Bila Bosan Bidik Sendirian Di KTM Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Inilah kerja saya kalau bosan, tiada apa yang nak dibuat akan diambil kamera saya untuk membidik sesuka hati. Destinasi saya yang terakhir adalah Stesen KTM Kuala Lumpur, ini gambar bulan September 2013 tapi baru hari ini dapat saya uploadkan, nampak sangat kemalasan saya di situ. Bila bosan bila malas apa pun tak jadi.

Semasa gambar ini di ambil, cuaca agak kurang elok sebenarnya, cuaca mendung ketika itu. Jadi gambar yang dihasilkan memang kurang menarik. Nak edit dalam photoshop malas lah pula. Saya suka bidik tapi malas nak edit, tak tahu bila akan berubah. Hehehe…

Mungkin bagi kita Stesen KTM Kuala Lumpur adalah suatu yang biasa, tapi Stesen ini memang menarik minat ramai pelancong sebenarnya, semasa saya melakukan bidikan ini ramai pelancong turut sama membidik.

Ini adalah antara hasil gambar yang saya bidik….

BIla Bosan : KTM Jadi mangsa
BIla Bosan : KTM Jadi mangsa
Bila Bosan : Dari Jaring Aku Memandang
Bila Bosan : Dari Jaring Aku Memandang
Bila Bosan : Seni Bina Klasik Jadi Tarikan
Bila Bosan : Seni Bina Klasik Jadi Tarikan
Bila Bosan : Saya anak Malaysia
Bila Bosan : Saya anak Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua... Kalau sebelum ini, saya ada menulis tentang speksifikasi Samsung
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Canon telah mengumumkan dua lagi baby DSLR nya
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Majlis Perkahwinan Khairul dan Nita di Tanjung Api,

Untuk Dijual : Tuan Baru Diperlukan

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Tuan baru diperlukan bagi  barang DSLR Canon iaitu Lens Sigma 30mm f/1.4 dan Speedlight Nissin Di622. Dua barang ini memang saya jagai selama ini, tepaksa saya labelkan untuk dijual kerana telah kurang saya guna pakai.

Harga untuk dua barang ini adalah:

  • Sigma 30mm f/1.4 – RM 1,100 (nego)
  • Speedlight Nissin Di622 – RM 350 (nego)
Sigma 30mm f/1.4
Sigma 30mm f/1.4
Nissin Di622
Nissin Di622

Pada yang berminat untuk dapatkan dua barang ini boleh hubungi saya melalui emel atau tinggalkan komen saya akan hubungi dengan kadar segera.

Dua barang ini sudah habis warantinya tapi masih dalam keadaan baik dan saya jaga dengan baik. Lens bebas dari kulat dan fungus. Terdapat kesan penggunaan pada speedlight.

Contoh gambar yang saya ambil dengan dua barang ini:

Cepat-cepat barang ini untuk dijual selagi ada saja. Siapa cepat dia dapat.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Minggu lepas masa nak shot gambar anak saya
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Dua minggu lepas saya ambil dua lens baru
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua... Kalau sebelum ini, saya ada menulis tentang speksifikasi Samsung
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Canon telah mengumumkan dua lagi baby DSLR nya

Tips Fotografi : DSLR Nota InfoGrafik

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua…

Teringat komen mamamurai dalam entri saya sebelum ini iaitu Viewfinder Jadi Blur, hari ini saya ingin konsingkan nota infografik berkenaan DSLR. Dalam nota infografik ini ada panduan lengkap tentang fotografi dan DSLR dari Lens, aperatur, ISO semua ada disentuh.

PElaburan Terbaik 2013
Nota Grafik DSLR
Nota Grafik DSLR

Sumber : photographydegree

Saya pun tak reti sangat tentang DSLR sebenarnya, saya sekadar suka mengambil gambar permandangan yang cantik terutama sekali potret teletah si kecil saya. Apa yang saya lakukan adalah terus explore dan explore dengan cara ini saja yang boleh saya buat dan lebih memahami asa fotografi dan DSLR.

