Harapkan Tuah Lebih Baik Tahun 2016

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Sememangnya prestasi saya pada 2015 memang teruk dan merundum yang amat sangat. Saya sendiri amat kecewa bila post-mortem diri saya.

Harapkan Tuah Tahun 2016 Lebih Baik
Harapkan Tuah Tahun 2016 Lebih Baik

Tahun 2015 saya hanya fokus pada tugas hakiki saya dan penjualan M-Prolabs sahaja dan banyak abaikan kerja lain saya. Masa lain saya habiskan dengan beraktiviti di Oasis Gym, Kuantan dan kekadang di Titanium Gym, Jalan Teluk Sisek.

Continue reading “Harapkan Tuah Lebih Baik Tahun 2016”

Mendaki Puncak Alexa Guna Teknik SEO Terhebat

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Sejak awal bulan Julai 2013 saya cuba sebaik mungkin untuk mendaki puncak Alexa, untuk mendapat ranking yang sebaik mungkin. Selepas saya selak dan lakukan bedah siasat pada daddydee.net ini rupanya banyak sangat organ dalaman yang kurang. Sudahlah organ dalaman kurang dengan semangat nak update blog pun kurang menyebabkan blog tak berfungsi secara normal dan ranking pun menjunam.

Teknik SEO Terhebat
Tanam Pokok SEO untuk mendaki puncak
Tanam Pokok SEO untuk mendaki puncak

Pada awal Julai 2013, ranking dunia adalah hampir 300,000 dan ranking Malaysia adalah 2,800++ memang dah parah sangat. Dengan mood blogging yang ke laut kerana terlalu sibuk dengan belajar.

Selepas terpana dek dua entri dari dua blog hebat iaitu kujie dan denaihati, saya cuba mengkaji di mana silap saya. Mungkin saya perlu lebih linean selapas ini bukan lagi rigid, saya akan terus berekperimentasi dengan artikel hebat dari blogger hebat ini dan juga panduan Teknik SEO Merah Jambu. Alhamdulillah saya berjaya juga turunkan ranking Alexa saya.

Mendaki punca Alexa-Ranking alexa daddydee.net
Mendaki punca Alexa-Ranking alexa daddydee.net

Gambar tu adalah ranking alexa daddydee.net pada 25 Julai 2013. Inn-sha-allah saya akan terus bersemangat untuk berblogging untuk menambah ilmu saya dan terus berkongsi. Akan saya terus mendaki puncak alexa.

Sasaran saya yang seterusnya adalah untuk berada di ranking bawah 100k dunia dan bawah 1,000 Malaysia. Inn-sha-allah akan terus saya usahakan dan terus berusaha.

Hala Tuju Daddydee.net

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Puncak jaya

Seperti yang dibicarakan dalam entri saya sebelum ini, saya menulis adalah untuk berkongsi. Walaupun masih cetek ilmu dalam kehidupan dan juga blogging, nafsu untuk menulis dan berkongsi dengan semua pembaca sungguh membuak-buak dalam diri saya. Sungguh seronok apabila dapat berkongsi dan bertukar pandangan dengan saudara sekalian.

Apakah yang ingin saya capai dalam masa 3 tahun mendatang?

Dalam interview saya pernah ditanya soalan sebegini, dan jawapan saya sudah pasti berkait dengan ‘career path’ yang ingin saya capai dan kejayaan. Dan apabila Tuan Eizil bertanyakan apakah yang akan terjadi kepada blog daddydee.net dalam masa 3 tahun yang akan datang memang sukar untuk saya menjawabnya. Berikut adalah yang ingin saya capai dalam masa 3 tahun yang mendatang:

Kejayaan yang saya inginkan.
  1. Seorang Blogger – tetap menulis untuk berkongsi pengalaman hidup saya dan juga sedikit ilmu yang saya miliki. Dan berharap blog ini akan terus mendapat sokongan dari semua saudara dan sahabat. Harapnya blog ini tidak akan terkubur.
  2. Ranking Blog – Sudah pasti ingin sekali saya melihat blog ini mencapai PR3 dan juga Alexa Rank bawah 100000 dan bawah 1000 bagi Malaysia. Impian awal semasa menulis blog.
  3. Jaringan Maya dan Nyata – Saya berharap melalui blog ini saya akan mengenali lebih ramai blogger ataupun tidak yang mampu menjadi sahabat dan saudara saya. Saya suka berkawan. Berkawan membuatkan saya berasa lebih besar dan yakin. Hidup didunia ini pasti lebih indah jika kita bersatu dan bermasyarakat. Bukan begitu?
  4. Menjadi Penulis – Impian saya untuk memiliki sebuah hasil karya bercetak sendiri. Sebelum ini sudah ada karya saya yang dicetak hasil kolobrasi dengan blogger lain. Dan selepas ini saya berharap saya mampu memiliki sebuah karya bercetak sendiri. Insyallah. Blog adalah medan saya menajamkan seni menulis saya.
  5. Menjadi Jenama – Saya mengharapkan Daddydee.net akan menjadi suatu jenama yang akan membanggakan diri saya suatu hari nanti. Insyallah, itu akan saya usahakan.
  6. Membantu – membantu seramai boleh sahabat dan saudara saya melalui blog saya yang tidak seberapa ini.

Itu adalah antara impian yang ingin saya capai dalam masa 3 tahun yang akan datang sebagai seorang blogger.

Secara kesimpulannya, apa yang saya mahu dalam hidup saya adalah KEJAYAAN. Menjadi seorang blogger yang berjaya, seorang bapa yang berjaya, seorang anak yang berjaya dan menjadi seorang yang berjaya dalam kerjaya saya.

