Mendidik Anak Biar Betul Caranya

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Apa khabar buat semua saudaraku? Saya harap semua sihat sejahtera semuanya. Saya mungkin orang yang tepat untuk bercakap pasal hal mendidik anak kerana umur saya yang masih mentah dan anak juga masih kecil. Pertamanya 10 jari saya susunkan jika apa yang saya hujahkan di sini membuatkan anda semua tidak selesa.

Saya terpanggil untuk berbicara hal ini apabila melihat terlalu banyak isu berkaitan kanak-kanak sehari dua ini. Kes adik Muhammad Firdaus, kes culik kanak-kanak, kes penggunaan anak kecil untuk minta sedekah dan banyak lagi kes lain. Pilu hati ini bila membaca kes sebegini, kadang kala berkaca mata saya membacanya. Walaupun saya lelaki dan seorang bapa saya tetap seorang manusia yang mempunyai hati.

Seminggu lalu di sebuah R&R tika saya mahu ke tandas tunaikan hajat, saya melihat seorang ibu (seorang Islam dan Melayu) menarik tangan anak nya ke surau R&R, saya sangkakan mungkin mereka ingin solat Dhuha. Saya teruskan ke tandas meninggalkan mereka berdua.

Usai urusan saya, saya melewati hadapan surau, saya lihat ibu tadi sedang marahkan anak.perempuannya. Anaknya menangis tereasak-esak. Ibunya sedang marah-marah, saya tidak pasti apa puncanya dan saya tidak mahu ambil tahu. Tapi saya kesal.

Saya kesal cara ibu itu memarahkan anak nya di khalayak ramai, saya tahu beliau ini mendidik anak beliau. Dan saya tahu itu hal rumah tangga beliau. Tapi sebaiknya jangan marah anak di khalayak ramai sebegitu. Anak yang meningkat remaja akan mempunyai ego dan jiwa memberontak. Sebaiknya berbincang atau jika ingin marah, marahlah dalam rumah atau dalam kereta bukan di tempat awam.
Memarahi anak di tempat awam pasti akan mengganggu psikologi anak. Ia akan menjadi serangan mental kepada anak kita. Dalam usia yang remaja tidak mustahil dia akan memberontak suatu masa nanti.

Dalam mendidik anak kalau boleh jangan marahkan anak, nak marah pun marahlah cara untuk mengajar anak. Cara yang paling berhemah. Ingat zaman dulu dan kini berbeza, dulu ayah saya mendidik anak anaknya dengan rotan tapi sekarang ini ibu bapa dan guru yang merotan anak juga boleh di dakwa. Dunia telah berubah cara kita mendidik anak juga perlu berubah.

Semoga kita semua dapat mendidik anak anak kita menjadi khalifah yang soleh dan solehah. Amin.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Berperang dengan diri -
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Kejayaan tidak mengenal siapa, tapi siapa yang mahukan
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Sering kali kita menyatakan nanti lah dulu, biarlah,
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Tahniah buat semua adik-adik yang baru mendapat keputusan