Teknik SEO Merah Jambu

Harapnya dengan perkongsian nota infografik dalam membantu pembaca blog ini memahami DSLR dan fotografi. Kalau nak lebih faham boleh lah berkunjung ke blog Tuan Azman, Tuan Mus dan Tuan Adhadi Mohd. Blog ini yang menjadi rujukan saya untuk idea fotografi. Sekian.

Assalamulaikum Dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Semalam heboh kat Facebook satu otai Fotografer pasal
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Inilah kerja saya kalau bosan, tiada apa yang
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua... Memang sudah jadi rutin kami, suami isteri setiap hujung

Tips DSLR : Viewfinder Jadi Blur

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Minggu lepas masa nak shot gambar anak saya di Taman Jaya, PJ saya dapati viewfinder jadi blur. Saya dah gelabah, takkan dah buat hal DSLR ni. Kalau nak ada masalahpun janganlah masa dekat dengan musim Raya ni. Baru plan nak tangkap gambar Si Kecil saya beraya buat kali ke-2 guna DSLR tu. Ingat boleh lah melaram dengan dua geng baru.

VIEWFINDER
VIEWFINDER

DSLR kalau meragam dia punya kos servis pun boleh tahan juga. Mula terbayang-bayang duit akan terbang untuk baiki DSLR ni.

Teknik SEO Merah Jambu
Pelaras untuk viewfinder
Pelaras untuk viewfinder
Biar DR FB Membantu anda

Tapi alhamdulillah selepas saya cari sedikit info pasal DSLR ni saya akhirnya saya temui masalahnya. Dan nasib baik penyelesainya pun juga senang iaitu dengan laraskan sahaja pelaras (saya bulatkan) yang dekat dengan eyepiece viewfinder. Laras sehingga viewfinder jelas.

Kalau viewfinder jadi blur cubalah laraskan pelaras sebelah eyepiece. OK thanks.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Hujung minggu seperti biasa, rutin harian saya akan
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku.... Ninetology telah melancarkan model terbaru mereka iaitu Ninetology
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Teringat pada zaman muda mudi dulu masa bujang

Lens Baru DSLR: 50mm 1.4 dan 28mm 1.8

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Dua minggu lepas saya ambil dua lens baru DSLR saya, tambahlah lagi dua lens dalam koleksi saya. Jadi sekarang ini saya ada 3 prime lens dan 1 kits lens 18-55mm.

SIGMA 30MM
SIGMA 30MM yang setia dengan saya.
Kitlens dengan convertor
Kitlens dengan convertor

Kenapa sampai banyak sangat prime lens? Semasa saya mula berjinak dengan DSLR saya membeli DSLR dengan kits lens 18-55mm. Selepas belajar sedikit ilmu DSLR ni saya mula tertarik dengan prime lens, jadi saya dapatkan Sigma 30mm 1.4. Nak beli lens Canon masa itu memang saya tidak mampu.

Teknik SEO Merah Jambu
Buat Duit Dengan Baju Kurung
LENS 50MM DAN 28MM
LENS 50MM DAN 28MM

Memang saya sering gunakan prime lens daripada zoom lens. Saya lebih suka hasil dari prime lens cuma kelemahanya adalah tak boleh zoom. Dan disebabkan dapat offer harga yang menarik untuk Canon 50mm 1.4 dan Canon 28mm 1.8 saya terus tak tunggu lama. Terus sambar dua lens ini.

Sekarang tengah timbang-timbang nak tukar theme blog pula, ada idea tak?

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua... Memang sudah jadi rutin kami, suami isteri setiap hujung
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua saudaraku.... Sedikit gambar yang saya sempat bidik dari Bandar
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Saya mahu jadi jutawan, ya saya menyimpan cita-cita