Menulis Untuk Berkongsi

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Saya mula membuat blog pada tahun 2007 dengan menggunakan blogspot, dan mula aktif berblog setahun kemudian dengan menggunakan domain blogspot juga. Namun saya akui tulisan saya dahulu memang rojak, karut, hentam keromo dan merapu. Memang boleh dikatakan 89% bahasa pasar saya gunakan.

Pada tahun 2011 saya telah tukarkan blog saya kepada domain berbayar dan masih menggunakan hosting blogspot. Cadangnya cuba untuk melakukan penjenamaan semula namun saya akui saya gagal melakukannya. Lagipun penwujudan blog dulu sememangnya tanpa perancangan yang terperinci dan akibatnya rojak dan pasar di sana. Dan kini sudah terabai beberapa lama tanpa kemaskini kerana buntu idea.

Kewujudan Daddydee.net

Belajar dari pengalaman lalu, saya cuba mewujudkan satu blog yang lebih tersusun dan didorong oleh nafsu cemburu apabila melihat ramai blogger professional seperti denaihati dan ariffshah menggunakan self-hosting wordpress, saya ikuti langkah ini walaupun ilmu wordpress saya adalah kosong.

Pada Mei 2012, saya telah mendaftarkan daddydee.net. Setapak demi setapak saya pelajari selok belok wordpress. Memang sukar pada mulanya dan kini saya rasakan masih kurang ilmu saya tentang wordpress. Banyak lagi yang perlu saya pelajari.

Pada mulanya, saya juga tercari-cari apakah yang sebenarnya ingin saya tulis dalam blog ini. Dalam masa tercari-cari akan identiti untuk menulis dalam blog ini saya telah menerima tawaran untuk berkursus. Dan sifu saya yang mengajar kursus tersebut iaitu Tuan Shamsudin Kadir telah membuka minda saya. Pesan beliau pada saya adalah ‘Baca buku untuk tambahkan ilmu, Kemudian cuba menulis kongsikan ia. Insyallah akan lebih berkat dan bermanafaat ilmu itu’.

Tulis Untuk Berkongsi

Dari situ, saya mengorak langkah mulakan menulis untuk berkongsi ilmu saya yang tidak seberapa ini dan secara tidak langsung menambahkan ilmu saya sendiri.

Sebenarnya, Bahasa Melayu dan English saya adalah amat teruk. Tidak kiralah dalam menulis ataupun pertuturan. Dan kini saya cuba meningkatkan ilmu saya dalam Bahasa. Melalui blog ini juga saya cuba sebaiknya untuk menggunakan Bahasa Melayu dan sesekali saya menulis dalam English, tujuannya tiada lain melainkan untuk menajamkan lagi gaya penulisan saya yang tidak seberapa ini.

Gaya bahasa yang formal yang saya gunakan dalam blog ini, insyallah akan saya kekalkan dan jadikan ia sebagai identiti blog daddydee.net yang tidak seberapa ini. Diharapkan saya akan kekal bersemangat untuk memperjuangkan blog ini dan tuan-tuan/cik puan-cik puan akan selesa membaca blog kecil saya ini.

Saya ucapkan ribuan terima kasih pada tuan/cikpuan semua yang sudi menyokong blog ini. Terima kasih banyak-banyak. Saya amat suka.

Terima kasih pada tuan Eizil kerana menganjurkan satu kontest yang amat menarik ini.

 

 

Kenapa Daddydee.net Begini?

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua Saudaraku…

Indentity
Identity

Entri ini juga terhasil dari penyertaan Tuan Sop dalam Giveaway Pertama Daddydee.net. Terima kasih pada Tuan Sop, kerana review beliau yang bermakna dan memberi inspirasi untuk saya membuat satu entri ini.

Di sini biar saya jelaskan beberapa perkataan yang biasa saya gunakan dalam blog Daddydee.net dan kenapa saya gunakan perkataan tersebut:

  1. Salam Ispirasi : Perkataan terilham semasa saya berkursus bersama Tuan SK. Dan penggunaan Salam Ispirasi diharap dapat menjadi indentiti blog in.
  2. Saudaraku : Kerana semua blogger dan pembaca blog daddydee.net adalah saya anggap bersaudara. Lagi pun kita semua sama asal usulnya dari Nabi Adam as.
  3. Tuan / Cik Puan : Perkataan ini nampak formal kan? Tidak dinafikan lagi. Perkataan ini saya gunakan kerana saya hormat semua blogger kerana Tuan-Tuan dan Cik Puan- Cik Puan memang layak dihormati.
  4. Saya : Penggunaan ganti nama saya bagi saya lebih sejuk dan sedap di baca.
  5. Sekian, Terima Kasih : Ucapan penghargaan kerana pembaziran masa yang telah tuan/cikpuan korbankan untuk membaca blog saya.

Sebenarnya, saya melakukan penulisan sebegini mengunakan perkataan dan ayat yang skima serta membosankan ini adalah kerana saya tidak tahu siapakah pembaca saya. Saya tidak tahu siapakah mereka, mungkin mereka seorang Dato’, Ustaz, Pegawai Besar, Businessman, CEO atau lain-lain. Saya juga tidak tahu range umur mereka. Jadi pendekatan selamat saya pilih. Pendekatan bahasa Melayu skima yang saya gunakan adalah untuk keselesaan semua pembaca blog Daddydee.net.

Pendekatan ini diharapkan dapat menjadikan blog saya mempunyai identiti tersendiri dengan tujuan asal saya membangunkan blog ini adalah untuk memberi inspirasi kepada diri saya dan saudara sekalian.

PS: Salah satu tips penting dalam blogging adalah indentiti blog itu sendiri.

Sekian, Terima Kasih.