Kepelbagaian Cara Berdakwah

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Pertamanya, saya tabik buat semua saudara saya yang sanggup luangkan masa untuk berdakwah yang mana saya sendiri belum mampu jadi seperti mereka, belum mampu untuk meluangkan masa untuk lakukan dakwah. Insyallah suatu hari nanti.

Kepelbagaian Cara Dakwah yang menarik orang muda
Kepelbagaian Cara Dakwah yang menarik orang muda

Melihat kepelbagaian cara berdakwah yang mereka gunakan saya ‘respect’, bukan senang untuk berada di stesen LRT untuk mengajak masyarakat untuk mendekati Islam. Bukan mudah untuk mendekati golongan geladangan yang jijik di mata masyarakat, bukan semua orang faham akan AIDS dan mendekati golongan ini, bukan semua orang berani mendekati pekerja sosial untuk berdakwah. Tapi itulah yang saudara saya, Tuan Hamli Hamdan dan Pertubuhan¬†Amal Firdausi lakukan. Tabik bro.

Begitu juga dengan seorang sahabat yang aktif berjuang untuk golongan asnaf, turun naik pejabat kerajaan untuk membantu orang lain. Bukan untuk diri sendiri. Dan saya percaya yang dia tolong itu tiada pun tali persaudaraan malah bukan kenalan. Itu pasti. Tapi kemurniaan hati untuk membantu dan berjuang untuk orang lain yang langsung tidak dia kenali. Hebat.

Begitu juga bila melihat ramai artis di Malaysia yang mula aktif berdakwah, sebelum ini biasa dengan kumpulan dari Indonesia saja yang menyanyikan lagu dakwah, bila melihat Kumpulan Khalifah turut menggunakan medium muzik untuk berdakwah. Muzik tetap keras tapi lagu penuh 1001 makna yang padu.

Saya percaya dengan kepelbagaian cara berdakwah yang digunakan akan membantu orang Islam terutamanya lebih memahami tentang Islam, dan menggalakkan golongan muda mendekati Islam.

Semoga syiar Islam di Malaysia akan terus berkembang.

Assalamulaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Sakan sungguh orang kita membeli belah untuk berhari
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua sahabatku... Sempena hari Jumaat dan Nuzul Quran yang mulia
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Apa khabar semua? Harap sihat sejahtera semuanya. Sayang
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Apa khabar semua saudaraku sekalian? Bagaimana percutian? Hebat,

Sekejam Kejam Manusia Atau Manusia Hebat?

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Tahniah buat PDRM kerana berjaya memberkas antara penjenayah paling kejam di abad ini. Sejujurnya tiada apa yang boleh saya ucapkan saya lafazkan buat pasukan PDRM yang berjaya memberkas penjenayah ini selain dari ucapan Terima Kasih dan Tahniah. Ingat sekejam kejam manusia tumpas juga akhirnya.

Sekejam Kejam Manusia Tumpas Juga
Sekejam Kejam Manusia Tumpas Juga

Bagi saya manusia ini memang amat kejam sekali, dia adalah sekejam kejam manusia. Dia sanggup menembak seorang wanita yang tidak berdosa untuk merompak duit yang bukan milik mangsa terbabit. Kenapa perlu tembak? Kenapa?

Duit itu sudah pasti akan jadi milik penyamun ini buat sementara waktu kerana dia bersenjata. Manakala, orang lain langsung tiada bersenjata. Menyerang dan membunuh orang yang tidak berdaya manusia ini bukan lagi manusia. Tidak layak juga saya gelar binatang kerana binatang tidak sekejam manusia. Apa yang layak, kalian labelkan?

Tutup cerita manusia kejam, ini pula cerita manusia yang tulus membantu dan bersemangat berdakwah. Beliau bersama Pertubuhan Amal Firdausi Kuala Lumpur (PAFI) dengan bersemangat waja untuk terus menggerakan usaha dakwah dikalangan anak muda dengan cara mereka sendiri tanpa pernah kenal mengenal erti penat lelah dengan sukarela. Tanpa sebarang paksaan.

Gema Jalanan
Gema Jalanan

Sekali lagi tahniah buat mereka yang berjaya melakukan satu program hebat iaitu Gema Jalanan. Tahniah buat PAFI, semoga PAFI terus berjaya dan berjaya.

Akhir kata, pilihlah mana jalan yang kita mahu, jalan yang kita inginkan. Ingin dikenang sebagai Sekejam Kejam Manusia atau Manusia Hebat. Fikir-fikirkan.

PS: Jom like page Pertubuhan Amal Firdausi Kuala Lumpur (PAFI) untuk mengetahui perkembangan mereka.

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Kering idea punya pasal, jadi saya nak riak
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Saya membesar dalam filem lakonan beliau. Dari saya
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Terima kasih buat para
Guru, terima kasih atas pengorbanan mu selama ini dalam mendidik aku sehingga aku berada di