidak fikir sangat soal mencari kekasih halal kerana banyak yang orang tua buat pilihan. Bagi orang dulu pilihan mak ayah lebih tepat. Tapi ramai lagi kah orang zaman sekarang yang serahkan soal jodoh pada mak ayah? Rasanya lebih ramai yang suka memilih sendiri pasangan mereka.

Jika dulu, surat menjadi penghubung. Jika jauh mereka akan pos dan setem, jima dekat mungkin hanya serahan tangan. Tak kurang juga yang bubuh bedak dalam surat, ada buat ke?

Mudahnya mencari kekasih halal

Mudahnya mencari kekasih halal -Makcik yang cantik dan menawan (sumber)

Zaman ini juga ada dijual kertas berbunga dan sampul berbunga. Ada sesetengah itu siap ada bau wangi dah tak perlu tuang bedak. Buka saja surat boleh terbahak-bahak batuk sebab bedak terlebih sudah.

Peralihan zaman dan teknologi semakin pintar dari surat beralih pula telefon rumah dan telefon awam. Sanggup tak makan nak kumpul syiling untuk dengar suara kekasih hati. Sampai ada yang beratur panjang di pondok telefon awam untuk tunggu giliran. Ada yang sampai berjam-jam tapi ada juga yang hanya beberapa saat kerana takut, sekali bapa nya yang angkat la.

Zaman beralih lagi, dari telefon rumah ke telefon bimbit, dari surat kepada e-mel dan sms, dari zaman friendster kepada facebook. Sekarang ini ada pula whatapps, wechat dan sebagainya. Zaman semakin maju dan canggih semakin mudah untuk kita berhubung. Semakin senang kita mencari kekasih halal.

Semakin canggih zaman, semakin bijak manusia, sepatutnya semakin tinggilah harga maruah kita sebagai manusia. Jangan rendahkan harga diri kita. Jangan sesekali.

Tak perlulah nak buat ‘cheap sale’ sangat di facebook, blog dan lain-lain medium. Tapi tunjukkan kita mempunyai nilai yang sangat tinggi yang perlu dihargai bukan yang boleh main diskaun sesuka hati saja. Biar kita di label ‘jual mahal’ dari di label sebagai ‘murahan’. Fikir-fikirkan lah.

Cinta pun memerlukan ilmu juga. Tak percaya tanyalah para bapa dan suami diluar sana, apalah ilmu yang mereka gunakan untuk kekalkan momentum percintaan mereka. Tambahkan ilmu cinta dari doa pengasih, terokai hati pasangan dengan rahsia hati dan rahsia keluarga bahagia.